Kit Siang terus phobia jika Melayu diminta bersatu... Posted: 03 Oct 2010 11:21 AM PDT
Takut benar Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan sesiapa sahaja yang buat kenyataan minta orang Melayu bersatu.
Terbaru, pemimpin veteran parti pembangkang itu macam 'angin satu badan' dengan kenyataan timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin yang berkata hak orang Melayu untuk menerajui negara ini.
Lim bukan sahaja membidas Hamim malah turut mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwanya sebagai juara mempertahankan jentera kerajaan BTN.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu sebenarnya sudah lama 'bengang' dengan BTN.
Malah sebelum ini beliau hentam BTN mengenai modul latihan di biro berkenaan yang didakwanya berbaur rasis selain mempertikai peruntukan kerajaan bagi organisasi itu terus meningkat.
Beliau juga pernah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menutup BTN dengan alasan mengekang gagasan 1 Malaysia.
Dan apabila Datuk Maslan Ahmad mempertahankan BTN, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu teruk juga kena lanyak malah Muhyiddin yang membela Maslan pun kena hentam.
Nampak gayanya, Lim begitu takut dengan BTN dan soal orang Melayu yang patut bersatu demi agama, bangsa dan negara.
Beliau macam histeria apabila perkara itu dibangkitkan malah kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu itu juga dikritik dengan lantang olehnya.
Apa yang Lim takutkan jika orang Melayu bersatu seperti disarankan Muhyiddin, Mahathir dan Hamim?.
Adakah kaum lain termasuk Cina tidak pernah bersatu dalam menangani sesuatu isu di negara ini?
Ramai tahu betapa peniaga-peniaga Cina bersatu dalam banyak hal terutama mendesak kerajaan akur kepada tuntutan mereka seperti mendesak kenaikan harga barang dan sebagainya.
Tidak perlulah dikaitkan kaum Cina bersatu dalam perkara lebih besar kerana setiap kaum tahu matlamat masing-masing.
Sebenarnya, Lim cuba memecahkan lagi penyatuan orang Melayu kerana beliau tahu Dr Mahathir pernah menyatakan, orang Melayu di negara ini berpecah kepada tiga kumpulan.
Kalau hendak jelas ia adalah kepada UMNO, PAS dan PKR.
Bayangkan kalau gesaan Melayu supaya bersatu menjadi kenyataan, apa akan jadi?
Perkara inilah yang hendak dielakkan Lim dan pemimpin pembangkang lain yang sudah ada sifat Melayumophobia.
Sebabnya mudah kerana penyatuan orang Melayu akan menyebabkan agenda mereka untuk menguasai negara ini terkubur.
Mungkin sekarang, Lim dan rakan-rakannya sudah mula nampak peluang mereka apabila anaknya sudah menguasai Pulau Pinang dan mungkin dapat menguasai Perak jika parti itu letak boneka Melayu dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.
Lim sebenarnya sedang bermimpi beliau bakal jadi Perdana Menteri.
Sebab itu, ramai pemimpin dan orang Melayu sudah nampak wayang DAP dan mereka dengan tegas menyatakan orang Melayu perlu bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.
Apatah lagi kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.
"Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas," kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno, di ibu negara Isnin.
"Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran," tambah beliau.
Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasama dengan masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.
"Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC," katanya lagi.
Cuma dalam kenyataan terbarunya, Lim cuba melaga-lagakan Najib dengan pegawai BTN terbabit kononnya dengan jelas apa dikatakan Hamim menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib diperlekehkan oleh musuh-musuh dalam kumpulannya sendiri.
"Kenyataan ini adalah bukti terbaharu bahawa musuh utama 1 Malaysia Najib ialah daripada kem sendiri, bukan sahaja dari UMNO tetapi juga BTN dalam kerajaan," kata beliau.
Lim menambah, apabila BTN terus-menerus menggunakan pendekatan ofensif, tidak sensitif dan kempen percambahan fikiran yang bersifat rasis, bukan sahaja di kalangan kakitangan awam tetapi diperluaskan meliputi aktivis politik dalam lingkungan Umno termasuk Puteri Umno, maka adalah jelas Najib berhadapan dengan tentangan terbuka, yang mempunyai sokongan Muhyiddin.
Peliknya, Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam juga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.
Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.
Subramaniam juga bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri.
"Saya merujuk kepada artikel dalam portal berita yang memetik timbalan pengarah BTN menggunakan kata-kata kesal ke atas bukan Melayu pada mesyuarat tertutup Puteri Umno hari ini.
"Saya ingin menekankan bahawa BTN adalah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Jika seorang pegawai dari agensi itu didapati mengeluarkan kenyataan seumpama itu, ia boleh dilihat sebagai menggambarkan pandangan kerajaan," katanya.
Subramaniam menggesa Ketua Pengarah BTN Datuk Shagul Hamid Abdullah agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan susulan.
Kepada Lim dan Subramaniam, jawapan kepada kegusaran anda, sedarlah ' di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung'.
Jika Melayu ditegah atau dihalang bersatu kerana kaum, mereka pasti boleh bersatu demi Islam.
Oleh: ROSLAN BIAN-28/9/2010 |
|
PAS buang tabiat menjelang Galas…dah mula jual nama Ku Li Posted: 03 Oct 2010 11:13 AM PDT
Berbeza dengan senario menjelang pilihanraya kecil yang lampau…PAS nampak macam darah gemuruh sikit untuk berdepan dengan Galas walaupun kerusi itu miliknya.
Antaranya ada di kalangan pemimpin PAS membuat kenyataan yang bernada pelik. Kata orang ' buang tabiat' bunyinya.
Mungkinkah mereka goyah mengenangkan kejutan ketika pilihan raya kecil DUN Manik Urai tak jauh dari situ Julai tahun lalu apabila calon mereka Fauzi Abdullah hanya menang tipis dengan 65 undi.
Dari pemerhatian ada tanda-tanda yang jelas apa buat PAS cukup tak sedap badan macam demam tak kebah ialah faktor Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dilantik sebagai Pengarah pilihanraya BN untuk pilihanraya kecil itu.
Sebab itu, tiga pemimpin PAS buat kenyataan pelik fasal PRK Galas.
Selasa, Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tiba-tiba menyarankan supaya BN berrkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas kononnya atas dasar perpaduan Melayu.
Rabu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib pula kata Tengku Razaleigh Hamzah akan sokong calon mereka.
Harakahdaily.net pula memetik Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, beliau yakin Tengku Razaleigh mempunyai kaedah sendiri namun jika dia tidak menonjol adalah lebih baik.
"Faktor Ku Li memang kita tak boleh pandang rendah, tapi kita yakin mood beliau sendiri pada BN pada waktu ini tak begitu tinggi.
"Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini," katanya yang juga Adun Bukit Tuku.
Sama ada sudah buang tabiat atau sudah merepek agaknya pemimpin-pemimpin PAS apabila mereka sedar PAS bukan lagi ada jalan mudah untuk menang di Galas.
Logik ke Tengku Razaleigh , ahli parlimen Gua Musang dan Ketua UMNO Bahagian itu sejak sekian lama tiba-tiba hendak sokong calon PAS dalam PRK Galas?
Walaupun beliau nampak macam memihak PAS dalam isu royalti Petronas untuk Kelantan, ini tidak bermakna bekas Menteri Kewangan itu sanggup korbankan prinsip dan kesetiaannya selama ini dengan UMNO dengan menyokong calon PAS.
Kenyataan Harun dan Takiyuddin hanya menggambarkan parti itu sudah kecut perut untuk bertembung UMNO atau BN di Galas tidak lama lagi.
Semua itu hanya perang psikologi PAS untuk meminta UMNO menyerahkan kerusi tanpa bertanding atas alasan perpaduan Melayu dan jimat wang selain pendapat mengatakan Tengku Razaleigh akan sokong calon mereka.
Menariknya dalam PAS berangan-angan Tengku Razaleigh akan sokong calon mereka, pemimpin veteran UMNO itu telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO-BN untuk PRK Galas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO, Rabu.
"Dengan restu Presiden, (Datuk Seri Najib Tun Razak), saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN.
Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.
Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.
"Saya yakin peluang kita untuk meraih kemenangan adalah lebih cerah," kata Muhyiddin.
Dengan persetujuan Ku Li menggalas beban PRK Galas, PAS boleh lupakan cita-cita mereka berharap pemimpin UMNO itu akan menyokong calon mereka.
Nampak sangat sebelum bertarung, PAS sudah kalah.
Walaupun BN menang di Galas dan tidak menggugat kerajaan PAS Kelantan, tetapi keegoan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu pasti akan koyak.
Dengan perlantikan Tengku Razaleigh itu, desas desus mungkin beliau jadi calon BN kawasan itu kira boleh padam.
Semua sedang menanti siapa calon yang 'direstui' beliau untuk mengembalikan kegemilangan Gua Musang yang selama ini terus maintain 3-0 untuk ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan itu yang 'pecah' dengan kejatuhan Galas pada PRU 12 Mac 2008.
Oleh: ROSLAN BIAN-29/9/ |
|
Air Kedah dan Pulau Pinang naik jua akhirnya Posted: 03 Oct 2010 10:28 AM PDT Ketika bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid mengumumkan penswastaan bekalan air di negeri Kedah sewaktu UMNO menjadi kerajaan, Pas dengan beberapa pemimpinnya menentang keras usaha tersebut dengan alasan penswastaan akan membebankan rakyat.
Beberapa pemimpin Pas telah menghimpunkan ratusan ahlinya untuk berdemonstrasi di hadapan Wisma Darulaman bagi membantah rancangan tersebut.
Kerajaan di bawah pimpinan UMNO telah membatalkan rancangan tersebut demi kesejahteraan rakyat.
Belum pun rakyat Kedah lupa akan peristiwa tersebut, tiba-tiba Jabatan Bekalan Air Kedah diswastakan oleh kerajaan Pas di bawah Syarikat Bekalan Air Kedah (SADA). Caj air pun akan dinaikkan sebanyak 27 peratus.
Di mana rasionalnya kalau Pas menentang UMNO menswastakan bekalan air di negeri Kedah sebelum mereka menjadi kerajaan, tetapi kini mereka melakukan sebaliknya.
Pemimpin jenis apakah ini?
Mungkin benarlah apa yang dikatakan oleh orang-orang Kedah sekarang SADA bermaksud Syarikat Air Datuk Azizan.
ANAK SELUANG
Kulim
Jangan salahkan kami – Azizan
Oleh NAZARUDIN SHAHARI nazarudin.shahari@utusangroup.com.my
ALOR SETAR 2 Okt. – Kerajaan negeri Kedah hari ini tidak mahu dipersalahkan dalam isu kenaikan tarif air di negeri ini mulai semalam, sebaliknya menuding jari kepada Kerajaan Pusat sebagai punca tindakan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengaitkan kenaikan tarif air itu berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat pada 2006 bertujuan menyelesaikan masalah pinjaman oleh kerajaan-kerajaan negeri berkaitan bekalan air.
Beliau berkata, penstrukturan semula itu dilaksanakan melalui Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Akta Industri Perkhidmatan Air yang diluluskan oleh Parlimen.
Katanya, penstrukturan semula melibatkan pengambilalihan aset air Kedah oleh syarikat milik penuh kerajaan iaitu Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) dan sebagai balasan PAAB akan mengambil alih liabiliti air kerajaan negeri Kedah.
Menurutnya, PAAB kemudiannya menyewa pajak aset air itu kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) pada kadar sewa tahunan yang ditetapkan.
"SADA yang dikorporatkan pada 1 Januari lalu terpaksa menyelaraskan semula tarif air seperti yang diminta oleh SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) kerana hutang RM1.7 bilion yang ditanggung sebelum ini.
"Kerajaan negeri tidak mampu membayar RM50 juta setahun ke atas hutang itu dan jalan penyelesaiannya adalah pengkorporatan dan kadar air terpaksa diselaraskan semula," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Aidilfitri Persatuan Alumni Maktab Mahmud di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas bantahan oleh pelbagai pihak ekoran tindakan SADA menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai semalam.
"Sekiranya Kerajaan Pusat tidak kacau, kerajaan negeri tidak mahu naik tarif air," ujarnya.
Beliau juga menyifatkan kenaikan bagi pengguna domestik tidak begitu tinggi berbanding pengguna industri dan komersial.
"Jangan dinilai kenaikan berdasarkan peratusan tetapi daripada aspek kuantiti iaitu lima tong drum bersamaan 50 sen sahaja," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya menuding jari kepada Kerajaan Pusat berhubung isu itu dengan mendakwa kenaikan tersebut mendapat kelulusan daripada SPAN.
Beliau berkata, walaupun kenaikan tarif air diluluskan oleh Kerajaan Pusat, kerajaan negeri masih mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan tindakan itu.
"Kerajaan Pusat hanya meluluskan dasar dan terpulang kepada budi bicara kerajaan negeri membuat keputusan akhir," katanya.
Kerajaan negeri didakwa gagal urus Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
PULAU PINANG 2 Okt. - Kenaikan tarif air dan Surcaj Penjimatan Air (WCS) di Pulau Pinang seperti diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini, didakwa satu langkah untuk menutup kelemahan pengurusan air di negeri ini.
Pada masa sama tindakan itu jelas menunjukkan Guan Eng selaku Pengerusi PBA Holdings Bhd. gagal menguruskan dan tidak cekap menerajui syarikat pembekalan air itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, kenyataan Ketua Menteri yang menyatakan surcaj diperkenal disebabkan rakyat negeri ini membazir tidak boleh diterima.
Menurutnya, ini kerana, sejak Guan Eng memegang jawatan Pengerusi PBA Holdings Bhd. pada tahun 2008, keuntungan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Sdn. Bhd. menurun dengan mendadak.
"Ini dapat dilihat apabila keuntungan PBA Holdings menurun daripada RM47.64 juta pada tahun 2006, RM43.97 juta (2007), RM31.29 juta (2008), sehingga RM14.81 juta tahun lalu.
"Itu sudah jelas menunjukkan Guan Eng tidak berkebolehan menerajui syarikat air di negeri ini, bagi menutup kekurangan keuntungan itu mereka menaikkan tarif air dan kenakan surcaj sehingga membebankan rakyat," katanya di sini hari ini.
Baru-baru ini, PBAPP mengumumkan kenaikan tarif air bagi sektor perniagaan sebanyak 27 peratus bagi menampung peningkatan kos berkuat kuasa pada 1 November ini.
Syarikat itu turut mengumumkan surcaj ke atas pengguna domestik yang menggunakan air lebih daripada 35,000 liter sebulan sebagai usaha mengurangkan pembaziran air dan subsidi, berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Mengulas lanjut, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, beliau yakin rakyat tidak akan dibebankan dengan kenaikan tersebut sekiranya syarikat pembekalan air diuruskan oleh mereka yang pakar dan cekap.
"Dulu mereka umum beri rebat sebanyak RM17 juta kepada 170,000 keluarga pada tahun lalu dan ia sebenarnya turut menyumbang kepada pembaziran dan kini mereka pula dibebankan dengan pengenalan surcaj," ujarnya.
Perkara itu turut dipersetujui Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang menyifatkan ia sebagai satu lagi pembohongan Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang.
"Inilah yang terjadi apabila negeri ini hanya 'diurus' oleh Guan Eng seorang. Mana pergi Exco-exco yang lain, takkan tiada siapa membantah perkara seperti ini.
"Mereka pandai cakap Kerajaan Pusat zalim sebab tarik subsidi, naikkan harga itu dan inilah walaupun kita ada alasan tetapi kini di Pulau Pinang apa jadi, Guan Eng sebenarnya yang membebankan rakyat," tegasnya.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri, H'ng Khoon Leng, berkata, mereka membantah pengenalan surcaj tersebut kerana membebankan rakyat yang mempunyai ahli keluarga ramai dan berpendapatan rendah.
"Saya akui memang kita perlu berjimat tetapi pendekatan yang dilaksanakan kerajaan negeri menjejaskan golongan yang tidak sepatutnya menanggung beban itu.
"Ia seperti menarik balik keistimewaan rakyat negeri ini. Jika selama ini kita menikmati harga air yang rendah tetapi mulai bulan depan kita semua berdepan bayaran yang tinggi untuk penggunaan air," katanya
Surcaj Pembaziran Air: Wujudkah Pembaziran atau..........? Posted: Friday, 24 September 2010 | Dihantar oleh Tamingsari | Isu kenaikan tarif atau surcaj pembaziran adalah satu keputusan yang tidak adil kepada rakyat pulau pinang. Kerajaan Guan Eng yang terkenal sebagai kerajaan yang tidak berakuantabiliti telah menguatkuasakan arahan ini dan pastinya ia akan terkesan kepada pihak-pihak tertentu.
Mangsa kepada keadaan ini pasti buat rakyat yang punyai keluarga yang ramai,bayangkan satu rumah lebih dari 8-9 orang,sudah pasti pengunaan air adalah tinggi.Masjid dan rumah ibadat lain.Perniagaan yang memerlukan air yang banyak sudah pasti akan terkesan akibat kenaikkan tarif ini.
PBA dibawah kerajaan negeri ternyata gagal diurus dengan baik. Cekap ,Akauntabiliti dan Telus hanyalah retorik . Pada 2007 keuntungan dicatatkan berjumlah RM43.9 juta,ini satu peningkatan yang amat tinggi ketika pemerintahan dibawah kepimpinan BN.Inilah bukti dibawah kerajaan BN pengurusan yang baik berjaya memperolehi keuntungan yang tinggi pada masa yang sama langsung tiada kenaikkan tarif air.
Pada 2008 sejak pemerintahan pakatan haprak PBA dipengerusikan oleh Guan Eng sendiri telah mencatatkan keuntungan yang menurun kepada RM31.3 juta. Pengurusan PBA dibawah akauntan buruk berlidah biawak ini bukan bertambah baik malah makin teruk apabila pada tahun 2009 keuntungan menurun lebih dari pada 50% kepada RM14.8 juta.
Inilah hadiah pakatan kepada rakyat Pulau Pinang. PBA satu syarikat milikan kerajaan negeri mengalami kerugian yang besar dibawah sistem CAT Guan Eng.Ini ternyata satu kegagalan dibawah urus tadbir yang benar benar tidak Cekap, Akauntibiliti yang lemah dan langsung tidak Telus.
Ketua menteri berlidah biawak ini memberikan alasan kononnya kenaikkan tarif adalah untuk menghukum penguna air.Sebaliknya tidak mendedahkan sebab yang sebenar mengapa pihak PBA perlu menaikkan tarif air.
Sudahlah gagal menunaikan janji pilihanraya,sebaliknya mungkir janji dan telah menyusahkan rakyat.Inikah contoh kerajaan negeri yang berkebajikan? Pisau nampak kerajaan negeri ini lebih kepada berkeanjingan yang membuli rakyat negeri Pulau Pinang |
|
ANTARA KEPENTINGAN NASIONAL DAN ETNIK Posted: 03 Oct 2010 05:57 AM PDT Apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal pada tahun 1948, asas politik yang diletakkan adalah politik perwakilan kaum. Setiap parti politik ditubuhkan untuk mewakili kaum yang terlibat dalam proses politik Tanah Melayu iaitu Melayu, China dan India. Setiap pemimpin politik mewakili suara dan kepentingan kaum masing-masing. Persekutuan antara kaum-kaum ini membentuk Parti Perikatan yang kemudiannya muncul sebagai parti pemerintah sehingga sekarang ini dan bertukar nama menjadi Barisan Nasional. Komponen daripada Barisan Nasional ini ialah parti-parti politik yang mewakili kepentingan kaum Melayu, Cina dan India.
Apabila kemerdekaan dicapai sehinggalah wujudnya Malaysia pada 1963, politik perkauman terus menjadi asas kepada proses politik di Malaysia baik dalam entiti parti pemerintah mahupun entiti parti pembangkang. Secara positif, politik perkauman ini menyumbang kepada konsep dan prinsip integrasi nasional dan menolak prinsip asimilasi seperti yang diamalkan oleh beberapa Negara tetangga yang turut berada di dalam gelombang kemerdekaan. Proses integrasi ini dapat membina penyatuan tanpa membuang keperibadian asal mana-mana kaum. Namun kesan negatifnya juga turut wujud apabila perjuangan untuk menegakkan kepentingan kaum masing-masing mula melahirkan sentimen-sentimen perkauman dan akhirnya mewujudkan pihak pelampau perkauman.
Dalam mengukuhkan perpaduan sebuah negarabangsa yang baru dan diasaskan kepada sifat-sifat majmuk itu, maka satu keperibadian yang bersifat nasional atau keperibadian kebangsaan diwujudkan. Ia diwujudkan bagi mengikat sifat-sifat majmuk yang berdasarkan keperibadian etnik ini di bawah satu keperibadian nasional yang dapat dipegang dan dihormati oleh semua warganegara. Walau bagaimanapun keperibadian kebangsaan yang diasaskan kepada keperibadian rumpun alam Melayu mengalami satu proses yang panjang untuk ditanam di dalam hati setiap warganegara terutamanya warganegara daripada etnik bukan Melayu sebagai keperibadian kebangsaan yang menjadi identiti kepada semua rakyat Malaysia.
Hal ini berlaku kerana pemikiran politik berasaskan kepentingan kaum yang menjadi acuan kepada pembinaan negarabangsa Malaysia ini sering melihat segala tindakan politik melalui sudut pandang perkauman. Ia sentiasa melihat sesuatu tindakan secara prejudis dan bias. Politik perkauman yang menjadi asas kepada proses politik ini sebenarnya adalah salinan kepada kerangka kolonialisme Barat yang berasaskan prinsip 'pecah dan perintah' (divide and rule). Kerangka pemikiran ini menjelaskan tentang kekuasaan politik yang dapat diperolehi melalui eksploitasi terhadap seberapa banyak perbezaan yang dapat diwujudkan di dalam masyarakat atau rakyat. Saling tidak memahami dan perasaan curiga menjadi senjata yang amat berkesan dalam menguasai ruang politik.
Dua peristiwa yang berlaku baru-baru ini memperlihatkan gelung pemikiran lama yang berasaskan kerangka kolonialisme itu masih menjadi penguasa yang amat perkasa dalam ruang politik Malaysia. Peristiwa warga China didera oleh polis tiba-tiba menjadi isu nasional yang sangat besar adalah contoh tentang bagaimana sentimen perkauman itu telah mengatasi kepentingan nasional. Kes penderaan yang boleh dikatakan sebagai kes terpencil ini diangkat seolah-olah ia menjadi amalan pihak berkuasa yang melakukan diskriminasi terhadap etnik tertentu. Tanpa memikir dan mempertimbangkan kesan terhadap masyarakat dan Negara, isu ini menjadi sentimen parti politik untuk meraih sokongan daripada kaum tertentu yang diwakili mereka. Ini secara tidak langsung memperlihatkan sikap politik yang prejudis dan berkecenderungan chauvinistik dari era lama itu masih kukuh dalam pemikiran dan aplikasi politik Malaysia dalam abad ke-21 ini.
Peristiwa Moorty semakin jelas memperlihatkan bahawa pemikiran politik perkauman (agama) yang dibawa dari era lama itu terus menjadi sandaran dalam menentukan keutamaan tindakan-tindakan politik. Situasi atau isu yang dapat dimanfaatkan untuk mendapat sokongan politik daripada kaum yang diwakili segera menjadi agenda paling penting dalam perjuangan politik melangkau kepentingan nasional. Memorandum dan usul untuk meminda perlembagaan yang melibatkan kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil di atas perjuangan memenangkan kepentingan kaum telah membelakangkan bukan sahaja perlembagaan yang menubuhkan institusi Negara tetapi juga rukunegara itu sendiri. Tindakan ini dilihat tidak mempedulikan kepentingan nasional yang memperjuangkan kepentingan untuk semua kaum tetapi lebih selesa untuk memberikan keutamaan terhadap kepentingan kaum yang diwakili hatta memusnahkan ikatan Negara yang diasaskan kepada kontrak sosial yang dipersetujui sebagai dasar pembinaan Negara bangsa Malaysia.
Kedua-dua isu ini memperlihatkan realiti politik pada hari ini sedang melebarkan jurang perbezaaan masyarakat dan akhirnya meraih keuntungan politik terhadap perpecahan dan perluasan jurang antara masyarakat tersebut. Sehingga hari ini sentimen perkauman menjadi senjata yang sangat perkasa kepada mana-mana parti politik untuk menguasai ruang politik Malaysia. Oportunis-oportunis politik sentiasa menjadikan sentimen perkauman sebagai 'tangan dewa' untuk mencapai cita-cita politik mereka. Bahkan dalam suatu keadaan pemimpin tua yang didesak untuk berundur juga bertindak memainkan sentimen perkauman untuk mempertahankan kuasa beliau di dalam parti dan beliau berhasil.
Pemikiran politik yang berasaskan tradisi lama yang dipertahankan oleh golongan 'old guards' ini adalah jelas berasaskan politik perkauman dan sering menjadikan agenda kaum lebih penting daripada agenda nasional. Hal ini dapat diterima dan difahami dalam era abad ke-20 yang lalu sebagai asas memahami sifat-sifat majmuk Negarabangsa yang baru ditubuhkan. Tetapi ia menjadi sesuatu yang janggal dan ketinggalan zaman apabila masih menjadi asas kepada proses politik Malaysia pada abad ke-21 ini.
Malaysia telah melalui satu bentuk pembinaan masyarakat majmuk yang telah sampai kepada peringkat terhapusnya dikotomi 'peribumi dan pendatang' yang menjadi tembok pemisah besar pada suatu ketika dahulu. Generasi yang ada di Malaysia pada hari ini adalah generasi yang lahir dan membesar di Negara ini dan mengecapi sepenuhnya suasana kehidupan di dalam Negara Malaysia. Generasi hari ini tanpa mengira apa kaum pun tidak mempunyai sebarang tanahair yang lain selain daripada Malaysia. Maka adalah suatu hal yang malang apabila kerangka pemikiran politik yang berasaskan kepentingan kaum itu masih menjadi teras amalan politik dan kehidupan di Malaysia.
Malaysia hari memerlukan kehadiran golongan 'young guards' yang dapat memansuhkan kerangka-kerangka pemikiran politik lama dan usang serta tidak sesuai lagi untuk menjadi asas kepada pembinaan Negara pada abad yang lebih memperhatikan persaingan global ini. Suatu bentuk kerangka pemikiran politik yang meletakkan individu sebagai unit universal dilihat lebih praktikal daripada meletakkan individu sebagai unit parochial yang terikat kepada batas biologi dalam konteks persaingan dan komunikasi global hari ini.
Kewajaran ini adalah berasaskan proses semulajadi yang sentiasa berlaku dalam kehidupan alam dan manusia iaitu proses evolusi dan kelahiran suasana-suasana baru. Kerangka pemikiran baru ini harus melihat sesuatu tindakan daripada aspek nasional atau keseluruhan dan bukan lagi dari sudut pandang terpencil dan etnosentrik yang usang. Menerimapakai sentimen-sentimen perkauman daripada kerangka pemikiran politik golongan 'old guards' adalah satu tindakan yang melangkah ke belakang dan menafikan evolusi politik dan masyarakat yang berlaku. Jika ini masih terus berlaku maka masyarakat dan kehidupan politik di Malaysia akan melalui suatu lagi bentuk proses semulajadi, iaitu – proses pemfosilan. |
|
50 warga emas Bayan Baru pulangkan wang ihsan RM100 Posted: 03 Oct 2010 05:43 AM PDT Oleh Yoges Palaniappan October 02, 2010 GEORGE TOWN, 2 Okt — Sekitar 50 orang warga emas di kawasan Bayan Baru memulangkan wang ihsan RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang atas alasan mendakwa pembayaran itu bersumberkan wang judi.
Mereka memulangkan wang diterima masing-masing kepada Ketua Umno Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu pada satu majlis ringkas di pejabatnya hari ini.
Pembantu khas Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim, Ismail Abdul Ali juga antara mereka yang memulangkan wang hari ini.
Zahrain meninggalkan PKR, parti komponen Pakatan Rakyat awal tahun ini dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Dia memulangkan RM1,000 yang dibayar kepada keluarga wasiat ekoran kematian ibunya Julai lalu.
Ismail berkata beliau berterima kasih kepada Umno yang menimbulkan perkara itu baru-baru ini.
"Saya tidak mahu duit ini. Saya menggesa (Exco) Abdul Malik tidak memainkan isu ini meskipun saya adalah pembantu khas kepada Ahli Parlimen Zahrain," kata Ismail merujuk kepada Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim yang mempertahankan dana wang ihsan bukan daripada hasil aktiviti judi.
Seorang warg emas Habsah Saib, 81, berkata dia mengubah fikiran untuk memulangkan wang ihsan selepas mendapati ia datang daripada sumber-sumber yang tidak halal.
"Saya boleh bayar wang ini sekarang ketika saya masih hidup, tetapi tidak berupaya untuk buat apa-apa apabila saya sudah mati. Saya tidak mahu wang ini," katanya lagi.
"Saya bersama dengan Umno selama 53 tahun, saya tidak pernah dengar mereka lakukan begini," katanya.
Abdul Rahim berkata warga emas terbabit rasa terganggu selepas mendapati wang ihsan datang daripada sumber-sumber judi.
Beliau menambah, pemimpin-pemimpin Umno bahagian akan berbincang dengan kepimpinan Umno sebelum menentukan tindakan susulan.
"Kami mungkin akan memberikannya sebagai derma atau kepada kuil-kuil, tetapi apa pun duit itu tidak boleh diberikan kepada orang Islam, kita perlu beri kepada kafir," katanya.
Ketua Umno Taman Brown Datuk Hamid Araby Md Salih berkata, umat Islam di negeri itu tidak akan menerima wang ihsan jika tahu bahawa ia datang daripada sumber hasil judi.
"Exco agama Malik tidak berguna dan harus meletakkan jawatan... beliau telah membohongi rakyat tetapi tidak boleh menipu Allah," katanya.
"Saya mencabar kerajaan negeri menghentikan aktiviti ini dengan segera," katanya lagi.
Ini kali ketiga majlis seumpama diadakan oleh pemimpin Umno.
Dalam laporan pagi tadi, sambil menafikan Umno Pulau Pinang bersandiwara, setiausahanya menyifatkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat negeri itu sebagai "bodoh tidak bertempat" apabila mencabar kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno memulangkan gaji dan elaun wakil rakyat kerana terus-menerus mempertikaikan 'kesucian' wang ihsan.
Datuk Azhar Ibrahim juga mendakwa pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di Pulau Pinang agar memulangkan wang ihsan RM100 yang diterima mereka ekoran dakwaan Umno bahawa dananya bersumberkan hasil judi.
"Mereka (Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang) ini tidak tahu pucuk pangkal, sebab itu pakai cakap sahaja.
"Apa yang kita bangkitkan adalah isu tabung wang ihsan bukan soal gaji wakil rakyat, mereka ini bodoh tidak bertempat.
"Kalau nak cabar kita pulangkan gaji dan elaun bagaimana dengan kakitangan awam di negeri ini? Bukankah mereka juga patut pulangkan wang itu?," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
ADUN Penaga itu juga berkata, pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di negeri itu untuk memulangkan semula wang ihsan tersebut.
Tambahnya, semalam sembilan orang warga emas telah memulangkan wang ihsan tersebut di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga.
Dakwaan kerajaan negeri menggunakan sumber dari punca judi bagi menghargai warga emas melalui pemberian wang ihsan RM100 dan juga program miskin tegar telah dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Umno pusat pertengahan bulan lau.
Kerajaan negeri juga didakwa menggunakan wang dari dana Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang sebagai sumber kepada pemberian wang penghargaan tersebut.
Di sebalik dakwaan tersebut Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa bercakap kepada media pada 25 September di Teluk Air Tawar, turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah dan pembohongan yang cuba ditimbulkan oleh Umno di Pulau Pinang./td> |
|
JUDI : ANTARA HALAL DAN HARAM? Posted: 03 Oct 2010 05:20 AM PDT Judi dan kelas — Awang Selamat October 03, 2010
Isu kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan wang daripada sumber perjudian bagi membayai program membasmi kemiskinan telah membawa satu polemik terbuka antara pemuda UMNO dan DAP. Isu ini membawa kepada perdebatan terbuka bila penerima wang tersebut mula memulangkan kepada kerajaan negeri.Saperti biasa DAP mula mengatakan UMNO terlibat dalam isu ini. Kini soal halal dan haram menjadi topik perbincangan antara orang Islam dan bukan Islam. Tentunya bila gajah dengan gajah bertempur, sudah pasti pelanduk tersepit ditengah-tengah. Situasi menjadi kelam kabut bila ada di kalangan cerdik pandai agama yang mengatakan duit itu halal.Makin kelirulah orang Pulau Pinang. Tidak cukup dengan isu tersebut dikaitkan pula dengan soal gaji pula. ADUN UMNO diminta pulangkan duit gaji kerana ada unsur haram kata Pemuda DAPSY.
3 OKT — Sekali lagi reputasi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi tanda tanya besar. Terbaru, dalam isu kerajaan negeri menggunakan wang daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan.
Sebelum ini, beliau bermati-matian menafikan kerajaan pimpinannya berbuat demikian.
Tetapi apabila bukti penerimaan wang itu didedahkan, beliau akhirnya terpaksa mengaku.
Apa yang turut mengecewakan ialah sikap pemimpin PKR dan Pas dalam kerajaan negeri yang sama bersubahat dengan Guan Eng.
Awang faham mereka mahu menjaga kedudukan. Namun ia tidak bermakna yang haram mahu dihalalkan. Haram tetap haram.
Seperti biasa apabila isu seperti itu dilihat menjejaskan imej pembangkang maka pihak lain termasuk UMNO pula dituduh dan dijadikan sasaran.
Mengalihkan dan mengelirukan isu sebenar memang kepakaran DAP dan PKR. Amat mudah untuk mengenal karakter pemimpin mereka walaupun berselindung di sebalik kostum badut.
Nasihat Awang kepada Guan Eng, berhentilah daripada menjaja falsafah Khalifah Umar Abdul Aziz, kalau beliau sendiri kelihatan tidak bersih.
Janganlah mempergunakan Islam sekadar untuk meraih sokongan. Ironinya, ramai orang Islam di negeri itu merasa tertekan di bawah kepimpinan beliau. Itu belum bercakap tentang ketidakadilan dan penyisihan kaum secara terancang.
Selama ini pemimpin DAP kerap melaung-laungkan tentang mentality pengurusan kelas pertama jika mereka memerintah sama ada di negeri mahu pun pusat. Kononnya akan setaraf dengan Singapura.
Yang Awang nampak dalam pentadbiran Guan Eng - bercakap dan berjanji — mungkin bertaraf kelas pertama tetapi dari segi pengurusan, belum ada kelas. — Mingguan Malaysia
Judi hak bukan Islam? Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Sepanjang pengetahuan saya mengkaji perbandingan agama sehinggalah memeluk Islam, tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi. Begitu juga seperti arak, zina, pelacuran, pergaulan bebas, seks bebas, jenayah, bunuh diri dan sebagainya. Alangkah hinanya sesuatu agama, jika ada yang berpendapat judi dan perbuatan yang disebutkan itu adalah dibolehkan.
Justeru, tidak hairanlah semua agama mengharamkan judi. Ia dikategorikan sebagai dosa besar dan kerja-kerja syaitan. Sila baca pandangan Kristian dalam 1 Timothy 6:9, Matthew 6:13; 26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33. Pandangan Buddha dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman's Code of Discipline, Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII. 54 dan pandangan Hindu dalam Tirukkural, 94: 931-940 (http://www.buddhanet.net/e-learning/ ethics_s.htm).
Tidak ketinggalan, amalan judi juga diharamkan dalam agama Yahudi. (http://www.beliefnet.com/News/2003/01/Does-God-Play-Dice.aspx). Istilah-istilah moden yang merujuk kepada judi seperti kasino, loteri, mesin slot, dan judi bola sepak, menurut pengamal-pengamal Kristian adalah haram dan berdosa.
Jadi, di manakah hujah untuk menghalalkannya. Sila layari http://gospelway.com/morality/gambling.php.
Saya berasa pelik kenapa kita takut untuk berkata benar. Saya memuji langkah Pemuda Umno yang begitu tegas menolak tindakan menghalalkan judi. Ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia.
Namun, jangan pula kita terpengaruh dengan agenda dan propaganda negeri ultra kiasu yang awal-awal lagi membuat gimik mengharamkan judi. Sebenarnya mereka mahu meniru negeri ultra kiasu di selatan Johor, yakni membuka kasino terbesar di Asia sebagai sumber pendapatan. Cuma masa masih tidak mengizinkan. Mereka masih belum mendapat apa yang dicitakan. Jika mereka sudah dapat, saya yakin gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz akan dibuang entah ke mana./td> |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan