Sabtu, 4 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Anwar dan PR percayakan orang gila!

Posted: 04 Sep 2010 05:11 AM PDT

Demi menjaga kreadibiliti sebuah stesen televisyen terkemuka di dunia BBC yang menerbitkan sebuah program yang diberi nama HARDtalk telah membatalkan satu wawancara dengan seorang penulis pro-Anwar dan Pakatan Rakyat dari Malaysia iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK). Wawancara HARDtalk bersama RPK itu dibatalkan oleh BBC setelah stesen televisyen itu berjaya mengesan rekod RPK yang pernah mendapat rawatan mental di London!

Jadi, tidak hairanlah apabila ada laporan memberitahu RPK telah mabuk-mabuk dan terjatuh ke dalam longkang setelah mendapat berita bahawa wawancaranya bersama HARDtalk telah dibatalkan BBC. Siapa yang tidak kecewa. Gendang sudah dipalu, berita sudah dicanang, "RPK to appear on HARDtalk". Sekali tak jadi keluar! Sudahlah kecewa dan malu tidak keluar di program oleh BBC, penulis kepercayaan Anwar itu juga di dapati sakit mental atau gila, dan disebabkan itulah program bersama RPK itu dibatalkan!

Jelaslah bahawa RPK ini seorang pesakit jiwa atau "gila"! Menurut sumber, mereka telah mendapat berita bahawa penulis kesayangan Anwar ini pernah mendapat rawatan sakit mental. Salah seorang rakan kepada sumber berita ini, En. Pravin Santosh, memberitahu bahawa RPK dikesan oleh BBC telah mendapat rawatan sakit mental itu di London dan ini telah menyebabkan wawancara HARDtalk bersama RPK itu dibatalkan serta merta.

Pada saya, pembatalan wawancara dari program BBC ini tidaklah mengejutkan. Tentulah sebuah setesen TV terkemuka seperti BBC perlu menjaga kreadibiliti rancangan terbitannya. Namun, yang paling mengejutkan ialah ketelitian BBC untuk mewawancara seseorang sehingga menyiasat latar belakang individu yang bakal diwawancara tersebut. Ternyata RPK telah "kantoi" apabila rekod sakit mentalnya ditemui oleh BBC, dan BBC tidak mahu menemuramah seorang orang gila dari Malaysia!

Ya. Kini satu Malaysia sudah tahu apa "siapa" dan "apa masalah"nya dengan Raja Petra yang diburu oleh pihak berkuasa di Malaysia ini. Selama ini penulisannya dipuja dan dijadikan bahan bukti dalam "mahkamah media" Anwar yang sememangnya berniat memburuk-burukkan Perdana Menteri & Isteri, Malaysia, hakim-hakim mahkamah, sistem kehakiman dan institusi DiRaja. Penulis inilah yang dipandang tinggi oleh Anwar dan Pakatan Rakyat dengan pandangan dan penulisan yang terbit dari "ilham" yang "istimewa".

Dan sekarang, barulah seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa penulis dan perencana yang dilindungi Anwar dan Pakatan Rakyat di London itu ialah orang gila dan sakit mentalnya! Selama ini Anwar mempercayai "Statutory Declaration" dari seorang yang "gila"! Selama ini Pakatan Rakyat yang dipercayai membiayai kos sara hidup RPK di London itu hanyalah kerja bodoh dan memalukan apabila individu yang dilindungi mereka itu adalah "gila"! Penulis masih teringat ketika pelancaran sebuah kelab pro-Pakatan Rakyat di London, "orang gila" yang bernama RPK itu dilayan seperti VVIP oleh rombongan Pakatan Rakyat!

Setelah disahkan RPK sebagai "orang gila" secara tidak lansung oleh BBC ini, maka jelaslah bahawa kreadibiliti Pakatan Rakyat bolehlah di"tong sampah"kan oleh seluruh rakyat jelata. Adalah jelas segala fakta dan pandangan dari Pakatan Rakyat itu diambilkan dari sumber "orang gila"! Memang memalukan Pakatan Rakyat! Memang memalukan Anwar. Selama ini mereka mempercayai "orang gila"! Jadi perlukah kita terus mempercayai orang gila dan Pakatan Rakyat lagi? Sendiri fikir la…

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut