Sabtu, 25 Disember 2010

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Hormat, saling menerima penyelamat kehormanian - PM

Posted: 24 Dec 2010 07:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis. - Perasaan hormat-menghormati dan sifat saling menerima antara satu sama lain yang dimiliki masyarakat Malaysia adalah kunci bagi mengembalikan keharmonian negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, sifat-sifat itulah yang menjadi penyelamat terhadap insiden sebilangan kecil puak yang menentang komuniti Kristian awal tahun ini.

"Sungguhpun pada awal tahun ini negara kita telah digegarkan dengan tindakan melampau oleh sebilangan kecil puak yang menentang komuniti Kristian, namun kita telah berjaya mengembalikan perasaan aman dan harmoni.

"Inilah semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya dalam perutusan perayaan Krismas dalam blog beliau www.1malaysia.com.my di sini hari ini.

Najib berkata, setiap perayaan kebudayaan mahupun keagamaan yang disambut di Malaysia menjadi satu peringatan yang sangat menggembirakan tentang kekayaan dan kekuatan dalam kepelbagaian yang dimiliki oleh rakyat negara ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Pengikut