Sabtu, 4 September 2010

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Lagi pakatan lompat parti!

Posted: 04 Sep 2010 02:02 AM PDT

Mat Arop Selamat (tengah) menyerahkan borang kemasukan ahli Umno kepada Dr. Zambry Abd. Kadir sambil diperhatikan ADUN Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin (kiri) ketika majlis rahmat ramadan di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, Selama, Perak, semalam.

Pakatan pembangkang di negeri ini terus menerima tamparan apabila 756 ahli Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah bertindak keluar daripada parti tersebut untuk menyertai UMNO.

Tindakan ahli Pas daripada 42 cawangan itu diketuai bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Bagan Baru, Mat Arop Selamat, 65, yang menyerahkan borang keahlian kemasukan UMNO kepada Ketua Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Penyerahan borang keahlian yang penuh bermakna itu dibuat pada Majlis Rahmat Ramadan Bersama Menteri Besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, Selama di sini.

Menurut Mat Arop, keputusan keluar daripada Pas itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan daripada mana-mana pihak.

Jelasnya, ahli Pas terlibat memilih untuk menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap Pas dan pakatan pembangkang bagi membela nasib dan perjuangan mereka.

"Saya sudah 32 tahun bersama Pas iaitu sejak tahun 1969 lagi dan telah memegang jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan Bagan Baru selama 22 tahun.

"Namun saya dapati parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan asal dan saya sudah hilang kepercayaan. Saya keluar parti ini dengan rela dan bukan sebab mendapat sogokan wang atau apa-apa imbuhan lain," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mat Arop, kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar yang berwibawa juga mendorongnya untuk beralih arah kepada UMNO.

Ujarnya, Zambry berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa.

"Cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang. Semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Tegasnya, bagi membuktikan perjuangannya bersama UMNO ikhlas, dia bersama bekas ahli Pas yang lain akan mengadakan kempen menarik lebih ramai ahli menyertai UMNO.

Sementara itu, Zambry berkata, tindakan ahli-ahli Pas tersebut yang memilih UMNO menunjukkan parti itu semakin teguh di Perak.

"Apa yang terjadi hari ini menunjukkan perubahan besar di Parlimen Larut. Ia menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) makin teguh dan kita mengalu-alukan mereka ini," katanya.

Warna-warni Politik
Torashah

Pengikut