Khamis, 9 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Cuti bersalin 90 hari : Syed Ali nasihatkan Shahrizat jangan terburu-buru

Posted: 08 Dec 2010 11:18 PM PST

CADANGAN supaya cuti bersalin selama 90 hari diselaraskan ke sektor swasta dilihat tidak relevan dan dikhuatiri akan menimbulkan kurang senang di kalangan peneraju sektor tersebut, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ini katanya, sektor swasta lebih mengutamakan tahap produktiviti dan perkhidmatan secara langsung dengan pengguna dalam usaha mereka meningkatkan keupayaan perniagaan.

"Berbeza dengan sektor kerajaan yang lebih menjuruskan kepada mutu perkhidmatan awam manakala bilangan kakitangannya pula adalah terlalu ramai," katanya.

Sebaliknya kata beliau, sektor swasta pula cuba mengoptimunkan jumlah tenaga pekerja tetapi tetap menekankan kepada aspek produktiviti yang cekap.

"Mereka lebih mengutamakan kepada keuntungan perniagaan dengan jumlah kos tenaga pekerja yang sedikit," katanya.

Oleh sebab itu beliau berpendapat, majikan di sektor swasta akan mengalami kerugian daripada segi tenaga kerja apabila cuti bersalin dipanjangkan kepada 90 hari.

Apabila situasi ini berlaku katanya, kemungkinan akan timbul perasaan tidak puas hati dan kecewa di kalangan peneraju sektor swasta terhadap dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Penerajui atau ketua mereka sama ada daripada kaum Melayu, Cina atau India tidak mustahil akan membenci kerajaan dan akan bertindak balas akibat daripada dasar tersebut," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan majikan di sektor swasta akan mengambil kesempatan untuk menghalang pekerja lelaki daripada keluar mengundi dengan alasan tenaga pekerja berkurangan akibat cuti bersalin yang terlalu panjang.

Menurutnya, kemungkinan juga akibat keputusan yang terburu-buru itu, majikan tersebut akan lebih cenderung memihak kepada parti-parti pembangkang.

"Jika ini berlaku pada Pilihan Raya Umum akan datang, apakah tidak mungkin kesannya juga akan terkena kepada UMNO dan BN," soal beliau lagi.

Justeru itu jelas beliau, cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya cuti bersalin 90 hari diselaraskan kepada sektor swasta dilihat belum lagi sesuai buat masa sekarang.

"Saya minta kementerian berkenaan jangan terburu-buru mahu kerajaan luluskan cadangan tersebut, banyak implikasi yang harus difikirkan terutama apabila membabitkan tenaga kerja di sektor swasta," tegasnya.

Semalam, Shahrizat dilaporkan sebagai berkata pihaknya akan meminta Kementerian Sumber Manusia meminda Akta Pekerjaan 1955 bagi memastikan pekerja wanita di sektor swasta menikmati jumlah cuti bersalin yang sama seperti sektor awam.

Rahsia dalam tangan DAP; Anwar sanggup ikut telunjuk Kit Siang

Posted: 08 Dec 2010 08:18 PM PST

JANJI Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan setakat menghina orang Melayu, tetapi secara jelas beliau mengamalkan rasuah politk.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Anwar terbukti merasuah Kit Siang untuk menarik sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Hayat politik Anwar semakin nazak sehingga terpaksa melakukan rasuah untuk menarik simpati pengundi Cina dengan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Kit Siang," tegasnya.

Sambil menyifatkan perlakuan Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai tidak bermoral, beliau menjelaskan perbuatan tersebut bukan budaya orang Melayu.

Beliau berkata, orang Melayu yang berpekerti mulia dan sayangkan tanahairnya tidak tergamak untuk mengkhianati masa depan serta maruah bangsanya sendiri.

"Sebaliknya Anwar sanggup mengkhianati aspirasi ketuanan Melayu dengan terus bersubahat dengan DAP, parti rasis yang sentiasa mempertikai kewajaran ketuanan Melayu dan raja-raja Melayu," uajrnya.

Dalam hubungan ini, Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menyifatkan Anwar sanggup mengikut telunjuk DAP kerana kemungkinan ada 'rahsia besar' di antara mereka.

Katanya, kemungkinan Kit Siang dan Karpal Singh menyimpan rahsia Anwar yang menyebabkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sentiasa patuh dan tunduk kepada kehendak DAP.

Sebagai contohynya jelas beliau, Anwar sanggup berdiam diri ketika pemimpin DAP mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan cuba mengheret Sultan Perak ke mahkamah.

"Barangkali kerana takut rahsia tersebut didedahkan oleh Kit Siang dan Karpal Singh, Anwar juga dilihat sanggup menyisihkan PAS dalam banyak perkara termasuk dalam isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri," katanya.

penyokong PAS mula 'benci' kepada Anwar

Daripada maklumat yang diperolehi kata Syed Ali, penyokong PAS terutama di Terengganu, Kelantan dan Kedah mula timbul perasaan 'benci' kepada Anwar.

Katanya, alasan spontan yang diberikan ialah : " kenapa Anwar sanggup mempersendakan Ustaz ( Haji) Hadi dan lebih mengutamakan Kit Siang, pemimpin kafir yang anti Melayu ?

Menurutnya, perkembangan itu menunjukkan orang Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) semakin sedar bahawa selama ini mereka telah diperbodohkan oleh Anwar atas 'bimbingan' Kit Siang.

Beliau turut mengulangi gesaannya kepada kerajaan supaya menyiasat daripada mana Anwar memperolehi sumber kewangan sehingga mampu berbelanja besar terutama membiayai sekumpulan peguambela termasuk peguam pemerhati dalam perbicaraan kes liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari.

Tiada ulasan:

Pengikut