Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 20 Ogos 2010

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

sumber :-

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


SELAMAT BERBUKA PUASA

Posted: 20 Aug 2010 02:21 AM PDT

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Syukur Alhamdulillah, hari ini saya mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pejabat Parlimen Kuala Nerus – yang merupakan majlis tradisi yang diadakan saban tahun.

Walaupun saya sedar bahawa menjelang pertangan Ramadan ini, jemputan berbuka puasa kian bertambah, namun saya bersyukur setiap kali majlis yang saya adakan, kehadiran rakyat tidak pernah susut. Apa pun yang ada di fikiran, saya percaya mereka merasai sesuatu di sebalik tradisi yang telah berlaku.

Ada nostalgianya majlis seperti ini, bukan sahaja untuk sama-sama berbuka puasa dengan pemimpin, malah menjadi tempat untuk bersua muka dengan sahabat handai dari seluruh kawasan Parlimen Kuala Nerus ini.

Ternyata, saya sangat gembira, kagum dan terharu di atas sambutan rakyat terhadap majlis berbuka puasa yang diadakan saban tahun itu.

Sempena Ramadan ini, saya turut menaruh harapan yang tinggi agar kita semua bukan sahaja meningkatkan ibadah, tetapi juga melebarkan muafakat dan perpaduan sesama kita. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, perpaduan kini menjadi antara isu penting dan perlu diberikan lebih keutamaan.

Hakikatnya, rakyat kita sedang terdedah dengan ancaman perpaduan yang agak teruk dan jika tidak diperbetulkan dengan bijak, ia akan mengundang masalah – bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga negara tercinta ini.

Oleh kerana itulah, sempena kedatangan Ramadan al Mubarak ini, ada baiknya kita mengambil peluang ini untuk memperkukuhkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Ramadan mengajar kita agar menjadi seorang yang lebih jiwa, hati dan kehidupannya. Ia juga mengajar kita untuk "mengalah" seketika dalam hal-hal yang tidak begitu sebelum ini. Banyak kelebihannya Ramadan ini. Jadi, kalau kita semua tidak mengambil peluang ini, maka rugilah kita.

Kepada yang hadir ke majlis berbuka puasa di Pejabat Parlimen Kuala Nerus petang ini, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih. Saya amat berharap dan berdoa, majlis ini akan memberikan lebih kebaikan kepada kita semua, insya'Allah.


0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian