Isnin, 19 Julai 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Pas Begitu Yakin

Posted: 19 Jul 2010 09:28 PM PDT







Bersatulah Demi Perpaduan Umat

1. Hari ini banyak pihak terus menanti UMNO dan Pas tentukan apakah mereka boleh duduk semeja dan berbincang masalah kerjasama antara kedua-dua parti besar dan berpengaruh itu.

2. Ketidaksabaran masyarakat itu boleh difahami kerana keputusan ini akan mengubah landskap politik di tanah air yang mereka cintai dan mempengaruhi kehidupan, ekonomi dan imej negara.

3. Malangnya, impian masyarakat di negara ini belum nampak akan tercapai disebabkan pergeseran kerana terdapat pihak yang begitu ego dengan dengan prinsip partinya.

4. Mereka begitu yakin bahawa pilihan raya akan datang pasti akan menjadi milik mereka.

5. UMNO sejak dahulu lagi tidak menolak kepada perbincangan tanpa syarat, sementara Pas terus menolak perbincangan ke arah percantuman kedua-dua parti itu atau kerajaan perpaduan.

6. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas tidak mahu bergabung dengan UMNO atas alasan tidak percaya.

7. Musyidul Am lebih mempercayai orang bukan Islam berbanding orang Islam sendiri. Bukankah zaman Rasulullah SAW pun ada musuh yang akhirnya bukan sekadar menjadi sahabat, bahkan sebagai pemimpin dan penyelamat umat?

8.Sudah terlalu lama kita dalam kecelaruan. Sudah tiba masanya kita selesaikan persoalan ini dengan ikhlas.

Kak Midah
Ipoh, Perak

ADUN N6 TEMPASUK KOTA BELUD SABAH

ADUN N6 TEMPASUK KOTA BELUD SABAH


USAHAKAN LADANG KONTRAK ELAK DITIPU PEMBEKAL BENIH.

Posted: 19 Jul 2010 09:14 PM PDT


SIK 20 Julai - Petani di negara ini digalak mengusahakan projek pertanian mereka melalui ladang kontrak dengan ladang-ladang yang berjaya dan mempunyai pasaran tetap bagi mengelak ditipu syarikat pembekal benih yang berjanji mahu memasarkan produk pertanian mereka.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ramai petani yang dipedayakan syarikat tertentu yang menjual benih tanaman dan berjanji untuk membeli hasil tananam mereka tetapi menghilangkan diri setelah hasil pertanian boleh dituai.

Beliau berkata, ramai petani yang terlibat dalam projek tananam serai dan ubi kayu bagi membuat minyak hitam menanggung kerugian besar setelah syarikat yang membekalkan benih dan berjanji untuk membeli hasil pertanian menghilangkan diri.

"Saya galakkan petani menerima konsep ladang kontrak daripada menjadi mangsa syarikat yang hanya mahu mencari keuntungan segera seperti menjual benih kepada petani dengan membuat janji akan membeli balik hasil pertanian apabila sudah matang tetapi menghilangkan diri apabila hasil pertanian sudah boleh dijual," katanya selepas melawat ladang anggur syarikat Excel Agrotech Sdn Bhd fasa pertama seluas 1.6 hektar di Tasik Beris di sini.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa mencari jalan memastikan golongan petani tidak menjadi mangsa syarikat yang mencari keuntungan segera dengan membuat janji palsu untuk membantu golongan itu.

Noh turut mencadangkan petani di kawasan Sik menjadi rakan ladang kontrak kepada Excel Agrotech jika mereka mempunyai kawasan tanah yang sesuai ditanam dengan anggur.

Beliau turut memberi jaminan pihak Tekun dan Agrobank akan memberi bantuan dan projek yang dijalankan akan dipantau Jabatan Pertanian. - Bernama

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Pulau Pinang jadi Singapura kedua?

Posted: 19 Jul 2010 02:33 AM PDT

Pulau Pinang jadi Singapura kedua?

Persoalan nya adalah mengapa?

Persoalan nya adalah bila?

Persoalan nya adalah bagaimana?

Persoalan nya adalah kesannya?

Persoalan nya adakah berjaya atau.....?

Cuba bayangkan jika Melayu hilang kuasa!

Posted: 19 Jul 2010 02:29 AM PDT

Utusan Malaysia

July 19, 2010
19 JULAI — Peringatan demi peringatan dikeluarkan tentang Melayu mungkin hilang kuasa pada pilihan raya umum akan datang. Lalu gesaan demi gesaan juga dilontarkan supaya orang Melayu dan Islam bersatu dan saling bekerjasama.

Sejak selepas Pilihan Raya Umum 1999 lagi, seruan supaya orang Melayu yang telah pecah kepada tiga kelompok - Melayu yang menyokong Umno, Melayu yang sokong PAS dan Melayu yang bersimpati kepada Anwar Ibrahim dan PKR — kembali bersatu demi agama, bangsa dan negara.

Tetapi hasilnya sia-sia. Sampai sekarang pun banyak usaha ke arah perpaduan Melayu dianjurkan — namun masih menghampakan. Terbaru peringatan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan terhadap Umno dan PAS yang masih gagal meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hingga boleh memberi kesan buruk dan mungkin hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jika perkara itu terjadi maka akan berlaku satu bentuk penjajahan baru. Kita boleh bayangkan apabila tampuk pemerintahan Malaysia bukan lagi di tangan orang Melayu dan Islam. Perkara-perkara yang menjamin hak Melayu dan bumiputera, agama Islam, Institusi Raja-Raja Melayu akan dirombak dan diganti dengan sistem yang merugikan orang Melayu dan Islam.

Ketika ini, perkara yang kita bimbang itu belum berlaku lagi. Tetapi ia boleh berlaku seperti dalam pilihan raya umum yang lepas apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang. Mujur Kerajaan Negeri Perak kembali ditadbir oleh Barisan Nasional. Jangan kita fikir 'kejutan' ini tidak akan berlaku lagi. Jangan juga kita anggap selama-lamanya orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah airnya ini?

Ingatlah, sekarang Malaysia bukan milik orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja. Ia juga kepunyaan kaum bukan bumiputera. Walaupun kita mempunyai perlembagaan serta raja-raja yang akan menjaga dan memelihara hak kita, tetapi semua itu boleh diubah apabila Melayu hilang kuasa. Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda mengikut kehendak siapa yang memegang kuasa majoriti ketika itu.

Sebab itu kita amat bimbang apabila orang Melayu/ Islam berpecah. Undi untuk calon Melayu sudah tentu berpecah, maka apa yang selama ini kita pertahankan mungkin tidak akan bermakna lagi.
Pentadbiran sebelas bulan pakatan pembangkang di Perak yang dikuasai DAP, contoh yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Walaupun ada Menteri Besar daripada orang Melayu tetapi penjagaan hak-hak Melayu diketepikan. Menteri Besar Melayu ketika itu hanya menjadi boneka kerana PAS tidak banyak kerusi dalam kerajaan campuran negeri itu.

Orang Melayu dapat merasai betapa tidak selesanya apabila pentadbiran dikongsi bersama dengan kaum yang tidak mahu memahami adat dan agama yang dianuti oleh Melayu. Usaha untuk memecah-belahkan orang Melayu dan Islam akan terus dilakukan oleh musuh dalam selimut. Melayu kena berwaspada kerana apabila kita hilang kuasa, perkara dalam undang-undang negeri boleh diketepikan sesuka hati. Bayangkan apa kemungkinan yang berlaku jika perubahan berlaku di peringkat Parlimen?

Oleh itu, pemimpin-pemimpin Melayu terutama dalam Umno dan PAS perlu mencari titik temu dan meletakkan faktor keutamaan di tempat yang betul. Sebagaimana disarankan oleh Mufti Perak itu agar Umno dan PAS perlu memberi keutamaan pada agama dahulu berbanding politik. Malah kenapa kita harus bermusuhan sedangkan Islam tidak menyuruh kita membenci sesama umat sebaliknya diseru kasih-mengasihi sesama ummah. Bersatulah Melayu!

ULASAN.

Mari kita sama sama fikirkan demi generasi akan datang.....

Adakah ianya akan berlaku ? Boleh berlaku ? Bila ? Bagaimana ? Kesannya?

Adakah Melayu belum sedar atau lena atau tak mahu ambil tahu ?

Adakah apa yang ada sekarang sudah cukup bagi mereka?

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


KEANEHAN POLITIK, BERUBAHLAH.

Posted: 19 Jul 2010 08:39 AM PDT

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Politik sungguh aneh. Cara orang bermain politik juga aneh. Orang politik lagi aneh. Maka, demikianlah politik.

Zamn sudah jauh berubah. Dan, iklim serta watak politik kita juga turut berubah. Hari ini, apabila saya memikirkan mengenai politik, ia boleh menyebabkan saya tersenyum sendirian. Lucu ada, pelik ada, bimbang ada. Sakit hati pun ada.

Terfikir di fikiran saya. Apa hendak jadi dengan politik kita. Politik selalu menghalang sesuatu yang baik. Perpaduan misalnya. Politik telah menjadi penghalang utama kepada perkara tersebut. Kalau mahu bersatu, atas nam politik, maka syarat-syarat tertentu wajib dipatuhi. Itu namanya perpaduan politik.

Begitu juga dengan memilih pemimpin. Orang kita boleh menerima mereka yang tidak buat kerja untuk mereka sebagai pemimpin mereka. Orang yang selalu berbaring di atas jalan raya masih boleh dipilih sebagai pemimpin. Orang yang sentiasa melalak menyalahkan orang lain juga boleh dipilih sebagai pemimpin.

Orang yang kerjanya berceramah saban malam juga masih boleh dipilih sebagai pemimpin. Mereka ini menjadi pemimpin bermodalkan air liur sahaja dan setiap bulan mengambil gaji daripada kerajaan. Rakyat bagaimana?. Ah!, tidak mengapa kata mereka kerana rakyat tidak kisah sangat pasal kebajikan mereka. Itu cara berpolitik zaman sekarang, katanya.

Aneh kan. Itulah yang saya katakan politik. Dalam banyak hal, saya agak bimbang dengan cara kita berpolitik. Kita lebih meletakkan soal sentiment mengatasi segala-galanya. Semuanya gara-gara politik. Saya khuatir, masa depan kita dan Negara kita kan musnah jika kita mengamalkan cara berpolitik seperti hari ini.

Sama ada kita menyukainya atau tidak, kita harus berubah dengan cara berpolitik. Janganlah kerana setitik nila, mahu dirosakkan susu sebelanga. Tidak boleh. Kita harus lebih ke hadapan, lebih bijak berfikir mengenai masa depan kita.

Dalam maksud lain, biarlah kita berpolitik yang menguntungkan agama, bangsa dan Negara. Saya fikir, anda memahami apa yang ada di fikiran. Saya percaya anda tahu apa yang hendak saya sampaikan. Kita kena berubah. Matang dalam berfikir dan berpolitik.

Insaflah bahawa kita berada pada tahap yang maju seperti sekarang, ia tidaklah melalui jalan yang mudah. Mujurlah kerana perjuangan UMNO, maka kita begini. Parti-parti pembangkang yang ada, mereka tidak ke mana dalam sumbangan terhadap Negara.

Parti yang baru tumbuh pula jelas mepunyai kepentingan tertentu. Kita seharusnya bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia. Dan kerana itu, kita harus mempertahankan apa yang kita ada.

Sama-samalah kita fikirkannya.

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


EKM 2010 SATU PERUBAHAN KOSMETIK

Posted: 18 Jul 2010 06:05 PM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


luahan seorang yang bergelar PEMUDA

Posted: 19 Jul 2010 03:59 AM PDT


Salam,agak lama juga tak posting apa-apa dalam blog ni.Masa tidak mengizinkan,namun blog rakan-rakan lain sempat juga saya kunjungi..banyak juga cerita-cerita menarik dan panas ye..dan apa yang pasti ada pihak yang tak senang duduk dengan pendedahan demi pendedahan. Kali ini,saya tak mahu menulis tentang apa-apa isu,sebab disetiap laman blog telah pun dicerita dan dibongkarkan segala isu-isu yang hangat,kali ini saya nak berkongsi pandangan dengan rakan semua TANPA mengira fahaman politik,TANPA mengira kedudukan anda mahupun saya,TANPA mengira darjat dan secara peribadi saya pohon kemaafan andaikata penulisan saya TIDAK sebaik penulisan para blogger yang sudah punyai nama dan handal-handal,al-maklumlah saya masih baru lagi dalam dunia blog ini dan secara peribadi jutaan ampun dan maaf saya pinta. Selepas PRU yang lalu rata-rata mengatakan bahawa punca kemerosotan undi adalah berpunca dari golongan pemuda.Kenapa ye?Kenapa mereka tidak memihak kepada parti Barisan Nasional?Dan ada diantaranya TIDAK keluar mengundi..malah lebih teruk lagi tak berdaftar langsung dengan SPR..hairan kan.Bagi saya itu TIDAK menghairankan.Ini kerana pada musim nak pilihanrayalah baru kita jumpa golongan muda,TETAPI sebelum tu?dimana kita?adakah permasalahan mereka kita dengar,amati dan ambil tindakan?Adakah pendapat serta pandangan mereka ini kita ambil peduli?Adakah permintaan serta permohonan mereka kita penuhi? Jawapannya TIDAK.Sebagai contoh,bila saya hadiri pelbagai mesyuarat baik parti mahupun mesyuarat di pejabat,golongan muda dianggap sebagai golongan yang lemah dan seringkali pandangan serta pendapat mereka ini DITINDAS dengan alasan pembaziran,tidak perlu buat aktiviti untuk mereka,dan bila nak usilkan sesuatu ideanya dicantas serta yang lebih malang lagi diperlekehkan.KESANnya,mudah dan berkesan..pemuda hilang kepercayaan kepada pihak atasan,lebih-lebih lagi pihak atasan terdiri daripada golongan orang-orang lama yang memegang tampuk pentadbiran.bila seorang sudah merasa kecewa,perkara ini akan berlarutan serta melarat hingga memberikan kesan kepada kita.Benar,orang muda kena hormati yang tua,TAPI tak salahkan sekiranya yang tua juga hormati yang muda!Mereka juga ada perasaan,bila kita suka dekat mereka,pasti mereka juga suka kepada kita,malah tidak mustahil saya katakan sekiranya prinsip ini diguna pakai,PRU akan datang kejayaan pasti memihak kepada kita.Jangan ambil mudah perkara ini,pemuda sekarang bijak!mereka tak perlukan ceramah sana-sini,program sana-sini untuk dapatkan info,namun bila 1 jari mula menekan...semua maklumat akan tersebar luar,jika maklumat yang disebarkan itu mendatangkan kebaikan kepada kita,Alhamdulillah lah,namun jika sebaliknya..PADAH menanti kita. Saya juga pernah mengalami apa yang mereka rasai, seperti yang saya katakan tadi,bila pandangan serta pendapat TIDAK diterima,perasaan marah,kecewa dan dendam mulai muncul,tapi kerana sayangkan parti atau pekerjaan maka saya diam dan pendam sahaja segala perasaan itu DEMI menghormati orang yang lebih berusia dari saya. Apa yang akan anda rasai bila anda lakukan sesuatu pekerjaan dengan baik,namun usaha atau kerja yang anda lakukan itu tidak dihargai,malah kutukan yang dilemparkan.Marah kan..
Tepuk dada tanyalah sendiri,adakah kita dah lakukan apa yang terbaik untuk mereka.Orang berbudi kita berbahasa,kita memberi kita juga yang akan merasa.Janganlah perkecilkan isi hati para pemuda..dan harus kita ingat bahawa kita sedang diperhatikan.Kejayaan hari ini belum menjanjikan kejayaan masa mendatang.Kita sudah tiada masa....

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Melayu semakin tolak PAS.

Posted: 18 Jul 2010 08:50 PM PDT

Naib Presiden Pas iaitu Mahfuz Omar telah membuat kenyataan bahawa sokongan orang melayu kepada parti tersebut masih lagi kukuh tak sepertimana yang didakwa menurun oleh beberapa pihak. Mahfuz membuat kenyataan ini setelah berakhirnya Retreat PAS selama tiga hari di Port Dickson baru-baru ini.

Apakah benar dakwaan Mahfuz ini ataupun ianya sekadar kenyataan bagi menyedapkan hati pengikut-pengikut PAS yang semakin goyang apabila sokongan pengundi melayu semakin berkurangan terutamanya pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tak lama dahulu?

Saya tak menafikan bahawa PAS telah berjaya menarik sokongan kaum bukan melayu melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS mereka. Tetapi untuk mengatakan sokongan pengundi melayu semakin meningkat untuk PAS, pada pandangan saya Mahfuz telah silap membuat perkiraan.

Mahfuz telah menyatakan bahawa peratusan undi melayu kepada PAS ialah 40% pada tahun 1995 dan ia meningkat naik ke 55 % pada tahun 1999. Dan tambah Mahfuz, tahun 2008 telah memperlihatkan sokongan pengundi melayu kepada PAS masih kekal sebanyak 46%. Ini katanya menjadi bukti bahawa undi melayu tak berubah kepada parti PAS.

Tetapi saya lihat Mahfuz terlupa satu perkara penting tentang segala angka-angka yang dimainkannya ini iaitu SEBAB mengapa melayu mengundi PAS pada tahun-tahun tersebut.

Mahfuz patut menyedari bahawa undi melayu kepada PAS yang bertambah pada tahun 1999 adalah kerana isu pemecatan Anwar Ibrahim dari barisan kepimpinan kerajaan dan juga UMNO. Tiada apa yang boleh dibanggakan didalam PAS ketika itu kecuali isu yang satu ini sahaja yang menyebabkan segelintir melayu memberi undi kepada PAS.

Dan pada 2008, sentimen "tidur" Tun Abdullah telah menyebabkan ramai pengundi melayu termasuklah sebilangan ahli UMNO sendiri beralih sokongan kepada PAS dan juga pembangkang.

Walaupun begitu, peratusan sokongan melayu kepada PAS dilihat menurun pada 2008 berbanding dengan tahun 1999. Ini menunjukkan bahawa PAS masih lagi tak mempunyai tarikan yang boleh pemimpin-pemimpin PAS banggakan.

Zaman peralihan kuasa bermula dari penyerahan tampuk pentadbiran negara oleh Tun Mahathir kepada Tun Abdullah, hinggalah kepada sebelum tarikh penyerahan kuasa kepada DS Najib, bolehlah dianggap sebagai zaman yang amat malap bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi, dengan kelebihan ini pun PAS masih lagi tak mampu menarik sokongan bangsa melayu kepada mereka.

Tambah lah pula sekarang ini UMNO dan kerajaan Barisan Nasional berada dibawah 100% jagaan DS Najib. Mimpi PAS untuk mejadi parti utama bangsa melayu didalam negara hanya bakal tinggal mimpi indah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Kini barisan kepimpinan yang diterajui oleh DS Najib telah membuktikan bahawa mereka bersungguh-sungguh mahu memperbaiki persepsi rakyat dan juga imej parti dan kerajaan di mata umum.

Segala perancangan diatur dengan tersusun dan segala penambah baikan dilakukan dengan mengikut perlaksanaan yang betul bagi memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasdional.

Ini semua telah menjadi umpama racun buat angan-angan PAS didalam menakluk sokongan bangsa melayu kepada mereka.

Bagi saya, kenyataan Mahfuz sebagai seorang Naib Presiden PAS langsung tak boleh dipakai dan juga hanya sekadar kenyataan retorik bagi menyedapkan hati pemimpin-pemimpin atasannya. Pandangan Mahfuz ternyata amat dangkal berkenaan sokongan pengundi melayu kepada PAS tanpa langsung melihat kepada realiti yang berlaku.

Apa yang saya dapat rasakan, jika kenyataan dan juga pandangan Mahfuz ini dijadikan kayu ukur untuk mentafsir undi melayu oleh PAS pada pilihanraya akan datang, PAS berkemungkinan besar akan tumbang dibanyak kerusi yang mereka tandingi akibat dari silap perkiraaan.

Mungkin PAS boleh bergembira dengan sedikit peningkatan sokongan dari kaum bukan melayu kepada mereka tetapi yang pasti mereka akan menangis apabila menyedari sokongan bangsa melayu telah hilang dari parti mereka akibat dari tindakan mereka sendiri menolak bangsa melayu sebagai salah satu dari asas perjuangan !

(Oleh: che_wan)


PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


PENDIRIAN UMNO TAK BERUBAH

Posted: 18 Jul 2010 08:50 PM PDT


''Kalau boleh kita tidak mahu ulang-ulang perkara ini sebab ia tidak produktif. Mereka mengetahui pendirian kita dan biarlah mereka menyatakan pendirian terhadap apa sahaja cadangan yang menjurus kepada perbincangan bagi mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu itu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian UMNO untuk menjayakan rundingan perpaduan antara orang Melayu tidak pernah berubah.
"Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada Pilihan Raya Umum Ke-13). 
Najib berkata, UMNO sentiasa terbuka untuk menjayakan apa sahaja cadangan atau rundingan membabitkan perpaduan orang Islam dan Melayu.
Beliau menambah, setiap rundingan tidak sepatutnya disertai dengan prasyarat kerana ia boleh membantutkan usaha tersebut.

(Pas) jangan terus hina UMNO dalam ucapan-ucapan mereka. Kalau hendak berbincang janganlah kita mengutuk satu sama lain


Pengikut