Ahad, 5 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Isu Hudud, PAS Bukan Lagi Ancaman

Posted: 05 Sep 2010 05:01 AM PDT

Segala puji-pujian ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatnya di bulan yang mulia ini, telah dikabulkan doa orang-orang beriman agar ditunjukkan wajah sebenarnya PAS dalam mempermain-mainkan hukum hudud ini bagi tujuan politiknya. Kenyataan Dewata Raya PAS, Dewa Nik Aziz Nik Mat disini dalam mengulas kenyataan yang dibuat Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebelumnya mengenai hudud adalah satu pengakuan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan jika Pakatan Pembangkang memerintah, seterusnya menamatkan ancaman PAS kepada BN amnya dan UMNO khasnya dalam pilihanraya yang akan datang. Walaupun penolakan hudud ini bukan kali pertama disuarakan pemimpin PAS, ketinggian jawatan Nik Aziz di dalam hireaki kepimpinan PAS menjadikan kenyataannya itu lebih bernilai dibanding kenyataan sama oleh pemimpin PAS sebelumnya.

Jika ramai sudah lupa, hudud ini pada pandangan nik aziz (satu ketika dahulu), sama penting dengan sembahyang yang menjadi rukun agama itu, tapi ibarat air bah, pantai pun berubah, nik aziz sudah mengubah pendekatan tak boleh tidak dalam melaksanakan hudud ini kepada pendekatan yang lebih mesra DAP. Cuma dalam kes Nik Aziz, air bahnya begitu cepat sekali berubah, sekejap wajib, sekejap sunat dan ada masanya makhruh pula. Rakaman dibawah adalah bukti kepada kenyataan nik aziz sebelumnya dibanding sekarang menegnai hudud ini. Nilaikanlah sendiri dimana letaknya maruah manusia munafik ini.

Dulu Wajib, Sekarang Tidak

Kita memang jangka satu hari nanti hari ini akan datang juga, hari dimana PAS akhirnya mengaku tidak akan melaksanakan hudud seperti mana yang diretorikkannya selama ini. UMNO sudah lama mengetahui penolakan PAS ke atas hukum hudud dengan kerjasama PAS-DAP membuktikan kebenaran itu, bagaimana pun kelicikkan para pemimpin PAS bermain dengan kata-kata menyebabkan ramai penganutnya yang keliru dengan perubahan dasar yang sedang berlaku di peringkat kepimpinan PAS terutama pasca PRU 2008. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih juga kepada DAP dan anwar ibrahim kerana membantu UMNO dan BN dalam menyingkirkan PAS dari senarai teratas pihak yang perlu diberi perhatian serius dalam menghadapi apa pun jenis pilihanraya di masa akan datang.

Dengan berkata begitu, tidaklah bermaksud PAS boleh dipandang sepi, masih banyak lagi isu-isu yang tidak berkaitan dengan hudud yang perlu dihadapi bersama. Cuma kita melihat kepentingan hudud ke atas survival politik PAS selama ini adalah begitu besar dan dengan perkembangan terbaru ini, sekurang-kurangnya beban yang terpaksa kita hadapi telah berkurangan sedikit. PAS yang dipertanggungjawabkan anwar ibrahim untuk meracuni pemikiran peneroka Felda di seluruh negara dengan isu-isu tidak berasas bermula dengan Felda Bankrap, masih lagi memberi ancaman kepada BN cuma sekarang ancaman itu boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Isu berkaitan Felda ini mampu kita atasi kerana fakta-fakta kejadian yang sebenarnya banyak memihak kepada kerajaan.

Sekarang UMNO dan BN bolehlah menumpukan sepenuh usaha dan tenaga dalam menentang musuh sebenar iaitu DAP. DAP yang kita semua tahu berkiblatkan kepada negara Singapura, perlu ditentang habis habisan, ibarat menentang pencerobohan negara asing ke atas negara kita, begitulah hebatnya tentangan itu nanti. Tidak perlu lagi kita melayan retorik hudud PAS kerana sudah jelas lidah nik aziz adalah jauh lebih banyak cabangnya dibanding dengan apa pun binatang merayap atas muka bumi ini. Jika orang PAS ada otak, kredebiliti nik aziz sekarang sepatutnya sudah hancur di mata mereka dan sudah sampai masa untuk beralih kepada pemimpin lain yang mampu membimbing PAS kembali ke landasan perjuangannya semula.

(Oleh: Adamyan)

Banglo Exco Kerajaan Selangor: Pakatan Rakyat Munafik!

Posted: 04 Sep 2010 07:27 AM PDT

Penulis masih ingat ketika kempen Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, Dato' Seri Dr. Khir sebagai Menteri Besar Selangor dihentam oleh pihak pembangkang dan dari "dalam" sekaligus. Di antara isu yang panas yang dibangkitkan oleh Dato' Dr. Hasan Ali ketika itu ialah isu banglo-banglo eksklusif di Seksyen 7, Shah Alam, yang dibina oleh Kerajaan Negeri pimpinan Dr. Khir sebagai rumah quarters untuk para exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hasan Ali ketika itu menentang keras tentang pembinaan quarters exco tersebut dengan alasan pembaziran wang rakyat. Dan ketika itu jugalah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor ini berjanji dihadapan rakyat yang "terlopong" mendengar ceramah politik pakar motivasi ini. Hasan Ali ketika itu dengan perasaan yakin dan berjanji seraya berkata…

"Bila kita menang SAHAJA di Selangor ni, kita akan jual rumah-rumah itu dan duitnya kita gunakan untuk manfaat orang Selangor. Atau, kalau tidak jual, kita jadikannya rumah kebajikan!", begitulah kata "Boss Besar" PAS Selangor.

Dengan bermodalkan isu-isu seperti inilah maka Pakatan Rakyat berjaya meraih undi dari para pengundi. Kononnya, Pakatan Rakyat pandai menguruskan wang rakyat. Isu banglo exco Kerajaan Negeri Selangor ini berjaya dimanipulasi oleh Pakatan Rakyat dihadapan rakyat kerana mereka tidak menjelaskan rasional pembinaan banglo untuk exco-exco tersebut.

Sebenarnya, banglo-banglo tersebut bukanlah merupakan banglo mewah. Ianya hanya merupakan kawasan perumahan biasa untuk menghimpunkan exco-exco di dalam satu kawasan. Dengan itu, adalah mudah untuk rakyat bagi menemui exco-exco tersebut secara berdepan, secara langsung atau tidak langsung. Perlu diingatkan, kita sering mendapat rungutan ramai tentang kepayahan menemui exco-exco di pejabat mereka, nak pergi ke rumah, tak tahu pula alamatnya. Itu hanya baru satu motif pembinaan banglo exco-exco tersebut.

Kenapa banglo dan tidak rumah "low cost" saja dibina? Mudah. Apabila kita mahu memaksa seseorang untuk pindah dari rumahnya, maka kita hendaklah memberikan rumah yang lebih kurang sama hebatnya dengan rumah yang didiami mereka. Jika Pak Ali di Tanjung To'kong diminta pindah dari rumahnya dan diberikan sebuah pondok usang sebagai ganti, apakah kita fikir Pak Ali akan bersetuju dan gembira dengan tawaran itu? Sudahlah diberikan pondok usang, disuruh pula bekerja dipondok buruk itu siang dan malam, Pak Ali sukakah begitu?

Kini. Setelah Pakatan Rakyat menang di Selangor, apakah yang telah terjadi kepada rumah-rumah banglo tersebut?

Semua ADUN PKR di Selangor sebulat suara untuk menjual banglo-banglo tersebut.

Namun, pada 13 Julai 2009, Dewan Undangan Negeri Selangor "tidak pun membuat penilaian terhadap banglo-banglo tersebut kerana TIDAK ADA NIAT UNTUK MENJUALNYA. Pada mulanya Kerajaan Negeri hendak menyewakan banglo-banglo ini untuk sewaan jangkapanjang. Mungkin publisiti buruk yang menyelubungi banglo-banglo ini yang menyebabkan kita susah untuk mendapatkan penyewa. Mungkin kepada masyarakat Cina, "feng shui"nya kurang baik dan tidak mahu tinggal di sana". Begitulah jawapan dari DUN Selangor mengenai status banglo tersebut.

Yang pertamanya, Pakatan Rakyat terutamanya Hasan Ali telah dengan sengaja dan jelas memungkiri janji mereka terhadap rakyat yang pernah dibuat ketika berkempen di padang Seksyen 7 pada PRU-12 yang lalu. Menurut Islam dan hadith Rasulullah S.A.W, di antara tanda-tanda orang munafik itu ialah "apabila dia berkata, maka dia berdusta" dan "apabila dia berjanji, dia mungkiri", dan "apabila dia diberikan amanah, maka dia khianat". Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W ini, maka bolehlah kita mengambil kesimpulan bahawa SELURUH ADUN-ADUN PAKATAN RAKYAT YANG BERAGAMA ISLAM DI NEGERI SELANGOR adalah MUNAFIK, dan ADUN-ADUN YANG LAIN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM pula ialah KAFIR HARBI yang suka mencetus provokasi dan mencabar kesucian Islam di Selangor!

Pada saya, Pakatan Rakyat mempunyai beberapa sebab sebenar untuk tidak menjual banglo-banglo mewah tersebut. Di antaranya ialah kerana "harga". Ketika berkempen pilihanraya dahulu, Teng Chang Kim mendakwa bahawa segala kos pembinaan banglo itu ialah RM40 juta, manakala Dr. Khir menafikan dakwaan itu dan memberitahu bahawa kos sebenar banglo-banglo tersebut hanyalah RM21 juta sahaja. Jadi disini ada percanggahan. Dr. Khir bercakap ketika itu menggunakan fakta dan invois, manakala Chang Kim pula hanya mengikut perkiraan stimulasi sahaja. Jadi, cakap siapa yang boleh dipakai? Oleh itu, jika mereka menjual banglo itu dibawah harga RM40 juta, apa pula penjelasan yang nak diberikan kepada rakyat? Tapi, siapa pula nak beli banglo-banglo yang berharga RM21 juta pada harga Rm40 juta? Ada lebihan RM19 juta, banyak tu..!

Hairan juga. Kenapalah banglo-banglo itu tidak dijual dan Kerajaan Negeri gagal menyewakan banglo-banglo itu kepada sesiapa pun. Sudahlah begitu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini menyalahkan pula pada "Feng Shui" pada banglo-banglo tersebut! Tak cukup dengan itu, BN pula dipersalahkan dan pembinaan banglo-banglo tersebut dilabelkan sebagai "pembaziran Barisan Nasional"?

Disitulah kita boleh lihat kebodohan seluruh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Siapa yang mampu sewa rumah-rumah banglo di Seksyen 7? Budak UiTM dan budak Unisel? Sudah pasti harga sewaanya sangat tinggi dan terpaksa pula membiayai kos penyelenggaraan yang tinggi! Jika ada individu yang berduit pun, buat apa dia nak menyewa banglo tersebut, sedangkan lebih menguntungkan jika dia membeli rumah banglo lain yang lebih murah harganya! Motif pembinaan rumah-rumah banglo tersebut adalah sebagai kemudahan kepada exco-exco untuk memberikan khidmat secara terus kepada masyarakat. Bukannya untuk dijual mahupun disewa. Justeru itu, oleh kerana Kerajaan pimpinan Khalid gagal untuk mengenal pasti tujuan atau motif pembinaan "premis khidmat masyarakat" itu, maka terpaksalah Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor menghabiskan wang dengan sia-sia.

Mudah dan lebih tepat kita boleh mengatakan "KHALID IBRAHIM DAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR MEMANG BODOH!".

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut