PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS |
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53 Posted: 25 Aug 2010 06:34 PM PDT Tema hari kemerdekaan 2010 ini adalah "1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI". Satu tema yang cukup luas dan besar pengertiannya kepada semua rakyat negara ini. Tema hari kemerdekaan 2010 tersebut memberikan gambaran bahasa dengan penyatuan dan semangat cintakan negara pastinya mampu mengubah negara ke arah yang lebih baik. Salah satu dari tema hari kemerdekaan yang menarik. Dan untuk pertama kalinya juga seluruh negara kita akan menyambut perayaan hari malaysia pada 16 September nanti yang akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah. Di antara aktiviti sempena sambutan hari kemerdekaan pada bulan Ogos dan September ini adalah: Tarikh: 17 Ogos 2010 hingga 17 September 2010 Tempat: Muzium Negara Masa: 9.00 pagi -- 6.00 petang 2. Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia Tarikh: 30 Ogos 2010 Masa: 6.15 petang – 10.00 malam Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan 3. Acara Perbarisan dan Perarakan Tarikh: 31 Ogos 2010 Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur 4. Perayaan Hari Malaysia (Pameran, Pertandingan Koir Patriotik dan Acara Rasmi) Tarikh: 16 September 2010 Tempat: Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah 5. Manifestasi Puisi Kemerdekaan Tarikh: 23 – 25 September 2010 Masa: 9.00 pagi -- 11 malam Tempat: Taman Budaya Negeri Melaka Pastinya setiap warga Malaysia mempunyai tafsiran dan pengertian sendiri bila berbicara mengenai hari kemerdekaan ataupun hari kebangsaan negara. Walaupun wujud berbeza pendapat dan pandangan dalam sesuatu perkara, namun tema hari kebangsaan 2010 "1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI" perlu dihayati oleh semua warga malaysia dan lapisan masyarakat dan dijadikan panduan untuk menguatkan semangat cintakan negara. Jika dihayati tema hari kebangsaan 2010 ini, maksudnya boleh diperluaskan di gunakan dalam segala aspek untuk pembangunan sesebuah negara. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 kepada warga Malaysia yang berada di dalam negara mahupun di luar negara. |
You are subscribed to email updates from PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan