Khamis, 18 November 2010

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MENGAPA UMAT ISLAM TIDAK BOLEH BERSATU?

Posted: 17 Nov 2010 09:48 PM PST

Agenda politik sepatutnya sekadar dijadikan landasan dalam menentukan pemimpin yang memerintah dan bukannya bagi memecahbelahkan bangsa kerana akhirnya yang akan menerima implikasi adalah orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras melihat keperluan penyatuan antara UMNO dengan Pas tanpa dibayangi sebarang agenda politik untuk kepentingan ummah di negara ini. Perpaduan di kalangan umat Islam adalah dituntut di dalam Islam dan al-Quran sendiri ada menyebut soal berkenaan selain menyuruh masyarakat Islam mengelakkan perpecahan.

Kenapa kita begitu angkuh mengingkari apa yang dituntut dan apa yang ditegah oleh Allah s.w.t semata-mata berlainan ideologi politik. Nampaknya politik telah membataskan perpaduan Islam sejagat.

Apakah kita tidak takut kepada "bala" yang akan menimpa satu hari nanti. Masyaallah…Kenapa ini semua terjadi dan tidak dijadikan panduan oleh mana-mana pihak dalam membuat keputusan dalam soal perpaduan ummah hari ini.

Pelbagai pihak memberikan maklum balas positif agar umat Islam bersatu di bawah satu payung dan untuk itu, UMNO dan Pas yang merupakan parti politik Melayu terbesar di negara ini mencari jalan ke arah penyatuan itu.

Bagi kepimpinan UMNO, mereka tidak mempunyai sebarang masalah, malah Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan kesediaan ke arah itu demi kepentingan semua pihak. Namun bagi kepimpinan Pas, mereka melihatnya secara sinis, malah ada kepimpinan mereka memperli keperluan tersebut dengan melemparkan pelbagai tohmahan semata-mata atas faktor ideologi yang berbeza serta kisah-kisah silam dan sebagainya.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mahu umat Islam tanpa sebarang latar belakang politik duduk semeja bagi membincangkan kepentingan ummah di meja bulat. Bukankah kita umat Islam berkiblatkan satu "hala" iaitu Makkatul Mukarramah dan sama-sama mengakui umat Nabi junjungan besar Muhammad s.a.w. Kenapa kita tidak boleh bersatu.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, berdoa dan berharap sangat-sangat agar perkara ini menjadi realiti dan menjadi satu titik sejarah kepada umat Islam di negara ini.


Tiada ulasan:

Pengikut