Isnin, 4 Oktober 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


‘Mesyuarat agung PKR seperti aksi filem Tamil’

Posted: 04 Oct 2010 12:28 AM PDT

"PERGADUHAN dan kekecohan mesyuarat agung cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti aksi dalam filem Tamil," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau menyifatkan kekecohan yang berlaku dalam PKR sekarang ini sebagai politik budak mentah dan tidak bertamadun.

"Itulah gambaran dapat diberikan berhubung tindakan penyokong PKR menyerang petugas media baru-baru ini," katanya.

Menurutnya, tindakan ganas penyokong parti serpihan itu juga membuktikan pemimpinnya gagal menerapkan nilai-nilai moral di kalangan ahli-ahlinya.
Beliau berkata, bersikap ganas atau menyerang petugas media merupakan perbuatan tidak boleh dimaafkan kerana ianya melanggar etika kewartawanan.

Mengulas amaran Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kepada PKR bahawa ahli-ahlinya akan memboikot parti itu kerana insiden 'serangan' ke atas ahlinya, Syed Ali berkata tindakan itu sebagai wajar.

"Saya menyokong kenyataan Presiden NUJ, Hata Wahari berhubung isu tersebut. Penyokong PKR bertindak seolah-olah mereka boleh berbuat sesuka hati walaupun melanggar undang-undang," tegasnya.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, perbuatan dilakukan penyokong PKR itu juga mencerminkan tahap sebenar kualiti pemikiran dan kepimpinan mereka didalam politik.

"Jika dilihat kepada beberapa insiden kekecohan perjalanan mesyuarat agung cabang PKR terutama di Selangor, ianya seperti perlakuan aksi pergaduhan samseng dalam filem Tamil di kaca televesyen," katanya.

Sambil menyifatkannya sebagai amat memalukan, Syed Ali menegaskan PKR sebenarnya tidak mempunyai contoh kepimpinan yang baik untuk dicontohi.

"Jika penasihatnya sendiri diheret ke mahkamah atas tuduhan meliwat, bagaimana contoh yang baik untuk dijadikan teladan," soal beliau.

Sehubungan itu, beliau mengajak penyokong dan ahli-ahli PKR supaya meninggalkan parti itu kerana perjuangannya tidak bermatlamat membela nasib rakyat.

Sifatkan Mahathir tersungkur di Australia : Azmin Ali tidak berpekerti Melayu – Syed Ali

Posted: 03 Oct 2010 08:15 PM PDT

CALON Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali disifatkan sebagai tidak berperkerti sebagai seorang pemimpin Melayu apabila menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad 'tersungkur' di Australia.

"Pemimpin Melayu yang berbudi bahasa, berpekerti mulia dan bersopan tidak sanggup mengeluarkan kata-kata berupa cercaan terhadap mereka yang sedang sakit, apatah lagi membabitkan seorang bekas Perdana Menteri," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau menegaskan, sikap Azmin itu jelas menunjukkan beliau bukannya seorang pemimpin politik berhemah sebaliknya di dalam dikepalanya bersarang sifat dendam, hasad dengki dan pentingkan diri sendiri.

Menurutnya, pemimpin politik Melayu yang bermoral tidak menyerang pemimpin lain yang uzur atau sakit, malah di dalam Islam digalakkan menziarahi atau mendoakan kesejahteraan untuk mereka.

"Tetapi dalam isu ini, Azmin menunjukkan betapa rendahnya moral beliau sebagai sebahagian daripada pemimpin kerdil Melayu yang sanggup mencerca seorang negarawan tanahair," tegasnya.

Sebaliknya, jika seorang pemimpin Melayu beragama Islam itu tinggi moralnya, dia akan mendoakan kebaikan atau paling tidak berdiam diri tanpa mengeluarkan kata-kata penghinaan atau bersifat cacian.

Beliau kesal Azmin dengan sifat sombong dan angkuhnya menyifatkan perkataan paling lunak untuk merujuk kepada bekas Perdana Menteri yang sedang menerima rawatan di Austarlia itu sebagai 'tersungkur'.

Katanya, kenyataan itu juga boleh disamakan dengan mereka yang tidak tahu untuk bersyukur kepada Allah swt di atas kejayaan kepimpinan Dr. Mahathir membangunkan rakyat dan negara.

Syed Ali berkata, pemimpin PKR itu sepatutnya mencontohi pekerti ditunjukkan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang berlapang dada mengunjungi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika terlantar sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan tidak lama dulu.

"Semua orang tahu pertelingkahan politik antara Nik Aziz dengan pemimpin UMNO tetapi kerana Najib ada moral dan bersangka baik, dia sanggup menziarahi dan mendoakan kesejahteraan untuk Nik Aziz," jelasnya.

Sebaliknya kata beliau, Azmin mencontohi perlakuan 'sifunya', Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat memusuhi Dr. Mahathir kerana dendam politik.

"Azmin tidak tahu bersyukur kerana hasil kepimpinan mantan Perdana Menteri itulah membolehkan beliau termasuk Anwar berpeluang memiliki sedikit kuasa politik," katanya.

Azmin selepas berucap sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak Ahad lalu, menjelaskan bahawa istilah tersungkur yang agak lunak untuk didengar kerana kedegilan Dr. Mahathir bersekongkol dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang memperjuangkan fahaman perkauman sempit.

Menurut Syed Ali, tuduhan Azmin kononnya Dr. Mahathir sebagai pengamal fahaman rasis juga sebagai tidak berasas kerana prinsip kebangsaan yang ada pada bekas Perdana Menteri itu membolehkan Melayu kekal berkuasa sehingga kini.

"Azmin terlalu mentah untuk bercakap soal rasis kerana beliau sendiri hidup atas ehsan Anwar yang sanggup mengkhianati Melayu kerana cita-cita politik untuk berkuasa," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut