Khamis, 16 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kecoh di Parlimen; perangai pembangkang tidak bertamadun– Syed Ali

Posted: 15 Dec 2010 11:06 PM PST

PERANGAI Ahli Parlimen pembangkang yang mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini seperti manusia belum bertamadun, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, manusia tidak bertamadun sentiasa beranggapan apa yang mereka lakukan adalah betul walaupun tingkah laku bagaikan kartun.

"Menjerit dan buat kecoh di Parlimen tetap dikatakan betul walaupun budak sekolah pun berasa pelik dengan perangai mereka, kononnya Ahli Parlimen," katanya.

Menurut beliau, perbuatan pembangkang membawa masuk sepanduk ke dalam Dewan Rakyat merupakan perbuatan menghina dan mencabuli kemuliaan Parlimen.

"Wakil Rakyat yang bermoral tidak akan berbuat sedemikian rupa kerana Parlimen bukannya pasar borong sepertimana yang mereka fikirkan," katanya.

Beliau mengulas mengenai kekecohan di Parlimen pagi tadi sebelum usul penggantungan enam bulan terhadap empat wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

Mereka ialah Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), P.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) serta Anwar (PKR-Permatang Pauh).

Beliau kesal pembangkang menjadikan penggantungan tersebut sebagai isu besar supaya diketahui rakyat sedangkan tindakan tersebut berpunca daripada sikap mereka sendiri.

"Barangkali inilah (sikap pembangkang) yang dikatakan oleh diplomat Singapura bahawa ahli politik Malaysia sebagai bodoh," tegasnya.

Usul yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz itu dululuskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan.

Ahli Parlimen pembangkang kemudiaannya melaungkan 'bohong-bohong' dan Anwar bersama kesemua mereka keluar meninggalkan dewan.

Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara Anwar dengan speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan Ketua Pembangkang itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar Amin memberitahu bahawa Anwar telah diberikan tempoh seminggu menjawab dakwaan tersebut.

Ketika kekecohan berlaku Ahli Parlimen pembangkang juga menaikkan beberapa sepanduk yang tertera tulisan ' Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang'.

Mengulas lanjut kekecohan tersebut, Syed Ali berkata kemuliaan Parlimen telah dicemari oleh tingkah-laku oleh mereka yang mementingkan agenda politik peribadi.

"Inilah bahananya apabila sebahagian rakyat memilih wakil rakyat pembangkang yang tidak beretika, mengamalkan undang-undang rimba dan suka membuat tuduhan tidak berasas sepertimana dakwaan Anwar dalam isu Apco," katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali turut menyelar tindakan Anwar yang berterusan mengaitkan isu Altantuya dengan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam road-show politiknya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, Perdana Menteri telah bersumpah al-quran bahawa beliau tidak ada hubung kait dengan kes tersebut dan langsung tidak mengenali Altantuya.

"Sumpah al-quran tidak boleh dibuat main, oleh itu saya cabar Anwar supaya turut bersumpah bahawa beliau juga tidak ada kaitan dengan kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut