Khamis, 26 Ogos 2010

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


tak salah katanya...

Posted: 25 Aug 2010 07:47 AM PDT


GEORGETOWN - Khatib yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang, mengaku tersalah pendekatan dan tempat dalam mendoakan memohon hidayah kepada Guan Eng.

Zakaria Ahmad berkata, tindakan itu tidak salah di sisi agama Islam namun pendekatan yang digunakan iaitu berdoa dalam khutbah Jumaat itu yang menjadi kesalahan.:

"Tindakan saya mendoakan diberikan hidayah kepada orang bukan Islam untuk masuk Islam tidak salah cuma pendekatan dan tempat saya berdoa itu salah iaitu di dalam khutbah Jumaat.

"Insya-Allah lepas ini saya tidak akan berdoa di dalam khutbah Jumaat dan akan berdoa di tempat lain," katanya kepada media selepas memberi keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) semalam.

Zakaria berkata, tindakannya mendoakan diberikan hidayah kepada orang bukan Islam itu tidak menjadi satu isu besar namun ia diperbesarkan oleh orang tertentu selain dipolitikkan dan menjadikannya satu isu yang serius.

"Terima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan dan teguran kepada saya dan apa yang dikesali, perkara ini tidaklah sebesar mana cuma apabila ia dipolitikkan oleh sesetengah ahli politik, maka ia sudah menjadi isu yang serius.

"Saya akan mengambil tindakan selanjutnya iaitu menyaman mana-mana pihak yang menjatuhkan reputasi saya dan menjadikan saya seolah-olah jahil dalam agama Islam, ini melibatkan maruah," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Elias Zakaria berkata, Zakaria dipanggil oleh jawatankuasa khas itu untuk diambil keterangan dan penjelasan di atas tindakannya yang dikatakan mendoakan Guan Eng dalam khutbah Jumaatnya.

"Kita memaklumkan kepada beliau (Zakaria) tentang kegelisahan dan kesan daripada isu berkenaan dan beliau yang mengakui melakukannya bersetuju tidak akan mengulangi perkara itu.

"Setakat ini tiada sebarang tindakan dikenakan kepada beliau dan perbincangan tadi berjalan dalam suasana bermaafan serta lancar. Beliau juga ada berkata akan menjelaskan sendiri mengenai perkara itu kepada umum bagi kebaikan kepada semua pihak," katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan selama sejam itu akan dibawa dalam mesyuarat MAIPP untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan telah mengambil keterangan Zakaria.

Sebelum ini, Zakaria mengakui beberapa kali membaca doa dengan menggunakan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang namun ia dilakukan sejak dua tahun lalu.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8101619.asp

Tiada ulasan:

Pengikut