Jumaat, 24 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Zulkifli dedah rahsia Karpal Singh tahu Anwar homoseks dan terbabit kes liwat

Posted: 23 Dec 2010 11:37 PM PST

KERAJAAN perlu memandang serius jika sahih Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan terbabit dalam kegiatan homoseks dan liwat, tegas ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, pembabitan Anwar dalam kegiatan tidak bermoral itu jelas bertentangan dengan normal masyarakat Melayu dan kedudukannya selaku Ketua Pembangkang perlu dilucutkan.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa menyiasat sejauhmana kebenaran pendedahan tersebut yang dikatakan dibuat oleh Karpal Singh di dalam Dewan Rakyat pada 22 Oktober 1997, sepertimana didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar-Bharu, Zulkifli Nordin.

"Jika benar Karpal Singh tahu Anwar adalah homoseks, bermakna tindakan beliau sebagai peguam utama kes liwat Anwar dengan Mohd. Saiful Bukhari yang dalam kes mahkamah dilihat sebagai satu sandiwara," katanya.

Oleh sebab itu jelas beliau, penangguhan beberapa kali perbicaraan kes liwat Anwar dengan Mohd. Saiful kemungkinan telah dirancang dengan teliti sehingga melewati tempoh dua tahun.

"Sebelum ini, saya pernah menegaskan penagguhan perbicaraan kes tersebut sebagai taktik licik Anwar untuk dijadikan modal politik sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13," ujarnya lagi.

Menurut Syed Ali lagi, Zulkifli dalam lama blognya, zul4kulim.blogspot.com bertarikh 21 Desimber 2010 mendedahkan bahawa Karpal Singh didakwa memberitahu Parlimen bahawa dia mempunyai bukti bahawa Anwar terbabit dalam kegiatan meliwat kakitangan beliau sendiri, iaitu Azizan.

Zulkifli juga kata Syed Ali, mendedahkan bahawa Karpal Singh dalam satu pengakuannya di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur mengakui mempunyai bukti bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut terbabit dalam kegiatan homoseks dan meliwat.

Beliau berkata, Zulkifli juga dalam blognya menulis bahawa Karpal Singh juga telah mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundurkan diri setelah pembohongan 16 Septemebr terbongkar.

"Berdasarkan pendedahan Zulkifli dalam blognya mengenai pengakuan Karpal Singh, maka saya mendesak kerajaan segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Anwar," tegasnya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menambah, perlakuan Anwar sepertimana diakui oleh Karpal Singh ternyata amat menjijikan.

Berikutan itu beliau mencabar pemimpin PAS supaya menyatakan pendirian mereka berhubung rahsia kegiatan Anwar sepertimana yang didedahkan oleh Zulkifli menerusi laman blognya.

"Saya menyeru kepada segelintir orang Melayu yang masih lagi bersekongkol dengan PKR supaya kembali ke pangkal jalan dan pemimpin PAS sewajarnya meninggalkan Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut