Pengikut

Nuffnang

Khamis, 16 Disember 2010

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA MEREKA YANG MEMERLUKAN

Posted: 15 Dec 2010 11:54 PM PST

Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Biro Pelajaran Puteri UMNO Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program "Tautan Kasih Bersama Mereka Yang Memerlukan" dan "Back To School" di Aeon Jaya Jusco, Setiawangsa, baru - baru ini. Pada Program tersebut lebih 150 kanak - kanak daripada keluarga miskin, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya menerima sumbangan barangan persekolahan termasuk beg dan pakaian sekolah

Program tersebut turut di hadiri dan di rasmikan oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir adalah Datuk Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa, Puan Seriwani Sabtu, Pengerusi Biro Pelajaran Puteri UMNO Malaysia dan Ketua - Ketua Puteri UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan.

Sumbangan Beg sekolah turut di agihkan kepada Ketua - Ketua Puteri UMNO Negeri untuk di peruntukkan dalam program "Back To School" di peringkat Bahagian. Ahli keluarga kanak - kanak dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, mengucapkan jutaan terimakasih di atas sumbangan yang di beri. Usaha dan inisiatif Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sarina Sharif yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, amatlah di hargai.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Bahagian