Jumaat, 3 September 2010

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SUDAH BERSEDIAKAH BARISAN NASIONAL UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM KE 13?

Posted: 03 Sep 2010 01:03 AM PDT

Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala Umno pula 7,230 orang. Kedudukan itu masing-masing bersamaan dengan 38 dan 30 peratus.

Sepanjang bulan berkenaan penolong pendaftar parti-parti politik mendaftar seramai 23,911 pengundi. Jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu. "Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya 'semakin agresif' pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

"Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus," katanya lagi. Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR. Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara. Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.

Berdasarkan perangkaan di atas, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan Parti Komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC dan Gerakan seakan tidak bersedia atau akan membantu memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13...... Maka itu pemimpin tertinggi UMNO harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tercetus pada Pilihan Raya Umum ke 13..... adakah Barisan Nasional sudah bersedia untuk mencapai kejayaan atau bersedia menerima kegagalan?


Tiada ulasan:

Pengikut