Selasa, 2 November 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Awas nyamuk-nyamuk kecil bunyi macam-macam – Shabery

Posted: 02 Nov 2010 12:01 PM PDT

Kalau ada penduduk di Batu Sapi merasakan mereka susah, sebenarnya ada lagi rakyat negara ini yang lebih susah.

Menjadi orang kaya pula kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek bukan beerti mereka senang malah ada dikejar bank kerana berhutang.

Sebab itu nasihat beliau kepada penduduk di Batu Sapi, walaupun tinggal di rumah kurang baik, mereka masih boleh nikmati hidup dan tidur yang lena.

"Di sini kita senang tidur dan pagi-pagi bangun badan sihat kerana tiada hutang. Belum tahu, kalau tinggal di rumah batu kita boleh senang, ada kena kejar dengan bank atau ah long" katanya.

Bercakap ketika program ramah mesra dengan penduduk Kampung Sundang Laut di Batu Sapi, beliau meminta pengundi jangan terpengaruh cakap-cakap pembangkang yang menghina penduduk di sini dengan mengatakan semuanya hidup susah.

"Masa sekarang banyak nyamuk-nyamuk kecil ganggu di telinga. Bunyi macam-macam. Mereka mahu pecah belahkan dan hasut rakyat benci kerajaan," katanya.

Katanya, jika rakyat berpecah, kumpulan ini yang untung.

Menurut Shabery, jika mahukan masa depan yang lebih baik, penduduk Batu Sapi perlu menyokong calon Barisan Nasional Datin Linda Tsen Thau Lin.

"Kementerian boleh memberi peruntukkan untuk aktiviti belia dan remaja di sini asalkan surat permohonan datangnya dari wakil rakyat BN," ujar Shabery lagi.

Beliau menyatakan puashati kerana sepanjang perjalanan beliau di kawasan itu, banyak rumah ditampal poster BN tanda terima kasih kepada kerajaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Banjir: Pelajar maut, lapangan terbang ditutup

Posted: 02 Nov 2010 08:52 AM PDT

PADANG TERAP, 2 Nov – Seorang pelajar tingkatan satu mati lemas selepas terjatuh semasa dia sedang memancing di sebuah sawah yang ditenggelami air di Kampung Charok Bongor di sini petang ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semasa Mohd Zaki Amani Shaari, 13, sedang memancing bersama abangnya.

"Keadaan sawah yang ditenggelami air lebih lima meter menyebabkan Mohd Zaki tidak dapat diselamatkan oleh abangnya selepas dia tergelincir," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mayat Mohd Zaki dijumpai oleh orang kampung kira-kira pukul 6.20 petang semasa warisnya sedang membuat laporan mengenai kejadian itu di balai polis.

"Mayat Mohd Zaki ditemui oleh orang kampung berhampiran tempat dia jatuh," katanya dan menambah mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, tiga penerbangan yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di sini pada petang dan malam ini, dibatalkan ekoran lapangan terbang itu terpaksa ditutup akibat air naik sehingga ke landasan.

Ketua Unit Operasi LTSAH Abdul Rashid Md Yusob berkata, air naik ke landasan itu akibat limpahan banjir dari kawasan berhampiran.

"Ketiga-tiga penerbangan itu melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, AirAsia ke Kuala Lumpur dan FireFly ke Subang (Selangor)," katanya.

Katanya, empat penerbangan yang dijadual akan berlepas pagi esok turut dibatalkan manakala penerbangan sebelah petang bergantung kepada keadaan.

Jadual pagi esok melibatkan dua penerbangan pesawat MAS ke Kuala Lumpur, satu pesawat AirAsia ke Kuala Lumpur dan satu pesawat FireFly ke Subang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NIK AZIZ BERI GERAN TANAH PALSU MENIPU ORANG ASLI

Posted: 02 Nov 2010 04:25 AM PDT

1. Selepas merasuah Ringgit Malaysia untuk membeli undi Orang Asli, Nik Aziz sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk apabila mengeluarkan geran tanah palsu kepada Orang Asli Sandrop.

2. Nik Aziz mengunakan kuasanya sebagai Menteri Besar, mengarahkan Pejabat Daerah dan Jajahan Gua Musang mengeluarkan geran tanah kepada mereka yang terlibat. Jadi geran yang dikeluarkan pada hari ini apa statusnya??? PALSU ATAU TULEN?????

3. Persoalannya, KENAPA SEKARANG??? Mengapa tidak diselesaikan isu geran ini lama dahulu??? Di mana kepimpinan PAS Hamba DAP Komunis ketika rakyat memerlukannya???

4. Lagi satu, adakah janji Nik Aziz kali ini boleh dipercayai??? Sampai bila dia mahu menafikan hak Orang Asli ini???

5. Ternyata PAS Hamba DAP Komunis ini tidak ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat. Bila tiba masa terdesak begini barulah terhegeh-hegeh untuk mencari simpati rakyat.

6. Sudah sampai masa untuk rakyat Kelantan berubah. UNDILAH BARISAN NASIONAL!!!
 


 

JPX



 

HANGAT: GAMBAR NIK AZIZ BERI RASUAH DI SANDROP

Posted: 02 Nov 2010 01:02 AM PDT



1. Nik Aziz yang kononya seorang alim ulama telah dikesan memberi rasuah di Perkampungan Orang Asli Sandrop.

2. Dalam siri kempennya, Nik Aziz tidak segan silu menghulurkan Ringgit Malaysia untuk memastikan kumpulan orang asli di sana mengundi PAS.

3. Selain itu, Nik Aziz juga berjanji untuk menyelesaikan isu tanah yang telah tertangguh sekian lama.

4. Gambar yang disertakan jelas menunjukkan Nik Aziz menghulurkan Ringgit Malaysia kepada orang asli bagi membeli undi mereka!!! PAS semakin terdesak di DUN Galas. Tuan Guru main rasuah, calon pula PENZINA!!! KLIK LINK INI UNTUK GAMBAR >>> http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2010/11/hangat-gambar-nik-aziz-beri-rasuah-di.html

4. NIK AZIZ WAJIB BERTAUBAT!!!

 

JPX


Ku Li Pemimpin Kami Bukan Pengkhianat – Bidin Ronggeng

Posted: 02 Nov 2010 12:36 AM PDT

Gua Musang, 2 Nov – Masyarakat Orang Asli hari ini menafikan dakwaan yang  mengaitkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengkhinat kepada kaum berkenaan sebaliknya  Ketua UMNO Gua Musang itu merupakan "lagenda" kepada mereka.

Ketua Kampung Pos Sawai, Bidin Ronggeng berkata mereka yang menuduh dengan dakwaan sedemikian merupakan mereka yang tidak tahu sejarah dan mempunyai agenda politik untuk memburuk-burukkan Ahli Parlimen berkenaan.

Menurut beliau Ku Li merupakan seorang pemimpin yang  begitu komited dan  prihatin serta cakna kepada kaum berkenaan semenjak dulu dan masih tidak berubah hingga ke hari ini.

"Ku Li pemimpin kami. Ku Li banyak bantu kami. Berbanding kerajaan negeri, Ku Li lah pemimpin yang selalu bertanya khabar serta mengambil berat akan keperluan serta pembelaan terhadap kami.

Kenapa dakwaan pengkhianat ini timbul ketika pilihan raya kecil ini.  Susah dan senang Ku Li tetap bersama kami. Bagi kami, Ku Li merupakan pemimpin yang akan kami kenang sepanjang hayat.," katanya.

"Ku Li pemimpin kami. Ku Li banyak bantu kami. Berbanding kerajaan negeri, Ku Li lah pemimpin yang selalu bertanya khabar serta mengambil berat akan keperluan serta pembelaan terhadap kami.

Pas mendakwa Tengku Razaliegh melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah orang asli semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai UMNO.

Beliau seterusnya melahirkan kehairanan kenapakah perkara itu ditimbulkan hari ini sedangkan Pas yang mempuyai kuasa kerajaan negeri boleh menyelesaikan soal berkenaan dalam tempoh yang singkat.

"Kita ada angkat permohonan hak milik tanah beberapa kali namun sehingga hari ini sunyi sepi. Jangan kaitkan orang lain untuk menutup penindasan mereka. Itu hanya lakonan semata-mata," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS pertahan tindakannya beri 'duit tambang'

Posted: 01 Nov 2010 11:19 PM PDT

PAS mempertahankan tindakannya beri 'duit tambang' kepada pengundi luar DUN Galas, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggapnya satu perbuatan sogokan.

Pengarah pilihan raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS sebenarnya berbuat demikian untuk membantu SPR meningkatkan peratusan keluar mengundi dalam pada 4 November nanti.

Beliau berkata demikian hari ini ketika mengulas kenyataan timbalan pengerusi suruhanjaya itu Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini yang berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Wan Ahmad pada Sabtu berkata, perbuatan tersebut menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Bercakap dalam sidang media di markas PAS hari ini pula Abdul Halim turut mengulangi bahawa langkah berkenaan adalah untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi.

"Kita dah baca undang-undang pilihan raya. Mereka sebut Seksyen 10 tapi tidak baca Seksyen 15. Ada kelonggaran (dalam peruntukan itu).

"Kita sebenarnya nak menolong (SPR). Kita hendak lihat lebih ramai orang keluar mengundi. Apa sebab kita hendak buat benda ini? Saya tak kenal seorangpun daripada pengundi luar ini.

"Lagipun ini semua akan dikendalikan oleh pihak ketiga, bukan kita (PAS)," katanya lagi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Pengikut