Jumaat, 20 Ogos 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Sumbangan Ramadan Al-Mubarak

Posted: 20 Aug 2010 09:05 AM PDT


Aktiviti Ramadan Al-Mubarak

Sumbangan kepada 600 warga DUN Sungai Rapat yang tidak bernasib baik iaitu:

1. Fakir Miskin
2. Anak Yatim
3. Ibu Tunggal
4. Orang Kurang Upaya
5. Warga Emas

Dibawah ini disertakan Jadual pemberian sumbangan yang telah dirancang lebih awal oleh Kak Midah untuk DUN Sungai Rapat
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN MORE BERSAMA YB DATO HAMIDAN

1. KG. MELAYU SG RAPAT 21/8/2010 9.00 Pagi Di Dewan Bankuasi Carsem

2. SUNGAI TERAP 21/8/2010 5.30 Ptg Surau Kg Baru Sg. Terap

3. KG. SERI RAHMAT 22/8/2010 9.00 Pagi Masjid Kg. Seri Rahmat

4. KG. PISANG 22/8/2010 9.00 Pagi Surau Insaniah Kg. Pisang

5. KG. CHANGKAT LARANG 27/8/2010 9.00 Pagi Dewan Org. Ramai Kg. Changkat Larang

6. KG RAPAT JAYA 27/8/2010 5.30 Ptg Surau Kg. Rapat Jaya

7. KG. PENGKALAN PEGOH 28/8/2010 9.00 Pagi Masjid Ibnu Salam Pengkalan Pegoh

8. KG. SERI JAYA 28/8/2010 5.30 Ptg. Masjid Kg. Seri Jaya

9. KG. RAPAT JAYA TAMBAHAN 29/8/2010 9.00 Pagi Masjid Raja Dr Nazrin Shah

10. KG PENGKALAN GATE 29/8/2010 2.00 Ptg Surau Kg Pengkalan Gate

11. KG SUNGAI ROKAM 29/9/2010 5.30 Ptg. Masjid Sungai Rokam

12. KG ARA PAYUNG 01/9/2010 5.30 Ptg. Surau Kg. Ara Payung


Kepada semua penerima sumbangan sila berada di tempat yang dinyatakan bagi menerima sumbangan pada tarikh dan waktu seperti di atas.

Kepada warga DUN Sungai Rapat yang rasa diri dia layak mendapat sumbangan/sedekah berjumpalah dengan Ketua Kampung anda

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PEMUDA BERSAMA PEMIMPIN...SALING BEKERJASAMA..

Posted: 20 Aug 2010 09:45 AM PDT


Sempena bulan Ramadhan yang barakah ini PPU juga tidak terkecuali dalam menyertai dan menghadiri program berbuka puasa..Semuanya adalah untuk mendekatkan diri bersama masyarakat selain bertemu mesra sesama ahli dan menguatkan tali silaturahim..

Bertempat di Wawa Inn,Muadzam Shah,PPU telah hadir untuk berbuka puasa bersama TYT Dato'Seri JJ,Ahli Parlimen Rompin merangkap Ketua UMNO Bahagian Rompin..

Majlis diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Imam Besar Masjid Muadzam Shah...Penyampaian sumbangan kepada semua masjid dan surau yang terletak di sekitar Muadzam Shah turut diadakan..

Apa yang menarik bagi PPU Bahagian Rompin adalah penyampaian sumbangan kewangan berjumlah RM13.000 kepada Pemuda Belia Gugusan Selendang oleh TYT DSJJ..Dimana sumbangan tersebut akan digunakan untuk naiktaraf gelanggang futsal di Gugusan Selendang..

Semoga para pemuda dan belia akan menghargai pemberian tersebut dan akan berkerja dengan lebih gigih untuk menjadi generasi yang sihat dan berguna di masa akan datang...

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 20 Aug 2010 11:41 AM PDT

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Nama Guan Eng dalam doa khutbah ; aibkan seluruh umat Islam - Syed Ali

Posted: 19 Aug 2010 10:03 PM PDT

LIM Guan Eng sudah melampau menghina kesucian agama Islam dan Majlis Raja-Raja disarankan segera bertindak berhubung penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang itu di dalam bacaan doa khutbah kedua solat Jumaat, menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berlaku kerana ianya jelas menghina dan mengaibkan seluruh umat Islam di negara ini.

Katanya, perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini dimana nama Menteri Besar atau Ketua Menteri apatah lagi daripada golongan kafir disebut di dalam bacaan doa khutbah kedua solat Jumaat.

"Majlis Raja-Raja sudah membuat ketetapan bahawa hanya nama Yang di_Pertuan Agong disebut dalam doa khutbah Jumaat, oleh itu apa yang dilaporkan berlaku di Pulau Pinang amat mengaibkan umat Islam," tegasnya.

Beliau mempersoalkan bagaimana Majlis Agama Islam Pulau Pinang tergamak memasukkan nama Guan Eng (jika benar berlaku) bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam teks bacaan khutbah yang lazimnya diedarkan kepada seluruh masjid.

"Saya juga tak boleh bayangkan bagaimana seorang imam akan menyebut nama Guan Eng di dalam doa yang dibuat di dalam masjid pada khutbah solat Jumaat," tegasnya.

Beliau mengulas bantahan UMNO Pulau Pinang terhadap penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, seperti disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar Tasek gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Menurut Syed Ali lagi, penggunaan nama Guan Eng bukan sekadar bermotifkan politik tetapi strategi halus pihak tertentu untuk melemahkan syiar Islam khususnya di Pulau Pinang.

"Inilah musibah yang berlaku ke atas umat Islam apabila sebahagian rakyat Pulau Pinang memilih parti pembangkang sebagai pentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum lalu," katanya.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


SELAMAT BERBUKA PUASA

Posted: 20 Aug 2010 02:21 AM PDT

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Syukur Alhamdulillah, hari ini saya mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pejabat Parlimen Kuala Nerus – yang merupakan majlis tradisi yang diadakan saban tahun.

Walaupun saya sedar bahawa menjelang pertangan Ramadan ini, jemputan berbuka puasa kian bertambah, namun saya bersyukur setiap kali majlis yang saya adakan, kehadiran rakyat tidak pernah susut. Apa pun yang ada di fikiran, saya percaya mereka merasai sesuatu di sebalik tradisi yang telah berlaku.

Ada nostalgianya majlis seperti ini, bukan sahaja untuk sama-sama berbuka puasa dengan pemimpin, malah menjadi tempat untuk bersua muka dengan sahabat handai dari seluruh kawasan Parlimen Kuala Nerus ini.

Ternyata, saya sangat gembira, kagum dan terharu di atas sambutan rakyat terhadap majlis berbuka puasa yang diadakan saban tahun itu.

Sempena Ramadan ini, saya turut menaruh harapan yang tinggi agar kita semua bukan sahaja meningkatkan ibadah, tetapi juga melebarkan muafakat dan perpaduan sesama kita. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, perpaduan kini menjadi antara isu penting dan perlu diberikan lebih keutamaan.

Hakikatnya, rakyat kita sedang terdedah dengan ancaman perpaduan yang agak teruk dan jika tidak diperbetulkan dengan bijak, ia akan mengundang masalah – bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga negara tercinta ini.

Oleh kerana itulah, sempena kedatangan Ramadan al Mubarak ini, ada baiknya kita mengambil peluang ini untuk memperkukuhkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Ramadan mengajar kita agar menjadi seorang yang lebih jiwa, hati dan kehidupannya. Ia juga mengajar kita untuk "mengalah" seketika dalam hal-hal yang tidak begitu sebelum ini. Banyak kelebihannya Ramadan ini. Jadi, kalau kita semua tidak mengambil peluang ini, maka rugilah kita.

Kepada yang hadir ke majlis berbuka puasa di Pejabat Parlimen Kuala Nerus petang ini, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih. Saya amat berharap dan berdoa, majlis ini akan memberikan lebih kebaikan kepada kita semua, insya'Allah.


Pemuda UMNO Taman Ehsan

Pemuda UMNO Taman Ehsan


FADILAT DAN KELEBIHAN ISTIGHFAR

Posted: 19 Aug 2010 12:23 PM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Melayu perlu sedar agenda sebenar pakatan pembangkang

Posted: 19 Aug 2010 09:10 AM PDT


UMNO Selangor meminta semua orang Melayu dan umat Islam di negeri ini supaya sedar akan matlamat sebenar pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menghapuskan hak orang Melayu serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, kesedaran di kalangan golongan itu amat penting bagi memastikan hak orang Melayu serta bumiputera lain termasuk Islam, terus dipelihara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Katanya, kewujudan 'perlembagaan baru' yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tidak berhasrat untuk memelihara kepentingan orang Melayu dan menegakkan Islam di negara ini.

"Orang Melayu tidak seharusnya lupa bahawa mereka telah dijajah dan dinafikan hak selama 446 tahun bermula sejak zaman kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511.

"Kini adakah orang Melayu sudah puas dengan kemerdekaan yang dinikmati sejak 1957 sehingga mahu bersekongkol dan membiarkan pihak lain mewujudkan 'perlembagaan baru' yang jelas mengenepi hak bumiputera dan kedudukan Islam?

"Perlembagaan baru ini sebenarnya membuktikan agenda serta rancangan sebenar pakatan pembangkang dalam usaha mereka menduduki tampuk pentadbiran di negeri-negeri dan juga negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Harussani, Ahad lalu mengenai kewujudan 'perlembagaan baru' yang dirangka oleh pihak-pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan sekarang.

Menurut Harussani, paling mengejutkan 'perlembagaan baru' itu dikatakan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga kedudukan Islam yang dijamin dalam Perlembagaan negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim semalam mengesahkan wujudnya 'perlembagaan baru' itu dan menyatakan ia adalah perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih sokongan bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang menyelar sikap sebilangan orang Melayu yang bersekongkol dengan kewujudan 'perlembagaan' sedemikian dan menyifatkan mereka sebagai 'Si Kitol dan Raja Mendeliar'.

Ini kerana, katanya, tindakan mereka yang cuba memainkan sentimen penghapusan hak bumiputera dan kedudukan Islam itu adalah tidak bertanggungjawab seolah-olah satu pengkhianatan kepada agama dan bangsa mereka sendiri.

"Orang Melayu dijajah berpunca daripada orang Melayu sendiri sebagaimana Si Kitol dan Raja Mendeliar mengkhianati serta memecahbelahkan orang Melayu sehingga jatuhnya Kota Melaka ke tangan penjajah.

"Namun hari ini, dua watak dalam sejarah Melayu ini seolah-olah muncul kembali apabila ada pemimpin Melayu (PKR dan Pas) bersekongkol dengan pihak lain untuk menghapuskan hak bangsa dan kedudukan Islam sendiri hanya kerana mahu berkuasa di Putrajaya,'' tegasnya.

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Isu Doa Khutbah Jumaat

Posted: 19 Aug 2010 05:00 PM PDT

Kerakusan kuasa YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang tampaknya semakin menjadi-jadi apabila telah 'dinobatkan' lebih afdal daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri selaku Ketua Agama Islam di negari itu, sebagaimana laporan Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa nama Seri Paduka Baginda telah digantikan dengan nama beliau semasa bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong sejak minggu lalu.

Kenyataan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional berhubung kenyataan berbaur perkauman oleh Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Posted: 18 Aug 2010 05:00 PM PDT

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) memandang serius dan mengecam keras kenyataan berbaur perkauman serta menghina yang didakwa telah diucapkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai Jaya, Johor pada 12 Ogos lalu.

Pengikut