Jumaat, 3 September 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SATU ATAU BANYAK MAKNA?

Posted: 02 Sep 2010 05:30 PM PDT

Mereka sememangnya mempunyai banyak pilihan untuk memberi 'makna' namun mereka telah memilih satu makna sahaja. Oleh hanya pilih satu makna sahaja itulah orang Yahudi memilih untuk berperang dengan orang Palestin, orang India dan Pakistan memilih untuk berkonfrantasi berterusan, Bosnia dan Serbia bermusuhan, Korea Utara dan Korea Selatan menunjuk lengan masing-masing walaupun mereka asalnya mungkin serumpun - nenek moyang mereka sama.

Demikianlah, Melayu, Cina dan India di Malaysia mula belajar menunjukkan otot masing-masing walaupun dulunya pada tahun 1955 pernah berjanji setia sehingga tercapainya peristiwa 1957.

Dalam himpunan Melayu pula UMNO, Pas, PKR masing-masing berlumba-lumba mempamer personaliti siapa yang lebih menarik dan menggoda supaya golongan bukan Melayu akan tertarik untuk 'berpacaran' dengan mereka. Padahal, UMNO, Pas dan PKR itu asal sejarahnya satu.

Dengan memilih makna persaingan: persaingan dengan alam, persaingan dengan mesin atau persaingan sesama manusia, orang itu sentiasa melihat dirinya berada dalam keadaan terancam.

Satu komuniti merasa diancam oleh komuniti yang lain, ketua terasa diancam oleh anak buahnya, kawan rasa diancam oleh kawan yang lain sehingga keseluruhan makna kehidupan adalah dalam bentuk memenangi suatu persengketaan.

Tersembunyi dalam diri adalah rasa ketakutan. Walaupun keberanian adalah lawan kepada ketakutan namun segalanya adalah bermula daripada rasa ketakutan - takut kekurangan, takut kehilangan dan akhirnya takutkan kematian.

Dengan memilih makna persaingan: persaingan dengan alam, persaingan dengan mesin atau persaingan sesama manusia, orang itu sentiasa melihat dirinya berada dalam keadaan terancam.

Satu komuniti merasa diancam oleh komuniti yang lain, ketua terasa diancam oleh anak buahnya, kawan rasa diancam oleh kawan yang lain sehingga keseluruhan makna kehidupan adalah dalam bentuk memenangi suatu persengketaan.

Tersembunyi dalam diri adalah rasa ketakutan. Walaupun keberanian adalah lawan kepada ketakutan namun segalanya adalah bermula daripada rasa ketakutan - takut kekurangan, takut kehilangan dan akhirnya takutkan kematian.

Makna yang diberikan orang yang tidak takut akan berbunyi, 'yang kurang diusahakan untuk ditambah; yang hilang dicari; dan kematian adalah melengkapkan kehidupan'. Mereka tidak melihat setiap dualisme adalah persaingan.

Manusia yang tidak melihat segala-galanya persaingan adalah manusia yang tidak takut. Manusia yang tidak takut ialah manusia yang memberi nilai tinggi kepada 'autonomi'. Warganegara yang menilai tinggi kepada autonomi ialah warganegara yang mengatakan maju-mundur dirinya adalah tanggungjawab dirinya sendiri. Dia tidak akan memaksa orang lain mesti memihak atau memenuhi kehendaknya dan jika terjadi keadaan orang memihak kepadanya, itu hanya suatu kebetulan.

Seorang guru tidak memaksa murid untuk taat kepadanya. Seorang ketua tidak menagih kesetiaan daripada yang diketuainya. Seorang bapa tidak meminta-minta anak dan isteri menghormatinya. Jika semua itu diperolehinya, juga adalah suatu kebetulan.

Demikianlah jika anak-anak muda di Malaysia menuntut autonomi daripada orang tua-tua, mereka juga hendaklah membenarkan orang tua mentafsirkan keadaan dan kuasa mengikut makna mereka. Orang tua pula hendaklah tidak memaksa anak muda memberi makna kepada sesuatu perkara, kejadian atau fenomena dengan makna yang sama dengan mereka. Berilah makna kepada zaman masing-masing dan jika kebetulan makna itu sama, ia adalah satu 'hadiah'.

SUMBER : TAN SRI NORDIN KARDI

BERTUKAR-TUKAR PANDANGAN.

Posted: 02 Sep 2010 04:56 PM PDT


Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof

Kepada pengikut Pas, sedarlah mereka sebenarnya ditipu bulat-bulat oleh pucuk pimpinan mereka khususnya pelaksanaan hukum hudud yang selama ini hanya digunakan Pas untuk menagih sokongan orang Melayu",

"Tegas beliau jika Pas tidak berani membawa perkara itu di Parlimen dan tidak menggubal enakmen kanun jenayah syariah di Kedah, Selangor, sepertimana di Kelantan dan Terengganu ketika mereka memerintah dahulu, bermakna Pas berbohong kepada rakyat khususnya kepada penyokong tegar mereka.

"Saya cabar mereka buat perkara ini sebab hari ini di ceruk-ceruk kampung dan pelbagai tempat lain yang menjadi kawasan kubu mereka, ahli-ahli tegar Pas begitu beriya-iya menyatakan bahawa Pas akan melaksanakan hukum Hudud.

"Jadi untuk buktikan perkara itu, saya cabar mereka buat seperti apa yang saya sarankan di atas. Jika mereka takut, bererti Pas mengabdikan diri kepada manusia DAP serta PKR dan bukannya Allah s.w.t. Mereka jangan berdolak dalih lagi.

Tan Sri Aishah Ghani

"Pas ini memang dari dulu begitulah gelagatnya yang menunjukkan bahawa mereka memang tidak berpegang pada pendirian malahan kalau mereka yang lakukan semuanya elok dan halal tetapi kalau UMNO yang buat akan tak elok dan haramlah kata dia,"


"Dari dulu lagi sudah macam-macam yang mereka lakukan sehinggakan suatu waktu ada yang terpaksa bernikah dua kali kerana kononnya tidak sah jika dinikahkan oleh orang UMNO selain masalah satu masjid dua imam kerana imam yang ada adalah imam dari UMNO dan macam-macam lagi,"

Suffian Awang.

"Apa yang keluar dari mulut Nik Aziz, 24 jam berbau politik, sebab itu kita tidak terkejut bila dia mempertahankan pemimpin DAP sampaikan 'tazkirah' di ruang solat surau di Kajang"

Hakikatnya selama ini Nik Aziz tidak memberi pandangan dari sudut agama tetapi dari sudut politik yang menguntungkan pihaknya.

Tiada ulasan:

Pengikut