Rabu, 13 Oktober 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


REHAT SEBENTAR : MARI BERGURINDAM.

Posted: 13 Oct 2010 03:36 AM PDT

an Segala anak Melayu Jangan Kau BUNUH

Melainkan DOSANYA DERHAKA Kerana segala

Anak Melayu itu Tanahmu Air dan Tanah Bangsa mu

Hormatilah Orang Berilmu Orang yang Setia pada Bangsa

Betapapun tidak setujunya Melayu hanya BESAR

pada Kebebasan Dengan Percaya ia BEBAS dan Besar

Laut dan Pantai Semenanjung ini Dipulau-pulau Riau,

Kedah dan PAHANG Kelang dan Muar ialah Tanah dan

Air Bangsamu Kau Besar dan Raja padanya Dipelabuhan kita

seluruh Dunia bertemu Bahasa kita difikirkan Adat Kita Akarnya

TERKINI : PAGAR YANG MAKAN PADI ?

Posted: 13 Oct 2010 03:01 AM PDT

Seludup manusia: 7 kakitangan imigresen ditahan di bawah ISA
13/10/2010 5:08pm

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sembilan individu membabitkan tujuh kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia dan dua warga asing, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mereka ditahan secara berperingkat-peringkat antara 10 dan 12 Okt lepas, di pelbagai lokasi.

"Penangkapan ini dibuat bagi membolehkan satu siasatan lanjut yang terperinci dijalankan, sekaligus membongkar dan mengekang tindak-tanduk sindiket terbabit.

"Pihak polis memandang berat terhadap kegiatan sindiket ini kerana aktiviti pembolosan yang dilakukan, telah menimbulkan persoalan terhadap tahap keselamatan di perbatasan negara," katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata, kegiatan sindiket itu bukan sahaja menimbulkan ancaman kepada negara, tetapi juga di rantau ini, khususnya melibatkan jenayah lain seperti pengganasan, penyeludupan senjata api dan dadah.

Bagaimanapun, Ismail enggan mendedahkan identiti mereka yang ditahan.

Menurut sumber yang dihubungi, kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 20 dan 50 tahun.

Beliau berkata, seorang daripada warga asing itu adalah dari Pakistan.

Katanya, polis masih meneruskan operasi mengesan mereka yang terlibat dalam jenayah itu, termasuk kakitangan lain dari Jabatan Imigresen. - Bernama

pandangan penulis : Teringat dulu ada yang suka ISA dimansuh ?

Terkini : Gula-gula PRU 13 DAP:Jangan terpedaya

Posted: 13 Oct 2010 02:53 AM PDT

kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung tawaran tiga gula-gula kepada rakyat untuk 'menawan' Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Tiga yang berkenaan ialah bayaran RM1000 dalam bentuk tunai setahun kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Menghapuskan amalan saman ekor yang menyenaraikan-hitamkan pemilik kenderaan dari memperbaharui cukai jalan dan membekalkan wifi percuma di seluruh negara.

Pandangan Penulis : Apa pula habuan kepada ahli DAP ?

LIVE - Temubual Bersama Tok Him - PAS Dalang Utama?

Posted: 13 Oct 2010 02:43 AM PDT

Kuala Lumpur 13 Oktober:
Gomo sekarang di Grand Seasons Cafe menemubual Dato Paduka Ibrahim Ali MP Pasir Mas yang pagi tadi hangat apabila di maklumkan Sultan Kelantan menarik balik Anugerah DMSK kepada beliau atas sebab sebab yang tidak di beritahu.

Tok Him menjelaskan bahawa beliau tidak kisah akan penarikan pingat tersebut kerana ketaatan dan akurnya pada Titah Sultan Kelantan melangkaui apa yang di tarik itu. Anugerah yang ada hanyalah pinjaman dan itu Hak Tuanku Sultan untuk menarik balik apa yang telah di anugerahkan.

Tungku Razali juga baru baru ini di tarik Timbalan Pengerusi Majlis Kerajaan Negeri dari Sultan Kelantan. Dan ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Itulah ketaatan kita orang Melayu pada Titah Sultan dan ianya tidak perlu di persoalkan.

Cuma yang menjadi kesedihan kepada kita apabila Pihak PAS telah memperalatkan Sultan Kelantan. Apakah Sultan Kelantan hanya untuk Ahli dan Pemimpin PAS sahaja?

Tok Him selaku Presiden PERKASA meminta kepada seluruh Ahli dan pimpinan Perkasa untuk tidak mempertikaikan apa yang berlaku di atas penarikan Balik Pingat DMSK ini. Tok Him masih mempunyai 2 pingat iaitu Gelaran Datuk dari Melaka dan Gelaran Dato Paduka dari Selangor.

Gomo ucapkan syabas dan Tahniah kepada Dato Paduka Ibrahim Ali atas semangat dan ketaatan beliau. Itulah pahlawan Melayu yang sebenar.

Tahniah kepada PAS dan Nik Ajis atas kejayaan parti anda ini. Rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia menilai dan memperhalusi apa tindakan anda ini. Tidak luak dek kami dalam perjuangan ini. Kerana...Perjuangan Belum Selesai!

Hang Tuah Di Hukum Bunuh Tapi Hang Tuah Tidak Mati. Dan Hang Tuah jugalah yang menyelamatkan Sultan.

Sumber : Papa Gom

Allahyarham Tun Ghafar Baba pun dapat pingat setelah pencen dari kerajaan.

"selamatkan Selangor" bukan gelombang kedua tapi opp tsunami?

Posted: 13 Oct 2010 02:40 AM PDT

Gelombang kedua 'Selamatkan Selangor' akan dilancar

SHAH ALAM 12 Okt. - Badan Perhubungan UMNO Selangor akan melancarkan gelombang kedua program 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan' (SSDE) di seluruh negeri itu, akhir Oktober ini.

Ketua penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, pelancaran itu merupakan kesinambungan program SSDE peringkat pertama yang dimulakan oleh parti itu sebelum ini.

Katanya, dalam gelombang kedua SSDE, pihaknya memberi tumpuan kepada aktiviti ceramah di setiap kawasan seluruh negeri itu melibatkan penglibatan semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian.

Dalam masa yang sama, katanya, program itu akan mengekalkan para penceramah yang terdiri daripada bekas-bekas pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) antaranya ialah bekas Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor, bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip dan lain-lain lagi.

"SSDE peringkat pertama telah bermula Julai sehingga Ogos lalu. Untuk gelombang kedua ini, insyallah, kita akan mulakan pada hujung bulan ini.

"Kita akan gerakkan seluruh pemimpin dalam program SSDE kedua ini bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa termasuklah siri-siri pembohongan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PANDANGAN PENULIS : KEKUATAN TSUNAMI BOLEH MENGATASI GELOMBANG ....

PRU 13 : PENGUNDI MUDA 21 - 35 TAHUN BERJUMLAH 49.7 %

Posted: 13 Oct 2010 02:35 AM PDT

Memenangi imaginasi pengundi muda

UMNO mengadakan Perhimpunan Agungnya pada 19-23 Oktober ini. Perhimpunan ini amat penting. Ini kerana, pertama, ia diadakan sebaik-baik sahaja melintasi tarikh separuh penggal Parlimen kedua belas ini, iaitu 8 September lalu. Justeru perhimpunan ini perlu bermuhasabah tentang prestasinya sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) yang dimenangi dengan keputusan paling tipis dalam sejarahnya.

Kedua, ia berlangsung ketika ramai meramalkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berkemungkinan diadakan lebih awal. Justeru perhimpunan ini dianggap memberi petunjuk tentang persiapan menghadapinya.

Ketiga, ia bersidang sejurus sebelum Konvensyen BN yang akan membincangkan piagam BN dan keahlian secara terus. Perhimpunan ini diharap membentuk pandangan UMNO terhadap perkara-perkara tersebut yang bakal merubah wajah dan kaedah BN.

Dan keempat, ia diadakan beberapa hari selepas majlis sambutan Jubli Emas Parlimen Malaysia. Apakah pengisian UMNO untuk meningkatkan martabat Parlimen dan melahirkan masyarakat demokratik yang matang, iaitu seperti yang terkandung dalam Wawasan 2020, dan dalam konteks gagasan 1Malaysia serta transformasi kerajaan dan ekonomi.

Ini antara yang dianggap penting oleh sebahagian daripada rakyat. Mereka tidak hanya melihat sekadar PRU13 sahaja. Sebaliknya, mereka melihat masa depan yang lebih jauh.

Mereka bukan sahaja melihat kemampuan parti memenangi Dewan Rakyat. Sebaliknya, mereka melihat kemampuan parti memenangkan rakyat. Sebahagian daripada mereka tidak pun melihat parti, tetapi lebih kepada individu dalam parti.

UMNO punya rekod cemerlang dalam memenuhi keempat-empat keperluan tersebut. Tetapi, untuk masa sekarang dan akan datang, UMNO perlu lebih artikulasi dan bijaksana.

Sebahagian daripada mereka yang mengharapkan politik yang lebih besar dan segar ialah belia.

Masalahnya ialah sebahagian besar daripada pengundi muda berumur 21-35 tahun tidak mengundi UMNO/BN dalam PRU12. Ketika itu, mereka 40 peratus daripada pemilih. Bagi PRU13, mereka meningkat kepada 49.7 peratus.

Selepas PRU12, UMNO bangkit dan memberi lebih tumpuan kepada belia. Satu daripada gelanggang yang diterjuninya lebih bersungguh-sungguh, iaitu yang dulunya amat lemah, ialah dunia maya. Namun, ia masih perlu banyak penambahbaikan, terutamanya dari segi kandungan dan pendekatan perbincangan.

Perbincangan politik belia amat bergantung kepada pandangan alam kita terhadapnya.

Analoginya ialah, jika pandangan alam kita percaya bahawa dunia adalah sebuah permukaan yang rata dan mempunyai hujung yang bertebing curam, maka, kita tidak akan membina kapal yang canggih. Ini kerana kita tidak akan belayar jauh di lautan sebab takut akan terjatuh di hujung dunia.

Tetapi, jika pandangan alam kita percaya bahawa dunia adalah bulat, maka, kita akan membina kapal yang canggih. Ini kerana kita tidak lagi berasa takut terjatuh di tebing dunia. Sebaliknya kita berasa berani, berkeinginan, belajar dan bersedia untuk belayar ke tempat yang paling jauh.

Begitu jugalah pandangan alam terhadap dunia belia. Ia akan mempengaruhi sama ada kita melihat partisipasinya dalam politik adalah canggih atau sebaliknya.

Jika kita melihat politik belia adalah canggih, maka, pertama, kita akan berusaha untuk menyelami minda politiknya. Contohnya, hubungan belia dan politik yang bersifat multi-dimensi; bentuk, makna dan alasan belia untuk berpartisipasi dalam politik; mengenal pasti bagaimana belia belajar tentang partisipasi politik; dan kesaksamaan gender, iaitu dari segi partisipasi beliawanis.

Kedua, kita akan berusaha mewujudkan politik baru yang berasaskan integriti dan governans baru. Integriti menekankan idealisme perjuangan yang diamalkan melalui politik ilmu, politik hikmah dan politik bakti. Rakyat, termasuk belia, menolak politik kotor.

Manakala governans baru menekankan sinergi ketiga-tiga sektor pembangunan, iaitu kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil. Belia sebahagian daripada masyarakat sivil.

Ketiga, berusaha mengadakan inovasi demokrasi yang melibatkan lima teori demokrasi kontemporari tentang meningkatkan dan meluaskan partisipasi belia dalam struktur dan proses membuat keputusan.

Lima teori itu ialah:

* "demokrasi partisipatif" yang menekankan nilai intrinsik partisipasi itu sendiri, iaitu ia bersifat mendidik dan membina rakyat;

* "demokrasi deliberatif" yang memberi tumpuan khusus terhadap proses bagaimana sesuatu keputusan dibuat;

* "demokrasi langsung" yang menekankan tentang saat membuat keputusan;

* "demokrasi kelainan" yang merujuk soal bagaimana kumpulan-kumpulan sosial tertentu yang kurang mampu atau ditekan telah dipinggirkan daripada proses politik; dan

* "demokrasi kosmopolitan" yang mempersoalkan kedudukan legitimasi keputusan yang dibuat oleh kuasa-kuasa politik transnasional sedangkan keputusan itu dibuat tanpa melibatkan partisipasi aktif penduduk tempatan yang terkesan oleh keputusan tersebut.

Dan keempat, berusaha menggalakkan warga IPT terlibat dalam politik. Kita akan mengikis mentaliti negatif seperti tidak percaya kepadanya; memperlekehkannya; menggunakan teknik menakut-nakutkan; dan sindrom anti-pemikiran atau anti-intelektual yang menolak idea-idea didebatkan secara terbuka, rasional dan bijaksana.

Tetapi, usaha-usaha ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya kita tidak memahami dan menghayati pendekatan utama dan terpenting dalam pembangunan belia, iaitu "penghakupayaan belia."

Definisi penghakupayaan belia ialah membenarkan belia berfikir dan bertindak sendiri atas semua perkara yang melibatkan diri dan persekitarannya kini dan akan datang.

Penghakupayaan belia adalah lanjutan kepada konsep "partisipasi belia" yang mula mendapat pengiktirafan terutamanya sejak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 1985 sebagai Tahun Antarabangsa Untuk Belia, di mana partisipasi menjadi temanya.

Sedekad kemudian, ia diiktiraf sebagai mempunyai konotasi politik apabila dokumen PBB, Plan of Action for Youth Programmes for the Year 2000 and Beyond menggunakan frasa "partisipasi penuh dan aktif dalam membuat keputusan".

Konsep yang sama termaktub dalam Deklarasi Menteri-menteri Belia Komanwel (1998), Deklarasi Persidangan Menteri-menteri Belia Sedunia Pertama PBB (1998) dan pengisytiharan 2010 sebagai Tahun Antarabangsa Untuk Belia (yang kedua).

Semangat ini turut termaktub dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) yang menggantikan Dasar Belia Negara (1985).

Penghakupayaan belia melibatkan beberapa pendekatan dan pemikiran pembangunan belia yang progresif. Pertama, memahami bahawa terdapat "tiga permintaan utama belia", iaitu belia mahu suaranya didengar, peranannya diiktiraf dan isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasi-belia.

Kedua, mengiktiraf bahawa belia bukan hanya pemimpin hari esok, tetapi adalah juga "pemimpin hari ini" dalam tiga kategori, iaitu pemimpin bagi mereka yang lebih muda daripadanya, bagi yang seangkatan dengannya dan sebagai rakan kepemimpinan dengan pemimpin hari ini, termasuk kerajaan.

Ketiga, kedudukan belia bukan hanya sebagai "penerima" pembangunan, tetapi juga sebagai "penyumbang" terhadap pembangunan.

Dan keempat, program pembangunan belia melibatkan tiga orientasi utama, iaitu "aktiviti", "bakti" dan "advokasi".

Di samping semua itu, dan sambil meneruskan perjuangan terasnya, UMNO juga perlu menangani persoalan-persoalan seperti umur 18 tahun layak mengundi; budaya ilmu dan peradaban tauhidik; pembinaan masyarakat baik berasaskan keadilan sosial, partisipasi demokratik serta kelestarian ekonomi dan alam sekitar; langkah afirmatif melalui keusahawanan sosial; keterangkuman tulin belia dalam arus perdana negara; dan melahirkan idea-idea pembangunan yang progresif.

Pokoknya, UMNO perlu benar-benar pro- belia.

Datuk Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

PANDANGAN PENULIS : JUMLAH BEGINI BESAR BAKAL MENENTUKAN KEMENANGAN PRU 13, APA LANGKAH PEMUDA & PUTERA & PUTERI UMNO ?

Itulah PAS dari dulu sampai kini – Dr Mahathir

Posted: 13 Oct 2010 02:25 AM PDT

Itulah PAS dari dulu sampai kini – Dr Mahathir

Tindak tanduk pimpinan PAS sanggup melakukan apa sahaja termasuk menukar tafsiran dalam apa-apa isu sekali pun bagi menjadikannya selari dengan kehendak rakan bukan Islam jelas menunjukkan parti itu menjadikan agama sebagai alat politiknya.

Dalam satu interbiu dengan UMNO-Online ,bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa itulah cara PAS dari dulu sampai sekarang.

Beliau memberi berbagai contoh yang dakwannya mengambarkan sikap ini.Ia termasuk isu doa nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah solat Jumaat dan kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki ruang utama solat Surau al-Huda, Kajang baru-baru ini.

"Mereka pintar memberi penjelasan, menukar pemikiran mereka kerana yang menjadi mangsa adalah Islam dan orang Islam sendiri," katanya.

"Contohnya dalam soal hukum hudud, semua itu diketepikan. Begitu juga dengan negara Islam, ia juga diketepikan supaya dapat sokongan bukan Islam, itu memang naluri PAS.

"Itu PAS guna Islam untuk memancing undi. Dari dahulu memang macam itu," katanya.

Dr Mahathir juga membangkitkan bagaimana PAS menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC sedangkan sekarang mereka akrab dengan DAP.

"Kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.

"Umpamanya, isu ternakan babi dekat dengan kampung Melayu, mereka mengatakan dalam al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tak boleh makan babi, kalau nak ternak atau nak lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran," katanya.- 8/9/2010

SUKAN KOMENWEL NEW DELHI 2010.

Posted: 13 Oct 2010 02:06 AM PDT

Terima Kasih, Syabas kepada Bibiyana atas kejayaan menganugerahkan pingat emas acara menembak 10 meter.

JUARA LAWAK DATANG LAGI......

Posted: 13 Oct 2010 02:01 AM PDT


Anwar dakwa mampu selesai masalah Malaysia-Indonesia segera

JAKARTA 12 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjungi Indonesia hari ini mendakwa pertikaian dan masalah Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan segera jika beliau menjadi Perdana Menteri.

Dakwanya, beliau hanya memerlukan beberapa minggu sahaja untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku melibatkan kedua-dua negara.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen TVOne, Anwar berkata, tujuannya ke Indonesia adalah bagi menyatakan tidak ada sentimen memusuhi dan menghina negara itu, melainkan kalangan mereka yang jahil, dangkal atau sombong.

Anwar juga dengan angkuh mendakwa beliau lebih memahami sistem pemerintah di Indonesia kerana mendukung demokrasi, berbanding pihak pemerintah Malaysia.

Selain itu, Anwar yang dilihat berang dengan tindakan media Malaysia mendedahkan kepincangan yang berlaku di dalam PKR mengambil kesempatan ketika wawancara tersebut untuk melabelkan media di Malaysia sebagai menjijikkan kerana menjadi alat propaganda kepada kerajaan.
Difahamkan, Anwar berada di Indonesia sejak semalam, bagaimanapun tidak diketahui apa tujuan kunjungan berkenaan yang merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai dua minggu.
Sementara itu, Anwar pada sidang akhbarnya selepas pertemuan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Indonesia, Priyo Budi Santosa,
berang apabila ditanya mengapa beliau tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat di Malaysia, sebaliknya sibuk mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Indonesia.

Tanpa menjawab pertanyaan itu beliau terus menyerang wartawan Utusan Malaysia sebagai berniat jahat.
"Akhbar ini milik UMNO kerja mereka hanya serang saya dan tidak pernah beri ruang bebas, kehadiran saya di sini juga tidak disenangi dan diserang sebagai tidak setia kepada negara," katanya.
Anwar juga menuduh Utusan Malaysia tidak pernah melaporkan Perdana Menteri dan menteri-menteri yang tidak hadir pada sidang yang sama kerana akhbar berkenaan dikawal oleh UMNO.

Sedangkan kata Anwar, semalam beliau hadir di Dewan Rakyat dan bertanyakan soalan kedua sebelum bertolak ke Indonesia pada sebelah petangnya.

"Kepada Utusan Malaysia saya ingin nasihat, Indonesia itu tidak semuanya tenaga kerja (TKI), tidak semua kongsi, tidak semua reformasi huru-hara, akhbar di sini beri liputan lebih adil, reformasi sangat bererti untuk mematangkan demokrasi, pertumbuhan ekonomi Indonesia jauh lebih baik daripada Malaysia dan pelaburan Indonesia juga jauh lebih baik," kata Anwar yang sering menggambarkan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja. - utusan.

PANDANGAN PENULIS :
Kerja sendiri di Parlimen tidak datang, tapi nak buat kerja orang lain. Cukuplah dengan sendiwara 16 September... nak ke Putrajaya...... masih adakah yang boleh dengar dan terima ini pula? Macam episod JUARA LAWAK saja.

Sultan Kelantan lucutkan gelaran "Datuk" Ibrahim Ali.

Posted: 12 Oct 2010 11:25 PM PDT

Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali
Salhan K Ahmad
Okt 13, 10
11:26am
Kongsi 870
Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali. Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.azlanSementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan. Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra. "Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail. NONEApapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi. "Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya. Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka

Saya tetap pertahan institusi diraja, hak Melayu: Ibrahim Ali


2010/10/13

KUALA LUMPUR: Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, menerima dengan hati terbuka terhadap penarikan darjah kebesaran yang dianugerahkan Sultan Kelantan sebelum ini, Sultan Ismail Petra, yang membawa gelaran "Datuk".

Ibrahim berkata, beliau sudah dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi tadi mengenai perkara itu dan menegaskan ia tidak akan mematahkan perjuangan beliau untuk mempertahankan institusi diraja dan juga hak Melayu.
"Saya tidak terkejut dengan perkara ini dan saya tidak mengetahui sebab dilucutkan gelaran itu," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Ibrahim berkata, beliau masih mempunyai dua anugerah kebesaran yang membawa gelaran sama iaitu dari Selangor dan Melaka.

Untung rugi siswa berpolitik

Posted: 12 Oct 2010 11:00 PM PDT



12 OGOS — Jika persekitaran politik di universiti ketika ini diperhatikan dengan teliti, kebenaran kepada mahasiswa untuk bergiat aktif dalam politik perdana seharusnya tidak dijadikan isu. Ini kerana kebenaran berpolitik itu sebenarnya tidak lebih daripada formaliti kepada satu budaya berpolitik yang sudah pun wujud dalam persekitaran universiti itu sendiri.
Hakikatnya, di mana-mana universiti baik awam mahupun swasta, budaya politik partisan dalam kalangan mahasiswa sudah lama diamalkan. Jika tidak, tidak akan ada istilah kemenangan mahasiswa propembangkang atau prokerajaan setiap kali berlangsungnya pilihan raya kampus.
Malah, beberapa buah universiti juga sudah sinonim dilabel sebagai kubu kuat sama ada kerajaan atau pembangkang. Apa yang menjadi halangan untuk mereka memperlihatkan sokongan berpolitik itu adalah peruntukan undang-undang di bawah Akta Universiti Kolej dan Universiti (AUKU) (Pindaan 2009) dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976).
Akta ini antara lain tidak membenarkan mahasiswa atau pelajar IPT menjadi ahli politik melainkan dengan kebenaran Naib Canselor. Di universiti swasta pula, mahasiswa terikat dengan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan 2009) bagi perkara yang sama. Justeru, sebelum perbincangan mengenai kewajaran berpolitik dalam kalangan mahasiswa dibuka lebih luas, kekangan dari sudut AUKU perlu diperjelaskan terlebih dahulu.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam isu ini berpandangan, kebenaran itu tidaklah sampai memerlukan pindaan kepada AUKU. Tetapi apa yang boleh difikirkan adalah garis panduan atau pekeliling tata tertib berpolitik yang dikeluarkan oleh universiti.
Ini bagi memastikan proses penglibatan mahasiswa itu boleh dipermudahkan tanpa perlu menunggu pindaan AUKU yang perlu dibawa ke Kabinet. Jadi, dari sudut undang-undang, mahasiswa sudah mendapat jaminan dan kebenaran untuk berpolitik.
Meskipun ia masih di peringkat perancangan dan lebih banyak diskusi serta perbincangan perlu dilakukan, namun perkara ini boleh menjurus ke arah yang positif. Malah, banyak persatuan terutamanya berkaitan belia dan mahasiswa juga mahu melihat kebenaran berpolitik terpimpin di kalangan mahasiswa itu dapat dilaksanakan.
Perkara ini boleh dilihat dengan jelas ketika berlangsungnya sesi meja bulat mengenai isu berkenaan yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) baru-baru ini. Saifuddin sendiri merupakan salah seorang panel bagi sesi tersebut bersama-sama tokoh akademik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Sarjit Singh Darshan Singh Gill. Panel lain ialah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim.
Sesi diskusi itu turut disertai beberapa barisan pemimpin pelajar dari universiti awam dan swasta, selain pemimpin-pemimpin pertubuhan belia. Rata-rata mereka sependapat dalam soal memberikan kebebasan kepada pelajar berpolitik tetapi beberapa perkara masih tidak jelas daripada kebenaran tersebut.
Antaranya, adakah ini bermaksud mereka boleh membawa identiti parti-parti tertentu di dalam kampus? Adakah mahasiswa juga dibenarkan sehingga menjadi pemimpin di dalam parti politik tertentu? Siapa pula yang dapat memastikan mahasiswa tidak dianiaya terutama dari sudut akademik apabila terpaksa berdepan dengan pensyarah yang tidak sehaluan ideologi politiknya?
Apa pula jaminan terhadap keselamatan di dalam universiti apabila mahasiswa yang berpuak mengikut parti politik bebas menyatakan sokongan dan pendirian masing-masing?
Persoalan-persoalan ini adalah antara sisi kontra yang dibangkitkan daripada sesi diskusi tersebut, selain kebimbangan melebarnya jurang antara kaum apabila parti berasaskan kaum mula menyebarkan ideologi politik mereka di kalangan mahasiswa.
Barangkali inilah juga kebimbangan yang dilihat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan bahawa larangan berpolitik dalam kalangan mahasiswa adalah kekal. Namun memandangkan diskusi mengenai perkara ini sedang hangat berlangsung dalam kalangan mahasiswa dan pertubuhan belia, maka wajar sekiranya pandangan serta pendapat mereka diambil kira.
Ini kerana selain sisi negatif yang mungkin lebih ditonjolkan, ada impak positif lain yang boleh dijelmakan daripada kebenaran berpolitik dalam kalangan mahasiswa. Jika tidak, Saifuddin sendiri selaku timbalan menteri yang bertanggungjawab dalam menguruskan mahasiswa tidak akan melontarkan cadangan seperti itu.
Beliau pasti sangat menyedari isu ini boleh menjadi perkara yang akan merugikan dirinya dari sudut populariti dan "survival" politik. Umum mengetahui bahawa sensitiviti politik di universiti tidak pernah sealiran dan sependapat dengan sensitiviti politik arus perdana.
Politik bertentangan itu bukan sahaja berlaku di negara ini, malah di negara-negara lain juga suara-suara mahasiswa yang menentang kerajaan lebih kuat kedengaran berbanding mereka yang berada di blok kerajaan.
Hakikat ini diperkukuhkan lagi dengan kajian yang menunjukkan bahawa 15 peratus mahasiswa tempatan condong kepada pembangkang berbanding hanya lima peratus yang pro kerajaan. Sebanyak 18 peratus mahasiswa lain pula berada di atas pagar dan selebihnya memilih untuk menjauhi politik.
Maka, tindakan kerajaan membenarkan mahasiswa berpolitik boleh menjadi senjata yang memakan diri apabila lebih banyak usaha diperlukan untuk mengawal ideologi dan tindakan mahasiswa berhaluan kiri. Begitu pun, ia bukanlah sesuatu yang tidak disedari oleh Saifuddin.
Selain Saifuddin, ramai lagi tokoh politik di blok kerajaan yang bermula sebagai pemimpin pelajar yang condong kepada pembangkang. Sekadar menyebut beberapa nama, mereka termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan beberapa pemimpin lain.
Persekitaran politik di universiti ketika ini tidaklah menjadi ancaman kepada kerajaan. Ia juga bukanlah kelebihan kepada pembangkang meskipun keadaannya dilihat lebih ke arah itu. Tetapi kebenaran berpolitik tersebut merupakan satu bentuk pendedahan kepada kematangan dalam berpolitik di dalam diri mahasiswa.
Ia boleh dijadikan medium kepada mahasiswa untuk mengasah bakat kepimpinan, seterusnya mengisi barisan kepimpinan masa hadapan. Lebih daripada itu, kebenaran berpolitik kepada mahasiswa juga boleh menyuntik elemen yang lebih segar dan semasa dalam persekitaran pengajian tinggi.
Banyak yang berpandangan persekitaran universiti ketika ini terlalu jumud dan sepi. Mahasiswa lebih banyak dilonggokkan dengan aktiviti bersifat akademik terutamanya kuliah yang adakalanya diadakan pada hari minggu dan sehingga lewat malam.
Ini menyebabkan mereka terbeban dan tidak berminat menyertai aktiviti-aktiviti berbentuk persatuan. Budaya ini terbawa-bawa sehingga mereka meninggalkan alam universiti. Ia sedikit sebanyak menjawab persoalan mengapa generasi muda hari ini tidak berminat mengikuti perkembangan politik semasa.
Malah golongan ini juga merupakan kumpulan paling ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Sudut pidato yang diwujudkan di universiti juga tidak begitu mendapat perhatian mahasiswa.
Mungkin bagi mahasiswa, mereka melihat masih ada kekangan untuk menggunakan sepenuhnya kebebasan dari sudut pidato tersebut. Barangkali kebenaran berpolitik nanti akan menjadikan sudut pidato benar-benar hidup dan mampu menarik pelajar mengikuti perkembangan isu politik semasa dari konteks yang lebih luas.
Begitu pun dalam isu ini, kita perlu kembali kepada mahasiswa kerana merekalah yang akan mencorakkan kebebasan berpolitik itu. Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, hanya sedikit sekatan dari sudut undang-undang yang mampu mendidik mahasiswa. Selebihnya, sekatan hanya akan mendorong mereka bertindak melangkaui batasan.
Mahasiswa juga tidak boleh ditakut-takutkan semata-mata mahu mengongkong kebebasan mereka. Mentaliti negatif terhadap keupayaan pelajar tidak akan membantu melahirkan mahasiswa yang berkualiti.
Sebaliknya, mahasiswa perlu diyakini mampu mengamalkan budaya terpimpin dan berakademik sesuai dengan kedudukan mereka sebagai ahli pemikir termasuk dalam soal kebebasan berpolitik ini. — Utusan Malaysia Online

Untung rugi siswa berpolitik - Mohd Khuzairi Ismail
Posted on 12 August, 2010 11:41

ANTARA HARAPAN DAN CADANGAN !

Posted: 12 Oct 2010 06:59 PM PDT

Mukhriz Mahathir Dilantik Menteri Penuh?


Mukhriz Mahathir
Dilantik Menteri Penuh?

YANG BERCAKAP RAMAI, YANG BERTINDAK .......

Posted: 12 Oct 2010 06:57 PM PDT

MENANGANI GEJALA SOSIAL ALA ALI RUSTAM – REALISTIK & MENEPATI TUNTUTAN NEGERI MAJU

1. Semua orang tahu bahawa penyakit sosial (dadah, HIV/AIDS, mat rempit, ponteng sekolah, jenayah, seks luar nikah, buang bayi dll) di Malaysia kini meningkat gila-gila. Tanpa statistiks pun masyarakat percaya akan realiti ini. Ia terpapar di dada media setiap hari. Contoh seperti di bawah:
Buang bayi
SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .
JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .
JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak – gerak .
KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .
NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .
KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.
GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.
TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .
TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga.
MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .
PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.
Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL Datuk Dr J. Ravindran berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital tersebut mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lepas.
"Tahun lepas 392 wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun," katanya.
Beliau berkata hasil temuramah HKL dengan para pesakit mendapati antara faktor yang menyebabkan kes kehamilan luar nikah adalah kurangnya pengetahuan sains.
"Ada remaja yang tidak tahu biologi diri, tidak tahu akan mengandung jika melakukan hubungan seks," katanya.
Dr Ravindran berkata faktor lain termasuk kurang didikan agama, pergaulan bebas, keluarga bermasalah, terlibat dengan dadah dan gemar menonton bahan lucah.
2. Biasanya dan paling mudah ialah kita bersikap (a) "ini bukan masalah aku" (b) "ini bukan tanggungjawab aku" (c) "ini tanggungjawab dan tugas orang lain" (d) "ini bukan kelemahan / kegagalan aku" (e) "mereka yang gagal" dan (f) "adakan seminar / forum / persidangan untuk faham masalah ini".
3. Maka terdapatlah manusia yang mengambil kesempatan daripada penyakit gejala sosial ini untuk mencari duit dengan menganjurkan pelbagai seminar, simposium, forum dan persidangan itu. Hasilnya? Seminar tinggal seminar; resolusi seminar entah di mana.
4. Berbeza sekali dengan YAB DS Hj. Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Beliau berusaha memahami masalah berkenaan, khususnya isu para remaja yang kuat nafsu; tidak boleh dikawal hingga melakukan seks luar nikah, mengandung dan membuang bayi mereka.
5. Dalam sibuk-sibuk orang bercakap dan bercakap, salah menyalah antara satu sama lain, beliau fokus dengan bertanya dan mencari jawapan kepada 3 soalan yang mudah tetapi jelas dan tegas ini:
(1) kahwinkan atau tanggung dosa zina?
(2) jaga kebajikan bakal ibu muda yang termengandung itu atau biarkan mereka yang sudah jatuh itu terus ditimpa tangga?
(3) selamatkan bayi yang tidak berdosa itu atau bersubahat dalam pembunuhan?
6. Beliau memilih untuk membantu mengahwinkan mereka jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing, termasuk menyumbang sebanyak RM500 bagi tujuan majlis pernikahan.
7. Beliau memilih untuk menjaga kebajikan bakal ibu muda yang telah tersilap langkah itu dengan membuka Sekolah Harapan, Rumah Harapan untuk mereka meneruskan persekolahan semasa mengandung. Selepas bersalin, ibu muda itu dikembalikan kepangkuan keluarga, jika mereka mahu menerimanya; atau ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat bawah jagaan JKM untuk meneruskan persekolahan, jika masih dalam lengkungan umur bersekolah.
8. Beliau memilih untuk selamatkan bayi yang bakal lahir itu, tidak berdosa dan bersih ibarat kain putih, dengan mengembalikan kepada datuk nenek mereka untuk dipelihara atau ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat. Di rumah tersebut, bayi berkenaan akan mendapat penjagaan yang rapi atau ia boleh diambil sebagai anak angkat mengikut proses/prosidur biasa.
9. Maka selesai dan bereslah usaha beliau sementara pihak-pihak lain masih lagi bertengkar, bercakap dan berseminar. Inilah mutu kepimpinan negeri maju yang diharapkan oleh rakyat iaitu cepat dan tepat dalam membuat keputusan serta pantas dan berkesan pula dalam bertindak. Lantaran rakyat dapat menikmati faedahnya iaitu outcome sebagai negeri maju.
10. Lantas sahihlah (legitimate) kita boleh berbangga bahawa sesungguhnya, dari segi petunjuk / indikator keberkesanan kerajaan (government effectiveness) iaitu salah satu dari 32 petunjuk yang digunapakai untuk mengukur tahap negeri maju, Melaka telahpun dapat mengatasi beberapa buah negara yang menjadi ahli kelab OECD seperti Ireland, Mexico dan Turki.
11. Sesungguhnya cirri-ciri berkenaan turut terangkum dalam konsep / nilai 1Malaysia yang diwar-warkan oleh YAB DS Mohd Najib…
"1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat."
12. Lantaran itu usaha Ali Rustam ini telah mendapat penghargaan dan pujian dari banyak pihak . Majlis Sosial Negara mungkin boleh belajar dari kaedah dan usaha beliau ini.
13. Sebagai pemimpin yang insaf bahawa beliau tidak tahu semua maka sama-samalah kita baiki kaedah Ali Rustam ini dengan memberikan idea yang bernas dan membina serta bantulah Sekolah Harapan Rumah Harapan ini dari segi kewangan, mata benda dan perkhidmatan.
Ali Rustam membincangkan dengan Akbar dan para pemimpin GPMS tentang Sekolah Harapan Rumah Harapan
Berikut adalah keratan akhbar Melaka Hari Ini berkenaan Sekolah Harapan Melaka. Sila klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas. Terima kasih.




Politik Sarawak, hanya rakyat Sarawak sahaja yang memahami dan mengerti.

Posted: 12 Oct 2010 06:53 PM PDT

Sabtu, 2010 Oktober 02

SIAPA ZAINI HASSAN DAN POLITIK SARAWAK?

Ribuan rakyat Sarawak yang dianggarkan berjumlah lebih 7,000 orang dari pelbagai daerah dan pelusuk kawasan di Sarawak datang secara sukarela ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 25 September 2010 untuk menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Setelah berfikir panjang dan berbincang dengan kaum keluarga, Pehin Sri telah mengambil keputusan untuk terus memimpin Sarawak dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Banyak perancangan yang sedang menanti untuk dilaksanakan khusus mengenai pembangunan Sarawak terutama Projek SCORE yang akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Sarawak.

Tulisan Zaini Hassan mengenai Kisah Wan Mokhtar, Taib Mahmud, samakah? dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 September 2010 banyak yang perlu diperbetulkan. Agaknya Zaini Hassan ini tidak mengetahui suasana dan keadaan politik Sarawak dan hanya bersumberkan fakta sekunder atau orang tengah.

Saya menerima mesej ringkas daripada beberapa sahabat berasal dari Sarawak. Pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Abdul Taib Mahmud akan terus bertanding pada pilihan raya amat mengusarkan mereka?

Disimpulkan sendiri Zaini Hassan dengan menyatakan bau dan bunyi mesej itu, ia membawa maksud mereka mahu (kalau boleh) meminta Tan Sri Abdul Taib Mahmud berehatlah. Atau jangan lagi bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri Sarawak (cukuplah kata mereka) atau mungkin, bolehlah bertanding dalam kawasan DUN pilihan raya di Balingian dan kemudian duduk diam-diam.

Dan, persoalannya siapakah orang tengah? Berapakah 'orang tengah' yang memberi info kepada Zaini Hassan? 10 orang, 100 orang atau 1000 orang?

Kepelbagian kaum di Sarawak meliputi lebih kurang 29 etnik dan rakyatnya hidup dalam aman harmoni serta kenikmatan pembangunan yang berterusan telah menunjukkan kejayaan Ketua Menteri memerintah Sarawak. Dan, yang paling penting tiada rungutan daripada rakyat Sarawak mengenai kepimpinannya kecuali pembangkang.

Aspek pembangunan, pembinaan Empangan Bakun yang suatu ketika dahulu mendapat tentangan terutama pembangkang sambil menyatakan projek itu sia-sia dan mengancam kehidupan alam fauna dan flora sekarang ini mengakui bahawa projek itu berfaedah dan lebih-lebih lagi ia akan berfungsi tidak lama lagi (sebelum hujung tahun 2010). Baru-baru kenyataan Ketua Menteri Sarawak mahu membeli Empangan Bakun ini menunjukkan bahawa keprihatinan beliau untuk menyalurkan seluruh penduduk di Sarawak termasuk di luar bandar dengan bekalan elektrik. Projek SCORE yang merupakan salah satu projek dalam menggerakkan Wawasan 2020 telapuh mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelabur-pelabur luar negara. Kejayaan Sarawak mempromosikan SOCRE ini adalah datangnya usaha Ketua Menteri Sarawak yang berjaya meyakinkan pelabur-pelabur luar negara. Berbeza dengan pembankang hanya tahu mengkritik dan menghentam kerajaan walaupun mereka mengakui projek ini berjaya.

Persoalan menjadi mentor seperti Lee Kuan Yew (Singapura) dalam artikel yang dikemukakan Zaini Hassan tidak sesuai ketika ini. Politik Sarawak dengan politik Semenanjung Malaysia sangat berbeza. Sekarang ini, tumpuan utama Ketua Menteri Sarawak adalah kepada mendapatkan sokongan rakyat bagi meneruskan agenda pembangunan yang sedang dan akan dibangunkan.

Selain politik, banyak lagi perbezaan yang sangat ketara terutama mengenai adat dan budaya. Justeru, jawatan mentor seperti yang dicadangkan Zaini Hassan tiada dalam kamus politik Sarawak ketika ini.

Bagaimana Zaini Hassan boleh merujuk kepada 'suara-suara rakyat Sarawak' dengan menyatakan mahu Ketua Menteri Sarawak berundur? Apakah 'suara-suara' ini datangnya dari rakyat Sarawak atau sengaja digunapakai Zaini Hassan bagi membuktikan faktanya?

Kisah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia dan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu adalah cerita berbeza dengan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud. Persamaan mereka hanya satu, iaitu tempoh masa pemerintahan. Persaraan Tun Dr Mahathir adalah atas kehendak sendiri dan berasakan sudah tiba masanya beliau menyerahkan tampuk pemerintahan kepada penggantinya. Tumbangnya BN Terengganu sehingga menamatkan pemerintahan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad bukanlah disebabkan beliau, malah keseluruhan calon BN Terengganu ketika itu bertanggungjawab. Berbeza dengan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud yang persaraannya mendapat 'bantahan' daripada penduduk Sarawak termasuk ahli-ahli parti PBB dan parti kompenan lain dari akar umbi.

Zaini Hassan tidak seharusnya menyamakan keadaan yang telah berlaku di Terengganu pada tahun 1999 dengan Sarawak sekarang yang akan menghadapi pilihan raya negeri. Ini memandangkan rakyat Sarawak masih mengingati dan merasai kenikmatan pembangunan yang dicetuskan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Rakyat Sarawak masih ingat bagaimana keadaaan pembangunan Sarawak suatu ketika dahulu agak mundur berbanding apa yang dikecapi Sarawak sekarang. Sangat jauh perbezaannya dan ini yang menyebabkan rakyat Sarawak menyanjung tinggi pemerintahan Ketua Menteri Sarawak.

Rakyat Sarawak sangat taat dan patuh terhadap undang-undang dan ketuanya. Berbeza dengan pembangkang yang sering menggunakan perkataan kasar sehingga sanggup melanggar undang-undang. Pemimpin-pemimpin BN Sarawak sangat menghormati kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Atas sebab itu, keharmonian dalam BN Sarawak yang dianggotai pelbagai kaum sentiasa dipelihara.

Jawapan kepada Zaini Hassan, rakyat Sarawak ketika ini masih memerlukan kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Andai kata Pehin Sri mengambil keputusan untuk bersara selepas Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10 nanti, rakyat Sarawak akan menerimanya dengan hati terbuka, tetapi bukan masa sekarang.

Tiada istilah mencipta rekod mahupun meletakkan nama dalam Guinness Book of World Record. Ingatlah Zaini Hassan, seseorang pemimpin memegang jawatan sebagai pemimpin bukan untuk mencipta nama, tetapi lebih kepada berusaha membantu rakyat. Jawatan pemimpin ini adalah satu ibadah dan bukannya untuk mendapatkan nama. Atau, mungkin Zaini Hassan sendiri yang mahukan 'nama' maka dengan itu menulis cerita kontroversi bagi melayakkan diri sebaris nama penulis kontroversi yang lain.

Dalam suasana politik Sarawak yang sedang dalam pemulihan, adalah lebih baik Zaini Hassan tidak usah mencampuri politik Sarawak. Tumpukan sahaja kepada politik Semenanjung terutama Pemilihan PKR yang sedang rancak berlangsung dengan penuh kontroversi.

Politik Sarawak, hanya rakyat Sarawak sahaja yang memahami dan mengerti.

KEMISKINAN akan di PINGGIRKAN menjelang 2020.

Posted: 12 Oct 2010 06:41 PM PDT

 



PAS meracau setiap kali dengar nama Ku Li

Posted: 12 Oct 2010 06:37 PM PDT

Tuesday, October 5, 2010

  Belum pun Galas membuka gelanggang, PAS sudah meracau macam orang kena sawan babi. PAS tak kisah kalau calon yang akan ditentang kelak bernama Abdul Karim , Jalal Hamzah atau Halim Diman.


Tapi kalau nama calon itu bernama Ku Li, maka secara automatik mulut PAS akan berbuih-buih tak cukup oksigen. Tak pernah dalam sejarah kita lihat PAS jadi parti paling pondan yang pengecut dalam menghadapi pilihan raya.

Semakin dekat dengan hari UMNO mengumumkan calon, semakin ligat PAS mengadu domba dan menjadi batu api. PAS cuba menyemai permusuhan antara Ku Li dan UMNO. Lihatlah, begitu terdesaknya mereka…




JIKA NAK SELAMAT..........................

Posted: 12 Oct 2010 06:35 PM PDT

Tuesday, October 12, 2010

Ini saja cara mengelakkan penumpang bas tercampak keluar


Segala cadangan dan pandangan sudah diberikan bagi mengelak berlakunya kemalangan maut yang melibatkan bas. Bermula dengan pemasangan kotak hitam, penggunaan pemandu gantian, polis menyamar jadi penumpang, ujian air kencing terhadap pemandu bas, pendek kata macam-macam lagi lah.

Kita boleh lihat bas yang dipandu dalam keadaan laju boleh menjurus kepada hilang kawalan. Penumpang akan merasa seperti terumbang ambing dan boleh 'melayang keluar' dari tempat duduk masing-masing. Paling bahaya jika penumpang tercampak keluar dari bas dan diseret. Nyawa pun boleh melayang.


Jadi, jalan penyelesaian terbaik adalah pemasangan tali pinggang keledar bagi setiap bas ekspress. Itu sahaja cara yang terbaik yang ada. Namun ia masih belum dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Kepada pihak berkenaan, pertimbangkanlah cadangan ini. Semua kenderaan yang bergerak laju seperti kereta, lori, van bahkan kapal terbang, semuanya ada tali pinggang keledar. Bas ekspress saja yang belum. Sampai bila lagi nak tunggu?


Daftar pemilih:MCA,MIC,Gerakan dan PPP masih tidur...

Posted: 12 Oct 2010 06:20 PM PDT




Daftar pemilih adaalah bottom line dalam menghadapi pilihanraya. Ini kerana di situlah letaknya mereka yang nak memangkah undi yang menentukan menang kalah.
Kalau melihat pada angkanya setakat ini sahaja Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempunyai asas yang kuat untuk meminta parti-parti komponen BN bangun segera agar tidak ketinggalan.

Mengikut stastik dari bulan Januari hingga bulan Jun 2010 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) usaha yang dijalankan oleh tiga parti utama pakatan pembangkang telah menjangkau hampir seganda daripada lima parti komponen utama Barisan Nasional.

DAP mencatatkan jumlah terbanyak diikuti oleh PAS dan PKR secara terkumpul mendaftar sebanyak 107,050 pemilih.

Di pihak BN pula UMNO jauh ke depan diikuti oleh MCA, MIC ,Gerakan dan PPP dengan jumlah terkumpul 59,353.

UMNO mendaftar sebanyak 54,872 manakala MCA 2,897, MIC1,109, Gerakan 471 dan PPP cuma 4 orang sahaja.

Angka berkenaan menunjukkan bagaimana MCA, MIC ,Gerakan dan PPP ' masih tidur dan tidak banyak memberi sumbangan kepada usaha berkenaan.

Dari kalangan semua parti, DAP masih nombor satu dengan jumlah pendaftaran sebanyak 55,321 diikuti oleh UMNO 54,872,PAS 38.631,PKR 13,098.

Pada bulan Julai DAP turut mendahului yang lain dan diikuti oleh UMNO. DAP mendaftar 9,106 manakala UMNO 7,230.
Mengikut daftar tambahan suku kedua ini jumlah pemilih berdaftar ialah sebanyaki 11,381,193 berbanding 11,247,225 sebelum ini.

Daripada jumlah berkenaan 4,344,101 orang merupakan pengundi berusia 40 tahun dan ke bawah manakala 7,037,092 lagi berusia 41 tahun dan ke atas.

Dalam pada itu dianggarkan kira-kira 4.4 juta rakyat di negara ini yang layak mengundi belum mendaftar diri sebagai pemilih.

Hal ini telah menjadi isu semasa yang sering diperbualkan.Ia juga telah mendorong parti politik menjalankan usaha membantu mendaftar pemilih.

Semasa pertemuannya dengan Setiausaha Agung MIC Datuk T. Rajagopalu dan MCA diwakili oleh Setiausaha Penganjur Tee Siew Keong di sebuah hotel di Putrajaya Rabu,Tengku Adnan mengakui usaha daftar pemilih oleh BN agak perlahan.

Serentak dengan itu beliau mengarahkan semua parti komponen mempertingkatkan usaha bagi memastikan anggota parti mereka didaftar sebagai pemilih sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau memberitahu kira-kira 20 peratus daripada tujuh juta anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada 13 buah parti masih belum didaftar sebagai pemilih.

Angka 20 peratus itu adalah besar mengambil kira mereka adalah terdiri dari anggota parti komponen dan bukan orang biasa.

"Saya telah memanggil mesyuarat tersebut bagi membincangkan perkara itu dengan memberi tumpuan kepada daftar pemilih berikutan dilihat agak perlahan.
"Kita harap usaha itu dapat dilakukan," kata Setiausaha Agung BN itu kepada wartawan.

Menurut Tengku Adnan mesyuarat kali pertama bersama setiausaha agung parti dan setiausaha kerja parti komponen itu diadakan atas arahan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu sebarang masalah dalaman parti dapat diatasi.

Mesyuarat ini menjadi tumpuan wartawan mengenangkan pilihanraya umum negeri Sarawak yang perlu diadakan antara sekarang hingga tarikh akhir Julai tahun depan.-
sumber : Agenda Daily 8/9/2010

KRISIS DAP PERAK : DRAMA ATAU REALITI ?

Posted: 12 Oct 2010 06:08 PM PDT

Krisis DAP Perak: Berapa lama Kulasegaran boleh maintain ' sejuk' badan -

October 9, 2010


Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran telah memilih tempat yang paling sesuai untuk lari dan sejukkan suhu badannya – Nepal setelah ' mengamuk' terhadap pasangan saudara Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham...
30 penyokong Kulasegaran demo depan pejabat DAP Perak - October 7, 2010


Walaupun M Kulasegaran umum 'gencatan senjata' krisis dengan pasangan pimpinan DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming namun 30 orang orang penyokong Ahli Parlimen Ipoh Barat yang tidak puashati mengadakan demo depan pejabat DAP Perak pagi Rabu.


Krisis DAP Perak pula….MP Ipoh Barat ancam letak jawatan - October 4, 2010


Kalangan orang dalam DAP Perak memang cukup tahu tentang perang dingin antara Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat M Kulasegaran dengan pasangan Ngeh Ko Ham,Pengerusi DAP Perak dan saudaranya Ngah Kor Ming yang jadi taiko DAP negeri itu


JANJI BIKIN ORANG MARAH ?

Posted: 12 Oct 2010 06:03 PM PDT

Janji bikin orang marah…Klik pada ikon Sembang Kawan-Kawan" atau gambar dibawah untuk baca selanjutnya - March 24, 2009






Seorang pemimpin kanan PKR pernah beritahu Kawan strategi dan helah adalah sebahagian dari politik.Sebab tu jangan hairan kalau tengok Suara Keadilan dan Harakah terus main lanyak ikut suka hati .

Dah tu permit terhad jual pada ahli tapi terus dijual cara terbuka.Jadi tak perlu susah payah nak jangka apa yang akan dijaja nanti bila KDN hari Isnin bertindak gantung penerbitan organ parti PAS dan PKR tu selama tiga bulan
.Langgar saja beb yang penting bottom line kasi orang marah bina simpati tunjuk kerajaan tak ada hati perut,zalim dan kuku besi bila kena.Betul tak betul belakang kira.Anihnya ketika depa dok menjerit pasal press freedom PKR dah lama tak benar Utusan cover sidang akhbar parti itu.
Di Pulau Pinang semua Exco Kerajaan Negeri larang NST liputi acara mereka.Ini belum masuk bab Datuk Seri Anwar pula diketahui memang cukup geli kalau kena tanya lebih-lebih dengan orang suratkhabar.

Kawan:Peminat rancangan Jangan Ketawa...

PAS terus phobia pada Ku Li...

Posted: 12 Oct 2010 06:00 PM PDT



Walaupun ada desas desus ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kemungkinan bukan calon pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November nanti, PAS terus dilanda keresahan kerana khuatir mereka akan tewas dan kerusi wakil rakyat itu terlepas kepada Barisan Nasional (BN).

Pimpinan PAS melihat walaupun Ku Li tidak jadi calon tetapi tugasnya sebagai Pengarah Pilihan raya DUN Galas sudah memberi tamparan hebat kepada parti itu.

Hal ini diakui Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang menyifatkan pelantikan bekas menteri kewangan itu tidak boleh dipandang remeh pimpinan PAS dan pakatan rakyat.

Beliau melihat persetujuan Ku Li itu satu cabaran besar yang harus dihadapi PAS.

Peliknya nada Salahuddin ketika berbual dengan Agendadaily di Parlimen mengenai perkara itu tampak tidak ghairah membayangkan bahawa PAS cukup 'kuat' untuk mengekalkan kerusi DUN itu.

Malah katanya, Galas bukan 'dikenali kubu PAS'.

Apakah ini tanda-tanda PAS sudah bersedia alasan jika kalah kelak dan bayang-bayang Ku Li sudah mengantui parti itu?

Salahuddin juga berharap pilihan raya kecil kali ini satu pertarungan di padang sama rata, yang adil dan gentleman.

Beliau juga berharap jentera PAS tidak boleh bersikap over confident dan selesa dalam persaingan di Galas.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata sekurang-kurangnya sudah ada lima nama untuk PAS calonkan bertanding di Galas.

Namun, beliau percaya pilihan raya kecil DUN berkenaan akan berlangsung dalam keadaan 'bersih' kerana Ku Li sebagai pengarah pilihan raya.

Pemilihan kelak katanya mengambil kira semua faktor termasuk kenapa PAS boleh menang pada pilihan raya umum lalu di kawasan berkenaan.

Sementara itu, PAS akan bermesyuarat dengan pimpinan pakatan malam esok bagi menetapkan tarikh pengumuman calon yang akan bertanding di Galas nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut.

"Kita nak pastikan Tuan Guru Datuk Nik (Abdul) Aziz, (Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang ada pada masa pengumuman tersebut. Kita ambil kira kehadiran mereka, jadi kita kena bincang dahulu dengan mereka malam esok," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen, Selasa..

Beliau juga memberitahu, Dewan Harian PAS dijangka bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan senarai pendek calon yang telah diserahkan kepada Majlis Syura.

"Kita sudah ada senarai pendek tetapi akan ditentukan dalam mesyuarat nantilah," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi manakala penamaan calon pada 24 Oktober ini. -12/10/2010

Oleh: ROSLAN BIAN

215 ahli PKR sertai UMNO

Posted: 12 Oct 2010 05:37 PM PDT



Lagi ahli PKR sertai UMNO, Rais cadang bubar saja parti itu

Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Lepar Utara dibubarkan selepas kesemua 215 anggota ranting itu pada Selasa menyertai UMNO kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut.

Penyerahan borang keahlian UMNO disampaikan oleh wakil kumpulan berkenaan, Abdul Rahim Darus kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman pada satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat UMNO Paya Besar di sini, pada Selasa.

Bernama melaporkan, Abdul Rahim, 61, berkata beliau mewakili bekas ketua ranting itu Shamsuddin Md Hassan yang kini dirawat di sebuah hospital di sini.

Katanya keputusan kesemua mereka termasuk Shamsuddin untuk menyertai UMNO adalah kerana kecewa dengan cara mesyuarat pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini yang didakwa tidak telus dan ada agenda kepentingan peribadi.

Ahmad Tajuddin berkata keputusan kesemua bekas anggota PKR itu untuk menyertai UMNO membuktikan PKR bukan parti yang sesuai untuk dipilih rakyat.

Katanya, kesemua mereka akan diserapkan menjadi anggota UMNO Cawangan Lepar Utara yang baru ditubuhkan dua bulan lepas dengan 75 anggota.

Semantara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bilangan anggota PKR yang semakin ramai menyertai Umno menandakan telah berlaku satu rombakan besar daripada segi pendirian politik, khususnya kepada orang Melayu.


Beliau berkata penyertaan beramai-ramai anggota PKR itu memberi isyarat jelas kepada pemimpin parti itu bahawa masyarakat Melayu sedia membuat perubahan dan meminggirkan politik kekeluargaan.

"Jadi warga dan anggota PKR yang masuk ke dalam Umno yang lebih 200 orang dalam tempoh yang tak lebih dari dua hari ini adalah satu cerminan yang jelas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepada Presiden Parti yang juga isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dan juga kepada Yang Berhormat Nurul Izzah yang juga anak perempuan beliau bahawa parti PKR sudah sampai masanya menjadi satu lambangan yang boleh ditinggalkan," katanya.

Rais, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata kumpulan yang sedia kembali memasuki perjuangan asas ini akan sentiasa diterima secara terbuka oleh Umno demi untuk perubahan dan berjuang atas nama bangsa, agama dan negara.

"Saya bukan saja bercakap berkaitan kepolitikan negara tetapi saya bercakap demi orang Melayu. Sekarang sudah sampai masanya bagi PKR menyertai Umno di mana Presiden Umno dan juga Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) membuka ruang bagi semua orang seperti ini memasuki semula perjuangan asas bangsa.

"Jadi tanda yang ada pada hari ini adalah tanda positif untuk perubahan dan jika orang Melayu sedar betapa pentingnya politik itu harus dikira dari segi bilangan dan kekuatan, inilah masanya (untuk bersatu) supaya orang 'tak jentik' kita lagi secara berleluasa ataupun memberi bahasa kesat kepada kita, lantaran dikatakan kita sudah mundur atau turun dari segi darjat politiknya," kata Rais.

Beliau berkata PKR seharusnya menjadikan parti Semangat 46 yang mana suatu ketika dulu dalam serba kepayahan cuba memperjuangkan agendanya tetapi akhirnya kembali menyertai perjuangan bersama-sama Umno untuk kepentingan bangsa.

"Diharapkan seruan itu dapat diterima dan kita alu-alukan warga PKR untuk memasuki Umno supaya perjuangan untuk bangsa, negara dan agama terus mencapai kejayaan. Cara pertama boleh ditunjukkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas 4 Nov ini. Kita akan lihat bagaimana terjemahan ini dapat dibuat," katanya.-12/10/2010

Kuota kerusi BN : FORMULA BARU ATAU KEMENANGAN?

Posted: 12 Oct 2010 05:32 PM PDT

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin juga berpendapat perlu ada ' formula baru' dalam pembahagian kerusi komponen Barisan Nasional menghadapi pilihan raya umum ke 13 dengan lebih cemerlang.
Ini selari dengan pandangan beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Khaled Nordin agar BN tidak lagi letak calon disesuatu tempat cuma untuk memenuhi kuota tanpa mengambil kira penerimaan rakyat di kawasan berkenaan.
"Saya rasa kita tidak perlu terikat dengan formula yang lama sebab persekitaran politik telah berubah, kita perlu mengubah cara kita mengagihkan kerusi," tambah Khairy menjawab soalan Agendadaily tentang keperluan kajian semula dibuat terhadap pembahagian kuota kerusi pada parti komponen BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy bercakap demikian di sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato' Onn,PWTC lewat malam selasa.
Katanya, "saya tidak kata mana parti dapat kurang dan parti mana yang bertambah tapi soal formula yang perlu kita ada keterbukaan untuk membincangkan soal perkara ini."
Hishammuddin baru-baru ini yang diminta mengulas mengenai pembahagian kerusi BN menganggap 'TAK PERLU' dikekalkan sistem kuota pembahagian kerusi kerana lanskap politik kini berubah dan langkah perlu diambil untuk memperbaiki sistem ini mengikut formula-formula yang berpijak di atas bumi yang nyata.
Bagaimanapun Hishammuddin mahu perkara itu dibincangkan secara konsensus oleh BN dengan pendekatan realistik bagi menjuruskan kepada memastikan kemenangan calon-calon BN.

Kuota bahagi kerusi BN perlu dikaji semula pasti kemenangan-Hishamuddin - October 10, 2010



Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bersetuju dengan pandangan 'TAK PERLU' dikekalkan sistem kuota pembahagian kerusi- hanya untuk penuhi kouta - bagi parti...


Pada pilihan raya umum ke 12, BN memenangi 140 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang ditandingi dan gagal mendapat dua pertiga majoriti.

Timbul persoalan misalnya calon MIC diletak bertanding kawasan majoriti orang Melayu hingga berlaku undi protes yang menyebabkan BN kalah di situ.
Diminta mengulas lebih lanjut tentang kebebasan berhemah pembahas usul di perhimpunan pergerakan itu, Khairy berkata, "mereka diberi kebebasan berucap dengan penuh kebertanggungjawabannya".
Menurutnya, pembahas tidak boleh menyentuh soal perkauman, perlu ada batasan dan sekiranya hendak menyampaikan sesuatu mesej perlulah disampaikan dalam cara yang baik dan berhemah.
"Tidak ada apa-apa sekatan, soal tidak bebas maksudnya kalau kita bagi 'talking point' dengan hanya menentukan apa yang perlu mereka cakapkan. Kita serah pada mereka, cuma kita bagi garis panduan sikitlah." ujarnya.-12/10/2010

PANDANGAN PENULIS:
Bukan isu baru, tetapi lama dah pun dibangkitkan oleh ahli UMNO sendiri dan juga pengundi. Setakat ini pengundi hanya menerima sahaja calon yang diputuskan oleh parti. Benar landskap politik berubah, tetapi jangan lupa kemahuan dan harapan pengundi. Protes pengundi pada PRU 12, bukan sahaja sebab di atas iaitu mereka merasakan kepimpinan parti tidak mendengar suara mereka tetapi juga berpunca dari perkhidmatan yang lemah dari wakil rakyat.

Selama ini kriteria pemilihan calon PRU terlalu bertumpu kepada mereka yang berjawatan dalam parti sahaja. Zaman Tun Mahathir dulu, ada juga cubaan dibuat dengan meletakkan calon yang tidak berjawatan dalam parti, syukur penerimaan pengundi sungguh menggalakkan. Bila lagi nak tukar kepada ahli-ahli yang didapati ada kesungguhan dan komited menjalankan tanggungjawab dan tugas ?

Bila dah terpilih sebagai calon dan menang, ada pula yang mula mempertikaikan kenapa tak dipilih sebagai menteri kabinet ? Inilah yang memualkan pengundi dan juga mereka yang tidak menyertai mana-mana parti. Sekarang kita perlukan ahli politik yang dapat menunaikan janji dan perkhidmatan mereka di 'grass root". Kata seorang pengundi 'masa nak pilihanraya parti senang jumpa tetapi bila dah menang pilihanraya parti dan juga PRU batang-hidung pun tak nampak...fikir-fikirkanlah...

Kaji semula kuota kerusi komponen BN…apa kata Dr Mahathir? - September 28, 2010

Tun Dr Mahathir Mohamed menilai ada kebaikan dan ada keburukannnya jika dikaji semula kuota pembahagian kerusi kalangan komponen Barisan Nasional mengikut komposisi kaum di sesebuah kawasan pada pilihanraya umum akan datang.



KEPADA KP UMNO MALAYSIA BILA LAGI NAK JUMPA SEMUA KP BAHAGIAN?

LUAR BANDAR TERUS DIBANGUNKAN.

Posted: 12 Oct 2010 05:08 PM PDT

DASAR DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DILANCARKAN.  SATU LAGI DASAR YANG MEMBERI TUMPUAN KEPADA LUAR BANDAR. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.



PKR SUDAH, DAP TAK MAHU LETAK CALON DI BATU SAPI ?

Posted: 12 Oct 2010 05:04 PM PDT

PKR Batu Sapi senaraikan tiga calon
Okt 12, 10 12:18pm
Kongsi 11
Cawangan PKR Batu Sapi telah menyenarai-pendek tiga calon yang berkelayakan untuk diketengahkan bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, kata ketuanya Hassnar Ebrahim.

"Tiga nama berkenaan - seorang Bajau, seorang Suluk dan seorang lagi untuk dipertimbang oleh kepimpinan PKR Sabah malam ini.
"Biarkan pucuk pimpinan umumkan keputusan itu. Kami akan adakan juga mesyuarat Pakatan Sabah di Kota Kinabalu tidak lama lagi bagi membincang persiapan pilihan raya kecil."

PKR diamanahkan untuk bertanding di parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya 2008 tetapi parti itu gagal mengetengahakan sebarang calon pada hari penamaan calon.
Calon ditahan polis
"Apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008 tidak patut dipersalahkan ke atas PKR. Calon kami, Dr Yusuf Sheikh Ahmad, malangnya ditahan oleh anggota polis cawangan khas untuk disoal-siasat sehingga proses penamaan calon berakhir," dakwa Hassnar.
Pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh telah menyatakan minat parti itu untuk bertanding, meskipun DAP dikatakan berminat untuk mewakili Pakatan Rakyat.

Menurut Hassnar, beliau bukan antara calon PKR meskipun beliau dilantik sebagai ketua cawangan baru-baru ini. Beliau juga menolak spekulasi bahawa PKR akan menyerahkan kerusi itu kepada DAP untuk bertanding.

Batu Sapi adalah kawasan majoriti penduduk Islam, manakala bukan Islam yang dikatakan penyokong DAP mewakili kira-kira 40 peratus daripada pengundi.

Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, pada Sabtu lalu.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

BN dijangka sekali lagi diwakili oleh PBS untuk kerusi Batu Sapi manakala satu lagi parti pembangkang SAPP, juga dikatakan berminat untuk bertanding.

Tiada ulasan:

Pengikut