Khamis, 26 Ogos 2010

Puteri UMNO Bahagian Pandan

Puteri UMNO Bahagian Pandan


Al-Qur’an Pemberi Syafaat di Akhirat

Posted: 26 Aug 2010 05:03 PM PDT

SalamNuzul Quran,

Tertarik membaca posting ini walaupun last year punya, punyai meaning yang mendalam.

Al-Qur'an Pemberi Syafaat di Akhirat

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Monday, September 7, 2009



"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." (Al-Baqarah: 185)


Alhamdulillah, sedar tidak sedar, kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadhan yang penuh berkat dan kemuliaan. Sebagaimana yang kita ketahui, dalam bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ini, telah terjadinya satu peristiwa yang penting dan bersejarah, iaitu turunnya ayat suci Al-Qur'an yang pertama dan kemudiannya secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w yang kita kenali sebagai Nuzul Al-Qur'an. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Turunnya kitab suci ini telah membawa cahaya perubahan kepada kehidupan manusia daripada kehidupan jahiliyyah dan sesat kepada kehidupan yang beriman dan mulia.


Al-Qur'an merupakan mukjizat Rasulullah s.a.w yang paling agung dan menjadi panduan kepada umat Islam sehingga ke hari ini. Al-Qur'an telah dijanjikan oleh Allah sebagai kitab yang terpelihara hingga ke hari kiamat. Tidak ada makhluk Allah yang dapat mencabar keagungannya dari segala segi mahupun menokok-tambah atau mengubah kandungan Al-Qur'an seperti dalam firman-Nya:


"Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri." (Al-Israa': 88)


Islam menggalakkan umatnya supaya melazimkan diri membaca Al-Qur'an kerana membaca Al-Qur'an adalah amalan yang sangat mulia, lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini. Dengan amalan yang sedemikian, akan menambahkan lagi ganjaran dan rahmat Allah s.w.t serta mendapat syafaat (pertolongan) pada hari akhirat kelak, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w maksudnya:


"Dari Abi Umamah Al-Bahili berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah oleh kamu Al-Qur'an kerana sesungguhnya Al-Qur'an itu akan datang pada Hari Kiamat memberi syafaat (pertolongan) kepada pembacanya". (Riwayat Al-Imam Muslim)


Walau bagaimanapun, dengan pemodenan kehidupan yang berlaku setiap kali meningkatnya tahun, dekad, dan abad, dunia Islam semakin kekurangan jiwa-jiwa yang celik Al-Qur'an. Al-Qur'an hanya dibaca apabila tiba bulan Ramadhan dan kadang-kadang dalam majlis Khatamal Al-Qur'an ketika kenduri perkahwinan. Sangat sedikit yang membaca Al-Qur'an pada masa-masa yang lain; selepas setiap waktu solat, sebelum tidur, semasa menunggu bas, semasa menunggu kedatangan pensyarah, dan banyak lagi masa-masa terluang yang selalunya dibazirkan untuk perkara-perkara kurang bermanfaat.


Ke mana menghilangnya generasi Al-Qur'an? Yang siang dan malamnya dihiasi dengan taranum dan tadabbur Al-Furqan, masa-masa lapangnya digunakan untuk mengkaji Kalam Allah dan setiap saat dalam hatinya menghafaz ayat suci Kitabullah. Kebanyakan umat Islam kini yang mengaku Muslim tidak begitu menghayati Al-Qur'an berbanding buku-buku sejarah dan Sains nukilan karyawan Barat, sedangkan Al-Qur'an sejak turunnya telah mengisahkan pelbagai sejarah kehidupan manusia dan ilmu Sains yang akhirnya pada zaman ini diiktiraf oleh saintis-saintis Barat. Sebagai Muslim, sepatutnya Al-Qur'an itulah menjadi rujukan pertama sebelum buku-buku selainnya, tetapi pada zaman yang hampir kiamat ini, Al-Qur'an seakan-akan diletakkan di tempat keempat, kelima mahupun yang terakhir sebagai tempat rujukan. Manusia hampir terlupa bahawa antara tanda-tanda besar kiamat adalah hilangnya tulisan Al-Qur'an dari mashaf dan daripada hati umat Islam.


Oleh itu, sebagai hamba Allah yang tahu, sudah menjadi tanggungjawab kepada saudara seagama yang lain untuk mengajarkan Al-Qur'an dan hal-hal mengenainya. Ibu bapa mengajarkan anak-anak, abang dan kakak mengajarkan adik-adik, sahabat mengajarkan sahabat, pendek kata, yang tahu mengajarkan yang tidak tahu. Bagi yang tidak tahu membaca Al-Qur'an, adalah disarankan agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya kerana pada masa ini banyak kemudahan yang telah disediakan, antaranya kelas-kelas Al-Qur'an di masjid-masjid, CD-CD belajar Al-Qur'an, dan sebagainya.


Sesungguhnya pahala dan berkat bukan hanya akan diperolehi oleh mereka yang membaca Al-Qur'an, tetapi juga akan diperolehi oleh orang yang mendengar bacaan Al-Qur'an. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-A'raaf ayat 204 maksudnya:


"Dan apabila Al-Qur'an itu dibacakan maka dengarlah akan dia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat".


Maka, apabila Al-Qur'an dibacakan terutamanya di Majlis-majlis Peraduan Al-Qur'an, Tadarus Al-Qur'an, Khatam Al-Qur'an dan sebagainya, adalah elok kita diam dan mendengar bacaan Al-Qur'an agar kita dapat menghayati dan memahami maksud yang terkandung di dalamnya. Perbuatan sedemikian adalah dikira ibadat dan akan mendapat pahala dari Allah S.w.t.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk melipat-gandakan amalan dengan membaca dan menghayati Al-Qur'an, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang menerima syafaat, rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. Amiin.


Siti Hasunah Binti Mohammad,
Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
http://sunahmohammad.blogspot.com

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MESTI BACA PUNYA: YANG MANA LEBIH RASIS : PENGETUA ATAU NAMEWEE

Posted: 25 Aug 2010 05:27 PM PDT

Penghinaan Namewee lebih dahsyat tapi tiada tindakan diambil

SATU laporan polis telah dibuat terhadap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor iaitu yang dikatakan memarahi pelajar-pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman. Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP, Lim Kit Siang awal-awal lagi mendesak pihak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan keras terhadap pengetua sekolah ini yang disifatkannya amat rasis.

Terbaru, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua mendakwa Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghayati konsep 1Malaysia apabila gagal bertindak terhadap pengetua itu.

Sebagai seorang guru, apa yang diluahkan oleh pengetua itu adalah satu teguran dan nasihat kepada pelajar-pelajarnya yang pasti seringkali ingkar arahan dan peraturan-peraturan di sekolah. Namun ahli politik pembangkang sering mensensasikan sesuatu isu terutama apabila ia melibatkan kaum bukan Melayu.

Ahli politik pembangkang seperti Lim Kit Siang akan segera mendesak kerajaan kerana insiden tersebut kononnya telah menghina dan menghiris hati kaum bukan Melayu.

Mengapa Lim Kit Siang mensensasikan isu ini sedangkan ia boleh diselesaikan secara dalaman oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.

Inilah petunjuk betapa kiasunya Lim Kit Siang dan DAP. Apabila orang Melayu menyentuh kaum dan keturunan bukan Melayu, itu adalah perkauman. Sebaliknya apabila ahli politik pembangkang bukan Melayu mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan agama Islam itu dinamakan pandangan hak asasi dan kesamaan!

Politikus pembangkang sengaja memperlihatkan seolah-olah pemikiran mereka dangkal iaitu tidak pernah terlintas memikirkan hati dan perasaan orang Melayu terhadap segala tindakan mereka mempersoalkan hak orang Melayu termasuk menyentuh agama Islam.

Siapa yang tahan apabila setiap kali bangun dari tidur, lantang kedengaran bangsa dan agamanya asyik dikecam dan dihina! Inilah bukti bahawa politik mainan pembangkang terutama DAP telah membunuh rasa kasih sesama rakyat Malaysia. Sebaliknya hanya membarakan lagi perasaan marah dan geram antara sesama rakyat berbilang kaum.

Namun sebelum tindakan diambil ke atas pengetua itu, kita perlu rujuk kembali kes seorang pelajar Cina, Namewee yang telah melakukan penghinaan yang menyeluruh melibatkan agama, bangsa Melayu, organisasi kerajaan dan negara menerusi klip video nyanyian lagu kebangsaan Negaraku yang di beri 'nafas baru' iaitu Negarakuku!

Pun begitu tiada sebarang tindakan yang diambil ke atas Namewee sedangkan penghinaan yang dilakukan oleh Namewee 900 peratus lebih dahsyat dari apa yang dilakukan oleh pengetua terbabit.

Mungkin sebab Namewee adalah berbangsa Cina justeru perbuatan biadap itu dianggap tidak apa-apa, sekadar luahan kemarahan seorang anak muda iaitu ayat yang sering diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin pembangkang apabila mempertikaikan hak-hak istimewa bumiputera dan agama Islam!

Sebaliknya nasib pengetua itu agak malang kerana beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam, justeru semua pemimpin politik Cina terus mendesak agar beliau dikenakan hukuman.

Justeru elok rasanya jika syor Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin agar parti politik jahat seperti DAP dipertimbangkan oleh kerajaan untuk diharamkan kerana membahayakan rakyat dan negara ini.

NORHISYAM BIN MOHAMAD

Kuala Kedah

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53

Posted: 25 Aug 2010 06:34 PM PDT

Tema hari kemerdekaan 2010 ini adalah "1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI".
Satu tema yang cukup luas dan besar pengertiannya kepada semua rakyat negara ini. Tema hari kemerdekaan 2010 tersebut memberikan gambaran bahasa dengan penyatuan dan semangat cintakan negara pastinya mampu mengubah negara ke arah yang lebih baik. Salah satu dari tema hari kemerdekaan yang menarik.

Dan untuk pertama kalinya juga seluruh negara kita akan menyambut perayaan hari malaysia pada 16 September nanti yang akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Di antara aktiviti sempena sambutan hari kemerdekaan pada bulan Ogos dan September ini adalah:

1. Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang"
Tarikh: 17 Ogos 2010 hingga 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi -- 6.00 petang

2. Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan

3. Acara Perbarisan dan Perarakan
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

4. Perayaan Hari Malaysia
(Pameran, Pertandingan Koir Patriotik dan Acara Rasmi)

Tarikh: 16 September 2010
Tempat: Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah

5. Manifestasi Puisi Kemerdekaan
Tarikh: 23 – 25 September 2010
Masa: 9.00 pagi -- 11 malam
Tempat: Taman Budaya Negeri Melaka


Pastinya setiap warga Malaysia mempunyai tafsiran dan pengertian sendiri bila berbicara mengenai hari kemerdekaan ataupun hari kebangsaan negara. Walaupun wujud berbeza pendapat dan pandangan dalam sesuatu perkara, namun tema hari kebangsaan 2010 "1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI" perlu dihayati oleh semua warga malaysia dan lapisan masyarakat dan dijadikan panduan untuk menguatkan semangat cintakan negara. Jika dihayati tema hari kebangsaan 2010 ini, maksudnya boleh diperluaskan di gunakan dalam segala aspek untuk pembangunan sesebuah negara.


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 kepada warga Malaysia yang berada di dalam negara mahupun di luar negara.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Bantahan Pemuda UMNO di KBRI…alahai!!!!

Posted: 26 Aug 2010 02:40 AM PDT

Dalam kita nak menyambut kemerdekaan tak lama lagi, tiba-tiba kita dikejutkan demontrasi ganas dengan kejadian baling najis ke kedutaan kita di Jakarta dan beberapa tempat lain di Indonesia berhubung tindakan penahanan pegawai Indonesia oleh Agensi Maritim kita. Tidaklah memeranjatkan sebab kita semua pun tahulah mentaliti orang-orang Indon ini, bangsa merempat tempat orang dan masih tak sedar diri – maka itu apa pun perbuatannya itu tidaklah menjadi kudis sangat kepada kita walaupun bila dia bakar dan pijak bendera kita macam dia bakar dan pijak maruah kita. Tapi kerana Indon ini bangsa pengecut hanya berani dalam kandang sendiri, faham saja sudahlah.

Di pihak kerajaan, kita lihat Kementerian Luar Negeri begitu agresif sekali dengan memanggil pihak kedutaan datang menghadap, di dalam istilah diplomatik, bila duta kena panggil menghadap ini adalah maksudnya memberi amaran keras. Ketegasan pihak Kementerian Luar Negeri ini disebalik kurangnya publisiti media mengenai menterinya, Datuk Anifah Aman, perlulah sebenarnya dicontohi oleh Kementrian-kementrian lain jugak dan tidak dilihat sekadar membesarkan mulut saja memberikan amaran tapi tindakannya tiada. Tahniah dan syabas kepada Dato Anifah, perlantikkan Dato' memang tak sia-sia.

Tapi bukan ini isu yang kita nak bincang disini, isunya ialah apabila pihak pemuda UMNO kita pun ada hati nak buat bantahan jugak. Di beritakan oleh sebuah portal berita internet, Pemuda UMNO melalui kenyataan ketuanya dilapurkan akan 'bertindak balas'. Wahh!! Ibarat cahaya dihujung terowong, timbul sekejap dalam hati pemuda UMNO yang dua ke tiga menjak kebelakangan ini macam tak berapa nak berkesan, sudah mahu 'bertindak balas'. Ganas bunyinya tu, silap-silap, ada jugak Indon kena baling tahi lembu ni kang.

Tapi kita sedarlah martabat bangsa Malaysia kita dibanding dengan di Indon nun, ganas kita bukan bermaksud macam bakar tayar ke baling bom petrol, tapi sekurang-kurangnya ada rupa demonstrasilah senang kata. Apatah lagi dengan hari kemerdekaan yang semakin hampir, semangat patriotisme dan semangat kenegaraan yang berkobar-kobar, kita jangkakan satu mesej yang 'keras' dapat disampaikan kepada wakil kedutaan Indon disini berhubung tindakan kurang ajar segelintir rakyatnya itu.

Tapi… alangkah kecewanya bila membaca 'bantahan' yang kita harapkan itu tidak lebih seperti upacara menyampaikan derma kepada anak-anak yatim sempena bulan puasa. Dengan gaya bergambar pun macam serah cek, jauh lagilah nak harap tahi lembu akan dibaling sebab tahi cicak pun tak nampak. Hanya lapan orang, 2 poster dan 1 bendera Malaysia yang mengiringi wakil Pemuda UMNO, Dato Zaki datang menyerahkan memo bantahan. Jika pemuda UMNO lapar kerana berpuasa maka itu tidak boleh hadir beramai-ramai, pemuda-pemuda dari parti komponen lain yang tidak beragama Islam sudah tentu bersedia bila-bila masa, lagipun dengan Ketua Pemuda UMNO yang tak berapa nak UMNO ini (sebab lebih banyak dilihat bercakap atas kapasiti Pengerusi Pemuda BN), sudah tentu tidak ada masalah untuk mengumpulkan seberapa pemuda dari parti komponen lain bagi menyertai 'bantahan' ini. Yang dipijak dengan tahi itu bukan bendara UMNO sebaliknya bendera Malaysia.

Aksi 'demo' yang diketuai oleh Datuk Zaki (sekutu rapat KP UMNO) sebenarnya menjadi bahan ketawa di Indonesia, cemuhan itu boleh dilihat dari cara berita itu ditulis disini yang memperlekehkan jumlah pemuda yang terlibat dalam bantahan ini dan jumlah sepanduk yang dibawa. Daripada nak menegakkan air muka negara kita yang diinjak-injak orang Indon, kita pulak yang jadi bahan ketawa dek tindakan Pemuda UMNO. Nasihat kita, baik tak payah buat demo kalau ramai ini saja yang datang, memalukan saja.

Atau adakah ini petanda pengaruh KJ dah berkurangan dalam UMNO?

(Oleh: Adamyan)

Surau dan Cat – Dimana Sensitiviti Kita?

Posted: 25 Aug 2010 11:10 PM PDT

Isu rumah ibadat milik orang Islam di simbah cat yang berlaku di Taman Pulai Impian baru-baru ini sebenarnya boleh mengundang masalah yang lebih besar kepada kestabilan dan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia. Ini kerana ia adalah rentetan kepada beberapa kejadian yang sama (dalam erti kata mencemar rumah ibadat orang Islam) yang telah berlaku baru-baru ini seperti penemuan kepala babi dan sebagainya.

Bagaimanapun kecekapan pihak polis mengambil tindakan segera, menahan suspek dan melapur perkembangan siasatan kepada rakyat, adalah satu tindakan bijak dan dialu-alukan.

Dalam beberapa kes yang berlaku sebelum ini, kita tidak dimaklumkan perkembangan siasatan apatah lagi melihat pelakunya dihadapkan di mahkamah tetapi dalam kes ini kecekapan pihak polis menahan suspek dalam masa yang amat singkat, adalah amat kita hargai.

Tanpa perlu menunggu hasil siasatan selesai, kita sudah dapat meneka, pihak manakah yang terlibat itu, apatah lagi bila Pemuda BN dan pengerusi lantikannya mendiamkan diri, semakin memberi keyakinan kita kepada indikasi-indikasi sebelum ini yang menjurus kepada penglibatan pihak mana. Bagaimanapun untuk tidak mengeruhkan keadaan, kita menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pihak polis untuk menyelesaikan masalah ini mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.

Cuma yang kita harapkan kepada pihak polis selepas ini ialah mencadangkan kepada kerajaan bagaimana untuk menerapkan dengan lebih lagi nilai-nilai perpaduan di sekolah-sekolah agar di masa hadapan tidak berulang lagi kejadian bila akibat rasa marah dan tidak puas hati sesama individu, rumah ibadat pula yang dijadikan mangsa. Kita lihat kebelakangan ini masyarakat berbilang kaum di Malaysia sudah tidak sensitif dalam hal-hal berkaitan agama terutamanya. Ini berbeza dengan tujuh ke lapan tahun yang lepas bila kita lihat tahap keharmonian antara kaum dan agama yang begitu baik sekali kerana masing-masing menghormati perkara-perkara yang menjadi 'pantang larang' dalam masyarakat majmuk Negara ini.

Generasi muda kita yang terbahagi kepada pelbagai aliran pendidikan mungkin tidak sedar tentang perkara-perkara sensitif kerana kurangnya pendedahan dan pergaulan dengan masyarakat bangsa lain terutama sejak beberapa tahun lepas apabila mereka terpengaruh dengan retorik keterbukaan dan ketelusan termasuk perkara-perkara yang menjadi sensitiviti masyarakat. Golongan ini yang 5 atau 6 tahun dahulu membesar di dalam era 'keterbukaan' ini, hari ini menjadi remaja yang merosakan perpaduan antara kaum. Menjadi lebih parah bila ada segelintir di kalangan tua dan dewasa juga yang mengambil peluang dengan menimbulkan perkara-perkara sensitif seperti isu kuota dan diskaun rumah untuk bumiputera.

Masyarakat dan media tidak lagi boleh melihat perbuatan menyimbah surau dengan cat ini dalam konteks vandalisme oleh budak-budak nakal semata-mata kerana kita semua tahu implikasi ke atas perbuatan ini menjangkau keseluruh hati dan sanubari pihak yang menjadi mangsa – dalam kes ini masyarakat Islam. Kita kesal kerana beberapa media terutama yang mempunyai kaitan dengan orang Cina telah mula memandang remeh kejadian yang berlaku di Taman Pulai Impian ini dengan menyifatkannya tidak lebih hasil tindakan spontan budak-budak nakal, sebaliknya pula bila rumah ibadat seperti gereja yang menjadi mangsa. Walaupun hanya pintu yang rosak, digambarkan seolah-olah begitu serius sekali keadaannya.

Media-media seperti inilah yang sebenarnya secara halus memburukkan keadaan. Dalam majoriti kita masih boleh bersikap rasional dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat, tulisan-tulisan sedemikian perlu dihentikan dan penulis yang terbabit perlu diberikan amaran dan tindakan. Tambahan lagi bila siasatan polis gagal menemui bukti kukuh bagi mendakwa pihak yang terlibat, masyarakat yang menjadi mangsa akan merasakan tidak ada keadilan kepada pihak mereka. Semua ini jika tidak dikawal boleh menjejaskan semangat perpaduan yang begitu bersungguh-sungguh dibawa oleh Perdana Menteri kita melalui 'Satu Malaysia'nya.

Sesungguhnya isu terbaru ini tidak boleh dipandang sepi oleh semua pihak, apatah lagi memperlekehkannya sebagai isu terpinggir. Ia juga tidak boleh dilihat dari sudut penguatkuasaan undang-undang semata-mata, malah banyak pihak perlu dilibatkan seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Perpaduan Negara dan Masyarakat serta agensi-agensi lain yang berkaitan bagi mencari jalan untuk memastikan perkara sama tidak berulang.di masa hadapan.

(Oleh: Adamyan)



PAS masih mencari telor yang hilang sebiji…

Posted: 25 Aug 2010 05:26 PM PDT

Karpal Singh selaku Presiden DAP sudah menyatakan pendiriannya menolak HUDUD dan negara Islam. Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga telah berkata bahawa hukum HUDUD PAS tak sesuai dilaksanakan.

Sekarang ini, di mana suara Mahfuz "bean" Omar? Mana dia fatwa Nik "selipar jamban"Aziz? Mana menghilang kokokan Mat "121″ Sabu? Di mana suara Salahudin "poyo" Ayub? Di mana ayat kitab dan hadis Idris "pak turut" Ahmad? Dan di mana juga amanat Hadi "boroi" Awang?
Cuba jika pemimpin UMNO yang berkata seperti Karpal atau Nik Nazmi, memang SAH akan dihukum kafir ataupun sekurang-kurangnya dikatakan tak akan mencium bau syurga oleh keseluruhan ulamak palsu didalam PAS.

Tetapi yang menolak secara terang sekarang ini bukannya pemimpin UMNO. Yang menolak "impian" Nik Aziz sekarang ialah Karpal yang paling ditakuti oleh Nik Aziz dan juga Nik Nazmi yang disegani oleh semua para totok ajaran agama PAS.

Sebab itulah tiada langsung sebarang bunyi didalam khemah PAS tentang kenyataan Karpal dan Nik Nazmi ini. Mungkin bagi mereka, apa yang disebutkan oleh pemimpin PR adalah HALAL dan tak wajar disanggah. Kecualilah ianya dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, tentu ia wajib ditentang habis-habisan.

Lihatlah bagaimana blogger-blogger PAS dan PR kecut telor mereka apabila berhadapan dengan Karpal Singh dan juga Nik Nazmi ini. Mendecit pun tidak mereka semua akibat terlampau takut kalau-kalau disuruh bertaubat oleh benggali murtad tersebut.

Samalah juga dengan kedudukan telor para pemimpin-pemimpin PAS yang telah berubah 180 darjah menuju naik ke dahi apabila Karpal mula bersuara. Mana tak nya, semua takut kehilangan sokongan dan juga kerjasama dari parti cap roket tersebut jika mereka melawan cakap Karpal ini.

Bagi pemimpin-pemimpin tertinggi PAS seperti Nik Aziz, Hadi Awang, mereka akan sebolah-bolehnya melupakan apa yang dikatakan oleh Karpal dan Nik Nazmi ini. Mungkin di dalam hati mereka berpendapat, "biar hilang perjuangan Islam, daripada hilang sokongan untuk menumbangkan UMNO".

(Oleh Pak Long)


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


tak salah katanya...

Posted: 25 Aug 2010 07:47 AM PDT


GEORGETOWN - Khatib yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang, mengaku tersalah pendekatan dan tempat dalam mendoakan memohon hidayah kepada Guan Eng.

Zakaria Ahmad berkata, tindakan itu tidak salah di sisi agama Islam namun pendekatan yang digunakan iaitu berdoa dalam khutbah Jumaat itu yang menjadi kesalahan.:

"Tindakan saya mendoakan diberikan hidayah kepada orang bukan Islam untuk masuk Islam tidak salah cuma pendekatan dan tempat saya berdoa itu salah iaitu di dalam khutbah Jumaat.

"Insya-Allah lepas ini saya tidak akan berdoa di dalam khutbah Jumaat dan akan berdoa di tempat lain," katanya kepada media selepas memberi keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) semalam.

Zakaria berkata, tindakannya mendoakan diberikan hidayah kepada orang bukan Islam itu tidak menjadi satu isu besar namun ia diperbesarkan oleh orang tertentu selain dipolitikkan dan menjadikannya satu isu yang serius.

"Terima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan dan teguran kepada saya dan apa yang dikesali, perkara ini tidaklah sebesar mana cuma apabila ia dipolitikkan oleh sesetengah ahli politik, maka ia sudah menjadi isu yang serius.

"Saya akan mengambil tindakan selanjutnya iaitu menyaman mana-mana pihak yang menjatuhkan reputasi saya dan menjadikan saya seolah-olah jahil dalam agama Islam, ini melibatkan maruah," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Elias Zakaria berkata, Zakaria dipanggil oleh jawatankuasa khas itu untuk diambil keterangan dan penjelasan di atas tindakannya yang dikatakan mendoakan Guan Eng dalam khutbah Jumaatnya.

"Kita memaklumkan kepada beliau (Zakaria) tentang kegelisahan dan kesan daripada isu berkenaan dan beliau yang mengakui melakukannya bersetuju tidak akan mengulangi perkara itu.

"Setakat ini tiada sebarang tindakan dikenakan kepada beliau dan perbincangan tadi berjalan dalam suasana bermaafan serta lancar. Beliau juga ada berkata akan menjelaskan sendiri mengenai perkara itu kepada umum bagi kebaikan kepada semua pihak," katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan selama sejam itu akan dibawa dalam mesyuarat MAIPP untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan telah mengambil keterangan Zakaria.

Sebelum ini, Zakaria mengakui beberapa kali membaca doa dengan menggunakan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang namun ia dilakukan sejak dua tahun lalu.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8101619.asp

UMNO TAMAN PAROI JAYA

UMNO TAMAN PAROI JAYA


Bubur Lambuk Pemuda Seremban DUN SIKAMAT

Posted: 25 Aug 2010 07:32 AM PDT

Adalah dengan segala hormatnya dijemput semua saudara dan saudari yang berkelapangan ke majlis bubur lambuk anjuran Pemuda Bahagian Seremban bagi DUN Sikamat yang diterajui oleh Saudara Shahrul Ekhsan dan rakan rakan seperjuangan bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh barakah.
 
Lokasi: KRT TAMANPAROI JAYA(bersebelahan car wash di pintu masuk Stadium Tuanku Abdul Rahman)
 
Masa: 1100am. (Majlis gotong royong akan bermula selepas solat sunat terawih Jumaat 27/08/10)
 
Pembahagian bubur lambuk akan dibuat pada sebelah petang di kawasan Stadium.
 
Sekian Terima Kasih.
 
 

Pengikut