UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN |
Apabila Peguam menjadi ANJING Anwar Posted: 13 Oct 2010 08:15 AM PDT Lihatlah dan sedarlah berapa ramai Ahli Parlimen Pembangkang yg menjawat jawatan PEGUAM? Memang zaman akhir zaman akan wujud golongan fasik:-peguam yang menegakkan kebatilan. Dan sesungguhNya Allah Maha Kaya membuka mata dan hati kita melihat siapakah ANWAR sebenarnya. Para PEGUAM ni, tidak ubah seperti ANJING belaan ANWAR. Menyalak apabila kedudukan BOSS nya diganggu-gugat. Baik bubar sahaja MAJLIS PEGUAM yg terang-terang BUTA HATI dan BUTA MATA melihat kebenaran. Wee sahkan akuan bersumpah pertama Rahimi tidak babitkan PM dan isteri... Kenapa akuan bersumpah pertama yang ditandatangi Muhd Rahimi Osman, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu boleh hilang? "Ini pelik," kata Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong sambil mendakwa ujud skandal dan konspirasi dalam (PKR berhubung akuan bersumpah yang ditandatangani Rahimi bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Malah bekas pemimpin PKR itu turut kecewa kerana Ketua Penerangan parti itu Latheefa Koya cuba mengaitkannya dalam isu tersebut sedangkan beliau hanya terlibat dalam akuan bersumpah pertama Rahimi sebagai Pesuruhjaya Sumpah. Katanya, akuan bersumpah yang ditandatangani Rahimi padal awal pagi 29 Jun 2008 tidak mengaitkan mana-mana pihak berhubungan laporan liwat yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan. ""Saya boleh katakan 100 peratus dalam akuan bersumpah pertama yang dikatakan oleh pihak tertentu telah hilang, kandungannya tidak menuduh sesiapa terlibat dalam laporan polis Mohd Saiful. "Ia hanya mengenai perasaan takut (Rahimi) pasali keselamatannya, hanya tentang itu. Sebab itu saya terkejut, mengapa dalam akuan bersumpah kedua ada menyatakan Perdana Menteri terlibat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu. Beliau percaya, keujudan akuan bersumpah kedua kerana ada motif tertentu yang tidak berpuashati dengan akuan bersumpah pertama yang dibuat oleh Rahimi. Menurut Wee, beliau tidak terbabit dengan akuan sumpah ke dua. "Saya amat kecewa apabila Latheefa libatkan saya. Dari awal lagi saya tak mahu campur tangan dalam skandal ini sebab saya tahu bahawa (motif) akuan bersumpah kedua ini merupakan skandal dan konspirasi untuk mencemarkan imej pihak tertentu. "Ia hanya untuk tujuan politik, Latheefa ini saya anggap seperti seorang budak politik tak matang, dia mungkin dalam keadaan terdesak untuk membebaskan diri sendiri daripada kemungkinan didakwa oleh polis atau peguam negara mengenai akuan bersumpah (kedua) yang didakwa Muhamad Rahimi sebagai palsu," katanya. Menceritakan mengenai situasi pada malam 28 Jun 2008 semasa beliau hadir di Hotel Quality Shah Alam, Muhamad Rahimi dibawa masuk ke salah satu bilik di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa orang individu. Menurut Wee, beliau kemudiannya dibawa bertemu dengan Anwar bagi mengadakan perbincangan di dalam bilik lain selama lebih kurang satu jam. "Apabila Muhamad Rahimi keluar, beliau diminta menandatangani satu akuan bersumpah dalam bahasa Malaysia. Masa itu lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi pada 29 Jun. "Ketika itu saya nampak Muhamad Rahimi dalam keadaan gementar dan tertekan," katanya. Minggu lalu Muhamad Rahimi membuat laporan polis mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 berhubung kes liwat Anwar, Satu lagi akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri. Sehubungan itu, Wee berhasrat mendedahkan kandungan surat bersumpah pertama Rahimi yang beliau dapat mencari dokumen itu yang diyakini masih ada dalam simpanannya. Dalam pada itu, Wee juga mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan akuan bersumpah sehingga jadi alat politik. Seorang lagi bekas pembantu dedah tembelang Anwar... Selepas seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim – Rahimi Osman baru-baru ini membuat laporan polis menafikan kandongan akuan bersumpah mengenai kes liwat yang ditandatanganinya pada tahun 2008 – hari ini muncul seorang lagi bekas pembantunya – Rasid Rosdi mendedahkan perkara serupa. Beliau membuat laporan polis di IPD Shah Alam tengahari Rabu mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah berhububung kes yang sama. Rasid mengaku mengenali Anwar semenjak berada di dalam penjara di Sungai Buloh dan kemudian bekerja sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat Ketua Umum PKR itu. Berikut ialah kenyataan penuh Rasid kepada media berhubung laporan polis yang dibuatnya: Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13/10/2010) di Balai Polis IPD Shah Alam. Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008. Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI. Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman. Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut. Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus. Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya. Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu. Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia. Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka. Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut. Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah. Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri. |
You are subscribed to email updates from UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan