Jumaat, 20 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Nama Guan Eng dalam doa khutbah ; aibkan seluruh umat Islam - Syed Ali

Posted: 19 Aug 2010 10:03 PM PDT

LIM Guan Eng sudah melampau menghina kesucian agama Islam dan Majlis Raja-Raja disarankan segera bertindak berhubung penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang itu di dalam bacaan doa khutbah kedua solat Jumaat, menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berlaku kerana ianya jelas menghina dan mengaibkan seluruh umat Islam di negara ini.

Katanya, perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini dimana nama Menteri Besar atau Ketua Menteri apatah lagi daripada golongan kafir disebut di dalam bacaan doa khutbah kedua solat Jumaat.

"Majlis Raja-Raja sudah membuat ketetapan bahawa hanya nama Yang di_Pertuan Agong disebut dalam doa khutbah Jumaat, oleh itu apa yang dilaporkan berlaku di Pulau Pinang amat mengaibkan umat Islam," tegasnya.

Beliau mempersoalkan bagaimana Majlis Agama Islam Pulau Pinang tergamak memasukkan nama Guan Eng (jika benar berlaku) bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam teks bacaan khutbah yang lazimnya diedarkan kepada seluruh masjid.

"Saya juga tak boleh bayangkan bagaimana seorang imam akan menyebut nama Guan Eng di dalam doa yang dibuat di dalam masjid pada khutbah solat Jumaat," tegasnya.

Beliau mengulas bantahan UMNO Pulau Pinang terhadap penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, seperti disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar Tasek gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Menurut Syed Ali lagi, penggunaan nama Guan Eng bukan sekadar bermotifkan politik tetapi strategi halus pihak tertentu untuk melemahkan syiar Islam khususnya di Pulau Pinang.

"Inilah musibah yang berlaku ke atas umat Islam apabila sebahagian rakyat Pulau Pinang memilih parti pembangkang sebagai pentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum lalu," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut