Rabu, 1 September 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/05/13/rahsia-bangsa-melayu-keturunan-nabi-ibrahim-as/rahsia-bangsa-melayu-keturunan-nabi-ibrahim-as/

Posted: 31 Aug 2010 09:53 PM PDT

Rahsia bangsa Melayu keturunan Nabi Ibrahim as

Posted: 31 Aug 2010 09:51 PM PDT

Rahsia bangsa Melayu keturunan Nabi Ibrahim as

Difailkan di bawah: Uncategorized — jalanakhirat @ 7:19 pm


Menurut kajian geneologi setakat ini, Nabi Ibrahim ( Abram, Abraham) mempunyai tiga orang isteri, iaitu Sarah, Hajar dan yang terakhir Keturah. Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael). Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Imran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab. Kebanyakan teks – teks Judeo – Kristian mahu pun Islam banyak menceritakan riwayat kedua -dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah, isteri bongsu Nabi Ibrahim. Sarah, iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal, manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir. Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'. Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"
Dari mana dia berasal ? .Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa – bangsa agung penakluk seperti Chaldea, Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia, Assyria, Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa – bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah. Selama beribu – ribu tahun bangsa Yahudi diperangi, dibuli dan dikacau oleh bangsa – bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat – hikayat mereka sebagai 'raksasa', 'orang gasar ( barbarian ), kaum yang ganas dan sebagainya. Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,
" Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini " ( Kisah Nabi Musa )
Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).
Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.
dalam Alquran ada disebut:
"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?….Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 – 68)

Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.
Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.
Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.
Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.
*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.
Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK…TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN….tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.
Sumber: Komentar Pendekar di http://karimon.wordpress.com/

PARTI POLITIK VS NGO's.

Posted: 31 Aug 2010 06:58 PM PDT

PRU ke 12 telah menjadikan landskap politik Malaysia lebih terbuka dan kompititif. Jelas dengan bertambahnya kerusi pembangkang di Dewan Rakyat serta menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional sejak sekian lama telah memulakan satu era politik yang lebih terbuka. Di Malaysia, menerusi sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang bermula sejak tahun 1957 yang diwarisi dari 'west-minister' telah menjadi amalan. Pembentukan kerajaan pusat dan negeri dilakukan menerusi perlembagaan persekutuan dan negeri iaitu kaedah pilihanraya. Untuk ini sistem parti telah digunapakai untuk mewakili kaum-kaum tertentu. Amalan ini telah lama berjalan walaupun pernah mengalami zaman pasang surutnya. Pembentukan parti-parti politik khususnya Melayu jika diteliti adalah berasal dari pertubuhan-pertubuhan Melayu . UMNO misalnya berasal dari beberapa pertubuhan Melayu yang pelbagai kepentingan disetiap negeri bersatu pada konvensyen Melayu ke tiga untuk mendapat persetujuan bagi membentuk Pertubuhan kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) dan akhirnya jadi UMNO.

Di Malaysia, pertubuhan-pertubuhan sukarelaatau lebih mesra dipanggil NGO's terlalu banyak dan pelbagai sifatnya. Ada yang menjadi kumpulan pendesak malah tidak kurang juga yang menjadi kumpulan berkepentingan. Dengan kata lain kedua-dua entiti ini mempunyai suara dan peranan masing-masing dari segi organisasi itu sendiri mahu pun penyertaan mereka dari segi politik negara sama ada secara langsung atau tidak. Kini timbul pula satu lagi pertubuhan yang mewakili orang Melayu yang dipanggil PERKASA. Kewujudan PERKASA adalah ekoran dari serangan-serangan yang dibuat oleh parti pembangkang dan rakan sendiri terhadap beberapa kepentingan mengenai kaum Melayu mula tergugat saperti Perkara 153, 152, 181 dan 3.

Kegagalan parti sendiri atau pemimpin secara peribadi untuk mempertahankan serangan dan juga menjaga hati orang Melayu menyebabkan timbulnya PERKASA. Asasnya pertubuhan ini adalah sebuah NGO yang memfokuskan kepada perkara yang berkaitan mengenai Melayu. Desakan dari pemimpin pembangkang demi untuk memastikan kemenangan pada PRU 12 dapat dilangsungkan maka mereka mula mengalih isu dalaman dan kepimpinan parti mereka kepada soal- yang berkaitan dengan Melayu. Hati orang Melayu terusik bila parti yang selama ini diharap dapat menjaga survival Melayu tiba-tiba menjadi dan mengamalkan fobia berdiam diri.

Pada masa yang sama kewujudan dan kehadiran PERKASA sebagai platfrom dan wadah perjuangan orang Melayu mula mendapat perhatian kerana kelantangan , keseriusan serta kerasionalannya dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu dari terus jadi barang dagangan sesetengah pemimpin. PERKASA mula dirapati oleh pelbagai individu dengan pelbagai latarbelakang yang berbeza. Kini keahliannya menjangkau 200,000 ahli.

Persoalan adakah dari NGO's , PERKASA akan memanjangkan sayapnya jadi sebuah pertubuhan politik. Perkara ini bukan mustahil dan pernah terjadi dulu. Kehadiran PERKASA yang bersuara lantang dalam mempertahankan hak-hak Melayu mula mendapat sambutan. Walau pun secara formalnya PERKASA tidak terlibat dalam politik secara terus tetapi dengan beberapa aktiviti mereka secara tidak langsung juga ada kena mengena dengan politik.

Rasional PERKASA jadi pertubuhan politik adalah berpunca daripada kesungguhan mereka dalam mempertahankan hak orang Melayu jelas memerlukan bukan sahaja setakat demontrasi, menghantar memorandum, sidang, konvensyen sahaja malah perlukan 'political will' agar suara hati mereka didengari oleh kepimpinan kerajaan. Apatah lagi kebanyak perkara yang diperjuangkan oleh PERKASA ada kaitannya dengan dewan rakyat atau dewan negara.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Peringatan Raja Nazrin wajar diberi perhatian serius!

Posted: 01 Sep 2010 11:59 AM PDT

ENTAH untuk ke berapa kali, raja-raja Melayu terus memberikan peringatan dan nasihat kepada orang Melayu serta umat Islam mengenai ancaman yang sedang mereka hadapi.

Terbaru, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap umat Islam yang disifatkannya dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca.

Pada pandangan baginda, ia berlaku kerana pemimpin memilih untuk bertelagah serta bersaing mendapatkan pengaruh sehingga tergamak melakukan perkara mencemarkan agama serta menjatuhkan maruah ummah.

Walaupun peringatan baginda cukup tegas dan jelas tetapi percayalah, ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada sesetengah kelompok pemimpin yang lebih melihat kepada keuntungan politik semata-mata.

Pemimpin berkenaan seolah-olah tidak peduli terhadap apa yang berlaku kepada orang Melayu tetapi sebaliknya lebih menghitung bagaimana hendak meraih sokongan daripada kaum lain.

Akibatnya, orang Melayu dan umat Islam seperti kata Raja Nazrin tenggelam punca. Keadaan ini jika berterusan amat berbahaya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Justeru, pemimpin-pemimpin yang terus ghairah menggadaikan segala-galanya untuk kepentingan politik mereka, perlu memandang serius peringatan Raja Nazrin itu.

Jangan menganggap apa yang dititahkan oleh baginda sekadar satu titah semata-mata dan bukannya satu perintah yang perlu dipatuhi. Apa yang baginda lakukan adalah untuk memberi amaran tentang bahaya yang menanti umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Pertelingkahan akibat ideologi politik berbeza dan ditambah pula dengan permainan politik matlamat menghalalkan cara telah memungkinkan hari demi hari orang Melayu menjadi semakin lemah.

Apa sahaja isu yang cuba dibangkitkan bagi membela nasib mereka, pasti akan mendapat tindak balas segera di mana orang yang memperjuangkannya akan dianggap rasis.

Lebih mendukacitakan, apabila ada pemimpin Melayu yang sanggup ke barisan hadapan untuk mempertahankan tindakan pemimpin bukan Melayu menyampaikan 'tazkirah' di surau.

Pelbagai hujah mereka keluarkan bagi mempertahankan rakan sekutu politik mereka itu, dan dalam masa yang sama tuduhan dilemparkan kepada pihak yang mendedahkan kejadian tersebut.

Sudah jelas kini semakin ramai pemimpin Melayu bersedia menjadi 'pak turut' semata-mata mahu meraih kuasa politik.

Mereka terlupa bahawa seperti mana kata Raja Nazrin pencerobohan besar bermula daripada pencerobohan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar.

Jika orang Melayu dan umat Islam terus leka serta lebih selesa untuk menjadi pembela membuta tuli kepada perbuatan yang dianggap melampau oleh bukan Islam, maka percayalah satu hari nanti mereka mungkin ibarat 'menang sorak kampung tergadai'.

Oleh itu, jadikanlah satu demi satu nasihat daripada raja dan sultan sebagai peringatan dan bukannya melihatnya daripada sudut politik yang sempit. Janganlah menjadi si kitol yang sanggup menggadaikan segala-galanya demi mencari kesenangan sementara.

Orang Melayu perlu sedar dan memahami bahaya yang menanti mereka. Ingatlah apabila pencerobohan kecil cuba dipertahankan dengan pelbagai hujah maka, bersedialah untuk berhadapan dengan pencerobohan besar yang tidak mustahil boleh menyebabkan orang Melayu menjadi pelarian di tanah air sendiri seperti mana yang berlaku di Palestin.-UM

Warna-warni politik
Torashah

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Persoal Perkara 153 ;Nurul Izzah ‘cemuh’ bangsa sendiri kerana agenda politik – Syed Ali

Posted: 31 Aug 2010 11:47 PM PDT

"HANYA pembelot kepada bangsanya sendiri sahaja yang sanggup mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Sebaliknya jelas beliau, manusia yang waras tetap akan mempertahankan kedudukan bangsa dan tanahair daripada dikhianati serta tidak bertolak ansur atas kepentingan politik.

"Inilah dapat digambarkan betapa rendahnya moral Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang tergamak mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keistimewaan orang Melayu," tegasnya lagi.

Beliau menjelaskan, tanggapan itu juga sebahagian daripada politik liberal yang dipelopori Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, politik liberal dicanang oleh Anwar bagi mengemis sokongan daripada bukan Melayu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Oleh sebab itu katanya, sebagai seorang pemimpin politik muda yang terpelajar Nurul tidak sepatutnya membuat kenyataan yang 'mencemuh' bangsanya sendiri.

Malah katanya lagi, perbuatan tersebut seperti membuka ruang kepada bukan Melayu untuk terus mempersoal dan mendesak supaya hak keistimewaan Melayu dihapuskan.

"Perlakuan Nurul itu mengingatkan kita kepada watak Si-Kitol yang sanggup jadi pembelot kerana sedikit upah yang akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka," tegasnya lagi.

Katanya lagi, apakah perasaan Nurul yang dilahirkan sebagai orang Melayu tetapi tergamak menggadaikan maruah bangsanya sendiri.

Menurutnya, pendirian terbaru Nurul itu amat mengecewakan seluruh umat Melayu kerana memperjudikan kepentingan bangas sendiri hanya didorong kepentingan politik.

Beliau mengulas kenyataan Nurul dalam portal berita pro-pembangkang, Malaysiajn Insider yang mendakwa Perkara 153 hanya menyebut 'kedudukan istimewa' dan bukannya 'hak keistimewaan orang Melayu' seperti yang digembar-gemburkan.

Nurul juga dilaporkan sebagai mendakwa agenda Melayu yang terkandung dalam pengagihan ekonomi Perkara 153 hanyalah bersifat sementara dan bukan hak kekal orang Melayu.

"Walaupun Nurul cuba bermain dengan perbezaan istilah terhadap kandungan Perkara 153, tetapi matlamatnya mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan ini dilihat berbau hasutan," tegas Syed Ali lagi.

Sehubunagn itu, beliau mengingatkan Nurul supaya jangan cuba menanam satu pandangan baru di kalangan pengundi supaya menolak ketuanan Melayu kerana perbuatan tersebut merupakan pengkhianatan kepada negara.

"Kita perlu berhati-hati kerana agenda PKR membawa fahaman liberal untuk kekal berkuasa tetapi secara halusnya menghancurkan penyatuan orang Melayu dan umat Islam di negara ini," jelasnya.

Beliau berkata, orang Melayu juga berhak melahirkan rasa bimbang mereka dengan agenda PKR yang secara terang berhasrat untuk menghapuskan kepentingan Melayu.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BIADABNYA DEMO ANTI MALAYSIA DI INDONESIA

Posted: 01 Sep 2010 09:08 AM PDT

Assalamualaikum.

Saya telah mengambil masa agak lama sebelum ingin memberikan ulasan terhadap insiden membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia di kedutaan Malaysia di Jakarta dalam tempoh terdekat yang lalu. Naik meluat saya dengan kisah-kisah biadab dan kurang ajar segelintir masyarakat di sana terhadap nama baik Malaysia.

Ya, memang benar dan saya amat setuju dengan andaian bahawa perkara itu hanya dilakukan oleh segelintir rakyat Indonesia yang kononnya telah diupah atau sebaliknya. Namun, apakah kerajaan Indonesia hanya membiarkan hal tersebut berlaku begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan.

Sesiapa pun yang bernama anak Malaysia pasti marah dan sakit hati apabila melihat Jalur Gemilang dipijak, dikoyakkan dan dilemparkan dengan najis. Jelas saya melihat, kejadian yang dianggap dilakukan oleh masyarakat minoriti itu tidak diambil tindakan.

Polis Indonesia hanya memandang dan memerhati sahaja demonstrasi biadab yang dilakukan rakyat Indonesia itu. Kalaulah di Malaysia, tindakan tegas pasti diambil atas pelbagai sebab:

Pertama, atas nama untuk menjaga hubungan baik kedua-dua negara, maka sebarang tindakan yang boleh menyentuh perasaan atau maruah negara terbabit haruslah dijaga dengan baik. Dan, sebarang tindakan yang boleh merosakkan hubungan dua hala itu mesti dihalang.

Saya bangga dengan Polis Malaysia yang bertindak tegas terhadap cubaan dua lelaki yang mahu membakar bendera Indonesia di Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Tindakan tersebut bagi memastikan perkara seperti itu tidak terus merebak.

Kedua: pihak polis Indonesia mesti memerangi petunjuk perasaan dan bukan membiarkan sahaja sehingga mereka lebih berani.

Ketiga: pihak Indonesia harus lebih peka dengan sensetiviti masyarakat Malaysia dan menyedari sumbangan Malaysia terhadap Indonesia.

Walaupun orang berkata bahawa kita turut bodoh jika mengikut jejak rakyat Indonesia itu, namun seperti kata Perdana Menteri kita, tahap kesabaran ada batasnya.

Ini bukan kali pertama tindakan biadab rakyat Indonesia terhadap negara kita. Saya masih ingat apabila rakyat mereka juga merusuh di sebuah kem tahanan suatu masa dulu dan membakar trak polis. Mereka dengan biadabnya mengibarkan bendera Indonesia seolah-olah ini negara mereka.

Memang, kita sentiasa mengalah kerana ingin menjaga hubungan dan hati Indonesia. Namun, jika ini terus berlaku, saya tidak tahulah apakah kesudahan kepada kisah ini.

Selagi boleh bersabar, bersabarlah … saya berharap pemimpin kedua-dua negara dapat mengambil satu pendekatan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah yang berlaku ini.

Kepada rakyat Indonesia, bersyukurlah dengan apa yang orang Malaysia berikan kepada anda – keamanan, keselamatan, bantuan kemanusiaan dan lain-lain.

Mudah-mudahan, kesabaran ini mampu terus bertahan.

NILAI KEMERDEKAAN

Posted: 01 Sep 2010 08:39 AM PDT

Gambar Hiasan
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita telah memasuki 53 tahun usia kemerdekaan Negara. Dalam tempoh itu, kita semua telah melalui pelbagai kisah pahit getir sehingga kita berjaya melahirkan sebuah negara Malaysia sebagaimana yang telah dan sedang kita lihat ini.

Sesungguhnya, semua itu tidak datang bergolek. Kemerdekaan negara juga begitu. Ia tidak berlaku dalam satu perjuangan yang bermodalkan air liur semata-mata.

Hari ini, saya ingin mengajak anda semua berfikir mengenai cara orang kita mengenang dan mengisi kemerdekaan. Secara jujurnya, memang ya kita sudah jauh lebih maju dan moden. Maka kata orang, cara hidup juga pasti berubah. Maklumlah, ikut trend perubahan zaman.

Saya tidak tahu, apakah anda sependapat dengan saya bahawa semangat menghargai dan mengenangkan nilai kemerdekaan negara di kalangan orang kita sebenarnya kian susut. Topik ini bukan lagi sesuatu yang menarik untuk dibual dan diperkatakan.

Malah tidak keterlaluan, bagi generasi selepas merdeka, kemerdekaan bagaikan tidak wujud dalam kamus hidup mereka. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan yang saya anggap amat membimbangkan. Keadaan itu jika tidak diperbetulkan, ia bakal membawa impak jangka panjang terhadap masa depan negara kita sendiri.

Kebetulan tahun ini, kita meraikan ulang tahun kemerdekaan dalam bulan Ramadan, maka cabarannya menjadi lebih getir. Kempen kibarkan Jalur Gemilang tidak semeriah sebelum ini. Walaupun memang ada, namun kehambarannya tetap dirasakan. Hal itu bukanlah sesuatu yang menjadi rahsia lagi. Ia berlaku di persekitaran kita semua. Itu sangat jelas untuk kita lihat.

Bagi saya, apabila seseorang rakyat di sebuah negaranya yang merdeka tidak lagi tersentuh atau merasai penting dan nikmatnya kemerdekaan, maka ia adalah petanda yang kurang baik untuk masa depan negaranya. Saya agak terkilan dengan keadaan itu, namun ia adalah sesuatu yang sudah terlalu sukar diubah.

Saya lihat, segala-galanya telah ditenggelamkan dengan isu politik yang tidak berkesudahan. Orang kita terlalu berpolitik tanpa mengira masa dan peristiwa. Segala-galanya adalah politik dan sentiasa dipolitikkan. Itulah masalah. Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika acara sambutan meraikan ulang tahun kemerdekaan telah tenggelam dengan isu-isu politik.

Lebih dahsyat lagi, apabila kemerdekaan juga mahu dipolitikkan. Seharusnya kita berubah. Ini soal negara dan ia sewajarnya bersifat tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankannya.
Kepada rakyat, nasihat saya ialah agar kalian semua tidak begitu mudah terjebak dengan dakyah yang disebarkan pihak tertentu, kita harus bijak dan matang dalam melihat nilai kemerdekaan ini.

Kepada generasi muda, luangkan sedikit waktu dan berfikir mengenai sejarah negara. Baca dan hayati sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara lebih 53 tahun yang lalu. Anda adalah pewaris masa depan negara, sekaligus sebagai generasi yang diberikan amanah untuk mempertahankan kemerdekaan negara bertuah ini.

Kita semua harus berubah, berubah menjadi rakyat yang semakin kuat menyanyangi dan menyintai kemerdekaan negara. Apabila itu ada di dalam diri kita semua, apa sahaja cabaran yang datang, ia tidak begitu mudah boleh menggugat kita semua.

Dengan tema 1Malaysia Penjana Transformasi, saya menyeru kepada anda semua dan diri saya sendiri agar terus berusaha untuk menjadi rakyat yang setia kepada negara dan sentiasa menghargai nikmat kemerdekaan negara.

Percayalah bahawa dengan kemerdekaan itulah, kita dapat mengecapi segala-galanya hari ini.
Merdeka! … Merdeka! … Merdeka!

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


PAS Tak Boleh Beza Pelancong Dengan Ahli Politik

Posted: 01 Sep 2010 04:58 AM PDT

Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mac 2010 mengenai pelancong yang dibenarkan masuk ke dalam kawasan masjid dan ruang sembahyang dengan kebenaran pihak berkuasa masjid dan surau menjadi senjata PAS dalam berhadapan isu pencemaran masjid oleh kaum kafir lahanat daripada DAP. Tidak cukup dengan itu, MP Serdang bergambar pula dengan Nik Aziz bagi menunjukkan restu PAS atas tindakannya mencemarkan kesucian surau dan masjid bagi kepentingan politik DAP. Dalam masa yang sama seorang ADUN PAS pula digambarkan memasuki sebuah kuil di Selangor. Bab-bab propaganda pembelit ini memang tiadalah yang lebih mahir melainkan pembangkang seperti PAS.

Agaknya apa yang PAS faham tentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan menyebut 'pelancong' secara khusus kalau semua bukan Islam dibenar berada dalam kawasan mimbar masjid? Senibina masjid di Malaysia memang diakui menarik dan mempunyai nilai dari segi pelancongan dan inilah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam membuat keputusan itu. Kita yakin Majlis Fatwa bukan kurang perbendaharaan kata kalau benar mahu membenarkan seluruh umat bukan Islam masuk masjid/surau secara suka hati. Tapi bila 'pelancong' disebut secara khusus, mestilah ada penjelasan dan penyebabnya seperti yang diterangkan di atas.

Pesuruhjaya PAS selangor sendiri BARU nak mencadangkan garis panduan bagi orang bukan Islam mengunjungi masjid dan surau (disini), kalau fatwa itu sahaja sudah cukup, kenapa nak ada garis panduan lagi? Itupun perkara-perkara seperti perlakuan serta tingkah laku mereka (pelancong) tidak mencemarkan kesucian masjid yang turut disebut dalam keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu, tidak langsung disentuh oleh PAS terutama Mahfuz Omar. Kita tidak hairan bab petik-petik separuh ini kerana kalau tafsiran al-Quran pun PAS boleh petik mana yang berguna kepadanya saja apatah lagi keputusan Majlis Fatwa. Yang kita hairan, punya ramai manusia dalam PAS yang berpendidikkan sarjana, doktor dan sebagainya dalam pengajian Islam, yang tak lulus SRP macam Mahfuz juga yang dihantar untuk memberikan penjelasan bagi pihak PAS.

Nik Aziz seperti biasa diharapkan oleh pihak pembangkang dalam mengeluarkan fatwa-fatwa politik karut mengenai sesuatu isu berkenaan Islam yang tidak menyebelahi mereka. Tiada pemimpin PAS lain yang punya kekuatan mencipta karut marut agama melainkan Nik Aziz, jika Elizabeth Wong disucikan oleh Nik Aziz dalam isu gambar 'kangkangnya' atas alasan privacy, MP Serdang ini juga mendapat restu Nik Aziz dan digambarkan bersama di dalam Harakah bagi mengeluarkannya dari kemelut yang sedang dihadapi, malah digalakkan pula terus menerus memberi 'tazkirah' di masjid dan surau di Selangor oleh Nik Aziz seolah mencabar titah perintah DYMM Sultan Selangor yang mahu surau/masjid di Selangor tidak dicemari dengan politik kepartian. Secara tak langsung Nik Aziz sedang menjadi penguasa agama tidak rasmi bagi seluruh Malaysia, mengatasi kedudukkan sultan-sultan melayu yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.

Jika benar PAS boleh menerima pemimpin DAP memberi takzirah dan ceramah di dalam surau serta masjid, kenapa tidak lakukannya di negeri-negeri yang mereka perintah? Kenapa hanya pandai bercakap bagi pihak negeri lain di mana PAS hanyalah minoriti? Gunakanlah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai alasan bagi membenarkan tindakan tersebut.

Nik Aziz umpama boneka DAP dan Anwar Ibrahim yang bergerak mengikut tali dan irama yang dimainkan mereka. Ini bukan kali pertama PAS digunakan bagi membenarkan tindakan pemimpin DAP, dalam kempen piilihanraya di Sibu, nama PAS juga digunakan bagi menggambarkan seolahnya seluruh masyarakat Islam bersetuju kalimah Allah swt digunakan di gereja-gereja walaupun hakikatnuya tidak, bantahan umat Islam di seluruh negara mengenai isu ini adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Bagi pihak DAP, mereka sungguh beruntung kerana mempunyai 'anjing' seperti PAS, anjing yang boleh diarah apa saja, mengikut kata dan taat kepada tuannya. Sikap anti raja DAP begitu jelas sekali dalam isu pencemaran masjid/surau oleh pemimpin mereka apabila tidak mempedulikan arahan Sultan sebaliknya mencari Nik Aziz bagi mencari perlindungan. Tahniah kita ucapkan kepada DAP kerana menunjukkan 'warna' sebenar PAS kepada rakyat umum.

Bagi rakyat, kita boleh menilai betapa jijiknya PAS, demi kuasa politik, PAS sanggup menjadi alat kepada DAP, sebaliknya pula bagi DAP, tidak sesekali mahu menjadi alat kepada PAS. PAS banyak membantu 'membersihkan' DAP dalam isu yang boleh memberi keuntungan politik kepadanya dikalangan orang melayu/Islam, DAP pula tidak sesekali mahu membantu PAS di dalam isu yang boleh membantunya terutama yang berkaitan hudud. Begitulah hinanya PAS sekarang, semua digadaikan demi kepentingan poltik dunia yang tak seberapa ini.

Kalau PAS sering mengikut telunjuk DAP, macam mana nak diharapkan PAS menggantikan UMNO dalam mewakili orang melayu dan Islam? Tepuk dada tanya iman.

(Oleh: Adamyan)

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Namewee

Posted: 31 Aug 2010 05:00 PM PDT

Wee Meng Chee or Namewee's latest video should rightly offend all Malaysians who profess to be against racism. As I told the press yesterday, I believe this time, Namewee's insult was too blatant for anyone to ignore. He cannot continually be given a pass, and this latest stunt suggests he did not mean his apology to all Malaysians over the infamous "Negarakuku" video in 2007.

Segera laksanakan gaji minimum

Posted: 31 Aug 2010 05:00 PM PDT

( Berikut adalah wawancara saya berhubung isu gaji minimum oleh Utusan Malaysia yang telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada hari ini Rabu, 1 September 2010. )

UTUSAN: Kenapa penetapan gaji minima dilihat begitu mendesak ketika ini?

KHAIRY: Isu ini berkait rapat serta langsung dengan kebajikan rakyat keseluruhan. Bagi Pemuda UMNO juga, isu gaji minima adalah satu isu nasional yang begitu relevan kepada generasi muda kerana mereka mewakili hampir dua per tiga daripada golongan yang bekerja. Dalam desakan ini, kalau kita lihat kepada pola kenaikan dan tahap gaji pekerja tempatan, ia berada pada paras yang rendah. Berdasarkan kajian Bank Dunia, purata kenaikan kadar gaji tahunan bagi sektor domestik dan eksport dari 1994 hingga 2007 hanyalah sekitar 2.6 peratus dan 2.8 peratus sahaja berbanding kadar purata dunia daripada laporan Pejabat Buruh Antarabangsa iaitu pada 3.2 peratus.

Pengikut