Khamis, 18 November 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


'Anwar sepatutnya diusir keluar dari negara ini' - Syed Ali

Posted: 18 Nov 2010 12:04 AM PST

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengkhianati Perlembagaan Negara yang menzahirkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

"Anwar mempertikaikan pengiktirafan negara asing terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden, kenapa dia susah hati sangat ? inilah sebenarnya sifat petualang bangsa," tegasnya.
Katanya, apabila dunia telah mengiktirafkan Malayasia sebagai sebuah negara Islam moden, ianya merupakan penghargaan kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, soal Islam moden atau sebaliknya bukan persoalan kerana Islam itu sejagat dan sesuai untuk setiap masa kepada seluruh umat manusia.

"Tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan besar kepada negara dan umat Islam, maka ssebagai pengkhianat, beliau sepatutnya diusirkan keluar daripada negara ini," tegasnya.

Katanya, Penasihat Umum Parti Keadilan (PKR) itu sendiri sudah membayangkan secara jelas bahawa beliau tidak serasai berada di negara ini.
"Apa sahaja yang kerajaan lakukan adalah tidak baik kepada Anwar, malah beliau telah melemparkan pelbagai pembohongan dan fitnah memburukkan negara, maka orang seperti ini sepatutnya ditarik balik kerakyatannya," ujar beliau.

Sambil menyifatkan Anwar seperti 'ikan belukang' yang menelan apa sahaja didepan mata bagi mengenyangkan perutnya, Syed Ali berkata penghinaan itu juga akan memberi persespsi negataif bukan Islam terhadap agama Islam.

Katanya, ikan belukang kebiasaannya suka bermain di bawah jamban yang dibina di sungai dan akan hanya timbul dipermukaan apabila ada sesuatu yang boleh di makan.

"Perangai ikan belukang ini samalah dengan Anwar, yang sanggup lakukan apa sahaja untuk agenda politik termasuk menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden," tegasnya.

Syed Ali mendakwa, perlakuan politik Anwar sememagnya tidak sesuai dengan citarasa rakyat negara ini dan ajaran agama Islam.

"Dia sanggup menafikan Malaysia negara Islam kerana bimbang agendanya untuk terus mendapat simpati dunia Barat tidak akan kesampaian," katanya.

Untuk mencapai cita-citanya itu kata beliau, Anwar tergamak mengeluarkan pandangan bertentang dengan pendapat dunia Islam terhadap negara ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar mempertikaikan Malaysia sebuah negara Islam moden dalam satu temu bual oleh Sky News Australia kelmarin dalam usaha beliau mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwatnya gagal.

Anwar mengeluarkan kata-kata keji itu untuk memujuk Perdana Menteri Australia, Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas alasan mengamalkan rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Menurut Syed Ali lagi, perbuatan Anwar itu bukan setakat penghinaan kepada negara ini, malah sama perangai Si-Kitol yang bersubahat dengan Portugis meruntuhkan kerajaan Melayu Melaka.

"Inilah perbuatan buruk yang dilakukan Anwar, dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk bersubahat dengan kuasa asing untuk meruntuhkan amalan demokrasi di negara ini," tegasnya.


1 ulasan:

Abu Idris berkata...

Janganlah mengutamakan pengiktirafan Negara Islam daripada makhluk yang serba lemah.

Sebaiknya utamakanlah pengiktirafan Negara Islam dari Allah Yang Maha Berkuasa ke atas makhluk-makhluknya.

Tidak selayaknya dinamakan Negara Islam jika hukum-hukum dari Allah sengaja diabaikan berbanding hukum-hukum Lord Reid yang lebih diutamakan.

Pengikut