Rabu, 13 Oktober 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


2 minggu selesai konflik Indonesia-M'sia; Anwar buat lawak bodoh - Syed Ali

Posted: 12 Oct 2010 08:57 PM PDT

"LAWAK bodoh dan kenyataan pemimpin hilang pedoman", itu reaksi Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa boleh selesaikan konflik Indobnesia- Malaysia dalam masa dua minggu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, kenyataan Anwar berupa cerita dongeng yang terlalu sukar untuk diterima oleh rakyat yang berfikiran waras.
"Rumah tangga sendiri tunggang terbalik dengan pelbagai sampah dan najis politik, inikan pula cuba buat kenyataan yang tidak masuk akal," tetgasnya.

Sebaliknya kata beliau, Anwar sepatutnya terlebih dahulu membetulkan segala kepincangan dan keburukan yang sedang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada bercakap mengenai isu yang tidak munasabah.

"Hubungan Indonesia-Malaysia tiada masalah, cuma sedikit kekecohan dilakukan satu kumpulan kecil yang menerima upah daripada pihak tertentu, apa yang Anwar mahu selesaikannya," ujar beliau.

Syed Ali menempelak Anwar kerana sibuk bercakap perihal isu negara sedangkan dirinya sendiri masih dibelenggu pelbagai masalah kepimpinan dan moral seperti kes liwat.

"Anwar tidak ubah seperti ayam jantan yang mengejar ayam betina, berkokok berdegar-degar keliling kampung tetapi ekor sendiri dipenuhi najis," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa pertikaian dan masalah Indonesia-Malaysia boleh diselesaikan segera jika beliau menjadi Perdana Menteri sepetrti disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.

Anwar menegaskan beliau hanya memerlukan dua minggu sahaja untuk mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku membabitkan kedua-dua negara.

Dalam wawancara dengan setesen televisyen TVOne di Jakarta semalam, Anwar dengan angkuh mendakwa beliau lebih memahami sistem pemerintah di Indonesia kerana mendokong demokrasi berbanding pihak pemerintah Malaysia.

"Lawak bodoh Anwar ini sama dengan cerita tukang sapu jalan yang memberitahu orang ramai bahawa beliau boleh mencipta sebuah lori sampah dalam masa sebulan," kata Syed Ali lagi.

Menurutnya, kenyataan Anwar itu bukan perkara baru kerana beliau semengnya teruja untuk mengecam negara sendiri di luar negeri, sepertimana perlakuan bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush terhadap Saddam Hussein di Iraq.

"Itulah kerja khaianat Anwar memburukkan pemimpin negara ini dalam usaha beliau mengemis ehsan dan simpati negara luar supaya niatnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai," tambahnya lagi.

Katanya, Anwar sepatutnya terlebih dahulu mencari formula bagaimana untuk memulihkan imej PKR yang diselubungi pelbagai kepincangan, keburukan dan turut dianggotai oleh mereka yang berkelakuan samseng serta tidak ada etika berpolitik.

Beliau menyebut contoh bagaimana budaya baling kerusi, bertumbuk, membuang kertas undi dan bermasam-macam lagi perlakuan ala-samseng masih berlaku dalam parti itu.

Syed Ali juga mendakwa Anwar sanggup mengkhianati amanah rakyat apabila sengaja melarikan dri daripada persidangan Parlimen yang sedang berjalan.

"Dia sanggup lari daripada Parlimen untuk pergi ke Jakarta, dua kali dalam masa dua minggu. Apa motif beliau? apakah untuk mengumpul dan mengupah pihak tetrtentu supaya melakukan tunjuk perasaan anti-Malaysia?," soal beliau.

Menurutnya lagi, Anwar juga boleh disifatkan sebagai 'Raja Muslihat' kerana apabila bersambungnya perbicaraan kes liwat, beliau cuba cari helah untuk tangguhkan dengan alasan bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

"Ini cerita apa ? bila ada persidangan Parlimen dia lari ke Indonesia, apabila sambung pula bicara kes liwat, cari helah untuk tangguh. Cakap putar belit yang memberi gambaran Anwar semakin hilang pedoman," tegasnya.

Oleh kerana itu tegasnya, pihak mahkamah perlu mengambil kira dengan pelbagai helah dan muslihat yang sedang dilakukan Anwar bagi memastikan proses perbicaraan tidak ditangguhkan lagi.

Syed Ali juga melahirkan rasa hairan kenapa cerdik pandai dalam PKR masih lagi menjadi 'keldai politik' kepada Anwar yang jelas merupakan pengkhianat dan pembohong besar dalam sejarah politik tanahair.

"Dalam PKR, ada bekas menteri, ada peguam hebat, ada ceridik pandai, ada usahawan, ada guru dan tidak kurang juga ada kaki samseng, tetapi kenapa mereka masih sanggup diperbodohkan oleh Anwar,?

Sehubungan itu, beliau menyeru penyokong-penyokong PKR yang berfikiran rasional supaya segera meninggalkan PKR kerana haluan parti tiu sudah menemui jalan penghujungnya.

Tiada ulasan:

Pengikut