Jumaat, 3 September 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Akhirnya PAS tolak hukum hudud !

Posted: 03 Sep 2010 01:45 AM PDT

AKHIRNYA PAS terpaksa menolak pelaksanaan hukum hudud, setelah berpuluh tahun menggunakan isu tersebut untuk meraih sokongan politik daripada pengundi Melayu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, PAS terpaksa membuat pengakuan itu setelah menyedari sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak berminat terhadap pelaksanaan hukum hudud dan konsep negara Islam seperti yang dicita-cita parti tersebut.

"Kerana sayangkan sekutu mereka dalam PR seperti DAP, akhirnya PAS tunduk dan mengaku pelaksanaan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia," tegasnya.

Katanya, berpuluh tahun pemimpin PAS menyerang dan menuduh UMNO sekular dan melebelkan kafir kerana didakwa menentang pelaksanaan hukum hudud, tetapi kini parti itu sendiri mengakui kesukaran untuk melaksanakannya.

"Tetapi, PAS tidak pula menuduh sekutu mereka dalam PR terutama pemimpin Melayu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sesat dan sebagainya, sepertimana mereka pernah lakukan terhadap UMNO," tegasnya.

Beliau mengulas pengakuan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar bawah) yang dilaporkan berkata bahawa hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU -13) dan memerintah negara, seperti dilaporkan media hari ini.

Sebelum ini Penyelaras PR, Datuk Zaid Ibrahim dilaporkan sebagai menyatakan bahawa PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang.

Menurut Syed Ali lagi, pengakuan terbaru pemimpin kanan PAS Kelantan itu jelas membuktikan bahawa selama ini parti tersebut sanggup memesongkan hukum Islam kerana kepentingan politik.

"Dalam usaha meraih undi dalam beberapa siri PRU umum sebelum ini, PAS memutarbelitkan pelaksanaan hukum hudud dan menuduh kafir jika ada yang menolaknya, tetapi hari ini PAS mengakui ianya tidak mungkin dilaksanakan," katanya.

Beliau kesal dengan tindakan pemimpin PAS yang selama ini mempermainkan isu agama yang menyebabkan berlaku perpecahan amat ketara di kalangan umat Islam di negara ini.

Katanya, sebelum ini UMNO sudah beberapa kali menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud memerlukan kajian secara mendalam kerana realiti masyarakat majmuk di negara ini.

Katanya, UMNO sesekali tidak menolak hukum yang terkandung di dalam al-quran, malah kerajaan yang didiokong UMNO lebih bertanggungjawab membangunkan syiar Islam.

"Kini sudah terbukti bahawa pendirian UMNO adalah betul dan PAS sendiri sudah mengakui bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan jika mereka (pembangkang) memerintah," jelasnya.

Perkembangan ini menurut beliau, membuktikan pemimpin PAS sanggup berdolak-dalik dalam isu agama kerana ingin terus bersubahat dengan sekutu politik mereka dalam pakatan pembangkang.

Tiada ulasan:

Pengikut