Khamis, 9 Disember 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Majlis Perajaan berkuasa tentukan Sultan: Nazri Aziz

Posted: 09 Dec 2010 04:52 AM PST

2010/12/09

KUALA LUMPUR: Pemasyhuran Sultan Kelantan Sultan Muhammad V tidak perlu mendapat persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan kerana Majlis Perajaan lebih berkuasa dalam perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, apabila berlakunya sesuatu lantikan oleh majlis berkenaan, apa yang perlu dilakukan ialah pemasyhuran iaitu memaklumkan kepada rakyat.

"Sebagai kerajaan, sebenarnya kita tidak boleh campur tangan dalam apa yang berlaku di dalam institusi beraja di Kelantan kerana mereka ada Majlis Perajaan yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi sultan.

"Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi raja, proses seterusnya ialah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat.

"Justeru, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak Kerajaan Pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai permintaan tokoh veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini yang meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.

Ketika membuat kenyataan itu, Tengku Razaleigh turut mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.
"Ini hak mereka (pemasyhuran) dan tidak ada kena mengena dari segi mesti mendapat persetujuan, malahan pengiktirafan daripada Kerajaan Pusat pun tidak perlu kerana apa yang diputuskan oleh Majlis Perajaan itulah mesti diterima oleh semua," kata Mohamed Nazri.

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lalu selepas ayahanda baginda menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lalu.

Mohamed Nazri berkata, permintaan Tengku Razaleigh tidak perlu diberi perhatian kerana institusi beraja di Kelantan telah wujud sebelum kewujudan Kerajaan Pusat pada 1957 malah tidak pernah berlaku pemasyhuran sultan perlu membabitkan persetujuan Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri.

"Saya katakan di sini tak ada masalah pun sebenarnya dalam pemasyhuran itu. Jadi, tak kan lah jika hanya seorang, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah tidak berpuas hati kita akan ambil kira pandangan beliau dan tidak pernah berlaku pun rakyat, kerajaan pusat atau kerajaan negeri dilibatkan dalam soal pemasyhuran sultan," katanya.

Beliau berkata, isu itu juga tidak layak dibawa ke mahkamah khas kerana mahkamah itu hanya untuk membicarakan salah laku seorang raja, bukan untuk membicarakan pertikaian sama ada pemasyhuran itu sah atau sebaliknya.

"Pemasyhuran ini perlu diterima semua. Ia bukan boleh menjadi pertikaian di mana-mana mahkamah pun. Apabila telah dimasyhurkan Tuanku Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan dan dimaklumkan kepada Pusat dan kita terima, bukan untuk kita iktiraf pun kerana ia tak perlu pengiktirafan daripada kita," katanya.

Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua UMNO Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SERAMBI MEKAH PALING RAMAI PENGHIDAP HIV!!!

Posted: 09 Dec 2010 02:40 AM PST

KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.

"Peningkatan kes wanita dijangkiti HIV di negara ini juga membabitkan negeri itu dengan jumlah tertinggi iaitu 1,211 kes, diikuti Johor (1,124 kes) dan Selangor (1,107 kes).

"Ekoran peningkatan kes ini, saya meminta seluruh rakyat Kelantan segera melaksanakan Gempur Aids iaitu satu program bagi membendung peningkatan kes HIV dan Aids di negara ini," katanya pada majlis Pelancaran Sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Kamal Hasan dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Liow berkata, senario HIV di negara ini sudah berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatat 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum suntikan, berbanding tahun lalu hanya mencatat 55 kes saja.

Bagaimanapun, katanya, kes jangkitan melalui hubungan seksual menunjukkan peningkatan berbanding 10 tahun lalu daripada 18 peratus kepada 32 peratus tahun lalu dan terus meningkat tahun ini.

"Nisbah wanita dijangkiti HIV juga semakin meningkat dengan 3,206 suri rumah dijangkiti sehingga September lalu dan golongan ini diminta menasihatkan suami yang menagih dadah menjalani ujian HIV serta memakai kondom apabila membuat hubungan kelamin," katanya.

Beliau berkata, dengan pelbagai langkah pencegahan penyakit dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan kerajaan dan agensi lain, kes HIV semakin menurun daripada 6,756 pada 2003 kepada 3,080 kes pada 2009, manakala bagi sembilan bulan pertama tahun ini, hanya 2,741 kes HIV baru dilaporkan.

"Kes jangkitan HIV di negara ini masih tertumpu di kalangan mereka yang berisiko tinggi iaitu 71 peratus membabitkan perkongsian jarum suntikan ketika menagih dadah dan 19 peratus menerusi hubungan seks.

"Kerajaan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta setahun bagi memberi rawatan serta perkara berkaitan kepada pesakit dan akhir tahun lalu, seramai 9,962 sudah menerima rawatan antiretroviral (ARV)," katanya.

Sementara itu, Zaman berkata, gaya hidup bebas seperti dilakukan segelintir lelaki termasuk dari negeri ini yang selalu ke pekan Golok, Selatan Thailand, menjadi punca meningkatnya penyakit HIV di Kelantan. BERITA HARIAN

Pandikar Amin "Tunjuk Taring', Anggota Dewan Rakyat Terima Padah

Posted: 09 Dec 2010 01:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas persidangan Dewan Rakyat kecoh hampir sepanjang hari semalam, hari ini Yang Dipertuanya Tan Sri Pandikar Amin Mulia 'tunjuk taring' bagi memastikan anggota Parlimen mematuhi peraturan mesyuarat.

Pandikar yang lazimnya tenang dan rasional ketika mengendalikan mesyuarat, pada Khamis kelihatan 'hilang sabar' dan akibatnya dua anggota Parlimen DAP iaitu Jeff Ooi Chuan Aun dan Fong Po Kuan digantung daripada menyertai mesyuarat sehingga pukul 2.30 petang.

Bagaimanapun, 'mangsa' pertama Pandikar ialah Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang ditegur kerana cuba mengatasi kuasa speaker apabila menyatakan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) terkeluar topik ketika mengemukakan soalan tambahan.

"Kalaupun dia terkeluar (topik), saya yang menentukan sama ada saya panggil lagi atau tidak. Jangan ahli-ahli Yang Berhormat biasa buat begitu," kata Pandikar kepada Mojigoh.

Tegurannya tidak terhenti setakat itu apabila beliau turut 'memulangkan paku buah keras' kepada anggota Parlimen kerana gemar menggunakan peraturan mesyuarat ketika berhujah, namun mereka sendiri tidak mematuhi peraturan tersebut.

"...hampir semua ahli-ahli Yang Berhormat langgar peraturan mesyuarat termasuk membuat kenyataan di luar dewan, menghina majlis, selepas itu mengatakan yang bukan-bukan seolah-olah orang yang bercakap itu malaikat. Tidak ada kesilapan langsung.

"Jangan buat ukuran kepada sesiapa dengan ukuran sendiri. Siapa kita yang buat ukuran terhadap orang lain? Ingat ini," katanya.

Bermula soalan pertama sehingga berakhirnya sesi jawab lisan pada pukul 11.30 pagi, boleh dikatakan kesemua anggota Parlimen dan juga wakil kerajaan yang mengemuka dan menjawab soalan menerima 'bisa' Pandikar.

Semalam, beliau menjadi sasaran wakil pembangkang kerana menolak usul mereka untuk menangguhkan persidangan bagi membincangkan hukuman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan Ketua Pembangkang itu mengenai kaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide, kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Yahudi.

Rentetan itu, tercetus 'perang mulut' yang mengakibatkan beberapa anggota Parlimen termasuk wakil pembangkang diminta meninggalkan dewan dan hanya dibenarkan menyertai persidangan sesi petang.

Bagaimanapun, persidangan sebelah petang semalam juga kecoh ketika perbahasan usul memotong gaji Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut menjadi 'mangsa' Pandikar hari ini ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany yang diminta meninggalkan hujah politik di luar dewan.

"Tinggalkan hujah perkataan yang ada kaitan politik. Khususkan kepada tanggungjawab Menteri. Itulah yang menimbulkan kekecohan setiap hari. Berpolitiklah di luar dewan, sehabis-habis pun siapa yang tegur? Jawab khusus kepada tanggungjawab kementerian," tegas Pandikar.

Sebelum itu Salleh Kalbi (BN-Silam) dalam soalan tambahannya bertanya kepada Devamany mengenai kesan tindakan pembangkang yang sering memutar-belitkan fakta tentang negara ke atas komitmen kerajaan dalam menarik pelabur asing.

Tahap kesabaran Pandikar mencapai kemuncaknya apabila Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mempertikaikan keputusannya mengakibatkan kedua-dua wakil pembangkang itu digantung daripada menyertai persidangan sehingga pukul 2.30 petang.

Apabila Anwar meminta penjelasan berhubung tindakan beliau itu, jawab Pandikar:

"Sebelum saya masuk (Dewan), semua peraturan yang perlu saya tahu saya baca termasuk rujukan luar negara. Tetapi daripada awal pegang jawatan ini, saya cuba dengan sedaya upaya tonjolkan kesabaran dan keadilan kepada semua. Saya memperingati kepada semua malahan saya yang terheret sama kepada cara dan budaya Parlimen yang konon hendak ditinggikan imej ini.

"Bila langgar peraturan pun kadang-kadang saya biarkan. Sebabnya kenapa Jelutong saya berhentikan ialah kerana beliau tahu soalannya terperinci dan Menteri kata akan jawab nanti. Tetapi apabila dikaitkan dengan nama seorang mantan Menteri Persekutuan yang sedang dalam perbicaraan, itu sudah subjudice.

"Adakah semua ahli-ahli Yang Berhormat tidak faham lagi ini? Kalau mahu kita bermesyuarat dan Parlimen dinaikkan imej, ayuh sama-sama kita buat. Jangan bila nanti saya bertindak tegas saya dituduh macam-macam, saya emosi. Siapa yang emosi?

"Setiap kali Batu Gajah berdiri dia emosi. Setiap kali Bukit Gelugor (DAP-Karpal Singh) bercakap, menghina. Pernah saya menghina kepada ahli-ahli Yang Berhormat? Pernah saya menegur kalau tidak ada saya nampak keterlaluan?" kata Pandikar lagi.

Situasi akhirnya reda apabila Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar) mengemukakan soalan tambahan yang ringkas dan padat mengenai cara pembayaran konsesi penyelenggaraan jalan serta dijawab dengan baik oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng dan mendapat pujian Pandikar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penganalisa Politik

Posted: 09 Dec 2010 01:46 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 9 — A recent Universiti Malaya opinion poll has revealed that 43 per cent of residents in PKR stronghold areas here will not support the party in the next general election due to a decline in confidence after its fractious polls last month.

A mere 35 per cent of those polled claimed they would continue to vote for PKR while 22 per cent said they were unsure.

The survey, conducted during the period of the party polls, also showed that 52 per cent of respondents agree that the party's recent internal strife and leadership squabbles had significantly marred PKR's voter confidence.

Even confidence in Datuk Seri Anwar Ibrahim, the opposition's prime minister-designate, has hit shaky ground with 43 per cent claiming the fiery leader was still politically relevant while a close 41 per cent agreeing otherwise.

The remaining 16 per cent said they were unsure.

The poll, carried out by University Malaya's Democratic Research and Elections Centre during the PKR polls last month between November 19 and 21 and November 27 and 28, sought the opinion of 1,124 respondents aged between 20 and 50 from opposition strongholds of Cheras, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Ampang, Bukit Bintang, Subang Jaya, Wangsa Maju and Lembah Pantai.

According to the survey report made available to the media yesterday, the respondents were selected as they were considered to be significantly exposed to the country's political landscape and were mostly opposition supporters.

Additionally, Selangor and the Federal Territory had recorded the largest number of PKR members involved in the party elections.

The report noted that the survey was 95 per cent accurate, with a margin of error at 2.92 per cent.

On the whole, the survey found that the party's recent infighting had caused a steep decline in public support for the Pakatan Rakyat giant, showing that the opposition would likely not fare well in the next general election, said to be held next year.

More significantly, the voter trend from other public opinion polls has also shown that Barisan Nasional, led by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, is now on its most solid footing yet since its dismal losses in Election 2008.

Politicians across the divide have also agreed that Najib, with his slew of development initiatives and transformative policies as well as the gradual recovery of the economy, has successfully proven his worth since he took office in 2008.

The just-concluded Batu Sapi and Galas by-elections have also shown that BN had gained significant ground with the public, further fuelled by PKR's internal crisis.

The UM polls showed that a whopping 52 per cent of respondents agree that PKR's internal strife had affected their confidence in the party and Anwar while only 29 per cent thought otherwise.

The remaining 19 per cent said they were unsure.

"PKR's internal crisis had clearly caused a negative impact towards PKR and Anwar's leadership," the report said.

However, it added, the 29 per cent of staunch supporters showed there was still hope for the party to revitalise itself.

"This research also shows however that the public's confidence had been eroded by PKR's internal crisis, which in turn had also affected their confidence in Anwar.

"The responses showed that they are aware of the developments in PKR and this influenced their confidence towards the party and its leadership," it added.

To the question of how far its internal problems had caused an erosion of confidence in the party alone, 49 per cent agreed that it had while 30 per cent claim they were still in support of PKR.

"The response corresponded with the public's confidence in both PKR and its leader Anwar but there was also 21 per cent of those claiming they were unsure, which is quite a high number," the report said.

It claimed that this showed efforts to topple the opposition party were still unsuccessful yet as a fair number of voters were still fence-sitters.

"The anti-PKR campaign conducted by its political rivals is still yet to produce positive results," it said.

Perhaps the most critical information from the survey was on how 43 per cent of those polled claimed that they had lost confidence in PKR and would not vote for the party in the next elections.

A total of 35 per cent claim they would still choose the party while a large margin of 22 per cent said they were unsure.

"Although in terms of percentage, the numbers show that PKR's support has declined significantly but the arena is still wide open for there appears to be a large number who are fence-sitters.

"Additionally, those who reject PKR have not gone past the 50 per cent mark," the polls report said
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengarang mohon semakan kehakiman terhadap penyitaan buku

Posted: 09 Dec 2010 12:45 AM PST

Link artikel: http://www.bharian.com.my/articles/Pengarangmohonsemakankehakimanterhadappenyitaanbuku/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

2010/12/09

KUALA LUMPUR: Seorang pengarang buku mengenai senario politik Malaysia memohon semakan kehakiman di atas tindakan penyitaan 33 buku hasil tulisannya.

Yong Thye Chong, 72, atau nama penanya Kim Quek dan syarikat penerbitan Oriengroup Sdn Bhd menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Penolong Penguasa Zul Azhar Mokhtar, Ketua Inspektor Nahar Yamen, Penolong Penguasa Mohd Fahmi Daraman Sah dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Beliau menuntut satu deklarasi bahawa penyitaan buku bertajuk "The March to Putrajaya-Malaysia's New Era Is At Hand" pada 19 Ogos lalu di Popular Book Store di Megamall Kuantan, Pahang (20), Melaka Shopping Centre di Ayer Keroh, Melaka (4), Popular Book Store di Cheras Leisure Mall, di sini (6) dan Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Bhd di Universiti Malaya, di sini (3) adalah batal dan tidak sah.

Beliau turut memohon semakan terhadap perintah larangan percetakan, pengimportan, penghasilan dan penerbitan buku tersebut.

Peguam Aston Paiva yang mewakili Yong memberitahu pemberita hari ini bahawa permohonan semakan kehakiman itu telah dibuat pada 3 November lalu dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zawawi Salleh hari ini menetapkan 10 Januari tahun depan untuk mendengar permohonan Yong.

Zawawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Aston dan Peguam Kanan Persekutuan Suhaila Haron.

Di dalam permohonan itu Yong, yang juga seorang jurutera bersara mendakwa buku setebal 361 muka surat itu adalah koleksi beberapa rencana yang ditulisnya mengenai hal semasa di dalam dunia politik dan hal ehwal kerajaan Malaysia. Ia diterbit serta diedarkan sekitar Mac 2010.
Katanya, pada 29 September lalu, Kementerian Dalam Negeri telah menghantar surat kepada syarikat penerbitan dengan menyatakan bahawa buku itu mengandungi unsur penipuan dan kebencian serta tuduhan tidak berasas kepada Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, pihak kementerian juga menyatakan bahawa kandungan penerbitan itu dikhuatiri boleh dieksploitasi oleh pihak tertentu bagi menjejaskan imej kerajaan dan boleh menggugat ketenteraman awam.

Katanya, penyitaan itu adalah menyalahi undang-undang kerana ia mengingkari hak kebebasan bersuara sebagai rakyat dan pendapat yang terdapat di dalam buku itu adalah mengenai rencana politik tentang dasar kerajaan yang telahpun diterbitkan di internet antara 2006 hingga 2010.

Katanya, penyitaan dan perintah larangan tersebut adalah ultra vires dan tidak sah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jangan jadi penderhaka dan pengkhianat bangsa

Posted: 08 Dec 2010 09:00 PM PST

Jangan jadi penderhaka dan pengkhianat bangsa — Utusan Malaysia

December 09, 2010
9 DIS — Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah memberikan peringatan yang tegas dan jelas bahawa orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka kepada bangsanya sendiri.
Persoalannya, sejauh manakah peringatan baginda ini akan difahami oleh individu dan kelompok tertentu yang kita tahu sanggup melakukan apa sahaja demi politik.
Sebenarnya, sudah acap kali puak-puak berkenaan diperingatkan supaya tidak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu tetapi semua itu tidak diendahkan.
Sebaliknya dari semasa ke semasa demi mencapai cita-cita dan matlamat politik kelompok tersebut berterusan mencabar perkara berkenaan.
Adalah sesuatu yang malang kerana orang Melayu terpaksa berhadapan dengan individu dalam kalangan mereka sendiri yang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan cita-cita mereka tercapai.
Kelompok seumpama itu sudah tidak lagi memikirkan kesannya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam.
Mereka akan menggadaikan apa sahaja dan sesiapa juga yang cuba mempertahankan ketuanan atau keistimewaan Melayu akan dianggap rasis.
Segala-galanya kerana mereka ingin merebut kuasa politik dan mencari pengaruh daripada kaum lain.
Kegelojohan dan kerakusan ini akhirnya akan memberikan kesan yang amat buruk kepada orang Melayu.
Perasaan hormat terhadap hak keistimewaan orang Melayu dan umat Islam dengan sendirinya akan luntur akibat daripada perbuatan orang Melayu sendiri.
Justeru adalah tidak keterlaluan jika dikatakan, kelompok yang berbuat demikian dengan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu bukan sahaja menderhaka malahan mengkhianati bangsa sendiri.
Apa yang anehnya, kelompok ini akan berasa marah apabila dianggap pengkhianat, sebaliknya akan memberi seribu satu alasan bagi mempertahankan tindakan mereka.
Tetapi semua orang Melayu maklum mengenai kerakusan berpolitik mereka. Apa yang mereka inginkan hanyalah kuasa.
Mereka sengaja melupakan sejarah mengenai perjuangan orang Melayu di bumi Malaysia ini dan kenapa orang Melayu diberikan hak-hak keistimewaan tertentu tetapi dalam masa yang sama tidak meminggirkan kepentingan kaum lain.
Puak inilah juga memutar-belitkan fakta sewenang-wenangnya termasuklah mewujudkan tafsiran baru mengenai ketuanan Melayu.
Walaupun sudah berkali-kali diperjelaskan mengenai apa maksud ketuanan Melayu tetapi kelompok ini sanggup menderhaka kepada bangsa sendiri.
Mereka tidak mahu mendengar hujah dan fakta pihak lain, sebaliknya menganggap tafsiran mereka sahaja yang betul.
Oleh itu, kepada kelompok berkenaan, peringatan Sultan Azlan Shah tersebut tepat dituju kepada mereka. Mahu tidak mahu, mereka harus mengakui bahawa tindakan mereka sebenarnya meletakkan orang Melayu dalam bahaya.
Kalaulah isu keistimewaan atau ketuanan Melayu ditimbulkan oleh pihak lain tidak apa, tetapi ini dalam kalangan orang Melayu sendiri.
Tujuan mereka, kononnya ingin menunjukkan keterbukaan dan merekalah pejuang kepada semua kaum.
Tetapi mereka sengaja melupakan bagaimana tindakan tersebut jika tidak dibendung boleh menyebabkan satu masa nanti orang Melayu sudah tidak ada apa-apa lagi di bumi sendiri.
Bak titah Sultan Azlan Shah, jika dibiarkan bangsa (Melayu) akan menghadapi kesesalan di kemudian hari kerana ketika itu kaum Melayu telah dipinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan. Namun percayalah, puak-puak yang rakus mencari kuasa politik ini tidak akan mempedulikan itu semua.
Atas sebab itulah golongan ini perlu ditentang habis-habisan kerana mereka tidak layak berada di bumi Malaysia ini.
Ia kerana perjuangan seumpama itu bukan sahaja akan merugikan orang Melayu, malahan akan turut mengancam kestabilan kaum lain.
Oleh itu, kepada puak tersebut, janganlah terlalu ghairah melihat segala-galanya dari sudut politik, jika tidak mahu dianggap sebagai penderhaka dan pengkhianat kepada bangsa sendiri. Jadikanlah ingatan Sultan Azlan Shah sebagai peringatan sebelum ia terlambat. — Utusan Malaysia

CELIK PERLEMBAGAAN TUGAS SIAPA?

Posted: 08 Dec 2010 08:28 PM PST

Melayu perlu celik kandungan Perlembagaan elak hak dipijak
Oleh Datuk Prof Dr Hashim Yaacob

2010/12/09
BERAPA ramai rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mengenai hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan? Saya fikir tidak ramai mengetahuinya dengan secara sesungguhnya.

Oleh kerana ketidaktahuan ini, orang Melayu dan Bumiputera tidak menuntut hak sebaiknya. Ada pula berasa bahawa mereka tidak punyai hak istimewa dalam menjalani kehidupan mereka di bumi warisan.

Orang bukan Melayu pula ada yang tidak menghormati hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Situasi ini pada akhirnya boleh mengakibatkan kehilangan hak pada yang berhak.

Orang Melayu dan Bumiputera hendaklah meneliti Perlembagaan supaya dapat mengetahui hak masing-masing lalu membuat tuntutan sewajarnya. Orang bukan Melayu sewajarnya juga memahami Perlembagaan bersabit hak istimewa orang Melayu supaya pertikaian tidak munasabah boleh dihindarkan.

Sebenarnya Perlembagaan negara adalah undang-undang tertinggi yang dibuat oleh majoriti rakyat dan sepatutnya ditaati. Rakyat yang tidak menghormati undang-undang negara akan membawa negara itu ke kancah kucar-kacir. Bangsa yang tidak tahu mengenai hak dan miliknya dan tidak berusaha mengetahuinya akhirnya akan kehilangan hak itu.

Hak yang hilang selalunya tidak mungkin dapat dikembalikan lagi. Maka itu, semua rakyat hendaklah fasih mengenai hak mereka dalam Perlembagaan, supaya yang berhak mendapat haknya dan yang tidak berhak dapat menghormati hak orang lain.

Sebelum mempersoalkan hak orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan, kita terlebih dulu perlu memahami kandungan satu persetujuan yang dibuat semua kaum yang mendiami sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957.

Kaum ini terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Persetujuan dikenali sebagai Kontrak Sosial yang mengenai persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada lebih sejuta kaum pendatang sebelum Tanah Melayu merdeka.

Sebagai balasan daripada pihak bukan Melayu bersetuju memberikan hak istimewa kepada orang Melayu. Kontrak Sosial ini adalah adalah satu tindakan muafakat antara orang Melayu yang berstatus warga negara Tanah Melayu ketika itu dengan orang Bukan Melayu yang belum menjadi warga negara.

Di sini, jelas kedua-dua belah pihak mempunyai keuntungan: Kaum bukan Melayu menjadi warga negara secara automatik kerana bersetuju memberi orang Melayu hak istimewa. Perlembagaan yang ada sekarang yang bersabit dengan hak orang Melayu digubal berlandaskan Kontrak Sosial yang dipersetujui semua kaum sebelum Tanah Melayu merdeka.

Maka semua rakyat wajib mematuhi Perlembagaan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan ketika Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini menyatakan bahawa Perlembagaan ini tidak boleh diubah.

Apakah hak istimewa orang Melayu yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia dan perlu diketahui semua rakyat? Yang penting rakyat tahu ialah perkara 152, 153, 89, 90, 38, 32 dan 3. Kandungannya seperti berikut:

# Perkara 152(1) menyatakan bahawa bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan Malaysia. Bahasa lain boleh juga diajar dan dipakai.

# Perkara 153 (1 hingga 9) menyatakan bahawa DYMM Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga kedudukan istimewa dan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera mengenai kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, pendidikan, biasiswa, danasiswa, latihan dan sepertinya. Ianya juga merangkumi lesen dan permit perniagaan.

# Perkara 89 dan 90 mengenai pemeliharaan tanah rizab orang Melayu.

# Perkara 38 menetapkan tiada undang-undang yang boleh menjejaskan keistimewaan, kedudukan, martabat dan maruah Sultan diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

# Perkara 32 menetapkan DYMM Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua tertinggi negara.

# Perkara 3 menyatakan bahawa agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam. Agama lain boleh diamalkan.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, dalam ucapan beliau pernah berkata, bahawa orang Melayu banyak berkorban untuk orang bukan Melayu supaya mereka hidup aman damai di negara ini.

Sedutan teks ucapannya berbunyi: "Orang Melayu sedia memberikan hak munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu sudah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang dibuat oleh orang Melayu.

Sesungguhnya ada jaminan hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan, tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf antara orang Melayu dengan bukan Melayu."

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera hendaklah dihormati dan dipraktikkan sendiri oleh Melayu dan Bumiputera. Rakyat yang lain tidak perlu mengungkit perkara ini kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan. Akta Hasutan jelas menyatakan bahawa mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum.

Saya yakin gagasan 1Malaysia yang dipelopori Najib adalah berteraskan Perlembagaan sedia ada. Apabila beliau berkata, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' sebenarnya membawa makna supaya keadilan diberi kepada semua rakyat. Keadilan ini berteraskan Perlembagaan yang kita junjung, termasuk hal mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

PENULIS : Rupa-rupa bukan rakyat marhean sahaja perlukan input Perlembagaan malah ada juga orang-orang besar dan elit yang turut menumpang tak tahu pasal Perlembagaan. Jika hak sendiri pun tahu mana kan boleh mempertahankan dan berhujah dengan rasional dan matang...

PILIHANRAYA SERENTAK.........

Posted: 08 Dec 2010 08:23 PM PST

Pilihan raya serentak kurangkan politiking
Oleh Jeniri Amir

2010/12/09
BN mampu ganggu strategi pembangkang kerana terpaksa agih sumber ke serata tempat

KALI terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya umum (PRU) dan negeri lain kira-kira 35 tahun lalu. Dalam pilihan raya Parlimen 1974, BN Sarawak menguasai 15 kerusi, manakala Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), di pihak pembangkang menguasai sembilan kerusi dan Bebas gagal memenangi sebarang kerusi.
Sesudah itu, Sarawak mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan pilihan raya umum. Pilihan raya berasingan menyebabkannya mengadakan pilihan raya dua kali dalam tempoh lima tahun, satu pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu lagi Pilihan Raya Parlimen. Malah sejak PRU 1978 lagi, pasti menyusul setahun kemudian pilihan DUN Sarawak dan hanya beranjak dua tahun kemudian sesudah Pilihan Raya Umum 1999, dengan Pilihan Raya DUN Sarawak pada 2001.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan pilihan raya umum sejak 1959 bagi Semenanjung yang menawarkan sejumlah 104 kerusi Parlimen, manakala Sarawak mulai 1969. Seterusnya mengadakan Pilihan Raya DUN pada 1974, 1979, 1983,1987,1991,1996,2001 dan 2006.

Pilihan raya paling sengit berlangsung pada 1987 apabila Tun Rahman Yakub, mantan Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang juga bapa saudara Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menerusi Kumpulan Maju menentang Ketua Menteri.

Pilihan raya itu menyebelahi BN apabila menang 28 daripada 48 kerusi. Sabah mengadakan pilihan raya pertama pada 1967 sebelum disusuli pilihan raya pada 1971,1976,1981,1985,1986,1990,1994 dan 1999. Pada PRU Ke-11 pada 2004, Sabah mulai mengadakan pilihan raya serentak dengan Semenanjung.

Kini, di sebalik ramalan Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri ke-10 pada April depan, timbul teka-teki, mungkinkah pilihan raya itu diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13? Dalam keadaan sekarang segala kemungkinan boleh berlaku. Apakah kelebihan dan kebaikannya jika diadakan serentak? Adakah lebih memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan merugikan pakatan pembangkang?
Di Kuching Isnin lalu, Ketua Menteri mengatakan Sarawak sedia mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan PRU Ke-13 jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memutuskan sedemikian. Beliau mengatakan tidak mempunyai masalah jika Najib mempunyai inspirasi untuk mengadakan PRU itu sebelum tamat penggal DUN Sarawak pada Julai 2011. Sekembalinya dari menunaikan fardu haji baru-baru ini, Taib mengatakan bahawa beliau sudah mempunyai 'inspirasi' mengenai bila pilihan raya negeri akan diadakan. Tetapi beliau tidak pula menyatakan secara khusus tarikhnya, melainkan sebelum ini pernah menyatakan ia akan diadakan pada hari Sabtu. Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN, 62 daripadanya dikuasai BN.

Sesungguhnya, ini peluang terbaik mengadakan pilihan raya serentak, sesuai dengan gagasan 1Malaysia meskipun kita berdepan kemungkinan negeri ditawan pembangkang tidak akan membubarkan DUN mereka.

Pilihan raya membabitkan kos begitu besar. Dengan mengadakannya serentak sudah tentu ini menjimatkan kos meskipun penulis pasti faktor kos bukan menjadi pertimbangan tunggal atau utama PRU dan Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan secara serentak, yang menjadi perkiraan utama bagi BN ialah peluang membaiki kedudukan; iaitu menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi Parlimen dan merebut kembali negeri ditakluki pembangkang.

Maksudnya, BN perlu memilih tarikh terbaik ketika ia sudah yakin bahawa kedudukannya selesa dan cukup kuat dan pengundi memihak kepadanya. Sejauh manakah ia sudah berjaya membujuk masyarakat dan pengundi Cina? Adakah Program Transformasi Kerajaan sudah terasa kesannya? BN sudah berusaha sedaya upaya membetulkan segala kesilapan dan kelemahan yang mengakibatkan ia terpukul teruk dalam pilihan raya lalu, melalui pelbagai inisiatif dan dasar diperkenalkan Perdana Menteri.

Kelihatannya, bola kini berada di gelanggang Perdana Menteri dan bukan di bawah kuasa Ketua Menteri untuk menentukan waktu yang sesuai meskipun Najib tentu mengambil kira pandangan Taib ketika membuat pertimbangan. Sarawak perlu mengadakan pilihan raya sebelum Julai.

Persoalannya, mampukah BN menguasai lebih banyak kerusi? Pada PRU 2004, BN meraih 91 peratus daripada 219 kerusi Parlimen dan 89.7 peratus daripada 505 kerusi DUN, sekali gus mencatatkan rekod paling cemerlang. Tetapi dalam PRU 2008, BN gagal menguasai dua pertiga kerusi Parlimen apabila hanya menakluki 140 kerusi daripada 222 kerusi dipertandingkan. Pada peringkat DUN pula, BN meraih 307 kerusi, PAS (83), DAP (71). PKR (42) dan Bebas (2), sekali gus menyaksikan empat lagi negeri terlepas ke tangan pembangkang.

Jika pilihan raya diadakan serentak, ini akan memberi tekanan kepada pembangkang melaksanakan strategi kempen kerana mereka terpaksa mengagihkan sumber bukan saja ke Sarawak. Ini tentu memberi kelebihan kepada BN Sarawak kerana tidak akan berdepan dengan serangan tertumpu gerombolan pemimpin pembangkang dari Semenanjung yang dikatakan membawa budaya politik keras ke negeri yang begitu mengutamakan keharmonian hubungan kaum dan agama.

Jika pilihan raya diadakan serentak, ini pasti dapat mengurangkan rakyat daripada sentiasa berpolitik. Mengadakan pilihan raya terlalu kerap dan rapat menyebabkan kempen terpaksa diadakan selang dua tahun, mengakibatkan tenaga dan sumber yang sepatutnya disalurkan untuk tujuan pembangunan dimanfaatkan untuk politiking.

Penulis ialah pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak

DAPATKAH POLITIK PERSEPSI BERTAHAN PADA PRU 13 ?

Posted: 08 Dec 2010 06:07 PM PST

Senario politik negara memperlihatkan persepsi banyak mempengaruhi pemikiran rakyat. Persepsi ini boleh berkait dengan individu ataupun institusi. Apa yang terbentuk dalam pemikiran selalunya diterjemahkan dalam bantuk sikap dan perilaku.

Realiti persepsi ialah ianya tidak semestinya benar. Ia mungkin setakat tanggapan terhadap seseorang yang belum pasti kesahihannya. Namun sifat ketidakpastian persepsi tidak sangat mempengaruhi tahap keyakinan berhubung dengan apa yang didengar, apa yang dilihat dan apa yang dibaca. Hebahan dan penyebarannya secara berulangkali akan mengukuhkan lagi persepsi yang sudah terbentuk.

Politik persepsi sebagai suatu keadah mempengaruhi pemikiran rakyat nampaknya semakin popular di kalangan orang-orang politik di negara ini. Tak kira apa parti pun, kaedah ini dipercayai akan terus digunakan terutamanya menjelang sesuatu pilihamraya kecil ataupun peilihanraya umum. Suatu hakikat yang perlu diterima, perubahan landskap keputusan pilihanraya umum yang lalu banyak dipengaruhi oleh senario persepsi ini.

Pertembungan politik menjadikan udara politik Malaysia dipenuhi dengan isu-isu dan agenda yang menjadi aliran perdana cara berfikir rakyat. Perkara-perkara yang kecil pun sekarang dipolitikkan untuk mencipta persepsi.

2. Persepsi rakyat terhadap BN adalah orang-orang BN umumnya sebagai kaki gaduh , kumpul harta , tikam belakang, ugut, berebut jawatan, memperkudakan institusi-institusi seperti SPR, SPRM, polis dsb, akhbar, mahkamah, bank, singkirkan orang bijak, politik wang, memilih melepak di lobi-lobi hotel dari berjama'ah di masjid/surau, fitnah menjadi lauk harian (lebih-lebih lagi di dalam media massa), gadai harta negara/rakyat, rasuah dsb.

3. Persepsi ini telah 'dicipta' bagi mensuburkan keyakinan masyarakat bahawa parti kerajaan hari ini tidak relevan dan perlukan pembaharuan. Media yang ada hari ini sangat membantu dalam menciptakan persepsi sebegini.

4. Keyakinan dan kepercayaan masyarakat jugak semakin tipis terhadap agensi kerajaan apabila agensi seperti Polis diperlekehkan malah dijadikan bahan jenaka dalam beberapa blog demi kelangsungan politik mereka. SPRM jugak tidak lepas dari diberikan persepsi negative ini.

5. Jika sebelum ini timbul persepsi bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikuasai, dikongkong dan di bawah telunjuk kerajaan. Tetapi apabila dalam pilihan raya umum lalu, rakyat menggunakan hak dengan memberi kemenangan kepada pembangkang di lima buah negeri, ia membuktikan persepsi berkenaan tidak betul.

6. Undi rakyat terhadap parti-parti pembangkang dipercayai bukanlah kerana kewibawaan pembangkang tetapi sebagai protes hasil daripada persepsi negatif itu.

7. Pilihan raya umum lalu telah membuka satu lembaran baru dalam landskap politik negara. Selain kita mengakui bahawa ada kelemahan-kelemahan dalam UMNO dan BN yang perlu diperbaiki, fenomena politik negara kini dipengaruhi oleh politik persepsi dan politik 'menakut-nakutkan'

8. Bukan mudah menguruskan politik persepsi sebenarnya. paling ketara ialah kejayaan Anwar memainkan isu Altantuya terhadap Dato' Sri Najib. Biarpun bersumpah dan penafian demi penafian dibuat, masih terdapat segelintir rakyat masih percaya bahawa Dato' Sri Najib terlibat dalam skandal Altantuya. Lebih malang lagi mereka ini hanya suka mendengar tetapi tidak suka mengkaji.

9. Sekarang kita dilanda fenomena politik persepsi, pembunuhan karektor dan politik menakut-nakutkan.Fikirkan betapa dahsyatnya politik persepsi ini.

10. Gejala persepsi ini tidak sihat dalam berpolitik seperti pembunuhan karaktor dan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin kita

11. fenomena politik menggunakan ICT ini berlaku di seluruh dunia dan kita harus mengkaji bagaimana hendak mempertahankan agama, identiti dan bahasa kita dalam berhadapan dengannya

12. Dalam berhadapan dengan situasi ini, pemimpin dan ahli UMNO dan BN harus menanganinya dengan berhemah dan tidak melatah. Mungkin 10 tahun lagi, kaedah lain pula wujud bagi menimbulkan persepsi dan ketika itu sama ada UMNO mampu bertahan atau tidak, ia terserah kepada ahli-ahlinya.

Persepsi negatif rakyat: Mampukah UMNO memperbaikkinya?

Membersihkan persepsi yang tercemar merupakan satu usaha yang jarang mendapat kejayaan didalam masa yang singkat. Seseorang yang tercemar imejnya memakan masa yang panjang untuk dilupakan oleh masyarakat walaupun seseorang itu sudah memperbaikki dirinya dari segala kesalahan dan noda.

Lama kelamaan masyarakat dalam kariah atau daerah dan negeri itu akan melupakan zaman sejarah silam yang buruk dan ditambah pula dengan kerja kebaikkan yang dilakukannya terhadap diri dan masyarakat sekelilingnya itu akan memadamkan segala prasangka buruk terhadap dirinya.

Begitu jugalah halnya dengan pertubuhan dan kepimpinannya. Jika pertubuhan dan kepimpinannya sudah dirobekkan imejnya maka ianya akan memakan masa yang sangat lama untuk memulihkan kembali keyakinan orang ramai terhadapnya. Pertubuhan politik tidak terhindar dari mengalami keadaan ini dan banyak pertubuhan politik dalam dunia ini jatuh kerana persepsi buruk rakyat yang mengundi didalam pilihanraya.

Persepsi buruk sesebuah parti atau pertubuhan politik itu tidak timbul dengan sendirinya. Buruk atau baiknya pandangan sesebuah parti itu adalah bergantung kepada pemimpin-pemimpin serta sikap ahli-ahli yang menganggotainya. Maksudnya disisni ialah sikap dan nilai perjuangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya yang memberikan persepsi yang baik atau sebaliknya dari rakyat jelata.

Sesungguhnya inilah masalah yang dihadapi oleh UMNO dan komponen yang berada didalamnya. Persepsi buruk seperti rasuah dan salah guna kuasa merupakan elemen yang telah menjejaskan UMNO dan BN sehinggakan parti pemerintah itu telah mendapat amaran yang begitu kuat dari dari rakyat dan telah hampir tersungkur didalam pilihanraya dahulu. Mujurlah Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) telah menyelamatkan keadaan dan BN mampu lagi memerintah kerajaan pusat walaupun dengan majoriti yang tipis.

Apabila kepimpinan negeri-negeri yang BN telah ditewaskan, usaha untuk kembali mendapat kepercayaan merupakan perkara yang amat getir dan sehingga sekarang belum lagi kita melihat kemajuan yang dicapai oleh pimpinan UMNO dinegeri-negeri tersebut. Ini adalah disebabkan oleh rakyat yang bertindak menolak mereka kerana sudah hilang kesabaran mereka melihat segala tindakkan pimpinan negeri-negeri tersebut yang semuanya diambil 'for granted' oleh pemimpin-pemimpinnya.

Apabila pimpinan yang membawa kejatuhan parti pemerintah itu juga untuk dijadikan ketua untuk merampas kembali negeri-negeri yang telah jatuh ketangan pembangkang itu, maka keberangkalian UMNO akan diterima kembali amatlah tipis. Kita mesti ingat rakyat menolak UMNO dinegeri-negeri tersebut kerana kepimpinannya, maka jika dipergunakan juga pemimpin yang sama untuk dipertanggungjawabkan untuk merampas kembali pemerintahan tindakkan itu merupakan tindakkan yang boleh dianggap silap dan penolakkannya akan terus menerus dilakukan oleh rakyat.

Sekarang ini pun masih ada kepimpinan negeri yang tidak dihormati ramai tetapi UMNO masih tidak mahu membesarakan mereka kerana permainan politik ampu mengampu yang tidak terbatas. Semua orang mempunyai persepsi yang Negeri Sembilan dan Pahang perlukan bayangan yang Pengerusi Perhubungan mereka wajar dibesarakan tetapi UMNO masih berdegil dan rela mengambil risiko menghadapi kekalahan dalam pilihanraya yang akan datang.

Itu diperingkat negeri. Bagaimana pula diperingkat pusat pula? Formulanya sama. Kejatuhan banyak kerusi Parlimen merupakan indikasi jelas yang pimpinan kerajaan pusat itu lemah. Rakyat akan tetap melihat UMNO itu berkepimpinan yang lemah walaupun pemimpin utamanya telah meletakkan jawatan dan bersara.

Ini disebabkan orang yang mengambil alih itu adalah dari kumpulan pemimpin yang telah bersara itu dan pemimpin yang mewarisi kepimpinan lemah itu memang sepatutnya mengambil 'accountability' bersama. DS Najib merupakan pemimpin yang menjadi Timbalan kepada pemimpin yang bersara itu dan beliau wajar mengambil 'accountability' bersama. Begitu juga Muhyiddin Yassin, Muhyiddin adalah salah seorang jemaah kepimpinan yang ditolak walaupun beliau diterima dikawasan beliau diPagoh.

Saya memilih untuk menulis isu ini kerana dengarnya kita akan menghadapi pilihanraya umum tidak berapa lama lagi, maka isu persepsi rakyat yang mengundi itu amat penting untuk diperbaikki. Tetapi seperti yang diperkatakan tadi persepsi ini amat rumit untuk melalui pembaikkannya.

Selain dari rakyat menghadapi muka dan pemimpin-pemimpin yang sama, cakap-cakap tentang kegiatan rasuah dan salahguna kuasa masih lagi menjadi isu dimana-mana. Imej itu masih tidak mampu dibersihkan. Walaupun pimpinan sedang mencuba berbagai cara seperti mengumumkan berbagai bagai pelan pembangunan banyak diantara yang diumumkan dan dirancang untuk dilaksanakan telah mendapat tentangan rakyat yang ramai.

Contohnya rakyat menolak cadangan PM untuk membina Warisan Merdeka setinggi seratus tingkat ianya telah menjadi bahan kritikkan ramai. Jika membina bangunan tinggi-tinggi itu boleh menjamin kemenangan maka elok setiap kerajaan negeri membina bangunan seratus atau dua ratus tingkat dan seterusnya memenangi pilihanraya. Tetapi itu bukanlah keadaannya.

Ketinggian bangunan bukanlah modal yang baik untuk menjadikan UMNO dan BN terus menerus mendapat mandat rakyat. Yang penting ialah apa faedahnya yang didapati oleh orang ramai dan ketelusan pembinaan itu dari segi kos dan siapa yang mendapat faedah darinya. Tidak ada dalam dasar perjuangan UMNO untuk membina bangunan tpencakar langit. Yang ada ialah menyatukan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain seperti yang termaktub dalam Bab 3 perlembagaan parti.

Perlu diingat apa-apa juga cadangan pembangunan yang ingin dilakukan mesti pastikan yang rakyat tidak terhidu potensi berlakunya rasuah yang menggunakan wang rakyat yang keterlaluan. Sekarang rakyat sentiasa memerhatikan tidakkan pemimpin kerajaan kerana pengalaman yang sudah-sudah. Rekod penyalahgunaan kuasa yang keterlaluan dahulu menjadi igauan rakyat dan mereka tidak ingin lagi perkara-perkara seperti iu berulang kembali.

Terlalu banyak 'express project' yang besar-besar yang dilakukan oleh pimpinan lapan puluhan dahulu telah membuahkan budaya rasuah yang terancang dan sejarah kepimpinan Dr Mahathir pasti akan dihakimkan oleh 'magnitude' kegiatan rasuah dizamannya. Ramai orang mungkin tidak bersetuju tetapi jika sama-sama kita berusia panjang sama-samalah kita saksikan apa yang saya nyatakan ini berlaku.

Budaya buruk ini diwariskan kepada pemimpin-pemimpin seterusnya sehingga kehari ini. Semakain hari semakin berani saya menyatakannya kerana bukti-bukti kehancuran yang diwarisi oleh kerajaan yang rasuah sudah mula dilihat dan dirasakan oleh rakyat jelata amnya. Segala rancangan yang cantik dan molek yang diumumkan tidak mungkin dapat memperbaikki imej kerajaan kerana rata-rata rakyat tahu perlaksanaannya tidak akan serupa perancangan yang diumumkan kepada rakyat.

Banyak pihak ragu-ragu terhadap perlaksanaan segala rancangan-rancangan pembangunan itu. Amalan rasuah merupakan penyakit yang sukar dihapuskan kerana penyakit itu sudah terbiar sejak lebih dari dua dekad yang lalu dan telah merebak tanpa mampu dibatasi. Perancangan yang baik tanpa sistem 'delivery' yang baik tidak akan membawa apa-apa makna kepada rakyat dan negara. Justru rakyat tetap akan menghakimkan kepimpinan kita tidak berapa lama lagi.

Walaupun masa sudah tinggal sedikit kita masih mempunyai waktu untuk merobah imej dan persepsi parti dan kerajaan yang memerintah dengan melakukan perubahan yang 'structural'. Mahu tidak mahu UMNO dan BN wajib berwajah baru untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Tunjukkan kepada rakyat yang UMNO mempunyai kudrat untuk berubah dengan menampilkan 'facet' yang baru dengan kepimpinan yang diketuai oleh orang yang tidak berada didalam jemaah kepimpinan yang sedang diragui oleh rakyat. Pemimpin yang melakukan kesalahan dan kesilapan besar adalah mustahil untuk dipaparkan sebagai pimpinan yang baik.

Wajah baru wajib ada kepada UMNO. Kita terpaksa lakukan seolah-olah kita memulakan sebuah negara baru yang berbentuk politik yang baru yang diasaskan kepada perlembagaan negara yang kita ada. Jika pemilihan Perdana Menteri selama ini dilakukan mengikut 'convention' yang ada, iaitu Presiden UMNO menjadi PM, kali ini kita lakukan dengan memilih seorang ahli Legislative Melayu yang lain yang mendapat keyakinan majoriti Dewan Parlimen.

Insya Allah UMNO dan BN akan kembali sembuh seperti sediakala. Yang lebih baik lagi kita adakan 'unity government' yang mewakili setiap kaum dan parti seluruh negara.

Rakyat sebenarnya mahukan harapan baru untuk kemajuan pembangunan segala bidang dalam negara kita. Untuk menghilangkan persepsi yang buruk ini UMNO perlukan imej dan rupa bentuk kepimpinan yang baru yang agak asing dari apa yang kita lihat hari ini.

Jika ini dapat kita lakukan maka wajah yang baru ini akan mudah untuk diterima rakyat keseluruhannya. Tentunya ramai dan banyak pihak perlu melakukan pengorbanan. Jika ramai pemimpin terpaksa berundur dan bersara mereka mesti lakukannya dengan penuh kejujuran semata-mata untuk menyelamatkan UMNO dan BN pada masa yang akan datang. 'Anything less' akan membawa kehampaan untuk melihat UMNO it terus dihormati dan didukung rakyat.

Tiada ulasan:

Pengikut