Isnin, 4 Oktober 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Sikap Azmin Keterlaluan

Posted: 04 Oct 2010 10:40 PM PDT


Dua ADUN UMNO Kelantan - Datuk Noor Zahidi Omar dan Datuk Md Alwi Che Ahmad melawat Nik Aziz ketika beliau sakit tidak lama dahulu. ADUN BN dan UMNO tidak mengatakan bukan-bukan kepada Nik Aziz.

Kurang Bijak Kerana Berpolitik

1. Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang sewenang-wenangnya menyifatkan Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne itu sebagai 'pemimpin yang sedang tersungkur' di Australia.

2. Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan cabang Gombak.

3. Pada ketika pemimpin pakatan pembangkang seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sakit, pemimpin Barisan Nasional serta blogger pro UMNO dan BN ucapkan yang baik untuknya. Malah mendoakan kesejahteraan beliau.

4. Beginilah sikap angkuh dan sombong pemimpin PKR, tanpa memikirkan sumbangan dan perasaan orang lain, apatah lagi Tun Dr Mahathir merupakan negarawan yang bukan hanya dihormati dinegara kita, tetapi negara luar.
5. Apakah Azmin tidak memikirkan perasaan keluarga Tun Dr Mahathir ketika membuat kenyataan demikian?

6. KetiKa negara lain meyiarkan berita keadaan kesihatan dan simpati atas Tun Dr Mahathir, rakyat Malaysia sendiri menyindir pemimpin yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan agamanya.

7. Apakah sumbangan Azmin kepada negara hingga kini ?

8. Janganlah kerana cara politik sempit menjadikan kita bukan manusia yang rasional. Tanamkan sifat kasih sesama manusia apatah lagi orang yang lebih berusia.
Kak Midah
Ipoh

Moga Tun Dr Mahathir Cepat Sembuh

Posted: 04 Oct 2010 09:54 PM PDT



1. Mari kita sama-sama mendoakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia kembali sihat walafiat.

2. Kita semua masih memerlukan pemikiran dan pengalaman beliau serta panduan dan nasihat-nasihatnya.

3. Sumbangan yang Tun Dr. Mahathir Mohamad berikan kepada bangsa, agama dan negara menjadikan kita bangsa yang berbangga bila menyebut nama Malaysia diluar negara.

4. Didoakan moga sembuh dan kembali sihat.

Kak Midah Sekeluarga
Batu gajah

PKR : Diambang Kuasa Atau Diambang Pepecahan ?

Posted: 04 Oct 2010 05:36 AM PDT


Kalut Nak Berkuasa


1. Jika masih ingat beberapa tulisan Kak Midah awal tahun lalu PKR Semakin Hilang : Anwar Gagal Memimpin dan tindakan beberapa pimpinan kanan PKR keluar parti dan mengistiharkan diri menjadi bebas.


2. Kekalutan atau istilahnya 'chaotic' merujuk kepada kecelaruan, kekecohan, dimaksudkan dengan celaru ialah fenomena dalam dinamik apabila pergerakan tidak menentu. Pergerakan celaru ini biasanya terhasil apabila terdapat darjah kebebasan yang berganding yang besar bilangannya,

3. Istilah ini sesuai mengambarkan suasana politik PKR dan DAP kebelakangan ini.

4. Pemilihan cabang-cabang mereka dilihat semakin 'mengharukan' dengan tindakan-tindakan liar para penyokongnya. Adalah sesuatu yang luar biasa apabila berlaku pergaduhan, membawa lari peti undi, membaling kerusi, memukul wartawan dan sebagainya dalam pemilihan parti.

5. Kekalahan beberapa pemimpin kanan dilihat bahawa penolakkan serta gesaan perubahan semakin kuat bergolak dalam PKR.


6. PKR hanyalah satu nama yang kini tidak menggambarkan sifatnya yang sebenar. Ia jelas terbukti semasa proses pemilihan parti itu sekarang yang memperlihatkan banyak berlaku tipu muslihat dan keganasan bagi memenangkan pihak-pihak tertentu.

7. Apakah ini demokrasi ala PKR yang diperjuangkan selama ini ?


8. Rakyat harus sedar, inilah jenis parti - dianggotai oleh para penunjuk perasaan jalanan, yang sanggup merosakkan harta benda awam demi orang yang mereka puja. Anwar Ibrahim nampaknya dalam suasana sekarang tidak bersuara langsung.


9. Sebagai rakyat yang matang dan telah melihat banyak proses demokrasi berlaku, PKR dilihat bukanlah sebuah parti yang mempunyai hala tuju yang jelas.


10. Rakyat sepatutnya tidak boleh memperjudikan anak cucu mereka hanya berasaskan kepada sikap kasihan kepada Anwar. Orang macam Anwar ini akan datang dan pergi.


11. Jika kita sayangkan agama, bangsa dan tanah air, maka fikirlah secara jujur dan rasional.

12. Kak Midah yakin, selepas ini kita akan mendengarkan 'dendangan lagu' bahawa kekalutan PKR ini didalangi oleh UMNO. Mereka akan memainkan lagu bahawa kejadian semua ini merupakan tajaan orang UMNO.

13. Kuasa di tangan anda. Salah percaturan akan hancurlah apa yang dibina lebih 53 tahun ini. Perlembagaan yang menjadi tonggak negara ini pun bisa tumbang.


Kak Midah

Ipoh





Tiada ulasan:

Pengikut