Jumaat, 3 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Nurul Izzah – Sudahlah Rosak Otak, Pengkhianat Bangsa Lagi

Posted: 03 Sep 2010 05:54 AM PDT

Satu ketika dulu (zaman awal reformasi), wajah ini memang menarik perhatian. Kelembutan dan kehalusannya pada waktu itu memanglah menonjolkan watak Puteri Reformasi yang diberikan kepadanya. Walaupun dibayangi oleh nafsu songsang bapanya, wajah ini mengurangkan sedikit rasa loya itu. Tapi siapa sangka, pemilik wajah ini hanya cantik luaran tapi dalam busuk macam bangkai, ptuuuuiii.

Bila terbukti salah dalam isu kapal selam rosak dan membawa cerita bohong ini sehingga ke Indonesia, puteri pembelit (anak Raja Pembelit) ini muncul dengan kontroversi baru bila dia mempertikaikan pula Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai sesuatu yang bersifat 'sementara'. Ayahnya sendiri, disebalik label sebagai Raja Putar Alam No 1, pun tak berani nak mengusik Artikel 153 ini, begitu juga DAP (sekurang-kurangnya secara terang) tetapi budak hingus ini pulak yang tampil dengan persepsi sendiri bahawa Artikel 153 hanya bersifat sementara. Sebab itu dalam Asas Pakatan Rakyat, memlihara hak keistimewaan orang melayu adalah antara perkara yang disebut (kalau penyokong DAP tau mesti dia marah).

Kita nak bertanya, jika ianya sementara, bilakah tarikh luputnya? Ada ditulis di mana-mana dalam Artikel 153 itu? Inilah yang dikatakan mewarisi kebodohan, memanjangkan kejahilan. Anak dengan bapak sama sahaja kaki putar, nasib baik selera seks tidak songsang sama macam bapak jugak, kalau tidak, memang jadi contoh keluarga sejati.

Jika keistimewaan melayu itu ada nilai fizikal seperti duit, nescaya sampai tujuh keturunan pun, Nurul Izzah tidak akan mampu membayarnya semula. Belum lagi menyebut nilai sama yang telah dinikmati kedua orang tuanya sepanjang umur mereka yang bergelar melayu sehingga mampu membesarkannya sehingga ke tahap sekarang.

Tapi itu juga mencetus persoalan, adakah tindakan Nurul Izzah ini didorong rasa terhutang budi yang amat sanngat terhadap DAP? Kita katakan DAP sebab di Malaysia hanya DAP yang berani nak menghapuskan hak keistimewaan orang melayu walaupun tidak menyebut secara terang (menafikannya pun tidak). Dalam kes liwat anwar, peguam-peguam yang pro DAP diketahui mengelilingi anwar dari semua sudut bagi melindunginya daripada tuduhan yang sedang dihadapinya. Sudah tentu jasa pemimpin DAP yang diketuai Karpal Singh ini sedikit sebanyak menuntut balasan walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit, dalam bentuk mengkhianati bangsa sendiri pun boleh juga.

Anwar hanya menjadi tuhan di kalangan pengikut PKR kerana dia yang mengasaskan parti itu sejak awal. Dikalangan pembangkang seperti PAS dan DAP, anwar hanya digunakan bagi mendapatkan keuntungan politik dalam pilihanraya. Batang tubuh anwar itu sendiri tidak ada nilai satu sen pun tetapi pengaruh anwar dalam mendapatkan simpati pengundi itu yang menjadi matlamat mereka dalam menyokong anwar. Kalau tidak, masakan Karpal Singh dan Mat Sabu, 2 orang antara yang pertama mensasikan hubungan songsang anwar kepada masyarakat, kini menjadi pembela anwar ibrahim termasuk dalam mengetuai barisan peguam bela di mahkamah.

Oleh hal yang demikian, sudah tentu apa pun bantuan dan pertolongan yang diberikan DAP ini bukan datang dengan percuma. Keluarga anwar yang banyak makan budi dengan golongan ini sudah tentu sanggup berbuat apa saja asalkan anwar dibela dan idak ada kos wang ringgit kepada mereka (mungkin). DAP sungguh bijak, mereka membonekakan PAS dalam banyak hal berkaitan Islam, PKR pulak digunakan untuk menempatkan melayu-melayu liberal yang mengkhianati bangsa sendiri secara terang atau tidak.

Orang melayu Lembah Pantai yang meletakkan Izzah dikedudukkannya sekarang perlulah muhasabah diri. Bukan melayu di Lembah Pantai begitu juga kerana kenyataan Nurul Izzah ini boleh mendatangkan ketidak stabilan kepada keharmonian Negara.

Pembangkang sibuk menuduh BN menggunakan isu perkauman, nah sekarang lihat siapa yang memulakan isu perkauman ini.

(Oleh: Adamyan)

Panasss!!! PAS kata HUDUD tak semestinya dilaksanakan….Jom kita guling2 atas jalan…

Posted: 03 Sep 2010 04:53 AM PDT

Memang SOHIH dan terbukti selama ni PAS hanya menggunakan hukum Allah HUDUD sebagai satu alat menarik undi dan sokongan umat Islam didalam negara.

Dan memang ternyata SAH bahawa PAS kini telah berubah 100% menjadi barua kepada kafir harbi DAP apabila puak berserban PAS sanggup mengenepikan HUDUD hanya semata-mata takut kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang jelas menolak hukum Islam dilaksanakan di Malaysia.

Spy nak bagitahu kat korang ni baiiii……,ini bukan lagi satu cobaannn…., sekarang ini sudah terjadi betul-betul apa yang diramalkan tentang sifat bermuka-muka ularmak PAS dengan maksud sebenar perjuangan mereka untuk negara Islam serta hukum Islam.

Pendedahan sikap munafik lagi khawwarij ularmak didalam PAS ini bukanlah rekaan dari blogger UMNO ataupun cybertroopers pro kerajaan, ianya dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan iaitu Mohd Amar Nik Abdullah. Untuk pengetahuan semua, dia nilah yang dikatakan bakal ganti Nik Aziz sekiranya orang tua nyanyuk tersebut "dimatikan" oleh Allah swt.

Malah, apa yang lebih mengejutkan Spy, Pesuruhjaya 3 PAS ini mengakui pulak bahawa misi mereka yang sebenarnya hanyalah untuk menjatuhkan BN didalam PRU akan datang. Sebab itulah PAS sanggup buang HUDUD demi memberi keutamaan terhadap misi tersebut. Hah…, tak ke tiga suku namanya tu? Unbelievable!!! Nampaknya tipah tertipu selama ni…. Tak sangka totok PAS kena kencing hidup-hidup selama ni yee…

Nah…., sekarang ini apa yang semua totok PAS nak kata? Takkan nak tuduh UMNO beli Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan ni dengan harga 2 juta kot? Ataupun totok semua nak kata itu hanya pandangan peribadi yang munafik dari Mohd Amar Nik Abdullah? Lantak korang lah nak cipta seribu alasan pun baiii…

Yang penting lepas ni, Spy nasihatkan supaya segenap pentaksub parti bulan pakat-pakatlah hempuk serban besar bakul korang tu sambil menyumpahkan seluruh pemimpin PAS kerana telah memaksa korang semua menghirup kencing politik yang paling hancing selama lebih dari 20 tahun.

Patutlah Spy tengok sejak akhir-akhir ni kerap sangat kafir harbi DAP masuk ke masjid dan surau yang dikuasai totok PAS. Rupanya kafir DAP ni bukannya ditarbiyahkan oleh golongan serban PAS tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Patutlah wakil DAP bertazkirah pakai kebaya ketat pendek ala-ala pramugari pun takpa…..,rupanya ada makna semua tuuu. Wayang free baiii….sapa nak tolak kalau dapat tengok muscle yang bulat-bulat dan berketul-ketul macam MP Serdang tu. Sambil tengok wayang free, sambil jugak ditarbiyahkan oleh kafir DAP didalam rumah ibadat sendiri. Patutlah Sultan pun sanggup disanggah oleh munafiqun PAS semua.., benda syiok sapa nak tolak baiiiii…….

Tapi kan….., lihatlah kekuasaan Allah SWT. Allah itu maha besar dan juga maha benar. PAS selama ni asyik mengata dan mengutuk UMNO kononnya menolak Islam dengan alasan tak melaksanakan HUDUD, kini Allah swt "bayar cash" kepada semua pemimpin serta pengikut totok PAS dengan mendedahkan kemunafikan mereka didalam berjanji dan berkata-kata.

Apa lagi yang nak di spinkan oleh pengikut totok PAS selepas ini untuk menghalalkan "pelacuran" mereka? Apa pulak yang bakal dikeluarkan oleh mulut-mulut busuk beruk-beruk berserban yang mengaku ulamak didalam PAS?

Spy tak mau dengar yang lain…, Spy cuma nak dengar fatwa dari wali PAS Pok Nik saja. Boleh lawas berak keras kalau dengar kenyataan dari mulut orang tua nyanyuk tu baiii… Kalau korang tak percaya…, cuba korang dengar suara Pok Nik masa korang sembelit, pasti laju je keluarnya…..macam lalu kat Tol Sunway sambil guna SmartTag je rasanya….Tambah pulak korang dengar suara manja dia kat part "celako…celako…celakoo tu… memang hilang sembelit wa cakap luuu… Keh keh kehhh.

Laporan Spy Leman dari sebelah tempat mandi mayat, Masjid Kubang Gajah, Arau Perlis Indera Kayangan.

Tiada ulasan:

Pengikut