Isnin, 19 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Melayu semakin tolak PAS.

Posted: 18 Jul 2010 08:50 PM PDT

Naib Presiden Pas iaitu Mahfuz Omar telah membuat kenyataan bahawa sokongan orang melayu kepada parti tersebut masih lagi kukuh tak sepertimana yang didakwa menurun oleh beberapa pihak. Mahfuz membuat kenyataan ini setelah berakhirnya Retreat PAS selama tiga hari di Port Dickson baru-baru ini.

Apakah benar dakwaan Mahfuz ini ataupun ianya sekadar kenyataan bagi menyedapkan hati pengikut-pengikut PAS yang semakin goyang apabila sokongan pengundi melayu semakin berkurangan terutamanya pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tak lama dahulu?

Saya tak menafikan bahawa PAS telah berjaya menarik sokongan kaum bukan melayu melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS mereka. Tetapi untuk mengatakan sokongan pengundi melayu semakin meningkat untuk PAS, pada pandangan saya Mahfuz telah silap membuat perkiraan.

Mahfuz telah menyatakan bahawa peratusan undi melayu kepada PAS ialah 40% pada tahun 1995 dan ia meningkat naik ke 55 % pada tahun 1999. Dan tambah Mahfuz, tahun 2008 telah memperlihatkan sokongan pengundi melayu kepada PAS masih kekal sebanyak 46%. Ini katanya menjadi bukti bahawa undi melayu tak berubah kepada parti PAS.

Tetapi saya lihat Mahfuz terlupa satu perkara penting tentang segala angka-angka yang dimainkannya ini iaitu SEBAB mengapa melayu mengundi PAS pada tahun-tahun tersebut.

Mahfuz patut menyedari bahawa undi melayu kepada PAS yang bertambah pada tahun 1999 adalah kerana isu pemecatan Anwar Ibrahim dari barisan kepimpinan kerajaan dan juga UMNO. Tiada apa yang boleh dibanggakan didalam PAS ketika itu kecuali isu yang satu ini sahaja yang menyebabkan segelintir melayu memberi undi kepada PAS.

Dan pada 2008, sentimen "tidur" Tun Abdullah telah menyebabkan ramai pengundi melayu termasuklah sebilangan ahli UMNO sendiri beralih sokongan kepada PAS dan juga pembangkang.

Walaupun begitu, peratusan sokongan melayu kepada PAS dilihat menurun pada 2008 berbanding dengan tahun 1999. Ini menunjukkan bahawa PAS masih lagi tak mempunyai tarikan yang boleh pemimpin-pemimpin PAS banggakan.

Zaman peralihan kuasa bermula dari penyerahan tampuk pentadbiran negara oleh Tun Mahathir kepada Tun Abdullah, hinggalah kepada sebelum tarikh penyerahan kuasa kepada DS Najib, bolehlah dianggap sebagai zaman yang amat malap bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi, dengan kelebihan ini pun PAS masih lagi tak mampu menarik sokongan bangsa melayu kepada mereka.

Tambah lah pula sekarang ini UMNO dan kerajaan Barisan Nasional berada dibawah 100% jagaan DS Najib. Mimpi PAS untuk mejadi parti utama bangsa melayu didalam negara hanya bakal tinggal mimpi indah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Kini barisan kepimpinan yang diterajui oleh DS Najib telah membuktikan bahawa mereka bersungguh-sungguh mahu memperbaiki persepsi rakyat dan juga imej parti dan kerajaan di mata umum.

Segala perancangan diatur dengan tersusun dan segala penambah baikan dilakukan dengan mengikut perlaksanaan yang betul bagi memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasdional.

Ini semua telah menjadi umpama racun buat angan-angan PAS didalam menakluk sokongan bangsa melayu kepada mereka.

Bagi saya, kenyataan Mahfuz sebagai seorang Naib Presiden PAS langsung tak boleh dipakai dan juga hanya sekadar kenyataan retorik bagi menyedapkan hati pemimpin-pemimpin atasannya. Pandangan Mahfuz ternyata amat dangkal berkenaan sokongan pengundi melayu kepada PAS tanpa langsung melihat kepada realiti yang berlaku.

Apa yang saya dapat rasakan, jika kenyataan dan juga pandangan Mahfuz ini dijadikan kayu ukur untuk mentafsir undi melayu oleh PAS pada pilihanraya akan datang, PAS berkemungkinan besar akan tumbang dibanyak kerusi yang mereka tandingi akibat dari silap perkiraaan.

Mungkin PAS boleh bergembira dengan sedikit peningkatan sokongan dari kaum bukan melayu kepada mereka tetapi yang pasti mereka akan menangis apabila menyedari sokongan bangsa melayu telah hilang dari parti mereka akibat dari tindakan mereka sendiri menolak bangsa melayu sebagai salah satu dari asas perjuangan !

(Oleh: che_wan)


Tiada ulasan:

Pengikut