Apo Kono Eh Jang! |
Julia Gillard Puji, Anwar Sakit Hati Posted: 18 Nov 2010 01:49 AM PST Panas dan terbakar hati Anwar bila Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden. Anwar yang dikenang sebagai orang yang menentang penubuhan negara Islam di Malaysia, memang pantang bila negara luar macam Australia memuji Malaysia sebagai negara Islam berjaya. Berjaya satu hal, negara Islam satu hal lain, maklum, Anwar kan sependapat dengan DAP bahawa negara ini adalah negara sekular. Penulis secara peribadi memandang ada perubahan dalam pentadbiran Datuk Seri Najib yang tidak segan untuk menyanggah komen tidak berasas ketua pembangkang dengan sinikal-sinikal yang memberi kesan. Pemilihan 'sumbang' memang tepat dengan saat dan ketika sebab Anwar bukan saja suara sumbang, perlakuan seksnya pun ada sumbang. Dibanding dengan pentadiran dulu, pendekatan Datuk Seri Najib ini memang perubahan yang diharapkan kembali setelah sepi selama 5 tahun pada satu ketika. Kita harap Datuk Seri Najib dapat meneruskan pendekatan ini bila berhadapan dengan pembangkang. Anwar mengharapkan pentadbiran Julia Gillard sama dengan Paul Keating yang dulu pernah mendesak kerajaan Malaysia untuk membebaskannya dari penjara. Tapi Australia turut sama dengan kebanyakkan komuniti antarabangsa lain yang enggan masuk campur dalam hal pendakwaan Anwar kali ini, tidak terkecuali Amerika yang menjadi kiblat kerajaan Australia. Anwar dalam lawatan menghasut pemimpin negara luar untuk membenci Malaysia – negaranya sendiri. Kita belum soal lagi mana perbelanjaan dapat untuk menampung lawatan ini. Asyik pergi luar negara saja, hasilnya takde. Oleh: Adamyan |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan