PRU 13 : PR TUMBANG ? Posted: 24 Dec 2010 05:54 AM PST Berbicara tentang Reformasi PKR...Ngeow Chow Bing | Dec 21, 2010 03:51:28 pm
PKR dan Barisan Nasinal telah mengadakan kongres/konvensyen-nya baru-baru ini. Tidak kurang juga peristiwa yang menimpa PKR kebelakangan ini. Sesungguhnya PKR boleh mempersalahkan media arus perdana kerana memperbesarkan "kekecohan" yang berlaku dalam partinya, namun pada hakikatnya, kemegahan dan semangat PKR telah luntur berbanding dua tahun yang lalu. Secara perbandingannya, semangat BN pula dipacu dengan kemenangan dua PRK yang terdekat. Malah, BN yang kini semakin stabil dari pimpinan atasannya, sering menyindir PR dengan nada yang sinis. Seandainya PRU diadakan sekarang juga, PR tidak semestinya mengulangi kegemilangan yang dicapainya pada tahun 2008. Mengapa kekuatan PR, terutamanya PKR luntur dalam tempoh dua tahun? Meskipun tidaklah sampai tahap meranap, namun seandainya tidak bermuhasabah, ia bakal menyusut. Situasi sedemikian sememangnya menjejaskan sistem dua parti yang baru muncul pada tahun 2008. PKR wajar mengkaji kelemahannya dari segi kualiti anggota, struktur organisasi, pimpinan, strategi dan sebagainya. Memperbaiki kualiti anggota PKR Bukan sesuatu yang baru bahawa anggota PKR berasal dari latar belakang yang berbeza, malah memperlihatkan kualiti yang jauh berbeza. Masalah ini juga dihadapi parti lain, tetapi nampaknya lebih ketara dalam PKR. Punca masalahnya adalah penerimaan keanggotaan secara sewenang-wenangnya. Ini kerana mobilisasi diperlukan semasa berkempen, maka parti politik di Malaysia perlu menarik sebanyak anggota yang mungkin untuk memperkasa organisasi dalam parti dan mengerah sokongan. Namun, seandainya sebilangan besar anggota parti itu sekadar "gerombolan", maka ia akan membebankan parti. "Pendidikan politik" perlu dimantapkan agar anggotanya dipandu ideologi, lantas partinya berideologi. Namun, inilah yang paling kekurangan dalam aktiviti parti setakat ini. Organisasi tidak cerminkan keperluan PKR meniru struktur organisasi parti lain dalam negara, terutamanya musuh politiknya UMNO. Kritikan ini pernah dibangkitkan sebelum ini. Cuma, pernahkan PKR memikirkan, apakah kekurangannya yang sebenar? Apa yang paling diperlukannya? Dan apakah struktur organisasi yang mampu mencerminkan keperluan ini? Saya yang bukan anggota parti memang tidak tahu jawapannya. Tetapi adalah kurang bijak untuk PKR jika sekadar meniru struktur organisasi musuh politiknya tanpa mempertimbangkan keperluan diri yang sebenarnya. Misalnya, pengkhususan peranan dalam struktur pimpinan tertinggi PKR agak mudah, hanya diwujudkan beberapa jawatan seperti Ketua Penerangan, Pengarah Strategi dan sebagainya. Apakah ia mencerminkan keperluan dalam parti? Apakah masih ada peranan yang perlu dikhususkan kepada pemimpin tertentu untuk menjalankan fungsinya? Pada masa yang sama, terdapat institusi yang pada hakikatnya tidak diperlukan, tetapi diwujudkan untuk memenuhi ego sesetengah orang. Tetapi kewujudan institusi ini hanya membazir sumber dan menambah perselisihan dalaman. Apakah benar perlunya sayap Angkatan Muda Keadilan dan Wanita? Atau ia diwujudkan kerana ia wujud dalam organisasi dalam negara? Kekurangan bakat mentadbir Saya terasa Anwar Ibrahim tidak lagi "gagah" sebagaimana yang dahulu selepas "Kes Sodomi II". Hujah ucapannya berulangan, dan tidak menunjukkan prestasi yang terserlah setelah dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor. Kemampuannya untuk menyatukan parti, mengawal situasi turut dilemahkan. Jelas, kes ini telah banyak melunturkan dayanya dan membazir masanya - strategi BN yang cukup tajam untuk melemahkan musuhnya. BN menyasar pada Anwar - bahagian yang paling kuat dan pada masa yang sama paling lemah untuk PKR. Setelah penat lelah Anwar dibuatnya, kekuatan parti berjaya dilemahkan. Di kalangan pemimpin PKR, ramai yang berimejkan "akar umbi" atau "politik", tetapi terlalu kurang "pakar/profesional". Ketika pemimpin PKR berucap, saya sering merasakan - jikapun halatuju mereka betul, tetapi mereka gagal meneliti soal dasar, pentadbiran secara terperinci. Bahasa yang cukup molek tetapi tidak bernas - semuanya "syiok sendiri", langsung tidak masak dengan soal pentadbiran. PKR seharusnya menarik dan melahirkan lebih banyak pemimpin seperti Tony Pua, Liew Chin Tong dari DAP, yang tahu berbicara tentang soal dasar. Mereka yang hanya pandai beretorik - pemimpin kononnya inilah hanya akan menjadikan kemelut PKR dari segi pimpinan semakin ketara. Strategi kurang tepat Satu lagi masalah PKR, tidak membezakan keutamaan dalam percaturan strategi. Selepas PRU 2008, PKR dengan megah dan yakin bahawa dirinya mampu menawan Putrajaya, menguasai kerajaan peringkat persekutuan. Namun, keyakinan ini tidak lagi sekukuh dua tahun yang lalu. Prestasi PKR baru-baru ini memberi persepsi bahawa parti ini tidak mempunyai halatuju yang jelas. PKR haru jelas dengan halatuju dalam percaturan strateginya. "Mempertahankan Selangor, kemudian berperang (dengan BN) untuk jangka panjang", atau terus "menuju ke Pusat"? Sesungguhnya, kedua-dua ini bukan pilihan yang saling berkontradiksi. Tetapi dalam keadaan di mana sumber terbatas, adalah penting untuk mendahulukan dan mengemudiankan tugas-tugas - agar tidak memecah-belahkan sumber sehingga tidak kesampaian dua-dua matlamatnya. Misalnya, pemilihan langsung PKR, bukannya tidak baik, tetapi apakah ia wajar diadakan pada peringkat ini? Ini soalan yang dipertikaikan. Diharapkan PKR meneliti kelemahan diri sebaik-baiknya. *Ngeow Chow Bing ialah pengkaji politik dan kolumnis di MerdekaReview. Diterjemah dan disunting daripada teks asal yang disiarkan pada pada 14 Disember 2010. |
|
SAMPAI TERKANGKANG..... Posted: 24 Dec 2010 05:45 AM PST Apco:Anwar terkangkang…Nazri tunjuk bukti baru Oleh: LUKMAN ABDULLAH
Tunggu dan lihat. Apa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim nak kelentong lagi fasal isu Apco yang menyebabkan beliau digantung enam bulan dari menghadiri sidang Dewan Rakyat Khamis lalu.
Kalau mengambil kira bukti terbaharu mengenainya yang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dedah dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen Rabu, Ketua Pembangkang itu tentu sudah knockout .
Sudah enam hari berlalu sejak Dewan Rakyat lulus usul gantung Anwar dan tiga ahli pembangkang lain – Azmin Ali, Karpal Singh dan R Sivarasa namun perang mengenainya masih panas.
Anwar menggunakan ceramah roadshow nya dan twitter untuk mendakwa kononnya beliau di pihak yang benar sekalipun tanpa bukti kukuh.
Nazri selaku menteri yang jaga urusan parlimen dan bertanggungjawab membawa usul itu kerana mendapati Anwar cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mendakwa 1 Malaysia tiru One Israel nampaknya sudah set tidak akan membiarkan Ketua Umum PKR itu terus bermaharajalela.
Selasa malam beliau tampil dalam rancangan khas di TV1 untuk menjelaskan secara terperinci mengapa tindakan gantung terpaksa diambil.
Bagi Nazri, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cuba ' putar-putar' isu Apco ini seperti juga kes liwatnya vs Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Beliau juga menyifatkan usaha Anwar bagi ceramah tidak ubah seperti menjual ubat di pasar malam untuk menipu rakyat. Nazri membidas sikap Anwar yang dakwanya sengaja lari dan 'penakut' untuk berbahas dalam dewan padahal tarikh 16 Disember itu merupakan ruang yang cukup luas untuknya membela diri dan penyokongnya membahas bagi menyokong ketua mereka. "Saya berikan lima orang pembahas dari pembangkang termasuk Anwar dan saya sendiri bersama empat pembahas dari Barisan Nasional (BN), tapi dia lari...penakut," katanya. Dalam sidang medianya, Nazri tunjuk surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Anwar. Katanya dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan. "Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya . Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak. Menurutnya dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel". "Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel," katanya. Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel. Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel. "Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri. "Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti. "Sebenarnya sampai hari ini pun dia tidak ada bukti sebab itu saya mengemukakan bukti yang jelas menunjukkan bahawa APCO tidak langsung ada kena mengena dengan 'One Israel'. Tambahnya, "dia tidak mahu perbahasan (dalam Dewan Rakyat) berlaku tapi sekarang pergi ke pasar malam bagitahu pada orangramai, dia tidak diberi kesempatan untuk bela diri, dia memang takut dengan saya pun, setiap kali berbahas soalan dalam dewan dia akan kena balik...saya memang tunggu, ini memang kerja saya." Ketika ditanya gesaannya pada rakyat mengenai hal berkenaan, Nazri dengan sinis berkata, "gesaan saya pada rakyat, kalau rasa macam susah hati dan memerlukan hiburan pergilah dengar Anwar berucap kerana seronok dan menghiburkan, tapi jangan percaya apa yang dia ucapkan sebab dia memang menipu." Ditanya pula samada perlu diadakan perbahasan khas di pentas, beliau berkata, "tak perlu berbahas kat pasar malam kerana kita sudah sediakan tempat yang paling baik, tertinggi sekali (Dewan Rakyat) dan kita tidak boleh menipu dalam dewan" "Agaknya dia tak mahu berbahas dalam dewan kerana dia tahu dia akan menipu...saya bersedia bila-bila masa, kalau dia ada motto 'lawan tetap lawan', saya juga ada motto 'kawan tetap kawan'," ujarnya. Menjawab satu soalan lain Nazri berkata, "eloklah saya bagi enam bulan berehat, dia boleh tumpu pada kesnya di mahkamah tak payah fikir parlimen, kes dia nak ON, kita bagi dia free enam bulan tak payah datang parlimen, betullah tu... go to the trial ."– 22/12/2010 |
|
APA MOTIF SEBENAR MEREKA ? Posted: 24 Dec 2010 05:33 AM PST |
PROGRAM JELAJAH ONE MALAYSIA (JOM) MELAKA. Posted: 24 Dec 2010 05:23 AM PST KP PPUBJ MENYAMBUT YAB KM MELAKA. |
|
DEMI MASA DEPAN MALAYSIA Posted: 24 Dec 2010 05:15 AM PST BN Sedia Tentang Sesiapa Saja Pada PRU 13 – Najib KUALA LUMPUR, 3 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) bersedia bertanding menentang sesiapa pun pada pilihan raya umum akan datang dan bukan diancam dengan perbicaraan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ini adalah demokrasi. Biarlah parti yang paling baik dipilih oleh rakyat membentuk kerajaan," kata Perdana Menteri yang juga pengerusi BN. Beliau berkata demikian pada rakaman temu bual program CNN, TalkAsia yang disiarkan di sini malam tadi, apabila ditanya oleh hos Anna Coren sama ada bekas timbalan perdana menteri itu akan menjadi ancaman kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. Najib juga membidas dakwaan bahawa perbicaraan itu bermotifkan politik untuk menafikan Anwar daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan pada tahun depan. "Inilah apa yang beliau suka cakap, tetapi pada hakikatnya ia tidak menyokongnya. Kerajaan tidak akan mendakwa beliau jika tidak ada aduan dibuat oleh bekas pembantunya (Mohd Saiful Bukhari Azlan). Pada mulanya kita tidak mahu mendakwa beliau. "Ini bukan satu pilihan dan kita tidak rancang untuk ini. Kebetulan ini berlaku bahawa bekas kakitangannya sendiri buat aduan jenayah terhadap beliau. Kita hanya mulakan dari situ," katanya. Beliau berkata parti campuran yang memerintah akan menerangkan bahawa perbicaraan itu semata-mata perkara peribadi dan ia tidak ada kaitan dengan kerajaan. Sementara itu, Najib juga berkata beliau mempunyai hubungan baik dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun negarawan itu kadang-kadang mengkritik kuat mengenai dasar-dasarnya. "Dr Mahathir mempunyai minda dan pandangan yang kuat. Saya tidak harap beliau akan bersama saya dalam setiap isu. Tetapi apa yang paling penting ialah beliau menyokong kerajaan, menyokong kepimpinan saya," tambah beliau. |
|
Haramkan Logo Bukti Pembangkang Makin Takut Populariti 1Malaysia Posted: 24 Dec 2010 05:11 AM PST Haramkan Logo Bukti Pembangkang Makin Takut Populariti 1Malaysia
LAWAS, 23 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu.
Muhyiddin berkata populariti 1Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia.
"Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo 1Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian di sini selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Lawas.
Muhyiddin berkata gagasan 1Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata pengharaman penggunaan logo 1Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional.
Muhyiddin berkata pembangkang akan terus cuba untuk memutar-belitkan fakta tentang 1Malaysia untuk terus mengelirukan rakyat biarpun kerajaan telah memberikan penjelasan berkenaan dengan konsep itu. |
|
MUKA YANG TAK TAHU MALU Posted: 24 Dec 2010 05:10 AM PST Logo 1Malaysia Tak Mahu Tapi Wang Peruntukan Sapu Oleh : Al Kamarul Ab Latif SHAH ALAM, 24 Dis – Tindakan kerajaan Selangor tidak membenarkan penggunaan logo 1Malaysia disifatkan satu tindakan kolot yang cukup melucukan. "Ini satu lagi tindakan kolot yang melucukan selain janji-janji kosong pakatan pembangkang. Gagasan 1Malaysia bukan gagasan politik tapi gagasan untuk satukan rakyat di Malaysia. "Yang saya pelik, mereka ini menolak gagasan negara tapi peruntukan pusat diambil dan diguna pula untuk buat itu dan ini," kata Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus kepada UMNO-Online di sini hari ini. Sambil mengumpamakan tindakan tersebut seperti 'anjing takut bayang-bayang', beliau seterusnya menasihatkan kerajaan pakatan pembangkang Selangor agar menumpukan kerja pada perkara-perkara yang lebih memberi faedah. "Kerja lain untuk bela nasib rakyat, tunai janji pada rakyat tak nak buat. Mereka asyik main politik sempit. "Daripada turunkan logo 1Malaysia, baik kerajaan Selangor memantau rumah urut, pusat-pusat hiburan yang tumbuh macam cendawan dan beroperasi hingga pukul 3 pagi", ujarnya. Tegas beliau lagi hakikatnya kerajaan negeri sudah ketandusan idea untuk menutup kelemahannya membawa pembangunan di negeri itu selepas menang pada pilihan raya umum yang lalu. "Kita takut lepas ni kat Selangor takde no 1, apa saja no 1 akan ditanggalkan atau rakyat tak boleh lagi sebut no 1. Terdesak betul mereka ini", katanya. -MediaUMNO |
|
UJIAN BUAT GHANI OTHMAN DI TENANG. Posted: 24 Dec 2010 05:08 AM PST Ghani Bakal Ketuai Kempen BN Di DUN Tenang
KUALA LUMPUR, 24 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari mengumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan mengetuai kempen pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari depan .
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun bersetuju bahawa Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman selaku Pengerusi Perhubungan BN mengepalai kempen sebagai Pengarah Pilihan Raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran program "Mendidik Demi Malaysia" di sini, hari ini.
Mengenai peluang BN pada pilihanraya kecil itu nanti, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO yakin pengundi di DUN Tenang lebih arif untuk menentukan calon yang harus dipilih mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu Januari depan.
"Yang penting tidak kira apa pembangkang kata, orang Johor kawasan itu lebih maklum dan arif… sejak sekian lama, berdasarkan rekod sejak dulu, Tenang memang dimenangi oleh BN.
"Kita harap pengundi yang ada di Tenang akan terus sokong BN," katanya.
Beliau berkata berdasarkan rekod, DUN Tenang tidak pernah dibolosi oleh pembangkang.
Bagaimanapun, BN tetap menganggap setiap pilihan raya kecil sebagai cabaran dan tidak pernah memandang remeh cabaran daripada mana-mana pihak, katanya.
"Kita tidak pernah pandang remeh cabaran mana-mana pihak termasuk pembangkang… tetapi kita ada strategi seperti mana biasa, dan kita akan gerakkan segala jentera kempen yang ada," katanya.
P'raya Tenang, PAS pasti kalah
Hari ini telah terpadu kesepakatan tiga buah parti politik - PKR, PAS dan DAP. Munculnya Pakatan Rakyat bukan kerana harga ayam di pasar Chow Kit naik harganya. Atau kerana sotong makin berkurangan untuk dicandat di Kuala Terangganu. Setiakawan Pakatan Rakyat lahir kerana hukum dan syarat realpolitik dalam negara kita ini.
Kelahiran Pakatan adalah hasil dari pemikiran strategik yang memahami asas budaya dan politik tanah air. Kesedaran untuk memahami cita-cita dan harapan anak semua bangsa dalam negara ini adalah wajib. Warga dari pelbagai agama dan anak semua bangsa memerlukan kesepakatan dan kerjasama untuk mengambil alih kuasa.
Justeru, realpolitik di Malaysia ini telah melahirkan syarat bahawa parti politik atau gerakan apa pun yang ingin mengalahkan kerajaan pimpinan United Malays National Organisation wajib berkongsi kuasa. Ini hakikat realpolitik. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) boleh meloncat tunggang terbalik, ia tidak akan mengubah hakikat ini.
Hari ini tarikh pilihan raya kecil di DUN Tenang telah diumumkan. Pakatan Rakyat akan meletakan calon. Umum telah didesas desuskan tentang bakal calon ini akan datang dari parti PAS.
Dalam suasana sedemikianlah Pakatan, terutama parti PAS wajib memiliki keupayaan untuk berfikir secara strategik. Untuk berfikir jauh melihat politik berjangka panjang dan mengambil langkah dan jejak politik yang strategik. Ini realpolitik, bukan mimpi dan angan angan Mat Bunga.
Jika PAS bertanding di DUN Tenang jawabnya ialah kekalahan. Ini satu kepastian. Kekalahan ini bukan kerana perjuangan Pakatan atau PAS tidak jujur. Kekalahan ini kerana hakikat realpolitik. Menghantar kerbau untuk melanggar kereta kebal Sherman T-20 adalah kerja yang amat bebal. Justeru satu pemikiran baru wajib dimunculkan apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.
Realpolitik telah menunjukkan bahawa reka bentuk penduduk di Tenang tidak menyebelahi PAS. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus. |
|
N 05 TENANG KEMBALI BERKOCAK 30 JANUARI 2011. Posted: 24 Dec 2010 05:06 AM PST PRK DUN N.05 Tenang 30 Januari 2011
Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.
Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan, (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
Menurut Abdul Aziz (kanan), seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.
Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.
Abdul Aziz berkata, sebanyak 376 petugas telah dilantik sepanjang lapan hari tempoh berkempen. Manakala seorang pengurus pilihan raya dan tiga penolongnya daripada Majlis Daerah Labis turut dilantik.
'Dengar nasihat, patuh arahan' SPR menubuhkan tiga pasukan penguatkuas kempen pilihan raya untuk mengurus perjalanan pilihan raya dan mengawal kempen.
Pilihan raya itu juga akan menggunakan tiga dewan dan sembilan buah sekolah sebagai tempat pengundian yang melibatkan 32 saluran mengundi.
Katanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.
Sementara itu, Abdul Aziz turut mengambil kesempatan mengingatkan majikan supaya memberi kebenaran kepada pekerja mereka bagi keluar mengundi.
"Mungkin ada daripada pihak swasta yang bekerja pada hari pilihan raya. Oleh itu, majikan mesti memberikan kebenaran kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi. Jika tidak mereka boleh dihukum melalui akta pilihan raya.
"Saya juga akan menulis surat kepada ketua setiausaha sumber manusia supaya jangan menghalang pengundi keluar mengundi," katanya lagi PUTRAJAYA, 24 Dis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.05 Tenang, Johor akan diadakan pada Ahad, 30 Januari depan.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 22 Januari 2011.
Proses demokrasi itu akan menjadikan PRK ke-14 sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika mengumumkannya berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN Johor mengenai kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis, pada 17 Disember lalu.
"Pilihan raya kecil ini menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009, digabungkan dengan Daftaf Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010 yang dikemas kini sehingga Oktober lalu merangkumi seramai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini, pagi ini.
Pada PRU-12, Sulaiman mengalahkan Mohd Saim Siran (Pas) dengan majoriti 2,492 undi. Pada waktu itu pengundinya DUN Tenang berjumlah of 14,474, termasuk Melayu (49%), China (38%) dan India (12%).
Tenang adalah satu daripada dua DUN (satu lagi DUN Bekok) di dalam Parlimen Labis yang diwakili oleh Chua Tee Yong.
DUN Tenang turut meliputi Felda Tenang, pekan Labis dan Felda Chempelak. Parlimen Labis antara lain bersempadanan dengan Segamat, Sekijang, Pagoh, Mersing, Ayer Hitam dan Sembrong. -MediaUMNO |
|
FAHAMAN PLURALISME..... Posted: 24 Dec 2010 04:47 AM PST Pluralisme agama' keliru lagi mengelirukan
Oleh Mohd. Ayop Abd Razid
Sebelum kita memahami apa yang dimaksudkan dengan pluralisme agama adalah baik kita memahami dua perkataan yang sering disalah faham dalam konteks memahami 'pluralism agama'. Dua perkataan yang saya maksudkan itu ialah plurality(pluralitas) dan 'pluralism'.
Perkara ini dijelaskan oleh Profesor Datuk Dr. Datuk Osman Bakar dalam ucaptamanya di Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah yang bertemakan "Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah".
Menurutnya, plurality adalah sifat sesuatu keadaan yang di dalam bahasa Melayu disebut 'kepelbagaian' atau 'kemajmukan'. Misalnya masyarakat kita adalah masyarakat yang bersifat majmuk dengan pelbagai etnik, kaum, agama, bahasa dan anutan agama.
Konsep kemajmukan ini disebut di dalam al-Quran sebagai masyarakat manusia (bani Adam) yang diciptakan dari pelbagai warna kulit dan keturunan dengan tujuan untuk saling kenal mengenali (al-Hujuraat:13). Sebaliknya apabila disebut pluralism maka ia sudah merupakan satu fahaman atau ideologi tersendiri yang memiliki doktrin-doktrin yang tertentu.
Justeru, apabila disebut pluralisme agama di dalam rencana ini maka ia merujuk kepada satu fahaman atau ideologi yang memiliki doktrin-doktrin tertentu. Apa maksudnya pluralisme agama?
Pluralisme agama adalah fahaman yang mengajar semua agama adalah sama kerana menganggap setiap agama bersifat relatif dan nisbi kebenarannya.
Mereka mendukung kesamarataan agama yang di dalam bahasa Inggeris disebut Transcendent Unity of Religions.
Fahaman ini telah dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar (Pastor Khatolik kelahiran Sepanyol), Wilfred Cantwell Smith (pengasas Institute of Islamic Studies di McGill University Canada), Frithof Schuon (bekas Kristian yang keluar masuk pelbagai agama) dan John Hick (Profesor teologi di Claremont School California AS).
Peter Byrne, Profesor di King's College London menyebut bahawa pluralisme agama adalah adunan tiga tesis iaitu: semua agama besar di dunia adalah sama; semua agama itu menawarkan jalan keselamatan, dan semua agama terbuka untuk dikritik dan ditinjau kembali.
John Hick menganggap bahawa agama-agama besar dunia adalah satu, iaitu "Hakikat Ultimate yang Tunggal" (The Ultimate Reality) dan Tuhan mempunyai pelbagai nama.
Doktrin beliau itu mencerminkan bahawa kewujudan agama yang beragam pada hakikatnya adalah memiliki manhaj yang sama dan autentik untuk membawa manusia ke jalan keselamatan (salvation).
Justeru, semua agama yang ada adalah authentic manifestations of the Real, dan tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya satu-satu yang benar dan satu-satunya jalan menuju keselamatan.
Implikasi dari fahaman ini ialah setiap agama tidak boleh mendakwa bahawa agamanya sahaja yang benar secara mutlak kerana menurut mereka setiap agama berkongsi sebahagian kebenaran (partial truth). Bagi mereka kebenaran yang mutlak hanya ada pada 'Hakikat Ultimate Reality'.
Pendukung fahaman ini mendakwa bahawa pluralisme agama adalah jalan penyelesaian terhadap konflik antara agama.'
Justeru, tokoh seperti Paul Knitter, pakar teologi Kristian Pluralis menyebut, pluralisme berkeinginan untuk melahirkan dialog yang jujur dan terbuka sehingga seluruh pemeluk agama dapat bekerjasama memperbaiki jalan kehidupan manusia.
Di Indonesia, wujud kelompok 'Islam Liberal' yang menerima fahaman 'pluralisme agama' ini. Ia telah berkembang subur melalui pelbagai medium seperti wacana, seminar, dialog, penerbitan buku dan jurnal.
Malah, ada usaha untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam ke arah Pendidikan Islam Pluralis.
Apakah pendirian yang harus dipegang oleh kita? Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady dalam wacana tersebut mengingat umat Islam supaya berpegang kepada wacana Sunni (Ahlissunnah) yang merupakan aliran arus perdana yang berpegang kepada al-Quran, Hadis dan Ijmak.
Menurutnya pluralisme agama terletak atas sangkaan pandangan yang bercanggah dengan Quran, Sunah dan Ijmak.
Al-Quran datang sebagai petunjuk kepada manusia dan al-Quran sendiri menegaskan bahawa agama yang diterima di sisi Allah adalah al-Islam, iaitu Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Tidak ada paksaan ke atas manusia kufur untuk memeluk Islam.
Apa yang penting dalam konteks hidup bermasyarakat kita perlu menghormati nilai-nilai yang baik yang ada pada sistem kepercayaan masing-masing sebagaimana Muslim dan Yahudi serta Kristian hidup secara harmoni dalam zaman kemuncak Islam di Andalusia.
Penulis ialah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan |
Amal pluralisme adalah haram Oleh AMRAN MULUP pengarang@utusan.com.my MELAKA 16 Dis. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, orang Islam yang berfahaman pluralisme agama iaitu mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar adalah kafir dan murtad. Menurutnya, fahaman seperti itu adalah haram dan jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah. ''Pluralisme adalah haram. Kita mana boleh kata semua agama sama dengan Islam. Kalau orang Islam kata semua agama adalah sama dengan Islam, mereka yang berkata begitu adalah kafir. ''Dalam kitab dan hukum syarak telah menyebut mereka yang mengamalkan fahaman pluralisme dianggap sebagai kafir dan murtad," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau ditemui pada Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-92 yang berlangsung di Hotel Equatorial, di sini hari ini. Majlis tersebut dihadiri kira-kira 22 ahli jawatankuasa fatwa kebangsaan terdiri daripada mufti seluruh negeri dan dijadualkan berakhir esok. Harussani berkata, di Malaysia, semua agama dilayan sama adalah wajar malah tindakan itu turut disarankan oleh agama Islam. ''Di Malaysia, kita wajar menghormati agama lain tetapi kita tidak boleh mengakui agama Islam sama dengan agama lain," tegasnya. Beliau menambah, fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak oleh semua umat Islam di negara ini kerana ia boleh merosak akidah. Sehubungan itu, Harussani meminta kerajaan untuk menangani tindakan golongan tertentu yang cuba membawa fahaman pluralisme kerana ia akan membawa kepada kehancuran Islam. Apa usaha kita banteras gerakan pluralisme agama? WACANA mengenai pluralisme agama yang berlangsung di Masjid Wilayah Kuala Lumpur kelmarin mendedahkan banyak perkara yang begitu menakutkan bagi umat Islam. Daripada sekian banyak serangan ke atas agama suci Islam sepanjang zaman, gerakan pluralisme agama ini barangkali boleh dikatakan yang paling hebat. Idea di sebalik konsep pluralisme agama yang menyatakan semua agama adalah sama itu sukar untuk dipatahkan menerusi kefahaman Islam yang asas. Ini kerana ia banyak bergerak dalam kerangka logik akal dan tafsiran individu dalam menentukan apa yang berhak untuk diyakini oleh seseorang tanpa perlu dipaksa oleh sesiapa atau apa-apa jua sekali pun. Konsep sebegini sebenarnya sangat dekat dengan perjuangan kebebasan, hak asasi dan demokrasi. Ini yang sangat membimbangkan kerana semakin umat Islam bergerak seiring dengan proses globalisasi dunia, semakin ramai yang beranggapan mereka bebas dalam menentukan apa sahaja termasuk dalam keyakinan beragama. Di sinilah gerakan pluralisme agama memainkan peranan dan tidak hairan golongan muda dan generasi baru yang kononnya lebih moden, terbuka dan liberal dengan mudah terperangkap dalam gerakan agama baru ini. Kemajmukan masyarakat yang pelbagai agama dan budaya di negara ini juga memudahkan gerakan pluralisme agama menyerang akidah umat Islam. Menggunakan konsep toleransi dalam agama, gerakan itu akan cuba mempertontonkan bahawa semua agama di negara ini adalah sama apabila ia mengajak kita hidup dalam harmoni dan saling hormat-menghormati. Keyakinan yang dibina sedikit demi sedikit itu boleh menyebabkan umat Islam di negara ini terpengaruh dan secara tidak sedar mengiktiraf kebenaran agama lain selain agama Islam. Konsep pluralisme agama ini juga jauh lebih bahaya daripada kumpulan ajaran sesat yang sudah sedia menjadi ancaman umat Islam sejak sekian lama. Ia tidak bergerak dalam bentuk sebuah kumpulan, pertubuhan atau persatuan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Ia juga tidak mempunyai pemimpin atau individu yang diangkat sebagai rasul baru yang secara terang-terangan bertentangan dengan akidah Islam. Sebaliknya ia menyerang umat Islam secara individu dengan menggoyahkan keyakinan, keimanan dan kefahaman terhadap kesucian agama Islam. Serangan sebegini boleh mendorong umat Islam menjadi murtad dan lebih menyedihkan, ia berlaku tanpa mereka sedari. Persoalannya sejauh mana pihak berkuasa dan pertubuhan agama menyedari gerakan pluralisme agama ini? Apa pula tindakan-tindakan yang diambil untuk mengekang gerakan ini seterusnya menyedarkan mengenai bahayanya kepada umat Islam di negara ini? Apakah kita perlu menunggu sehingga wujudnya sebuah pertubuhan dengan nama pluralisme agama seperti yang wujud di Indonesia untuk pihak-pihak berwajib mengambil tindakan? Apa yang boleh disimpulkan, umat Islam di negara ini mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang sangat terhad berhubung gerakan agama baru ini. Tidak banyak perbincangan umum dan wacana terbuka yang menyentuh secara langsung mengenainya diadakan dan didedahkan kepada masyarakat. Ini menyebabkan umat Islam tidak begitu menyedari mengenainya, jauh sekali untuk berhati-hati dengan modus operandi gerakan tersebut. Sesuatu yang malang di kalangan umat Islam dalam isu pluralisme agama ini juga ialah apabila ramai daripada kita yang semakin menjauhi al-Quran. Sedangkan hujah-hujah yang diketengahkan menerusi konsep pluralisme agama itu boleh dipatahkan dengan mudah sekiranya kita benar-benar memahami dan meyakini apa yang terkandung di dalam al-Quran. Barangkali selain perlu berhati-hati dengan gerakan kumpulan yang menyebarkan kefahaman pluralisme agama, kita juga perlu berusaha untuk mempertingkatkan keimanan dan kefahaman terhadap Islam. Ini kerana hanya keyakinan dan kepercayaan yang tinggi terhadap Islam dan Allah SWT sahaja dapat menangkis serangan terhadap kesucian agama yang hakiki ini. AHMAD ABDULLAH Kota Bharu, Kelantan Anwar sering bawa mesej fahaman pluralisme agama Pengasas Muafakat, Ismail Mina Ahmad (tengah) mempengerusikan perbincangan bertajuk 'Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah' bersama pembentang kertas kerja, Dr. Syamsuddin Arif (kiri) dan Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady pada Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah Kedua Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 14 Dis. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan. Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad (gambar) berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut. Beliau berkata, seperkara lagi ialah kecenderungan Institut Kajian Dasar (IKD) terhadap perjuangan Jaringan Islam Liberal yang diterajui oleh Ulil Absar Abdullah iaitu seorang pejuang fahaman pluralisme di Indonesia. ''IKD amat sinonim dengan Anwar dan institut ini amat rapat dengan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Hasil hubungan mereka juga tertubuhnya Pusat Graduan Timur (Eastern Graduate Centre) di bawah IKD. ''Pusat ini diterajui oleh seorang graduan lulusan Timur Tengah dan untuk pengetahuan semua melalui pusat tersebut telah diterbitkan beberapa buku yang didapati menyokong fahaman pluralisme," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal' dalam wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Yusri yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata antara judul buku yang dikaitkan dengan fahaman itu dan dihasilkan oleh pusat berkenaan ialah Islam dan Pluralisme, Agama dan Kebebasan Berfikir, Hukum Barat Pun Islam dan Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam. ''Inilah yang berlaku hasil daripada hubungan antara IKD dan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Mereka juga dilihat begitu menyanjung Ulil Absar Abdullah. ''Bagi saya penerbitan buku-buku ini amat berbahaya kepada umat Islam di negara ini kerana isu berkaitan dengan fahaman pluralisme agama amat berkaitan dengan soal akidah,"katanya. Dalam pada itu ketika ditanya oleh seorang peserta mengenai seriusnya penglibatan Anwar di dalam fahaman itu beliau berkata, berdasarkan fakta-fakta tersebut kecenderungan Anwar terhadap fahaman berkenaan nampak jelas. ''Anwar juga jika kita lihat ketika memberi komen dalam isu-isu tertentu seperti penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam begitu konsisten membenarkan mereka berbuat demikian," katanya. Dalam isu yang sama beliau turut meminta barisan kepimpinan negara termasuk Perdana Menteri supaya mengelakkan diri daripada meraikan perayaan agama lain seperti Thaipusam. ''Dalam perkara ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak terkecuali menerima kritikan apabila menyertai satu majlis rasmi kuil Buddha di Kelantan," katanya lagi. Sementara itu, beliau turut meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan fahaman pluralisme agama serta amalan yang berkaitan dengannya. ''Saya juga ingin mengesyorkan individu dan kumpulan yang menyebarkan fahaman ini diberi nasihat serta teguran dan jika mereka ingkar tindakan undang-undang perlu dikenakan," tambahnya. |
MENGAPA KHALED GENTAR DENGAN 1 MALAYSIA ? Posted: 24 Dec 2010 04:41 AM PST Tindakan kurang bijak haram logo 1Malaysia
TINDAKAN Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia disifatkan sebagai satu langkah yang kurang bijak. Jika dilihat sebelum ini pada ketika 1Malaysia diutarakan, kerajaan PR mendakwa tentang konsep 1Malaysia ini seolah-olah ditiru daripada konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP yang membawa konsep kesamarataan.
Namun apabila usaha berterusan untuk memperkenalkan dan memahamkan serta menerapkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan disambut baik oleh masyarakat, ia dilihat menggugat politik mereka lantas melatah dengan menolak konsep tersebut.
Baru-baru ini Ketua Pembangkang serta beberapa kepimpinan pakatan pembangkang digantung daripada persidangan dewan rakyat akibat tuduhan tidak berasas kepada konsep 1Malaysia. Tindakan itu memakan diri mereka sendiri malah tidak kena pada tempatnya.
Dewan Rakyat merupakan dewan yang dianggap sebagai dewan yang mulia. Oleh itu sebarang tuduhan yang berunsur fitnah atau pembohongan dianggap sebagai sebuah kesalahan yang besar.
Pertuduhan yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel ini dinafikan sendiri oleh pihak Apco Worldwide. Dengan itu terbuktilah pertuduhan tersebut jelas sekali tidak disusuli dengan fakta yang benar dan jelas.
Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selaku pengasas konsep 1Malaysia menekankan bahawa ia adalah ciptaan kita sendiri, bukanlah diciplak dari mana-mana tempat/negara sekalipun.
Kami selaku Mahasiswa yang aktif dengan Kumpulan Rakan Siswa (Karisma), tidak nampak dimana silapnya konsep 1Malaysia ini.
Secara ringkasnya, 1Malaysia membawa penekanan kepada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa aspek utama dan nilai untuk menjadi amalan setiap rakyat dalam sama-sama membangunkan negara.
Namun kerajaan negeri Selangor tetap tidak mahu menerima gagasan ini, dengan alasan ia diasaskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Apa yang membuatkan tindakan pengharaman logo 1Malaysia ini dilihat sebagai tindakan kurang bijak adalah kerana ia mendatangkan sedikit sebanyak masalah bagi penduduk di negeri industri itu sendiri.
Sebilangan besar penduduk Selangor telah menerima konsep tersebut, ada yang telah merangka aktiviti/program dengan bertemakan 1Malaysia, logo sudah pastinya selari dengan tema, ini akan membantutkan usaha mereka untuk membuat aktiviti.
Ada juga peniaga yang menggunakan logo berkonsepkan 1Malaysia sebagai duta perniagaannya, namun pengharaman ini telah menyulitkan peniaga tersebut. Pemilik premis berkenaan telah membuat kenyataan bahawa perniagaannya merupakan perniagaan individu, janganlah sampai diheret ke kancah politik pula.
Kasihan peniaga tersebut. Kelak, apabila klinik 1Malaysia juga ingin dibawa ke Selangor, pasti mengundang masalah. Klinik 1Malaysia memberikan hak kepada rakyat, bagaimana usaha untuk kemudahan rakyat ini dapat dilaksanakan jika terdapat halangan sebegini?
Maka, Kerajaan Negeri Selangor diseru supaya dapat menimbang dan menarik balik pengharaman tersebut kerana ia jelas mendatangkan kesulitan kepada banyak pihak.
Selaku mahasiswa, kami menghormati pemimpin Kerajaan Negeri Selangor, benar juga Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai hak untuk melaksanakan pengharaman tersebut. Akan tetapi, sedarlah bahawa ia pasti akan memakan diri kerana pengharaman ini merupakan satu bentuk 'penyiksaan' terhadap rakyat.
Kumpulan Rakan Siswa merupakan gerakan mahasiswa/mahasiswi yang dianggotai oleh wakil dari 19 buah IPTA/IPTS seluruh Malaysia. Karisma menegaskan bahawa kami bukan ingin menjadi pengampu Kerajaan Persekutuan, tetapi jelas bahawa konsep 1Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk dipraktikkan.
SiswaKARISMA_Uzey
Kuala Lumpur |
Pengharaman' 1Malaysia, Apco dan gay RABU lalu, sebuah premis di Banting, Selangor telah diarah menurunkan papan tanda premisnya kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu menggunakan logo "1Malaysia" pada papan tanda tersebut. Ia sesuai dengan arahan Kerajaan Negeri Selangor yang tidak membenarkan penggunaan logo tersebut di premis-premis perniagaan di seluruh negeri itu dengan alasan ia bermotifkan politik. Syed Ali Alhabshi (umnobahagiancheras. blogspot.com) menganggap pengharaman logo 1Malaysia di premis perniagaan tersebut merupakan tindakan antinasional dan takutkan bayang-bayang sendiri. Tindakan tersebut jelas sebagai usaha menutup malu pakatan pembangkang apabila Apco Worldwide telah menafikan penglibatan pihaknya dengan penciptaan gagasan 1Malaysia seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Apabila pembohongan Anwar terbongkar, kerajaan Selangor mencari helah untuk menutup rasa malu tersebut dengan membuat keputusan mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia di premis perniagaan. "Kini sudah terbukti bahawa cerita Anwar dalam siri ceramah politiknya mengenai Apco dan 1Malaysia adalah karut, fitnah dan hanya bermotifkan dendam politik," katanya. Blog Pisau (pisau.net) berkata, pengharaman logo 1Malaysia oleh kerajaan Selangor jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang kini semakin bimbang dengan kejayaan kerajaan menyatu-padukan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia yang ideanya dicetuskan oleh Perdana Menteri sendiri. "Adalah tidak mengejutkan 1Malaysia dipandang sebagai musuh kepada mainan politik pakatan yang mahu melihat rakyat berpecah-belah. Menjadi satu masalah besar buat pakatan jika rakyat di negara ini menikmati keharmonian kaum. "Berpecah-belah dan tidak harmoni adalah resipi terbaik buat pakatan untuk menimbulkan keresahan agar rakyat tidak menyokong kerajaan BN," katanya. Sehubungan itu, kata blog tersebut, gagasan 1Malaysia telah diserang sejak awal-awal lagi oleh Anwar dengan menuduh ia ada kaitan dengan Israel dengan harapan rakyat menolak gagasan tersebut dan terus kekal dalam keadaan berpecah-belah. "Menyerang 1Malaysia membuktikan DAP, PKR dan Pas adalah dalang dan ejen perpecahan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sudah acap kali kelihatan mereka membakar sentimen perkauman," katanya. Mengenai Apco, Hambali Abd Latiff (hambali1.blogspot.com) berkata, afidavit Apco Worldwide yang didedahkan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang jelas menunjukkan firma tersebut tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penciptaan slogan 1Malaysia, sekali gus membuktikan tentang pembohongan oleh Anwar. Katanya, dengan kandungan surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, ia dijadikan asas untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan. "Persoalannya sekarang, apakah tindakan Kementerian Dalam Negeri terhadap pemimpin parti pembangkang itu yang sengaja merosak dan mencemarkan nama negara itu. Tuduhan Anwar terhadap kerajaan berat dan boleh menjejaskan Malaysia di mata dunia. "Malah banyak negara Islam sedang memerhatikan kita apakah benar ada 'hubungan' dengan Israel sedangkan Malaysia antara negara paling lantang menentang dasar negara itu. Jika Anwar berbohong seperti dikatakan Nazri, apakah beliau hanya wajar dikenakan tindakan penggantungan di Dewan Rakyat sahaja," kata penulis ini. Kata beliau, tuduhan yang dibuat oleh Anwar itu sangat berat dan jika sudah terbukti beliau berbohong mengenainya, apakah beliau tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Sementara itu, blog House PK (parpukari.blogspot.com) mendedahkan video seorang pemuda Islam yang juga seorang jurutera, penyair dan penulis yang membuat pengakuan bahawa dia merupakan seorang yang mengamalkan hubungan seks sejenis atau "gay". Katanya, kalau zaman dahulu agak sukar melihat anak muda Melayu dan Islam yang mengaku mengamalkan seks songsang seperti itu, tetapi kini mereka semakin berani dan tanpa ada perasaan segan-silu kerana kini mereka sudah ada idola besar. "Wahai ahli-ahli Pas sekalian. Tidakkah kamu takut akan balasan Tuhan? Janganlah kamu menafikan lagi. Adakah ini yang kita mahu? Lebih ramai anak muda Melayu Islam yang jadi gay? "Memang benar bagi bukan Islam dan golongan liberal perkara ini adalah kecil, tapi kalau kita seorang Islam, bolehkah kita menerima manusia seperti di atas ini? Jauhilah dari golongan gay ini," katanya. Nada serupa dinyatakan oleh Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com) yang berkata, kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi yang mendesak Jakim memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan hiburan gay perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Pada masa yang sama, beliau berharap Dewan Pemuda Pas beristiqomah dalam pendirian menghapuskan golongan gay, homoseksual, liwat, pondan dan lain-lain daripada bumi Malaysia dalam apa bentuk sekalipun termasuk campur tangan golongan gay dan homoseks dalam hal ehwal negara ini. "Sebagai contoh, Dewan Pemuda Pas perlu menyatakan pendirian tegas menolak campur tangan Ahli Parlimen Australia dalam urusan kehakiman dan perundangan negara. Ini adalah kerana antara Ahli Parlimen Australia yang mencampuri urusan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim adalah Senator Michael Danby, seorang pejuang hak golongan gay/lesbian. "Kemudian Senator Bob Brown, seorang atheis yang tidak percayakan Tuhan atau apa-apa agama. Juga Senator Malcolm Turnbull, seorang pejuang perkahwinan sejenis. Itu latar belakang antara Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar pemimpin anugerah Tuhan, yang jelas berlatar belakangkan mereka yang terlibat dengan golongan gay, homoseks dan liwat," katanya |
SIAPA TUNGGANG SIAPA : DAP DAN ANNUWAR Posted: 24 Dec 2010 04:39 AM PST DAP peralatkan Anwar
Oleh Zulkifli Bin Noordin
Pendedahan WikiLeaks baru-baru ini mengenai Bahagian Risikan Australia dan Singapura bahawa mereka mempunyai "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat Anwar yang ditabal oleh isterinya sebagai pemimpin anugerah tuhan ini sangatlah serius. Apakah bukti teknikal yang mereka ada? Saya berbincang dengan beberapa rakan diplomat dan anggota risikan baru-baru ini, mereka menyatakan bila perkataan "bukti teknikal" digunakan di dunia diplomasi, itu bermakna mereka ada bukti saperti video, gambar, dan lain-lain. Na'uzubillah!
Persoalan besar yang timbul ialah, jika benar berita itu (ingat Al Hujurat: 6), dan jika benar mereka ada "bukti teknikal" tersebut, ia meletakkan keselamatan negara dalam keadaan terdedah kepada ancaman negara luar jika pemimpin anugerah tuhan ini menjadi pemimpin negara, na'uzubillah min zalik. Kerana mereka boleh mengugut dan menekan pemimpin anugerah tuhan ini bila-bila masa dengan "bukti teknikal" tersebut.
Kedua, kenyataan dalam pendedahan WikiLeaks bahawa mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengetahui tentang kegiatan homoseksual dan liwat pemimpin anugerah tuhan ini juga menarik perhatian saya. Ini adalah kerana sebaik selesai Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) pada 8 Mac 2008, Lee Kuan Yew telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan antara lain mengadakan perjumpaan dengan Lim Kit Siang, anak lelakinya dan beberapa pemimpin DAP.
Kita semua tahu hubungan rapat Lim Kit Siang, anak lelakinya, Karpal Singh, dan lain-lain pemimpin DAP dengan Lee Kuan Yew. Sehinggakan Lim Kit Siang sanggup memecat seorang tokoh pejuang dan aktivitis DAP yang terkenal, Fan Yew Teng hanya kerana Fan Yew Teng menentang parti Lee Kuan Yew, PAP dalam satu sidang sosialis dunia satu masa dahulu. Fan Yew Teng telah pun meninggal dunia di Bangkok baru-baru ini.
Persoalan besar yang timbul sekarang ialah masakan begitu baik Lee Kuan Yew tidak memaklumkan kepada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain tentang maklumat dan "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat yang Bahagian Risikan Singapura ada? Saya cukup pasti dengan politiking licik bak belut Lim Kuan Yew, sudah pasti dia akan memaklumkan dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawannya. Mungkin juga mengatur strategi terbaik untuk menggunakan maklumat dan bukti tersebut untuk kepentingan sempit mereka.
Saya cukup yakin kepimpinan DAP tahu mengenainya. Sebagai contoh, Karpal Singh, Pengerusi DAP sejak 1997 telah membangkitkan isu berkenaan kegiatan homoseks dan liwat Anwar. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Karpal Singh mendesak supaya kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.
Begitu juga pada tahun yang sama, Karpal Singh membuat ucapan terbuka di satu majlis anjuran DAP di Hotel Federal dan beliau menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.
Wee Choo Keong semasa berbahas dalam Parlimen (ketika membahas usul menggantung Anwar) menyatakan bahawa beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh tersebut. Dan Wee Choo Keong menyatakan bahawa sememangnya kepimpinan DAP tahu tentang kegiatan homoseks dan liwat Anwar (Wee pada masa itu adalah Ketua Penerangan DAP Pusat).
Membela
Semasa saya menjadi peguam membela Anwar dalam kes menyalahgunakan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri menggunakan Unit Cawangan Khas Polis untuk mendapatkan surat akuan palsu daripada Azizan dan Ummi Hafilda, Peguam Negara mendedahkan penglibatan Karpal Singh sebagai peguam mewakili Azizan dan Ummi Hafilda, dan bercadang memanggil Karpal Singh sebagai saksi.
Malahan setelah tragedi pembohongan 16 September 2008 terbongkar, Karpal adalah antara kepimpinan DAP yang sangat kecewa dan marah dengan Anwar. Lalu Karpal Singh membuat kenyataan meminta Anwar bertaubat dan mendesak Anwar supaya berundur dengan kenyataan "Anwar tidak layak lagi menjadi pemimpin".
Jadi daripada rentetan peristiwa ini, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP saperti Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Karpal Singh dan lain-lain sangat mengetahui kegiatan homoseks dan liwat Anwar, apatah lagi mentor mereka Lee Kuan Yew jelas didedahkan dalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Lee Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat.
Persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan saperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar? Jawapannya jelas. Pada saya, Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya. Apa yang saya khuatir ialah mereka menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar itu sebagai bahan political leverage.
Peribadi
Ini kerana Anwar, dengan masalah peribadi yang dia hadapi, bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkinkah untuk menutup masalah peribadinya itu? Apakah kerana itu maka Karpal Singh sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ia ditangguh, lagi banyak ia memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka. Apakah kerana itu kita melihat Anwar saperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Lim Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Lim Kit Siang?
Dan bagi tujuan itu, kepimpinan DAP akan terus menyokong dan mendokong Anwar, walaupun mereka tahu mereka sedang menyokong dan mendokong biawak hidup. Bukankah ini sesuatu yang sangat merbahaya bagi umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, mempunyai pemimpin yang boleh diperas ugut dan diperkudakan oleh golongan cauvinis, rasis dan ekstrem walaupun pemimpin itu diisytihar dan ditabal sebagai anugerah tuhan. Keselamatan negara akan terdedah kepada unsur ugutan. Apakah itu jenis kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki oleh negara ini?
Pada saya, sebenarnya kedua-dua pemimpin DAP dan Anwar saling menggunakan dan memperkudakan demi kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Tetapi yang paling menyedihkan dalam isu ini ialah kedudukan PAS. Apa peranan mereka? Apa yang saya nampak, akibat daripada kerakusan segelintir "pak janggut" dan golongan penyembah Anwar dalam Pas, mereka telah mengheret Pas dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik. Bagi golongan ini, kepimpinan Pas bawah Haji Hadi adalah kolot dan kekampungan. Tak moden, lekeh dan selekeh. Mereka sanggup mengkhianati dan mengenepikan kepimpinan Pas. Hanya semata-mata kerana penyokong sudah menjadi kelkatu yang terpukau dengan kilauan cahaya Putrajaya.
Pada saya , "pak janggut" ini bukan sahaja sudah sesat, tetapi menyesatkan. Mereka rela, malahan secara aktif membiarkan Pas diperkudakan oleh kepimpinan DAP dan Anwar. Sehingga mereka memperdaya kepimpinan dan ahli Pas untuk bersetuju menandatangani Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Disember 2009 bahawa jika Pakatan Pembangkang memerintah, penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam adalah tidak termasuk didalam agenda Pakatan Pembangkang. Dan sehingga kini tiada sebarang Muktamar Khas dibuat untuk membolehkan para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas berbahas dan berbincang untuk sama ada bersetuju menerima gagasan Pakatan Syaitan yang menolak Islam dengan jelas dan nyata itu. Kemungkinan besar para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas tidak tahu pun kewujudan Perjanjian Syaitan itu!
Saya berdoa dan berharap agar para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang diheret selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal oleh para pak turut yang sesat lagi menyesatkan ini, untuk terjerumus ke dalam lubang biawak. Nasihat ikhlas saya, janganlah kita menjadi buta sebagaimana pengikut Fira'un, janganlah kita menjadi pekak saperti pengikut Namrud, janganlah kita menjadi bisu saperti pengikut Attarturk, dan janganlah kita menjadi terlalu taksub saperti pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab. Kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan al Quran dan sunah. "Bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu."
Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang tidak itu adalah kelemahan saya sendiri. Semoga Allah terus memberikan petunjuk dan hidayah serta keampunan kepada saya dan kesemua umat Islam |
|
Di sebalik ketelusan WikiLeaks Posted: 24 Dec 2010 04:37 AM PST Di sebalik ketelusan WikiLeaks
Oleh Ku Seman Ku Hussain
Kerahsiaan menjadi agenda teratas bagi sistem pertahanan di mana-mana negara di dunia. Kehebatan strategi pertahanan bukan sahaja diukur oleh senjata berteknologi tinggi tetapi juga sistem yang melindungi sebarang rahsia mengenai pertahanan negara dibocorkan.
Bayangkan apabila Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) atau Pentagon dicerobohi dan banyak rahsia tentang strateginya dicuri. Bayangkan pula apabila Agensi Perisikan Pusat (CIA) misalnya berjaya menceroboh sistem pertahanan Iran memusuhi AS. Kedua-dua negara ini terdedah kepada serangan musuh yang sudah menggenggam rahsia pertahanannya.
Fail-fail rahsia mengenai keselamatan di sesebuah negara adalah nyawa. Sekiranya ini terjatuh ke tangan musuh, strategi dan kekuatan sudah bocor, benteng pertahanan dengan sendirinya runtuh.
Selepas personaliti yang cukup digeruni ketika ini, Julian Assange melancarkan peluru berpandunya, WikiLeaks ke arah AS, beratus ribu dokumen rahsia AS menjadi tatapan dunia. Perisik sekaligus penceroboh seperti CIA atau KGB barangkali sudah tidak diperlukan lagi. Kehebatan dan kelicikan WikiLeaks jauh meninggalkan CIA yang hanya hebat dalam filem-filem Hollywood.
WikiLeaks telah mendedahkan beratus ribu dokumen rahsia AS yang melibatkan perang di Afghanistan dan juga Iraq kepada umum. Laman sesawang itu kini menjadi satu fenomena baru pada era komunikasi siber. Dokumen-dokumen yang didedahkan memperlihatkan sistem pertahanan AS berada dalam bahaya.
WikiLeaks merupakan pembocor rahsia terbesar melibatkan AS selepas muka depan akhbar New York Times mendedahkan The Pentagon Papers tahun 1971. The Pentagon Papers atau nama rasminya United States-Vietnam Relations, 1945-1967: A Study Prepared by the Department of Defense mendedahkan penglibatan jahat political-military AS dalam krisis di Vietnam pada 1945 hingga 1967.
Perang siber telah bermula. AS bertungkus lumus mematahkan serangan WikiLeaks yang menceroboh Pentagon, simbol kehebatan teknologi pertahanan. Pada masa yang sama WikiLeaks terus menyerang negara-negara lain dengan membongkarkan dokumen rahsia masing-masing.
Rusia pernah menggunakan kaedah perang siber semasa memerangi bekas negara Kesatuan Soviet, Estonia pada 2007 dan Georgia pada 2008. Dalam perang itu Rusia menceroboh dan melumpuhkan semua sistem komunikasi dan transaksi di semua pusat perdagangan. Ini telah melumpuhkan kedua-dua negara tersebut.
Ketika Julian Assange dibebaskan dengan ikat jamin di London berhubung kes pencabulan wanita di Sweeden, pada masa yang sama AS mencari peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan ke atasnya. Tetapi lima lagi laman sesawang pembocor rahsia lain telah wujud dan memulakan operasi iaitu OpenLeaks, Brussels Leak, TradeLeaks, Balkan Leaks dan IndoLeaks. Laman sesawang ini menyerang balas AS selain menambahkan pembocoran rahsia sebagai sokongan kepada WikiLeaks. Ini membuktikan perang siber mengambil tempat perang konvensional pada abad 21.
Apabila orang biasa boleh menyelinap masuk ke segenap bilik termasuk dalam "peti besi" yakni Pentagon yang menyimpan dokumen pertahanan penting, AS telah di dalam perang sebenarnya. Memanglah pendedahan itu memburukkan imej AS yang sudah sedia buruk. Tetapi yang lebih penting dihujah adalah semua negara terdedah kepada pencerobohan siber ini dan menganggu-gugat hubungan diplomatik.
Mendedahkan
Selain AS, WikiLeaks juga mendedahkan beribu-ribu dokumen rahsia negara lain. Rahsianya mengenai sikap terhadap negara jiran. Malah WikiLeaks juga menyeret Malaysia apabila mendedahkan sikap Singapura yang talam dua muka terhadap Malaysia. Pendedahan itu bukanlah mengejutkan kerana kita telah lama mengenali Singapura yang cuba menjadi "Israel" di tengah-tengah ASEAN. Setakat ini belum ada pihak yang menafikan dokumen itu sebagai palsu. Malah Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton sendiri mendakwa WikiLeaks sebagai penceroboh bukan penipu.
Pengasas WikiLeaks ini menegaskan, "Kami adalah aktivis memperjuang ketelusan yang faham bahawa hanya kerajaan yang telus boleh menjadi kerajaan yang baik." Julian Assange sebenarnya seorang idealis, ketelusan mesti ada sempadan tertentu. Realiti sosial dan politik di dunia hari ini tidak mungkin menemukan dia dengan "kerajaan telus" seperti yang dimimpikan itu.
Di sebaliknya baiknya mendedahkan kekejaman AS terhadap orang awam Iraq, WikiLeaks sebenarnya memberikan implikasi yang sangat bahaya terutama dalam hubungan antarabangsa. Ketelusan yang diperjuangkan oleh WikiLeaks mencetuskan ketegangan antara negara, malah menggugat dari aspek keselamatan.
WikiLeaks sebenarnya bukan saja membuat pendedahan mengenai isu hak asasi manusia. Laman ini juga cenderung melagakan antara pemimpin-pemimpin negara dengan istilah-istilah yang boleh menegangkan hubungan diplomatik. Benar atau tidak dokumen itu kini bukanlah isunya tetapi kenapa WikiLeaks mulai cenderung kepada hal-hal gosip pemimpin.
Kita semua dalam bahaya sebenarnya. Kita semua terjebak dalam perang siber yang dilancarkan oleh idealis Julian Assange ini. Kerana itu kita tidak boleh terlalu gembira apabila WikiLeaks mendedahkan pengakuan Lee Kuan Yew mengenai aktiviti seks songsang Anwar Ibrahim. Tetapi pemimpin-pemimpin kita yang lain juga tidak sepenuhnya selamat. Barangkali mereka ada rahsia mengenai rasuah atau skandal yang ditutup daripada pengetahuan rakyat.
Kalau WikiLeaks boleh menceroboh dan membuka fail-fail rahsia Singapura, apakah kita akan selamat? Sebenarnya kita juga berada dalam perang yang sama. Kita terpaksa mulai memikirkan pendekatan paling berkesan untuk mendepani perang baru ini. Di sebalik WikiLeaks yang kelihatan memerangi kezaliman dan memperjuangkan kemanusiaan, definisi kebebasan dan ketelusannya memberikan bahaya dari sudut yang lain.
Walaupun banyak pendedahan lebih kepada cerita "human interest" tetapi tahap cerobohnya memungkinkan juga maklumat-maklumat rahsia keselamatan boleh dibocorkan kepada pihak ketiga. WikiLeaks tentu tidak boleh memberi jaminan bahawa mereka hanya akan mendedahkan dokumen yang menyalahi hak asasi manusia. Bagaimana pula kalau mereka mendefinisikan maklumat-maklumat keselamatan negara ini sebagai "hak asasi manusia" dan didedahkan kepada umum?
Di sebalik perjuangan ketelusan WikiLeaks akan untuk menuntut keadilan dalam soal hak asasi manusia, akan berlaku pula ketidakadilan dalam konteks yang lebih besar. Membocorkan rahsia perang Iraq misalnya lebih kepada sensasi kerana memang diketahui perlakuan kejam tentera AS terhadap rakyat Iraq.
Malah dunia juga tahu konspirasi AS untuk mengacau negara-negara yang tidak sekutu dengannya.
Tragedi penjara Abu Gharib misalnya telah mendedahkan kekejaman AS di Iraq. Jadi, pembongkaran dokumen rahsia Pentagon itu lebih dilihat sebagai kebebasan memberi dan menerima maklumat. Ketelusan yang diperjuangkan oleh WikiLeaks lebih menjurus kepada kebebasan media menyampaikan maklumat tanpa sekatan.
Era baru media
Adakah WikiLeaks boleh dianggap sebagai era baru media yang mendapat kebebasan mutlak dan menyiarkan maklumat tanpa melihat kesan di sebaliknya?
Di sebalik perjuangan mencari keadilan, WikiLeaks menjadi tidak adil apabila membocorkan rahsia pertahanan sesebuah negara.
Sekarang sasaran WikiLeaks melampaui AS dan "kejayaan" membocorkan rahsia keselamatan sesebuah negara akan meletakkan rakyat dalam keadaan tidak selamat. Bayangkan selepas ini WikiLeaks membocorkan rahsia pertahanan Iran atau negara Islam lain yang menjadi musuh AS.
Akibat dari kebocoran ini akan membuka laluan kepada musuh. Apabila berlaku serangan seperti di Iraq, korbannya bukan sahaja tentera tetapi juga rakyat biasa. Apakah ertinya sebuah ketelusan kalau akhirnya mengorbankan manusia sendiri? Ternyata ketelusan saja belum cukup untuk memperjuangkan hak asasi manusia.
Walaupun pendedahan yang dibuat WikiLeaks menggegarkan dunia, tetapi manusia setidak-tidaknya rakyat AS tetap menghargai dua wartawan The Washington Post, Bob Woodward dan Carl Bernstein. Mereka membongkarkan skandal Watergate yang melibatkan Presiden Nixon.
Hasilnya Nixon terpaksa meletak jawatan pada 1974. Tetapi lebih penting daripada pembongkaran itu ialah meletakkan kembali kepercayaan rakyat kepada akhbar khususnya The Washington Post. Ia tidak sahaja memperjuangkan ketelusan tetapi berwibawa. Mampukan WikiLeaks berani dan berwibawa seperti The Washington Post pada era 1970-an? |
Diplomasi era 'WikiLeaks' Oleh KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN BANYAK isu kebelakangan ini berkisar tentang sedemikian banyak pendedahan WikiLeaks di dalam internet dan media alternatif. Walaupun pada awalnya ramai yang memuji WikiLeaks kerana begitu berani mendedahkan banyak perkara negatif yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat di Iraq. Video 'Collateral Murder adalah antara pendedahan awal WikiLeaks yang mendedahkan bagaimana 'keji dan kejamnya' tindakan tentera Amerika yang menembak sesuka hati sekumpulan lelaki; termasuk dua orang wartawan yang membawa kamera. Pendedahan WikiLeaks sebenarnya sudah membuka 'pekung' yang selama ini amat dirahsiakan oleh tentera dan kerajaan Amerika. Ini sekali gus memberi makna - WikiLeaks mempunyai pengaruh dan kesan yang positif kepada mekanisme diplomasi di peringkat antarabangsa. Sudah tidak banyak perkara yang boleh dirahsiakan sampai bila-bila. Oleh kerana kita sudah tidak punya banyak 'rahsia'; maka istilah dan omong kosong 'transparency', keterbukaan dan sebagainya sudah diterjemah dalam bentuknya yang paling ekstrem. Sehinggakan, negara yang begitu berhati-hati dengan 'rahsia kerajaan' akhirnya terpaksa menerima hakikat - semua rahsia itu bakal menjadi 'rahsia yang terbuka'. Sayangnya, WikiLeaks tidak akan hanya mendedahkan perkara-perkara yang menjurus kepada soal hak asasi dan keganasan perang. Beberapa hari kebelakangan ini, WikiLeaks sudah menjengah menjadi 'medan gosip dan umpat tahap tinggi'. Ia melibatkan nota, perbualan para diplomat dalam pertemuan mereka dengan rakan-rakan sejawatan yang lain. Sudah banyak rahsia yang semakin terbongkar dan terlerai. Jiran, sahabat yang selama ini dirasakan 'jujur' sudah terbukti mempunyai niat yang sebaliknya. Memang benar, kita tidak perlu mengambil sikap yang terlalu 'terasa hati' dengan apa yang diperkatakan. Ia mungkin pandangan peribadi. Namun, jika ia menjurus kepada soal mempertikai kewibawaan dan kepimpinan; ia sudah menjadi perkara yang tidak wajar dipandang sepi dan sebelah mata. Kita perlu menerima kehadiran WikiLeaks sebagai 'sempadan baru' diplomasi. Mungkin ia memperkatakan perkara-perkara yang sudah berlaku atau cerita lama - namun itu tidak sepatutnya membuatkan kita cepat berasa senang hati. Kalau dahulu segala-galanya berlaku dalam suasana yang sangat tinggi kerahsiaan; WikiLeaks sebenarnya sudah membuka 'ruang demokrasi' kepada amalan diplomasi yang kadangkala menjadi senjata utama negara kuasa dunia. Hari ini, masyarakat umum dapat melihat 'hipokrasi' diplomasi dunia dalam bentuknya yang paling terbuka. Collateral Murder sebenarnya sudah menceritakan segala-galanya tentang amalan diplomasi dan hubungan antarabangsa kuasa dunia. Dalam pada mereka bercakap mengenai amalan demokrasi, keterbukaan, transparensi dan sebagainya; mereka jugalah yang mengamalkan kekejaman pada tahapnya yang paling tinggi. Entah berapa jumlah keseluruhan manusia yang mati dengan amalan double-standard diplomasi yang diamalkan oleh kuasa dunia. Hari ini, Amerika sendiri semakin cemas dan gelisah dengan pendedahan demi pendedahan WikiLeaks. Banyak lagi video dan bukti yang masih tersimpan. Bradley Manning, seorang perisik tentera Amerika dikatakan mempunyai 260,000 kabel diplomatik dan hampir 90,000 nota risikan telah pun menyerahkan segalanya kepada WikiLeaks. Amerika nampak semakin cemas kerana ini dengan sendirinya mendedahkan banyak hipokrasi diplomasi yang dilakukan selama ini. Segala macam undang-undang dicari bagi memastikan Julian Assange dapat dihadapkan ke mahkamah menggunakan kes jenayah. Undang-undang seperti Espionage Act 1917 dan Computer Fraud and Abuse 1986. Undang-undang tahun 1917 pun mahu diguna pakai terhadap Assange! Namun jika usaha yang sama digunakan oleh orang lain - ia akan dituduh sebagai 'tidak terbuka, undang-undang kolot dan tidak berperikemanusiaan'. Hipokrasi lagi? Dengan tidak semena-mena, WikiLeaks sudah menjadi 'masalah negara' kepada sebuah kerajaan yang menggila dengan takrif demokrasi, keterbukaan dan kebebasan memberi pandangan. Apakah Assange sudah kehilangan kebebasannya sebagai manusia sejagat? Apakah Assange sudah menjadi sekujur tubuh yang tidak perlu lagi diperjuangkan dalam konteks hak asasi manusia? Dalam konteks yang lebih terkini, penulis menginginkan semua pembaca membuka lembaran Foreign Affairs (November/December 2010). Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton menulis artikel yang sangat menarik, bertajuk - Leading Through Civilian Power: Redefining American Diplomacy and Development - sekali gus memperteguh pandangan bahawa Amerika bukan sahaja mengamalkan transformational diplomacy malahan meletakkan amalan diplomasi sebagai smart power' dalam memperkembang ideologi yang diinginkan. Diplomasi bentuk baru Amerika bukan lagi terlalu bergantung kepada hubungan diplomatik 'formal'; malahan akan diterjemah dalam bentuk yang lebih luas. Ini termasuklah 'bantuan langsung' yang diberikan pelbagai agensi Amerika Syarikat kepada NGO dan persatuan yang dirasakan boleh membawa bersama 'ideologi' dan 'keterbukaan politik' yang dihajati selama ini. Dengan menggunakan platform 'National Endowment of Democracy'; dana yang diberikan kepada NGO setempat yang membawa ideologi 'demokrasi' mencecah ratusan ribu ringgit. Jika kita rajin, taip sahaja 'NED + Malaysia'; maka akan keluarlah nama International Republican Institute, Mkini Dotcom Sdn Bhd, National Democratic Institute of International Affairs dan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SUARAM). Ini bukan fakta rahsia. Terpampang di dalam laman sesawang. Apakah ini smart power yang dimaksudkan Hillary? Yang pasti, ia tidak sahaja dilaksanakan di Malaysia - malahan seluruh dunia! Apakah jaminan bahawa tidak ada 'sumbangan' berasaskan 'kuasa bijak' yang cuba menyusun sesuatu. Apa yang didedahkan oleh WikiLeaks, jangkaan penulis hanyalah sedikit berbanding banyak lagi 'strategi diplomasi' yang diguna pakai oleh kuasa dunia. Sebagai negara kecil, kita mesti juga mengamalkan prinsip hati-hati dan senantiasa berwaspada dengan 'permainan diplomasi' yang boleh dijelmakan dalam pelbagai bentuk. Tidak mustahil, bahawa instrumen politik juga diguna pakai dalam memastikan matlamat mereka dapat dicapai dengan jayanya. Justeru, penulis merasakan - cakap-cakap kosong, umpat 'tahap tinggi' anggota kerajaan dan diplomatik negara jiran perlu juga kita santuni dan jadikan iktibar. Dalam senyum, mungkin ada niat yang tidak baik. Orang tua-tua mengingatkan kita, 'telunjuk mungkin lurus; namun kelingking mungkin berkait' bukanlah sesuatu yang kosong dan tidak punya makna. Wibawa atau tidaknya kepimpinan di Malaysia bukan 'diplomat kiasu' yang perlu menilainya. Rakyat Malaysia sendirilah yang perlu menjadi juri dan meletakkan 'amanah' mereka kepada kerajaan yang mereka mahukan. Oleh yang demikian, mereka sendiri perlu lebih melihat wibawa kepimpinan yang selama ini menjadi 'fobia' dengan keterbukaan dan menutup suara yang bersifat bertentangan. Tidak ada apa yang perlu kepimpinan Malaysia terlalu risaukan dengan 'permainan bahasa kiasu' seorang dua diplomat dan pemimpin sub-standard negara jiran. Fokus dan tumpuan mesti diarahkan kepada usaha kita membina negara yang lebih makmur buat sekalian rakyat. Secara keseluruhannya, WikiLeaks sememangnya pendedahan yang membuka mata. WikiLeaks juga mempamerkan sifat 'hipokrasi' kalangan mereka yang kononnya menjadi pejuang dan pelopor demokrasi. Mereka sendiri tidak gentar menggunakan undang-undang keras; bagi memastikan 'permainan' mereka tidak terus didedahkan secara terbuka - dan akhirnya menanggalkan hormat umat dunia. WikiLeaks sudah secara tidak sengaja - menyusun semula 'jalur diplomasi' yang ada di sekitar kita pada hari ini. Dengan istilah 'dunia tanpa sempadan', WikiLeaks juga sudah merobohkan sempadan rahsia dengan caranya tersendiri. KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN Penulis Bebas |
DAP, rasis, Kuan Yew dan Anwar Posted: 24 Dec 2010 04:35 AM PST DAP, rasis, Kuan Yew dan AnwarBisik-Bisik Mingguan AWANG SELAMAT Beberapa pemimpin DAP melenting apabila Awang menyifatkan DAP adalah parti paling rasis di dunia dalam satu tulisan menerusi ruangan ini awal November lalu. Mereka marah dan ada yang mencabar Awang agar tampil berdebat tetapi untuk apa dilayan. Yang penting Awang tidak berganjak daripada pandangan itu. Tidak boleh disangkal lagi, DAP memang parti rasis walaupun cuba berselindung atas slogan demokrasi. Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara. Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum. Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal. Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri. Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis? Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya. Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan. Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat. Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya. Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu. |
|
MARI RAMAI-RAMAI RAMAL PRU 13. Posted: 24 Dec 2010 04:33 AM PST PRU 13 pada suku kedua 2011 atau tahun selepas itu?19/12/2010 4:08pm JOHOR BAHRU 19 Dis. – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diramal diadakan pada suku kedua tahun depan atau tahun selepas itu, menurut ramalan veteran UMNO, Datuk Shahrir Samad. Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, PRU tidak akan diadakan pada Mac tahun depan seperti yang dijangkakan oleh parti pembangkang. Beliau berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mahu melihat lebih banyak hasil diperoleh daripada semua dasar yang diperkenalkan sejak menjawat jawatan pada 3 April tahun lepas. "Jadi, pilihan raya tidak akan diadakan secepat mungkin, mungkin akan diadakan pada akhir 2011 atau selepas itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kesedaran kesihatan di Kampung Sulaiman Menteri di sini hari ini. Shahrir berkata, pakatan pembangkang hendaklah menumpukan perhatian untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan bukan terlalu tertumpu pada pilihan raya umum. – Bernama
Tarikh PRU13 Akan Mengejutkan – PM TUMPAT, 16 Jun- Datuk Mohd Seri Najib Tun Abdul Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau. Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak". Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di sini, hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya. "Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semangat 1Malaysia," kata Najib ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau mengadakan pilihan raya memandangkan tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas. Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri. Najib berkata Barisan Nasional perlu terlebih dahulu memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan kedudukan parti itu sebelum pilihan raya diadakan. "Usaha kita pertama sekali ialah untuk kuatkan parti. Kita juga perlu mempunyai barisan kepimpinan yang berwibawa," katanya. Mengenai majlis menghadap Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota di Kota Baharu sebelum itu, Najib berkata acara itu adalah kunjungan peribadi dan bukannya lawatan kerja. "Keadaan Sultan semakin baik berdasarkan taklimat yang diberikan oleh doktor peribadi Sultan," katanya.
|
|
Desperado dan politik Posted: 24 Dec 2010 04:32 AM PST Desperado dan politikOleh Siti Ruqaiyah Hashim Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditadbirkan oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim anak beranak baru-baru ini menampakkan pelbagai warna menarik keluarga ini. Bagi orang banyak, ia tidak lebih daripada pernyataan-pernyataan politik sebuah parti pembangkang yang amat bernafsu untuk menawan Putrajaya. Tetapi kepada penganalisis politik-sosia-budaya ia mempamerkan kenyataan politik (bukan pernyataan politik atau political statements) yang amat menakutkan. Cetusan emosi, psikologi, dendam, marah dan crudities beyond comprehension yang terhambur menampakkan lebih banyak ciri emotif dan sentimen daripada kematangan dan kebijakan berpolitik dalam parti ini. Kepada orang yang pernah menggunakan perkataan bahlul kepada orang lain, mungkin ketololan adalah perkataan paling tepat untuk mengungkap segalanya tentang PKR. Daripada kata-kata yang memaparkan 'pendewaan' kepada seorang suami (jika itulah sebenarnya) atau pemameran cult peringkat tertinggi kepada seorang manusia adalah tidak menghairankan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya adalah anugerah Allah paling berharga untuk Malaysia. Wan Azizah perlu menyedari bahawa hubungan suami-isteri antara beliau dan Anwar tidak memerlukan rasionalisasi dan apa juga yang dilakukan oleh suaminya perlu diterima, dimaafkan dan hidup berkeluarga perlu diteruskan dengan cara yang cukup sivil. Pun begitu, sebagai pemimpin PKR beliau perlu berdiri di luar perkahwinan mereka dan menganalisis Anwar sebagai seorang pemimpin politik. Wan Azizah perlu sedar beliau mempunyai tanggungjawab politik, sosial, budaya dan spiritual yang maha tinggi dalam menilai Anwar, kerana apa juga endorsement beliau kepada suaminya bukan sahaja akan dijawab di akhirat kelak tetapi boleh menjadi liabiliti politik yang tidak tergambar seriusnya kepada agama, bangsa dan negara ini. Pembinaan dinasti politik tidak salah dari segi undang-undang negara mana pun tetapi ia sering kali tidak cukup telus dan beretika dan tidak lebih daripada satu lagi elemen 'realpolitik' sahaja (dari bahasa Jerman yang bermaksud realiti dalam politik). Sebelum ini, PKR dan semua parti pembangkang sibuk menuding jari kepada Barisan Nasional dengan isu kronisme, nepotisme dan segala macam isme lagi tetapi tiba-tiba perkataan tersebut lenyap dan tidak kedengaran lagi dan adalah 'ok' dan tidak jijik jika parti dipimpin oleh kaum keluarga sendiri! Hitler adalah contoh seorang cult figure paling klasik dalam sejarah dunia moden kerana kepetahan beliau berpidato dan berjaya mengaburi mata orang Jerman dengan meyakinkan mereka bahawa apa yang dikatakannya adalah betul belaka dan perlu dituruti dan tidak boleh dipersoalkan. Walau pun mempunyai gaya hidup yang boleh dipersoalkan dan tidak mementingkan akhlak dan moral tinggi, Hitler pengamal otokrasi paling efisien memastikan jentera kerajaannya mempamerkan kehidupannya yang amat baik dan bermoral. Beberapa tahun lalu The History Channel menayangkan filem tentang hari-hari akhir Hitler sebelum kejatuhan Berlin ke tangan tentera Rusia di dalam kubu bawah tanah di tengah-tengah bandar tersebut. Antara yang dipamerkan ialah hanya beberapa jam sebelum membunuh diri pemimpin The Third Reich ini berkahwin dengan Eva Braun perempuan simpanannya. Semua pegawai tentera atasan dan orang di sekelilingnya mengetahui status hubungan Hitler dengan Eva tetapi semua itu diterima dan tidak dipersoalkan kerana dalam fasisme, kedudukan pemimpin adalah sebagai seorang bapa yang mengetahui segalanya dan tidak boleh dipersoalkan apa juga kata-kata dan perlakuannya. Hitler didewakan sebegitu rupa dan kata-kata Wan Azizah dalam ucapannya baru-baru ini mungkin menyebabkan ramai orang merasakan peluh sejuk mula mengalir dari tulang belakang mereka. Cult leadership sedang mengambil tempat di dalam PKR rasanya dan jika ini yang berlaku parti ini semakin hampir kepada otokrasi dan bukannya demokrasi seperti yang dilaung-laungkan selama ini. The Economist majalah antarabangsa tersohor dan antara yang paling berpengaruh di dunia sudah pun mengesahkan pendapat bahawa demokrasi tidak wujud lagi di dalam PKR. Beberapa bulan lalu, Anwar sibuk menyelar negara-negara besar yang pernah menjadi sekutu kuatnya seperti Amerika Syarikat dan Britain kerana situasi hari ini sudah berubah. Suatu ketika dulu Anwar menerima simpati paling istimewa daripada pemimpin Parti Demokrat Amerika Syarikat tetapi seperti kata pepatah Inggeris 'kita hanya boleh berbohong pada satu ketika atau kepada seseorang tetapi kita tidak boleh berbohong setiap masa dan kepada setiap orang.' Anwar semakin kecil pengaruhnya di luar negara dan semakin terpinggir kerana 'warna' sebenarnya semakin kelihatan. Sekutu beliau selama ini melihat Anwar sebagai mangsa yang perlu diberi bantuan tetapi apabila segala idealismenya dihancurkan oleh realpolitik beliau sendiri, lalang sehelai bukanlah tempat terbaik untuk berlindung diri. Beliau sudah lama melanggar perkara-perkara prinsip yang dipegangnya selama ini demi menawan Putrjaya. Dan ini adalah kesilapan besar dan segala tindak-tanduknya lebih memperlihatkan beliau seorang desperado politik yang mengamalkan membujur lalu melintang patah untuk berkuasa. Mempertikai Ketuanan Melayu dan Institusi Kesultanan Melayu yang telah meletakkan beliau sebagai seorang yang terpelajar dan pemimpin politik yang cukup memukau suatu ketika dahulu mungkin kesilapan terbesar pemimpin de facto PKR ini. Apabila seorang desperado yang memimpin sebuah parti politik yang sedang diapit dan juga dihimpit oleh pemimpin lain yang mengamalkan kesongsangan (Malaysian Malaysia dan republikan) apa-apa saja boleh dijanjikan dan diuar-uarkan untuk mendapatkan kuasa dan mengesahkan legitimasi mereka sebagai pembela rakyat. Saya kurang pasti Anwar Ibrahim telah cukup belajar daripada semua pemimpin Melayu sebelum ini bahawa ada 'peraturan tidak bertulis' dalam politik Malaysia bahawa sesiapa juga yang membelakangkan agenda Melayu dan memperlekeh kedaulatan Melayu (bukan Ketuanan Melayu) sedang menempah jalan menghancurkan diri sendiri. Kehadiran majoriti senyap yang amat dirasakan tetapi tidak kelihatan jangan diambil mudah oleh sesiapa pun dan perkiraan ke mana wang pembayar cukai dibelanjakan bukanlah satu-satunya isu yang perlu diambil kira. Apalagi dengan 'crudities beyond comprehension'' yang semakin memperlihatkan ketidak-warasan mempergunakan agama dan al-Quran dengan sewenang-wenangnya termasuk oleh orang bukan Islam menjadikan pemimpin-pemimpin parti pembangkang semakin tidak berprinsip, tidak beretika dan jauh daripada idealisme yang mereka laung dan perjuangkan selama ini. Dan Barisan Nasional menjadi semakin menarik, elegan dan waras serta realistik dalam berpolitik yang mempamerkan kematangan dan 'refinement' yang tidak sedikit. Saya yakin senario sosio-ekonomi-politik sekarang dan ke arah Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin banyak berubah dan PKR serta parti pembangkang semakin terdesak untuk meraih kuasa dan mengekalkan momentum mereka. Tetapi sesiapa pun boleh melihat bahawa politik membujur lalu melintang patah ini akan memakan diri orang yang mengamalkannya. Masa akan membuktikan segala-galanya. |
|
DAP GAGAL DI PERAK ? Posted: 24 Dec 2010 04:30 AM PST DAP mengaku pembangkang gagal tunai janji di PerakKEPALA BATAS 19 Dis. - DAP mengakui pakatan pembangkang di Perak gagal melaksanakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat sepanjang sembilan bulan mentadbir negeri itu dan ia dilihat berterusan sehingga hari ini. Ahli Jawatankuasa DAP Perak, V. Jayabalan berkata, antara kegagalan pakatan itu adalah untuk mengukuhkan perpaduan antara komponen dan parti masing-masing di Perak. Menurutnya, ia jelas dapat dilihat ketika pemilihan barisan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang tidak mempunyai komposisi perkauman yang stabil walaupun ia dijalankan secara demokrasi. "Selepas menerima mandat daripada rakyat, kita (pakatan pembangkang) tidak mengambil langkah melantik pegawai kerajaan negeri yang menyokong kita. "Ini merupakan faktor utama ketidakseimbangan dalam hal kerajaan negeri," katanya dalam perbahasan pada Konvensyen Pakatan Pembangkang Kedua di sini hari ini. Jayabalan memberitahu, janji untuk mencapai sasaran setinggan sifar juga tidak terlaksana terutama membabitkan setinggan terdiri dari kaum India. Tambahnya, mereka turut gagal menunaikan janji menyediakan peluang pekerjaan bagi kaum India seperti dijanjikan ketika kempen pilihan raya umum lalu. "Kita perlu menerima hakikat bahawa sokongan padu yang diterima pada pilihan raya umum lalu yang membawa kemenangan kepada pakatan pembangkang bukan disebabkan kebolehan kita sebaliknya kerana kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN)," katanya. |
|
ADIK DAN ABANG SAMA SAHAJA!!!!!!!!! Posted: 24 Dec 2010 04:25 AM PST DAP tiru strategi parti PAPOleh SAIFULIZAM MOHAMAD pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 20 Dis. - Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa. Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa. "Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. "Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang daripada rumpun Melayu,'' katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini. Beliau mengulas pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam, yang antara lain menyentuh mengenai nasib masyarakat Melayu Islam di Singapura yang semakin terpinggir selepas Kuan Yew dan PAP berkuasa. Menurut Awang, keadaan itu berlaku selepas orang Melayu menjadi alat kepada Kuan Yew dan PAP mendapatkan kuasa pada awal pemerintahan mereka. Kini menurut Awang, DAP menggunakan strategi yang sama seperti PAP bagi menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya. Mengulas lanjut mengenai Singapura, Zulkifli berkata, sejarah Sang Nila Utama kemudian dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles manakala nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore. Ekoran apa yang berlaku di Singapura, beliau berkata, tidak hairan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu. "Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,'' tulisnya lagi. Sehubungan itu beliau berharap umat Islam dan umat Melayu di negara ini merenung kembali sejarah yang berlaku di Singapura. "Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan mata kepada sejarahnya, maka itulah permulaan untuk berakhirnya bangsa itu. Janganlah ulangi kesilapan dahulu,'' katanya lagi. |
|
Kuatkah pembangkang, lemahkah BN? Posted: 24 Dec 2010 04:22 AM PST Kuatkah pembangkang, lemahkah BN?Oleh PENA SEPANJANG 33 bulan selepas pilihan raya umum 2008, senario politik arus perdana sudah merentasi pelbagai rintangan. Walaupun di peringkat awal wujud andaian bahawa keadaan adalah tidak menentu tetapi selepas April 2009 sehingga kini, suasana sudah berubah. Ia membabitkan transisi kepimpinan dan kemudiannya disusuli dengan 'Doktrin Najib' sebagai asas transformasi nasional. Malah, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak melonjak naik sehingga 72 peratus berbanding dengan 56 peratus ketika mengambil alih teraju pentadbiran negara. Ia berbeza dengan pakatan pembangkang yang pada awalnya menerima sokongan daripada pelbagai kelompok berasaskan kepada harapan tinggi untuk menunjukkan ia merupakan pilihan yang konstruktif sebagai pesaing kepada Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun sokongan itu telah merudum walaupun penyokong tegar akan terus menyatakan ia masih mendapat mandat besar tanpa menyedari blok besar sokongan pada pilihan raya lalu adalah dari mereka yang melakukan undi protes dan pengundi atas pagar. Kuatkah pakatan pembangkang dan lemahkah BN dalam konteks persekitaran politik hari ini? Apakah faktor yang boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk menunjukkan pakatan pembangkang kuat dan BN lemah? Sebanyak 13 pilihan raya kecil telah diadakan sehingga ke hari ini, bermula di Permatang Pauh dengan yang terakhir di Batu Sapi. Keputusannya masih seri dengan tidak berpihak kepada sesiapa. Walaupun pakatan pembangkang menang lapan kerusi berbanding dengan BN sebanyak lima kerusi, pertukaran pemenang hanya berlaku di kerusi Kuala Terengganu (BN-PAS), Hulu Selangor (PKR-BN), Sibu (BN-DAP) dan Galas (PAS-BN). Kerusi lain merupakan status quo; kekal kepada parti yang menang pada pilihan raya umum lalu tanpa menafikan bahawa setiap kemenangan merupakan motivasi dan moral kepada parti yang bertanding. Sebanyak empat pilihan raya kecil diadakan pada tahun ini dengan tiga dimenangi oleh BN. Pola sokongan di kalangan pengundi Melayu dan India rata-rata berubah perlahan-lahan dan condong kepada BN. Tetapi majoriti pengundi Cina masih menunjukkan kesetiaan terhadap pembangkang. Perubahan sokongan ini berkait rapat dengan kepimpinan Najib yang dilihat menunjukkan komitmen ke atas nilai kemasyarakatan untuk menjana transformasi bersama. Bersifat inklusif, ia merupakan suntikan kepada nilai kewibawaan dan legitimasi politik BN. Barangkali, apabila gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi yang lain seperti Pelan Transformasi Kerajaan, NKRA, Model Ekonomi Baru, Pelan Transformasi Ekonomi dan RMK-10 menunjukkan hasil akhir yang lebih positif akhir tahun hadapan, ia akan mempunyai signifikasi ke atas BN dan Najib. Kerana buat masa ini, majoriti yang menunjukkan sokongan ke atas kepimpinan Najib masih mengambil sikap berhati-hati sebelum memberi reaksi secara terbuka kepada BN. Cabaran besar adalah bagaimana untuk menukar minda masyarakat apabila pesaing BN sering mengaitkan apa sahaja kepincangan dalam sistem termasuk yang berlaku di Parlimen dengan BN. Serta menjayakan perubahan dalam masa 100 hari mentadbir pusat jika menang pada pilihan raya umum akan datang. Dengan kedudukan lebih stabil yang turut memberi keabsahan kepada pentadbiran beliau, kini Najib memberi tumpuanterhadap transformasi politik yang perlu dirungkai dalam gabungan besar BN yang jelas menerusi konvensyen BN baru-baru ini sehingga berubah pendekatan dari bersifat defensif kepada ofensif. Beralaskan kepada konsep 1Malaysia yang telah menunjukkan tanda-tanda positif di beberapa pilihan raya kecil, apa yang diperlukan oleh BN adalah memastikan isu kepartian ditangani secara berhemah. Ia termasuk isu calon dan jentera parti. Kerana kekuatan BN bergantung kepada keupayaan menggembleng keseluruhan jentera secara holistik dan berpasukan dalam usaha merapatkan barisan sekiranya tidak mahu mengulangi kesilapan 2008. Barangkali yang perlu diasah adalah untuk memujuk pengundi dalam isu kenaikan harga barang, jenayah, rasuah dan kesamarataan yang akan digunakan oleh pakatan pembangkang. Isu Teoh Beng Hock, pendakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) perlu diberi keadilan sewajarnya di mahkamah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kelemahan lawan hanya bonus kepada BN dan bukan faktor penarik yang bersifat kekal. Muhasabah melalui amanat Najib boleh menjadi enjin untuk menerajui perubahan. Sekali gus menolak ungkapan 'berubah sekarang' yang cuba ditonjolkan oleh pakatan pembangkang. Yang perlu diteliti adalah bagaimana gagasan kebangsaan akan dibekalkan kepada orang kampung di luar bandar? Adakah kemahuan, keperluan dan pemikiran mereka digalas dalam agenda besar nasional? Bagi pakatan pembangkang, walaupun mahu menunjukkan kejaguhan sebagai alternatif kepada BN, rata-rata tidak dapat mengekalkan momentum ketika pesaingnya sedang mengemaskan jentera politik mereka. Krisis keyakinan dan kepercayaan melanda dan ketara ketika pemilihan parti PKR dan DAP yang baru berakhir. Secara berterusan, Anwar sedang berhadapan dengan krisis yang sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan beliau dilihat sebagai liabiliti dan bukan lagi aset. Walaupun ada yang beranggapan ia akan menambah sokongan kepada pakatan pembangkang kerana sentimen populis. Pada waktu yang sama, pendedahan Wikileaks, pendakwaan di mahkamah dan penggantungan di Parlimen akan dinilai oleh pemerhati politik tanah air. Yang menarik adalah bagaimana isu Wikileaks dan kemelut dalaman PKR diminimakan dari sebutan dan kritikan umum. Ia serta merta dialih perhatian terhadap isu penggantungan di Parlimen dan persediaan pakatan pembangkang menjelang PRU-13 pada konvensyen pakatan pembangkang baru-baru ini. Kelincahan percaturan politik secara terancang ini sepatutnya menyedarkan BN kedudukan mereka kerana yang melemahkan BN adalah 'jentera manipulasi kreatif' dan bukan kewibawaan kepimpinan. Maka, konvensyen kebangsaan pakatan pembangkang dijadikan landasan untuk menunjukkan wujudnya 'solidariti'. Walaupun kepimpinannya akur wujud kelemahan dan masalah keyakinan ke atas parti gabungan mereka. Tinjauan sokongan yang dilakukan oleh pelbagai pihak menunjukkan pakatan pembangkang tidak lagi meraih sokongan sebagaimana yang dilihat 33 bulan lalu. Kerangka Common Policy Framework (CPF) dilihat tidak efektif atau perlahan yang boleh memberi kesan pentadbiran di Kedah dan Selangor. Dalam konteks ini, benarkah pakatan pembangkang kuat atau sekadar bergantung kepada kelemahan BN untuk mendapatkan sokongan simpati dari umum semata-mata. Atau selepas hampir tiga tahun, mereka masih mahu menyalahkan pihak lain dan kurangnya pengalaman jika diteliti prestasi negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka sehingga mengedarkan 'dokumen jingga' untuk melenyapkan sebarang kritikan. Konvensyen BN berbeza dengan pakatan pembangkang. BN tidak perlu membincangkan 'kemuafakatan' tetapi memperkasakan ikatan tersebut. Ini kerana masing-masing sudah mempunyai pemahaman ke atas tingkah laku politik rakan dalam gabungan tersebut. Walaupun ada kalanya isu sensitif menyebabkan wujud rasa tidak setuju antara satu sama lain. Adakah parti komponen pakatan pembangkang mengenali gerak kerja sesama mereka serta pengembangan ideologi politik kepartian yang masih menjadi 'penghalang' kepada nilai 'solidariti' yang cuba dipamer melalui konvensyen mereka? Atau pemikiran sebagai 'pembangkang' terus menyukarkan pakatan pembangkang untuk bersetuju ke atas pendaftaran logo, manifesto dan perjuangan yang sama? Dengan berakhirnya konvensyen pakatan pembangkang, ia akan menganggap sudah bermula satu era 'kebangkitan'. Sedangkan golongan yang tidak mempunyai ikatan kepartian mahu satu kepastian bukan dari kelemahan BN. Tetapi adakah 'kerjasama kekal' dapat dibentuk atau ia akan bersifat retorik sahaja. Pencapaian sebenar di setiap negeri juga mahu dinilai walaupun konvensyen itu menunjukkan ia komited untuk berubah. Ketiga-tiga parti pasti boleh melihat siapakah yang mendapat lonjakan sokongan dari konvensyen itu dan bagaimana manipulasi politik memenangkan hanya satu dan bukan semua dalam pakatan pembangkang. Calon, isu dan elemen kepartian akan mendasari PRU-13 kerana provokasi berlebihan hanya akan meningkatkan emosi pengundi tegar dan bukan pengundi dari kategori lain. Apabila kekuatan dan kelemahan dikaji, dibuat telahan secara jujur atau semata-mata mahu berkuasa, maka politics is the art of the possible menyebabkan para politikus bersedia untuk menggunakan apa sahaja mekanisme untuk pertahankan kepentingan diri dan bukan parti. Pasca Mac 2008 menunjukkan bahawa politik tanah air tiba-tiba berada di persimpangan. Sama ada dijinakkan oleh 'berubah sekarang' ataupun meneruskan tradisi 'kestabilan dalam menerajui perubahan dari sistem sedia ada'. Pengundi yang rasional dan praktikal sudah tidak bergantung kepada emosi, kemarahan dan kekecewaan 2007-2008. Tetapi, keyakinan dan kepercayaan umum masih bergantung kepada sejauh mana pemimpin mempertahankan hak mereka dalam melahirkan masyarakat saksama yang boleh dilihat melalui cara berfungsi sebagai representasi politik yang dipilih. Umum akan menentukan siapakah yang kuat atau lemah berdasarkan kepada keutamaan dan tafsiran masing-masing. Kerana politik juga kadang-kadang memuakkan segelintir rakyat yang dahagakan 'kematangan' dan 'politik bermoral atau berhemah'. Seiring dengan proses pembaharuan pasca Mac 2008 tanpa bersifat populis sepanjang masa. PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia |
|
TAHNIAH KEPADA PELAJAR PMR YANG BERJAYA MENDAPAT 8 A. Posted: 24 Dec 2010 04:18 AM PST
Kepada pelajar-pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dan kepada yang kurang berjaya tingkatkan usaha anda di masa akan datang.
1,137 dapat semua A di MelakaMELAKA 23 Dis. - Seramai 1,137 daripada 13,839 pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Oktober lalu mendapat A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan tersebut. Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Juliah Leman berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan seramai 63 orang berbanding PMR 2009 iaitu 1,074 orang yang mendapat A daripada 14,215 pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut. Menurutnya, 18 buah sekolah didapati mendapat lebih 10 peratus pencapaian A dalam semua mata pelajaran, bertambah dua sekolah berbanding PMR 2009. ''Kita berbangga dengan pencapaian ini apabila 1,137 calon PMR lalu mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran, ia menunjukkan peningkatan berbanding 1,074 orang pada PMR 2009 lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. |
|
Kaum India Jadi Agenda MIC Tahun Depan - Palanivel Posted: 23 Dec 2010 05:47 PM PST KUALA LUMPUR: Presiden MIC yang baru dilantik Datuk G. Palanivel pada Khamis menyenaraikan beberapa agenda kritikal yang perlu digerakkan tahun depan, antaranya ialah untuk mendapatkan sokongan sejuta pengundi dari kalangan kaum India sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang. Beliau berkata, usaha ini dikenal pasti sebagai amat penting bagi memastikan parti kekal relevan dalam memperjuang isu-isu komuniti, di samping ia memiliki lebih banyak kelebihan dalam kerajaan. Katanya, walaupun kaum India adalah suatu komuniti kecil dalam negara, namun kaum ini merancang unntuk menjadi komuniti yang mantap strukturnya, dan dengan meningkatkan jumlah pengundi berdaftar yang baru, ia akan membuktikan bahawa MIC relevan kepada komuniti India. "Sekiranya MIC mempunyai kuasa yang lebih kukuh dalam kerajaan, ia akan dapat menggerakkan lebih banyak usaha bagi menambah baik kehidupan kaum India, seperti meraih sokongan untuk mendapatkan peruntukan perbelanjaan yang lebih," katanya kepada kerajaan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa KerjaPusat (CWC) MIC di Kelab Darul Ehsan, di sini, Khamis. Antara agenda yang diketengahkan oleh Palanivel ialah untuk menggemblengkekuatan anggota parti di semua cawangan. Palanivel berkata, CWC mendapati wujud beberapa keadaan di mana beberapa anggota berdaftar, sebaliknya mengundi di kawasan lain daripada tempat di mana namanya didaftarkan dalam parti. Beliau berkata, menerusi rancangan penstrukturan semula, semua data pengundiakan dihimpun dan didaftar di peringkat tempatan, berdasarkan kepada pelbagaimaklumat seperti tempat lahir dan sebagainya. "Kami juga akan mulakan program menambah anggota di mana setiap pemimpin akan berjumpa sendiri dengan anggota peringkat akar umbi, dan pada masa yang sama, mula menghimpun semua maklumat yang berkaitan dengan komuniti India. Setiap data akan dikutip menerusi satu sistem teratur termasuk gambar, alamat,nombor telefon, blog... semuanya," katanya. Ditanya sekiranya semua anggota yang dipecat akan diterima balik Palanivelmengulangi pandangannya bahawa beliau sanggup bekerjasama dengan sesiapa juademi komuniti kaum India. "Saya memang alu-alukan kerjasama mereka, anggota yang meninggalkan parti, yang dipecat, malah pemimpin Hindraf sekalipun. Namun saya tidak punyai kuasa yang lebih besar dari perlembagaan parti. Saya harap bekas anggota parti akan terus bekerjasama dengan kami dan tunggu sehingga masa yang tepat untuk sertai parti," katanya Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan