Selasa, 2 November 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


‘Anwar tidak akan bersara selagi dendam peribadinya terhadap UMNO belum berbalas’

Posted: 01 Nov 2010 08:07 PM PDT

"SELAGI dendam politiknya terhadap pemimpin UMNO belum berbalas, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berundur daripada politik," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, walaupun menyedari rakyat khususnya generasi muda hari ini menolak kehadirannya dalam politik, tetapi Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tetap meneruskan agenda peribadinya.

Menurutnya, dendam Anwar terhadap UMNO mula membara setelah disingkirkan daripada parti ketika kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan terbongkarnya skandal liwat.

"Beliau ketika itu sudah berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri, cuma satu langkah lagi berpeluang menjadi Perdana Menteri tetapi disingkirkan kerana skandal yang menjijikkan," tegasnya.

Bermula daripada itu katanya, Anwar rakus menyerang UMNO daripada setiap sudut dengan pelbagai propaganda dan siri pembohongan untuk membersihkan dirinya.

"Matlamat politik Anwar bukannya untuk kepentingan rakyat tetapi kerana dendam peribadinya terhadap UMNO, oleh sebab itu dia sanggup lakukan apa sahaja untuk menghancurkan kerajaan Barisan Nasional (BN)" katanya.

Menurut Syed Ali, Anwar hanya meneruskan saki-baki hayat politiknya dengan sengaja mencetuskan kecelaruan di kalangan masyarakat.

"Anwar tahu ketokohannya sebagai pemain politik sudah hancur akibat kes liwat kali keduanya tetapi kerana dendam, beliau tetap berlakon kononnya masih berwibawa," tegasnya.

Oleh sebab itu katanya, beliau sanggup menyerang peribadi pemimpin UMNO terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam usaha menagih simpati rakyat.

Syed Ali menambah, Anwar juga sanggup merelakan sekutu rapatnya dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP berterusan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Inilah sifat petualang bangsa yang sanggup melakukan apa sahaja kerana dirasuk oleh perasaan dendam terhadap UMNO," ujarnya.

Beliau juga menyifatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai badut yang dipergunakan oleh DAP untuk dipertontonkan di khalayak ramai.

Katanya, DAP terpaksa menjadikan Anwar sebagai badut dengan harapan orang Melayu akan menyebelahi perjuangan mereka dan sekaligus menolak UMNO.

Beliau mengulas saranan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin yang mahukan Anwar bersara daripada dunia politik kerana banyak rentaknya dilihat semakin tidak seimbang.

Asri dipetik sebagai berkata Anwar perlu menerima hakikat bahawa zamannya akan menyusur pergi dan tidak mungkin generasi baru akan terus bertahan untuk melihat reka bentuk cerita politik yang sama.

Menurut Syed Ali lagi, Anwar sebenarnya bukan merupakan ancaman besar kepada UMNO dan BN terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Seperti umum mengetahui Anwar bukannya tokoh hebat yang perlu digeruni malah masyarakat menolak beliau kerana halatuju politiknya banyak memecahbelahklan perpaduan rakyat," katanmya.

Tiada ulasan:

Pengikut