Jumaat, 3 September 2010

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


SALAM LEBARAN

Posted: 02 Sep 2010 03:22 PM PDT


Salam,dikesempatan ini,saya mewakili seluruh ahlijawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok,ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam TANPA mengira usia,jantina mahupun fahaman politik.Di bulan yang baik ini juga kami pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan yang telah dilakukan samada secara sedar atau tidak,samada dialam maya ataupun dialam realiti.
Kami juga mendoakan agar kalian semua senantiasa berbahagia di bulan ini.Semoga apa yang kalian lakukan,diberkati Allah swt.Insya Allah.
Kepada yang ingin pulang ke kampung,berhati-hati dijalan raya,pastikan kenderaan anda telah diperiksa sepenuhnya.Pandu cermat jiwa selamat.Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan.

Akhirkata,sekali lagi saya mewakili ahlijawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok ingin mengucapkan Selamat Hari Raya

Wassalam,
Ikhlas daripada:-

Haji Zawalajam bin Haji Mashod,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,
Cawangan Telok Datok,Banting.

Tiada ulasan:

Pengikut