"Bukankah Lee Kuan Yew turut mengulas isu berkenaan. Kenapa berdiam diri pula? Apakah tidak mendapat restu DAP atau terdapat faktor lain yang menyebabkan Anwar mengambil sikap berdiam diri terhadap Lee Kuan Yew.
"Inilah yang menghairankan kita. Kalau Anwar benar-benar berani dan merasakan dirinya hebat, ambillah tindakan yang sama. Lagi pun orang luar yang memperkatakan maruahya. Takkan tidak rasa apa-apa.
Lee Kuan Yew Pun Tahu Tentang Kegiatan Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks .
Macam-macam Gimik Politik Bila Sedar Rakyat Makin Meluat Oleh : Al Kamarul Ab Latif
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Pakatan pembangkang terpaksa mengadakan pelbagai gimik politik setelah menyedari sokongan rakyat terhadap pakatan tersebut semakin luntur dengan pelbagai tindakan mereka yang "cakap tak serupa bikin".
Gimik tersebut terpaksa dilakukan bagi membeli semula hati rakyat yang jelas tertipu dengan janji-janji manis pakatan pembangkang sebelum ini yang menawarkan bulan, bintang dan matahari.
Mengulas perkara tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata gimik politik parti pembangkang bukan sahaja menerusi tindakan malah istilah-istilah yang digunakan.
"Kita kena hati-hati dengan perkara ini…istilah pakatan rakyat itu juga gimik… sebutan dia itu juga gimik…dia bukan pakatan rakyat tapi pakatan tiga empat kerat…jadi hati-hati dengan gimik istilah yang digunakan.
"Mereka ini hanya main wayang politik… percayalah rakyat berpakat sebenarnya dalam Barisan Nasional (BN) sebab dalam BN tidak ada yang tidak diwakili….semua kaum diwakili dalam 13 komponen parti", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Mengenai tindakan DAP yang sejak kebelakangan ini mewar-warkan lantikan orang Melayu dalam jawatankuasanya, bacaan doa dalam persidangan mereka dan memberikan elaun tambahan kepada Guru KAFA, beliau beranggapan tindakan itu tidak lebih sekadar gula-gula politik.
"Kepakaran mereka buat gimik politik ini.. patut difikirkan…doa ini satu lagi gimik DAP… faktanya orang Melayu tak menang pun pertandingan dengan lain perkataan perwakilan DAP tidak menerima orang Melayu sebagai pimpinan mereka…itu perkara yang termaktub.
"….macam juga PKR..dia kata dia parti pelbagai kaum tapi dari tujuh jawatan utama tidak ada seorang pun wakil India yang menang…kata pelbagai kaum tapi orang India (jumlah keahlian) nombor dua dalam PKR.
"…jadi mereka ini semua buat gimik politik …cakap tak serupa bikin sama juga macam Pas yang nak buat negara Islam…wah menjaja serata alam tapi bertanding 60 kerusi dari 222 parlimen…..gimik je… negara Islam gimik, parti pelbagai kaum gimik….laungan keadilan pun gimik", ujarnya.
Justeru tegas beliau lagi pakatan pembangkang hanya bergantung kepada gimik dan wayang politik mereka untuk menagih sokongan rakyat. -MediaUMNO
Autonomi Sarawak, Azmin Cuba Perbodoh Rakyat Atau Tidak Faham Perundangan? Oleh : Ropikah Ahmad
KUALA LUMPUR, 14 Dis. – Gimik politik pakatan pembangkang mula terserlah dengan janji-janji palsu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kononnya akan memberikan 'autonomi penuh' kepada rakyat Sarawak sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin menganggap bahawa apa yang dilakukan oleh Azmin adalah 'pemanis mulut' bagi meraih undi dan perhatian dari masyarakat tempatan menjelangnya pilihan raya.
"Azmin adalah pemimpin pembangkang yang tidak mempunyai kerajaan jadi dia boleh menjanjikan apa saja kepada rakyat kerana mereka tidak ada kuasa dan tidak tahu bagaimana untuk mentadbir apabila diberi kuasa," katanya kepada UMNO-Online.com.
Azmin menjanjikan kuasa autonomi tersebut ketika bercakap dalam satu majlis makan malam di Bintulu dengan memberikan alasan kononnya menghormati perjanjian 1963 di mana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia.
"Pakatan pembangkang belum ada kuasa, sedang memujuk rayu maka bolehlah menjanjikan bulan bintang atau roket sekalipun. Bulan memang mereka sudah ada pada Pas, roket mereka boleh ambil dari Dap dan bintang ini seperti mimpi-mimpi mereka yang tak mungkin tercapai," katanya.
Shamsul Amri yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menekankan bahawa 'autonomi penuh' yang diperkatakan oleh Azmin ini perlukan penjelasan penuh dan bukannya sekadar bercakap atas pentas politik semata-mata.
"Apakah dia ingat semudah itu untuk memberikan kuasa autonomi kepada sesebuah negeri kerana biarpun negeri itu dikuasai oleh pembangkang tetapi mereka masih terikat dengan Kerajaan Persekutuan.
"Azmin cuba hendak memperbodohkan rakyat atau mungkin juga sebenarnya dia yang tidak faham dengan perundangan dan Perlembagaan Persekutuan?" soalnya lagi.
Tegasnya, kuasa autonomi hanya boleh diberikan sekiranya melalui proses undang-undang sepenuhnya iaitu melibatkan kuasa dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara selain mesti mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu.
"Sebagai wakil rakyat, Azmin perlu faham dengan proses-proses perundangan atau mendalami konteks Perlembagaan. Semua wakil rakyat perlu bijak dan tidak boleh bercakap ikut sedap saja asalkan pandai berucap maka semuanya nampak cantik.
"Mungkin juga wakil rakyat sedemikian perlu ambil kelas atau menduduki peperiksaan berkaitan kenegaraan dan prinsip Perlembagaan Malaysia. Jangan mudah memperdaya rakyat dengan menggunakan retorik politik semata-mata," tegasnya lagi.
Tambahnya, lihat saja bagaimana janji-janji politik yang diucapkan oleh pakatan pembangkang ketika mahu berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu termasuklah untuk membela golongan miskin dan lain-lain lagi.
"Lihatlah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang yang mana penduduknya bukan saja dibiarkan tetapi tempat tinggal mereka yang sudah berpuluh-puluh tahun pun dirampas sedangkan sebelum pilihan raya mereka janjikan pembelaan. Inilah sebenarnya gimik politik pembangkang dan sekarang ia cuba diaplikasikan di Sarawak pula."
Jelasnya, pakatan pembangkang ini ibarat 'silat pulut sebelum majlis' yang menggunakan gimik retorik dan janji-janji palsu sebelum menghadapi pilihan raya untuk meraih undi dari rakyat.
"Tak perlulah nak bersuluh kerana sudah terang dan jelas bahawa pembangkang hanya tahu menggunakan impian-impian palsu demi menarik perhatian masyarakat dan mendapatkan sokongan dari mereka. Rakyat tidak perlukan gimik politik sedemikian." – MediaUMNO.
Dua orang pemimpin kanan Pakatan Rakyat akan turun ke Melaka untuk menggempur negeri itu esok, 16 Disember, lapor Harakahdaily.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah perdana di Markaz PAS Paya Dalam, Ayer Molek bermula jam 9.00 malam.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula akan hadir pada program Hi-Tea di Kampung Bukit Pulau, Dun Bukit Baru pada hari yang sama bermula jam 4.00 hingga 6.00 petang.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata kedua-dua program ini amat penting kepada rakyat Melaka bagi memberikan maklumat tentang isu-isu terkini yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Katanya, antara isu berkenaan termasuk pendedahan WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'
Selain itu, isu tempatan seperti isu zakat dan tanah wakaf negeri Melaka dan sebagainya juga dijangka akan disentuh.
azlan"Ceramah Perdana Anwar anjuran PKR Negeri Melaka dilihat tepat pada masanya ketika Anwar dihadapkan pelbagai isu yang tidak kunjung padam.
"Salahuddin pula akan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Bukit Pulau di samping menyampaikan ucapan ringkas berkenaan isu semasa," kata Yusof yang juga merupakan penyelia DNN Bukit Baru.
Beliau menyeru rakyat negeri Melaka untuk hadir pada kedua-dua program tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu negara dan juga yang melibatakan pemimpin Pakatan Rakyat.
ISU atau cadangan untuk menuntut semula Pulau Pinang atau dipulangkan kepada Sultan Kedah selaku raja pemerintah Negeri Jelapang Padi itu dan kawasan-kawasan di bawah taklukan baginda agak menarik dan punya asas yang kukuh biarpun ia agak sukar untuk dicapai.
Ini kerana isu berkenaan sepatutnya ditimbulkan semasa pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang bertindan pula dengan pembentukan Malaysia pada 1963 - dikira sudah agak terlewat dan ketinggalan zaman.
Dari segi logiknya, pengisytiharan baru yang dibuat atau berkuat kuasa hingga sekarang dengan sendirinya dikira memansuhkan perjanjian lama yang terdapat sebelumnya.
Pengisytiharan merdeka yang diumumkan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang punya kaitan dengan Kesultanan Kedah mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu termasuk baginda Sultan Kedah dengan menurunkan tanda tangan masing-masing.
Cadangan yang disuarakan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) itu ada logiknya dari segi sejarah dan Perjanjian Pajakan Pulau Pinang meliputi Seberang Perai antara Sultan Kedah dengan British pada 1786 iaitu lebih 200 tahun lampau.
Bukti perjanjian tersebut masih berkuat kuasa hingga sekarang di mana Kerajaan Persekutuan masih membayar royalti RM10,000 setiap tahun kepada Negeri Kedah. Jumlah bayaran royalti ini tidak dinaikkan dan tidak pernah disemak semula walaupun nilai mata wang ketika perjanjian itu dimeterai dulu dan sekarang amat jauh bezanya ibarat bumi dengan langit.
Semasa bertugas sebagai Ketua Biro Utara Kumpulan Utusan dahulu (1982-1988) sebelum ditukarkan ke Pulau Pinang, saya masih ingat soal bayaran royalti tersebut pernah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri di samping soal sempadan di Sungai Muda di mana Kerajaan Pulau Pinang ketika itu merancang membina tempat takungan air (empangan) untuk menyedut air dari Sungai Muda yang terletak di sebelah negeri Kedah.
Begitu juga dengan persetujuan Sultan Kedah yang diberikan kepada British dulu bagi memajukan Pulau Pinang dan Seberang Perai itu mungkin secara terbuka tidak ada tarikh tamat atau had tempohnya. Ini menyebabkan Kerajaan Persekutuan meneruskan bayaran royalti pada Kedah hingga sekarang yang diwarisi dari Penjajah British dulu.
Seperkara lagi, cadangan yang diketengahkan oleh PSMCK ini mungkin terlambat dan tidak kena pada masanya ketika Kerajaan Kedah sekarang dikusai oleh Pas di bawah pakatan pembangkang yang sama dengan pemerintah Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP pasca PRU 2008.
Tuntutan yang dicadangkan ini mungkin ada logik dan kena pada tempatnya semasa kedua-dua negeri Kedah dan Pulau Pinang juga berstatus negeri, berada di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang dulunya Perikatan.
Ataupun Kedah nampaknya terpaksalah menunggu PRU 13 akan datang bagi merampas semula Negeri Jelapang Padi itu daripada Pas. Kedah juga perlu mengambil iktibar daripada kes Pulau Batu Puteh yang menjadi rebutan bertindih antara Singapura dengan Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague yang keputusannya memihak pada Republik Singapura.
Ini kerana tuntutan memulangkan semula Pulau Pinang kepada Sultan Kedah tidaklah semudah dijangka tapi perlu dibawa dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil sama ada mengikut proses undang-undang melalui mahkamah atau rundingan antara kerajaan negeri berkenaan, juga melibatkan Kerajaan Persekutuan.
Langkah dan usaha permulaan ke atas tuntutan atau pertikaian yang berbangkit mestilah dimulakan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah berbanding dengan Pulau Pinang sebagai defendan yang pasti akan mempertahankan kedudukannya bagi mengetepikan tuntutan berkenaan.
Kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah
Oleh Zaini Hassan
SAYA dan profesor kajian alam Melayu, A. Murad Merican mempunyai kepercayaan yang sama. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada kerajaan Kesultanan Kedah. Bukanlah kerana saya orang Kedah dan Murad orang Pulau Pinang, maka kami bersetuju dengan cadangan itu.
Tapi ia adalah berdasarkan fakta sejarah.
Asal cadangan itu datangnya dari Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama 1 Disember lalu.
Berita itu bertajuk: Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang:
''PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.
Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.
"Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan," ujarnya kepada pemberita.
Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.
Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.
Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.
"Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan," jelasnya.
Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.
"Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak," katanya.
Tanpa menjelaskan siapa pihak yang bertanggungjawab itu, Wan Samsudin berkata, tugas PSMCK ialah untuk menyuarakan kembali perkara itu memandangkan ramai pihak mula terlupa tentang sejarah sebenar negeri Pulau Pinang.
"Sama ada pihak tersebut mahu menuntut semula Pulau Pinang atau tidak itu terserah kepada mereka.
"Kami suarakan perkara ini kerana tidak mahu sejarah negeri Kedah dan Pulau Pinang terus dilupakan," katanya.
Namun bukan semua orang menyenangi dengan cadangan itu. Ada yang mengatakan jika itulah pandangannya maka Tanah Melayu harus dikembalikan kepada Orang Asli?
DAP sudah tentu tidak mahu menyerahkan Pulau Pinang kepada Kedah. Mereka juga sudah tentu tidak bersetuju dengan pandangan dan cadangan itu. Pulau Pinang bagi DAP ialah kubu terkuatnya (sekarang).
Sejarah Pulau Pinang, sudah tentu mereka 100 peratus bersetuju, hanya bermula dari kolonial Inggeris, Francis Light. Bukannya dari kesultanan Melayu Kedah. Mereka juga percaya Raffleslah yang membuka Singapura. Bukan kesultanan Melayu.
Namun, cadangan Wan Shamsuddin itu mesti dipertimbangkan dengan wajar dan serius. Patik – Ahli Mahkota Kedah ini – berharap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dapat meneliti perkara ini sedalam-dalamnya.
Umumnya komen-komen yang diutarakan dalam siber bagi mencantas cadangan itu jelas memperlihatkan kedangkalan sejarah dan persejarahan di kalangan rakyat Malaysia. Pemikiran dan sikap mereka dalam hal ini bersifat kebudak-budakkan sehingga ada mengatakan bahawa jika kita hendakkan yang asal, mengapa tidak kembalikan Tanah Melayu kepada orang asalnya, Orang Asli.
Beberapa lagi komen menjurus kepada mencabar kedaulatan Malaysia – dari segi mengembalikan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, Thailand dan Sabah kepada Filipina.
Wan Shamsudin telah membangkitkan satu isu penting dalam sejarah dan persejarahan negara, bukan hanya kaitan Kedah dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana sekian lama, sejarah dan persejarahan Malaysia, sama ada sengaja atau tidak, wujud dalam keadaan pelbagai kelompongan.
Saranan Wan Shamsuddin perlu disokong lalu diteliti dan dihalusi implikasinya dari segi sejarah dan persejarahan pasca kolonial. Kita bukan menolak kedatangan Inggeris dan kuasa barat ke Alam Melayu. Apa yang penting ialah usaha berterusan memberi tafsiran dan konteks yang lebih wajar kepada alam dan geopolitik kesultanan Kedah.
Murad juga dalam kenyataan akhbarnya menyebut, perjanjian memajak Pulau Pinang antara Sultan Kedah dan British pada 1786 dan 1800 tidak pernah menyebut bahawa ia tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada tempoh tertentu.
Oleh itu, katanya tidak mustahil jika Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah jika ia dituntut sekarang. ''Pulau Pinang boleh dijadikan satu daerah atau wilayah khas dalam Kedah jika ia dikembalikan kepadanya."
Kata Murad, selama ini rakyat Malaysia hanya menganggap sejarah kewujudan Pulau Pinang berlaku pada 1786 iaitu apabila British mula sampai ke negeri itu. ''Namun sebenarnya sejarah Pulau Pinang dan orang Melayu telah terpendam. Jika Kedah mengambil semula Pulau Pinang, ia sama sekali akan mengubah sejarah negeri itu," jelas beliau.
Bagi menjelaskan lagi senario sejarah ini, saya menyarankan Persatuan Sejarah Malaysia dapat mengadakan seminar seperti cadangan Wan Shamsuddin itu seberapa segera. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada hak kesultanan dan tamadunnya yang asal.
Kerajaan Pusat juga harus mengikuti perkembangan ini dengan teliti.
Bagi mendapatkan ruang bicara mengenai cadangan dan pandangan ini, Prof. Murad yang juga Ketua Kluster Penyelidikan Kajian Oksiden di Alam Melayu, Universiti Teknologi Petronas memberi analisis impirikal ringkasnya mengenai hal ini. Katanya cadangan itu membuka perbincangan yang penting bukan hanya dari segi kedaulatan kesultanan Kedah (yang tertua di dunia dan Malaysia), tetapi juga usaha berterusan mengeluarkan sejarah dan persejarahan Malaysia dari kepompong kolonial Inggeris.
Ikuti tulisan beliau:
DARI sudut Perlembagaan Persekutuan, cadangan Datuk Wan Shamsuddin itu tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Mengubah sempadan sesebuah negeri diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 1, Artikel 2, tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri terbabit dan Majlis Raja-Raja Melayu.
Kita juga seharusnya tidak mengenakan sekatan pemikiran dan pergerakan untuk meluruskan masa lalu demi generasi masa depan. Kita maklum bahawa apabila Inggeris dan Belanda bertapak di Kepulauan Melayu, mereka melakarkan sempadan geopolitik. Ini membawa maksud mencampur tangan dalam hal ehwal masyarakat dan kerajaan Melayu.
Apa yang berlaku pada hakikatnya ialah pihak Inggeris telah campur tangan dalam hal-ehwal kesultanan Kedah. Dan campur tangan ini bermula lebih awal daripada Perjanjian Pangkor 1874.
Maka wujudlah nama-nama seperti Light, Scott dan Leith yang dikaitkan dengan sejarah Pulau Pinang dan seterusnya Malaysia. Maka pelbagai buku dan bahan tentang sejarah Pulau Pinang mengandaikan bahawa Pulau Pinang hanya mempunyai sejarah selepas mendaratnya Francis Light di Tanjung Penaga pada 11 Ogos 1786, dan seterusnya perjanjian pada tahun yang sama dan pada tahun 1800.
Akibat dari perjanjian-perjanjian tersebut, alam Melayu mula dikotak-katikkan – khususnya jajahan Kesultanan Kedah, kerajaan Melayu yang tertua di Malaysia dan kerajaan beraja yang tertua di dunia.
Jika kesedaran umum bahawa 'segala-galanya' bermula dari Melaka, maka kita memesongkan sejarah. Ini tidak semestinya kita mengetepikan Melaka yang merupakan asas kepada institusi dan sistem kerajaan di Malaysia kini.
Namun demikian, kesedaran ruang dan masa yang lebih awal dari itu amat kritikal sekali dalam penulisan sejarah negara dan perlu diketengahkan pada tahap akademik dan popular.
Dan apabila kita baca penulisan tentang sejarah Pulau Pinang, Kedah hanya dirujuk dalam konteks Sultan Kedah membuat perjanjian dengan Francis Light. Lebih dari itu, Kedah hilang dalam persejarahan Pulau Pinang.
Begitu juga dengan pelbagai penulisan tentang sejarah Kedah. Apa yang saya perhatikan ialah persejarahan Kedah setakat ini tidak memberi penekanan kepada Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Kesultanan Kedah. Persejarahan Kedah juga menjadi mangsa kepada perspektif kolonial, yakni, menerima sebagai hakikat bahawa sejarah Pulau Pinang asing dan berbeza dengan sejarah Kedah.
Persejarahan Kedah memandang sepi penempatan Melayu Pulau Pinang dan warisan Kedah di pulau itu kecuali salah satu kertas kerja Datuk Wan Shamsudin beberapa tahun lalu yang ada menyebut penempatan Melayu sebelum kedatangan Inggeris.
Malah akibat daripada perjanjian dalam tahun-tahun tersebut, perhubungan Kedah dengan wilayah-wilayah di Sumatera pun tidak ditonjolkan seolah-olah tidak ada kesepaduan tradisi, bahasa, agama dan budaya di antara Kedah dan wilayah-wilayah tersebut.
Beberapa tahun lalu dalam syarahan saya pada PSMCK di Alor Setar, saya menganjurkan bahawa sejarah dan persejarahan Pulau Pinang mesti lari dari sudut kolonial lalu mencadangkan bahawa ia dilihat dari perspektif negeri dan Kesultanan Kedah.
Cadangan Datuk Wan mempunyai implikasi kepada sejarah negara. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh luruskan persejarahan. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengubah geografi alam kita sendiri demi menerokai satu ruang lapisan sejarah yang telah disisih.
Asal usul negara bangsa Malaysia perlu dihalusi dan dibincangkan secara terbuka. Kenyataan-kenyataan yang tidak menggambarkan hakikat hendaklah ditangani sewajarnya demi masa depan.
Sebagai contoh, sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 2007 dengan tajuk Malaysian Chinese and Nation-Building: Before Merdeka and Fifty Years After (Penerbit: Centre for Malaysian Chinese Studies, Kuala Lumpur) telah menyatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara bangsa bermula dengan pembukaan (founding) Pulau Pinang pada tahun 1786.
Bab satu buku itu yang bertajuk "State and Nation: An Overview and Malaysian Perspective," menyatakan bahawa dari situ, perkembangan seterusnya telah menjurus kepada pembentukan satu politik.
Dalam perbincangan pembentukan Malaysia, buku itu menekankan kepada warisan undang-undang dan pentadbiran British sebagai asas kesamaan wilayah-wilayah di Malaysia (ms.10).
Wacana-wacana sebeginilah yang memesongkan sejarah dan persejarahan Malaysia. Apakah ia mengandaikan bahawa Malaysia tidak ada sejarah sebelum 1786?
Kedah berhak tuntut semula Pulau Pinang
KUALA LUMPUR 10 Dis.- Perjanjian memajak Pulau Pinang antara Sultan Kedah dan British yang dilakukan pada 1786 dan 1800 tidak pernah menyebut bahawa ia tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada tempoh tertentu.
Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican berkata, oleh kerana itu, tidak mustahil sekiranya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah jika ia membuat tuntutan pada masa sekarang kerana ia berhak berbuat demikian.
"Tidak ada peruntukan dalam perjanjian itu yang menyebut ia tidak boleh dimansuhkan. Jadi itu adalah perkara yang perlu diberi penekanan dalam isu ini jika Kedah mahu menuntut semula Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof sebelum ini yang mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.
Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.
Ahmad Murad berkata, cadangan persatuan sejarah itu tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia jelas merupakan peruntukan yang ada di dalamnya.
Beliau berkata, Pulau Pinang boleh dijadikan sebagai satu daerah atau diubah kepada wilayah khas di Kedah sekiranya ia dikembalikan kepada negeri jelapang padi itu.
Katanya, selama ini rakyat Malaysia hanya menganggap sejarah kewujudan Pulau Pinang berlaku bermula pada 1786 iaitu apabila British mula sampai ke negeri itu.
"Namun sebenarnya sejarah Pulau Pinang dan orang Melayu di negeri itu sebelum tarikh itu telah terpadam. Sekiranya Kedah mengambil semula Pulau Pinang, ia sama sekali akan mengubah sejarah negeri itu," katanya.
Beliau berkata, kajian dan penulisan berhubung sejarah awal Pulau Pinang juga terlalu kurang pada masa kini menyebabkan pengetahuan mengenai kewujudan dan fakta sebenar tidak diketahui ramai.
Mengenai implikasi sekiranya Kedah berjaya mendapatkan semula Pulau Pinang, Ahmad Murad berkata, keadaan di negeri itu terutama orang Melayu berkemungkinan akan menjadi lebih baik dari segi ekonomi dan politik.
Pergerakan Pemuda UMNO Jasin mengalu-alukan sebarang pandangan yang membina, konstruktif dan bertukar-tukar pandangan dengan para pembaca blog ini.
Institusi pemikir Muslim tangkis dakyah songsang Oleh Mohd Ali Muhamad Don
2010/12/16
TANGGAL 10 Muharam adalah satu lagi hari yang dimuliakan dalam Islam. Umat Islam disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan 10 Muharam sebagai menunjukkan syariat Islam yang suci jauh berbeza dengan amalan agama lain yang kemungkinan juga berpuasa menurut kepercayaan mereka.
Diriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Jika aku hidup lagi sehingga ke tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari ke-9 Muharam." (Hadis riwayat Muslim)
Ini berlaku kerana Baginda Nabi SAW mendapati orang Yahudi turut berpuasa pada 10 Muharam.
Justeru, bagi menunjukkan perbezaan, Baginda Nabi SAW memerintahkan sahabat berpuasa pada 9 Muharam pada tahun berikutnya, walaupun Baginda sendiri tidak sempat berbuat demikian.
Begitu pula, ada berpendapat disunnahkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharam untuk berhati-hati kemungkinan berlaku kesilapan dalam menentukan awal bulan Muharam hingga umat Islam luput beroleh kelebihan berpuasa 10 Muharam yang diberi ganjaran pengampunan dosa setahun lalu.
Peluang dan kesempatan berharga sebegini tidak patut dibiarkan berlalu begitu saja memandangkan tiada manusia terhindar daripada kekurangan dan kesilapan. Inilah juga saat umat Islam menambah amal dan mengurangkan tanggungan dosa. Detik 10 Muharam sewajarnya menjadi pemangkin umat Islam merubah kiblat pemikiran, budaya dan kehidupan daripada amalan songsang kepada pelaksanaan Islam dalam segenap lapangan kehidupan. Kegagalan masyarakat Islam berubah mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan menyebabkan kehidupan mereka tersasar daripada matlamat hidup sebenar. Ada yang bertuhankan nafsu hingga sanggup membunuh bayi tidak berdosa, bersekedudukan, hidup berfoya dan terbabit budaya hedonisme.
Akibatnya manusia gagal memacu potensi menjadi khalifah di bumi ini dan masih ada yang tersesat dalam mencari kebenaran lalu terpengaruh dengan ajaran menyeleweng serta menyimpang daripada landasan agama sebenar.
Semua gejala akidah, syariah serta akhlak yang membelenggu umat Islam dekad ini perlu diatasi dengan segera dan bijaksana.
Cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Iskandar ketika merasmikan Multaqa Ulama di Johor Bahru, baru-baru ini, boleh dijadikan pencetus kepada perubahan diidam-idamkan.
Cadangan supaya ditubuhkan sebuah institusi pemikir Muslim memang tepat pada masanya memandangkan sebilangan umat Islam hari ini mengetepikan agama dalam kehidupan mereka.
Dengan tertubuhnya institusi itu nanti golongan agama, ahli akademik, cendikiawan dan pemimpin masyarakat boleh menggembleng segenap usaha mencari penyelesaian gejala sosial yang meruncing dalam kalangan umat Islam sendiri.
Institusi itu juga boleh berperanan sebagai pusat pemikiran Islam dan menyebarluaskan kefahaman Islam kepada masyarakat supaya mereka memahami Islam berdasarkan sumber yang diterima dan disepakati bersama.
Ia juga berfungsi untuk menangkis sebarang dakyah dan serangan pemikiran disebarkan pihak tertentu untuk merosakkan akidah pemikiran umat Islam dengan kaedah difikirkan sesuai masa kini.
Disamping itu peristiwa penting berlaku pada tanggal 10 Muharam seperti Nabi Nuh terselamat daripada banjir besar, Nabi Ibrahim terselamat dibakar api Raja Namrud dan Nabi Yunus dikeluarkan daripada perut ikan patut dijadikan iktibar. Pastinya bukan mudah menjadi individu Muslim yang patuh dan taat pada semua ajaran agama. Ujian dan cabaran pasti terlebih dulu dihadapi bagi mematangkan jiwa dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Untuk tujuan itu umat Islam boleh mengambil contoh golongan nabi yang sabar dan tabah mengharungi segala ujian berat. Segala susah payah dan kesabaran itu pasti akan dibalas dengan ganjaran setimpal sama ada di dunia atau akhirat.
Malah jika direnungkan, cabaran dihadapi sebahagian besar umat Islam hari ini jauh lebih ringan berbanding Nabi SAW dan sahabat terdahulu yang mempertaruhkan nyawa serta kehormatan demi mempertahankan kedaulatan Islam daripada diceroboh orang kafir.
Ingatlah juga manusia akan terus diuji oleh Allah SWT dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda dan kehilangan nyawa sehingga mereka kembali menghadap Allah Yang Maha Esa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
MELAKA YANG TELAH DITABALKAN NEGERI MAJU BILA LAGI NAK NAIKKAN ELAUN KETUA KAMPUNG?
Perak tambah elaun ketua kampung
2010/12/16
IPOH: Kerajaan Perak akan memberi elaun khas RM150 sebulan kepada 125 Ketua Kampung Baru sebagai tambahan kepada elaun RM800 yang diterima daripada Kerajaan Pusat, bermula Januari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata jumlah itu sama dengan elaun RM950 sebulan untuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diberikan Kerajaan Pusat, termasuk RM150 oleh kerajaan negeri.
Katanya, selaras kenaikan elaun itu, Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Baru mesti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin atau mereka akan diminta berhenti sebelum kontrak pelantikan tamat.
Beliau berkata, sebelum ini sudah ada kes Pengerusi JKKK di negeri ini diarah berhenti kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sewajarnya.
"Mereka tinggal di kampung. Kalau mereka 'tidur', kita tidak akan biarkan orang yang tak melaksanakan tugas ini (terus memegang jawatan)," katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Zambry berkata, Bajet 2011 sudah meluluskan dana RM270,000 untuk elaun Ketua Kampung Baru dan lebih RM1.2 juta untuk kira-kira 820 Pengerusi JKKK seluruh Perak.
Katanya, elaun tambahan RM150 oleh kerajaan negeri itu bukan 'gula-gula' menjelang pilihan raya, sebaliknya ia bertujuan meningkatkan prestasi khidmat Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Baru kepada rakyat. Sementara itu, beliau berkata, Perak kini stabil dari segi politik dan ekonomi, bukannya dalam krisis seperti yang cuba ditonjolkan menerusi buku 'Perak: Sebuah Negeri Dalam Krisis'.
Pandikar Amin berkata: "Yang Berhormat Permatang Pauh, anda kenal saya... yang duduk di sini ini bukan boleh ditakutkan, diugut atas dasar persahabatan. Anda Ketua Pembangkang, anda berhasrat menjadi perdana menteri, anda tahu bagaimana kerajaan bekerja, sekarang anda beritahu saya, tunjuk saya apa yang sepatutnya saya lakukan."
Speaker menempelak Anwar kerana beliau seolah-olah tidak memahami Peraturan Mesyuarat walaupun sebenarnya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen yang berhasrat memegang jawatan penting di Putrajaya faham keseluruhan situasi yang berlaku itu.
Karpal Singh, Sivarasa, Azmin didakwa hina Dewan
KUALA LUMPUR: Tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang dijangka dikenakan tindakan digantung selama enam bulan kerana menghina dan menyalahi hak serta keistimewaan sebagai Ahli Parlimen, selain menghina Dewan Rakyat.
Usul membabitkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) itu menimbulkan kekecohan di kalangan Ahli Parlimen hingga menyebabkan 90 minit tempoh masa berbahas, bermula kira-kira 11.30 pagi dibazirkan apabila tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima usul itu dipertikaikan.
Syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, hari ini.
Usul itu sekali gus menjadi semuanya empat Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka digantung enam bulan berikutan laporan jawatankuasa berkenaan.
Terdahulu, usul itu yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat semalam menyebabkan Sivarasa dan Azmin beberapa kali bangun membantah sehingga Speaker mengarahkan kedua-duanya keluar Dewan.
Bantahan berkaitan usul pergantungan tiga Ahli Parlimen pembangkang itu timbul apabila Pandikar Amin menolak cadangan Sivarasa untuk membahaskan laporan WikiLeaks.
Keputusan Speaker itu menyebabkan Azmin mengkritik kewibawaannya dan mengaitkan isu usul penggantungan itu dengan menyatakan rasa tidak puas hati kerana Ahli Parlimen yang dinamakan dalam usul itu tidak dimaklumkan berhubung perkara itu. Anwar yang turut bangun mempertahankan Ahli Parlimen pembangkang terbabit berkata: "Sebelum ini saya tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri menerusi jawatankuasa sama, sekurang-kurangnya mereka (tiga Ahli Parlimen lain) diberi ruang sedemikian," katanya.
Usah percaya dunia kiamat 2012 Oleh Faridzwan Abdul Ghafar
2010/12/16 Mufti ingatkan umat Islam jangan taksub mitos Planet Nibiru
KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mengingatkan umat Islam agar tidak mempercayai kewujudan Planet Nibiru dan ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012.
Katanya, umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat adalah ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik. "Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran dan Rasulullah SAW, jadi usah fikirkan bila ia akan berlaku. "Soal masa hari itu tiba, hanya Allah SWT mengetahui dan sebagai orang beriman, kita harus mempersiapkan diri dengan amalan untuk bekalan di akhirat," katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, akhbar melaporkan, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan agensi angkasa antarabangsa lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menafikan kewujudan Planet Nibiru kerana tiada bukti saintifik mengenainya.
Ketua Unit Penyelidikan Sains ANGKASA, Mohd Fairos Asillam menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili di Dewan Negara, kelmarin mengenai dakwaan bahawa Planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 tidak benar.
Ramalan ahli falsafah Perancis, Nostradamus pada abad ke-16 mendakwa, kiamat akan berlaku apabila Planet Nibiru melanggar bumi menjadi perbincangan hangat orang ramai melalui internet sejak tahun lalu. Apabila perlanggaran berkenaan tidak berlaku pada 2003 seperti yang diramalkan Nostradamus, ia kemudian ditukarkan kepada 2012 berpandukan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah sebelum Masihi yang mana tarikh kalendar kaum terbabit berakhir pada 21 Disember 2012.
PANDANGAN PPUBJ : NAMPAKNYA 'ROAD TO PUTRAJAYA" PEMBANGKANG TURUT MUSNAH...HE...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan