WAJAH SEBENAR Posted: 30 Sep 2010 08:52 AM PDT
Namanya, Boo Su-Lyn.... seorang wartawan berbangsa Cina yang beria-ia sangat masuk menceroboh majlis orang dengan niat tersebunyi, atau dalam erti kata lain..... dengan niat untuk mengadu-domba, mencari jalan untuk 'memporak-perandakan' atau menimbulkan syak-wasangka antara kaum.....
Hinggakan Presiden MCA DS Chua Soi Lek sendiri dikatakan telah menggesa kerajaan menghantar Timbalan Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Hamim Hussin, menjalani rawatan kaunseling dan dilatih semula kerana disifatkannya sebagai tidak layak menduduki jawatan berkenaan.
Ini kerana menurut Chua, Hamim telah meninggung perasaan rakyat keturunan Cina dan India menerusi kenyataannya yang berbaur perkauman dalam satu majlis baru-baru ini. Kenyataan itu ada kaitan dengan kedudukan orang Melayu yang disifatkan sebagai perlu memimpin negara ini, berbanding kaum lain.
Begitu juga dengan Pemuda Gerakan menggesa supaya Hamim Husin dilucutkan jawatan Timbalan Pengarah Belia Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan ekoran kenyataannya bersifat perkauman, perkembangan yang dikhuatiri boleh menjejaskan perpaduan kaum. Setiausaha Agungnya Dr Dominic Lau berkata kenyataan yang dibuat Hamim adalah tidak berasas dan keterlaluan.
Berbalik kepada Boo Su-Lyn, adakah dia faham erti ETIKA KEWARTAWANAN.
Sehubungan dengan itu, sekali lagi aku mencabar mana-mana pihak termasuk Boo Su-Lyn sendiri untuk membawa aku ke muka pengadilan jika artikel aku hari ini tidak benar dan tidak berasas...... Kalau nak saman aku pun, samanlah, sebab aku rasa aku berpijak di bumi yang nyata.
Boo Su-Lyn sendiri dengan jelas telah MENCEROBOH masuk ke majlis tertutup Puteri UMNO. Keduanya, dia tidak beretika dengan menyamar sebagai ahli Puteri UMNO dengan memakai selandang atau dalam erti kata lain, mengaburi mata peserta bahawa dia juga salah seorang peserta dalam majlis tersebut.
Adakah ini satu etika yang dibawa oleh wartawan dari Malaysian Insider (MI). Aku tak katakan semua, tapi ini membuktikan bahawa ada wartawan dari MI ini tidak jujur dan tidak beretika.
Hakikat yang perlu diterima semua termasuk Malaysian Insider sendiri, tidak ada wartawan lain yang masuk membuat liputan majlis tersebut. Jika ada, sila buktikan.....
Sumber: Sahabat Gunung
House PK: Inilah muka jalang yang dihantar Malaysian Insider untuk membuat fitnsh tahap dajjal! Aku harap semua sahabat blogger akan siarkan muka ini dalam blog atau portal korang supaya takde lagi agen asing masuk ke dalam majlis kamu!
Memang sah Kalimullah ni adalah agen asing, korang tengok la cara mereka kerja, wartawan biasa tak akan buat benda-benda tak beretika macam ni la! Malaysian Insider wajib diharamkan! Mereka adalah agen kuasa asing yang masuk ke negara kita untuk memporak-perandakan negara kita yang tercinta ini!
|
|
PPUBJ BERHENTI SEMENTARA Posted: 29 Sep 2010 09:12 PM PDT |
Anwar: Antara Ketua Umum dengan Perlembagaan PKR Posted: 29 Sep 2010 08:38 PM PDT
Lim Hong Siang | Sep 15, 2010 10:31:56
2007 TAK BOLEH PUN NAK TANDING, 2010 TAK MAHU WALAU PUN BOLEH , KENAPA ? DEMOKRASI KAN BOLEH ? ATAU BIMBANG DITUDUH NEPOTISME ? ATAU STRATEGI SULIT ? KATA KENA TELUS ,,,,,,! |
|
INFO DULU DAN SEKARANG :Pulau Pinang tidak semurah dulu Posted: 29 Sep 2010 07:59 PM PDT Pulau Pinang tidak semurah dulu Oleh - Abd Jalil Ali
Sejak sekian lama ia dikenali sebagai 'Mutiara Timur', 'Pearl of the Orient', 'Bumi Francis Lights' (?), 'Tanjung',dan lain-lain. Malah, pernah dalam zaman moden oleh sebab kekotoran dan sampah-sarap yang menyakit mata dan hidung, ia mendapat gelaran baru – 'Darul Sampah'.
Tanpa mengira apa sahaja ia dikenali, bagi saya secara peribadi Pulau Pinang ialah 'Negeri Nasi Kandar'. Menurut sejarah di sinilah nasi kandar 'dilahirkan'. Dulu, kini dan selamanya di sinilah syurga bagi penggemar tegar nasi kandar.
Walaupun di KL ada sekian banyak restoran nasi kandar, saya selalu percaya untuk menikmati nasi kandar asli kita kena pergi ke tempat asal kelahirannya. Sebab itu dari semasa ke semasa saya ke Pulau Pinang untuk menikmati makanan yang sejak lebih empat dekad lalu menjadi ketagihan saya.
Tambahan pula berkereta dari KL ke Negeri Nasi Kandar kini hanya mengambil masa tiga setengah jam. Kita boleh keluar rumah, melepasi Tol Damansara jam 7 pagi, dan sudah melintasi Jambatan Pulau Pinang menuju Komtar jam 10.30, menikmati nasi kandar hingga selepas Zohor, dan memandu balik untuk tiba semula di rumah sebelum 6 petang.
Pulau Pinang adalah bandar yang saya kunjungi hampir setiap bulan, sama ada untuk urusan kerja atau hanya untuk menikmati nasi kandar di Jalan Pinang (lebih dikenali sejak dulu sebagai 'Penang Road'), atau melahap 'pasembur' di Gurney Drives.
Dua hari lalu saya memandu ke Pulau Pinang, untuk menghadiri satu seminar penerbitan di Batu Feringghi. Beberapa perkara segera mengejutkan saya. Bukan mengenai seminar tetapi tentang nasi kandar.
Sebelum ke tempat seminar di tepi pantai, saya ke Jalan Pinang dan mengunjungi gerai nasi kandar kegemaran saya, iaitu 'Line Clear' yang terletak di celah-celah bangunan di jalan yang paling sibuk itu. Tanpa diiklankan atau diuar-uarkan dalam internet pun semua penggemar nasi kandar mesti tahu tempat ini.
Ada sekian banyak jenama nasi kandar, tetapi bagi saya dan 'geng' dari KL gerai di celah bangunan ini yang paling lazat hidangannya. Sejak sekian lama keaslian resipinya tidak berubah, pendek kata enak sehingga menjilat jari.
Apa yang mengejutkan saya ialah nasi yang diletakkan dalam pinggan semakin kurang. Saya minta nasi penuh tetapi petugas di situ memberitahu "itu memang penuh punya..." Penuh, sebenarnya sama seperti separuh beberapa bulan lalu. Kemudian saya diberitahu harga beras mahal, nasi terpaksa dikurangkan untuk mengekalkan harga lama.
Mengejutkan saya lagi: sepinggan nasi (sebenarnya separuh pinggan!), kepala ikan bawal, telur ikan, telur masin, dua kacang bendir dan teh tarik gelas kecil, harganya kurang seringgit RM20. Saya boleh terima sekiranya RM10 atau lebih-lebih RM12, tetapi RM19 untuk hidangan itu adalah terlalu mahal.
Memang keaslian resipinya dikekalkan, dan berbaloi memandu dari KL untuk menikmatinya. Tetapi harganya yang melambung itu membuatkan saya berfikir dua kali untuk singgah di situ lain kali. Apa sudah jadi dengan gerai kegemaran saya ini?
Rupa-rupanya bukan nasi kandar sahaja yang naik harga. Sebelah malam saya ke Gurney Drive untuk menikmati beraneka makanan Pulau Pinang di situ. Setengah jam masa terbuang hanya untuk mendapat ruang letek kereta. Akhirnya dapat satu, itu pun di tempat yang bertanda 'No Parking'. Saya bersedia untuk menerima saman.
Seperti biasa saya ke gerai pasembur (di KL dipanggil rojak). Mamak penjual makanan itu masih mesra seperti biasa, menjeritkan jualannya kepada setiap yang melintasi gerainya. "Apa khabar, bang. Lama tak nampak, tapi handsome macam dulu!" Saya tidak percaya dia mengenali saya, mungkin kata-kata itu dijeritkan kepada semua yang berkunjung di gerainya. Tidak ada masalah bagi saya, sebab itu adalah tanda kemesraan.
Sepotong sotong sebesar dua jari, sekeping tahu dan sebuku kentang rebus, dan saya memberitahu mamak "bubuh kuah lebih!" Percaya atau tidak, harganya RM7. Tujuh ringgit! Di pasar malam Kampung Medan atau di Kelana Jaya rojak sebegitu paling-paling RM5. Memanglah ramai pelancong Mat Salleh makan di situ, tetapi janganlah samakan saya dengan si hidung tinggi itu!
Saya memesan 'char kuetiaw' bungkus untuk dibawa pulang ke hotel. Harganya RM4, kira OK. Tetapi apabila tiba di hotel dan membuka bungkusan, barulah saya sedar, bukan OK tetapi KO. Macam tidak percaya isi bungkusan itu terlalu sedikit, tidak sampai empat kali suap! Rasanya memang sedap, tetapi harganya...
Kali terakhir saya ke Pulau Pinang sebelum puasa dulu, harga makanan masih boleh dikira OK. Tetapi dua hari lalu kenaikan harga betul-betul mengejutkan. Apakah harga melambung sebab kita masih dalam suasana hari raya? Atau, apakah ini akibat kenaikan petrol?
Atau, apakah Malaysia semakin makmur dan mewah maka peniaga menaikkan harga? Kalau tanya Nabil si Raja Lawak itu mesti dia kata "Lu fikirlah sendiri!". Bagi rakyat biasa ini adalah sesuatu yang menyedihkan. Percayalah, kenaikan harga yang melampau bukan perkara lawak!
|
|
PRE- PRK GALAS :PAS DAH KENALPASTI CALON ! Posted: 29 Sep 2010 07:53 PM PDT Pas sudah ada calon
KOTA BHARU – Pas Kelantan sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata, parti itu memilih anak tempatan sebagai calon memandangkan sebelum ini jawatan itu juga disandang oleh wakil tempatan.
"Pas memang pilih calon tempatan. Calon yang meninggal dunia itu pun orang tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 354 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di sini, semalam.
Katanya, sehingga kini parti itu masih belum membahaskan apa-apa usul berhubung siapa calon yang akan mewakili parti itu.
"Fasal calon itu kita belum bahas lagi. Belum tiba masa lagi. Tetapi dalam parti tak ada samar-samar. Calon memang kita belum pilih lagi tetapi sudah dikenal pasti," katanya.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan juga berharap pengundi di Gua Musang terutama yang telah mengundi parti itu akan terus mengundi calon yang mewakili parti tersebut.
"Saya harap pada pengundi yang telah mengundi arwah terus mengundi Pas. Pada rakyat Kelantan yang belum mengundi Pas cuba mengundi. Alih rasa sikit.
"Kita juga tidak ketandusan calon. Sekarang kita (mungkin akan) bagi peluang kepada orang Cina dan orang India pula. Calon makin banyak," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan kerana penyandangnya, Chek Hashim Sulaima 46, meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.
PANDANGAN PENULIS : Nak ucap terima kasih kepada pengundi Galas yang mengundi BN/UMNO pada PRU 12 2008. Jika pengundi memilih BN/ UMNO, ianya tidak beri kesan kepada PAS. Masih memerintah Kelantan." Cuba tukar sikit" |
|
AJAKAN NIK AJIS : KUKUHKAN MELAYU ATAU PAS ? Posted: 29 Sep 2010 07:48 PM PDT Nik Aziz ajak ahli UMNO sertai Pas kukuhkan Melayu
KOTA BHARU – Ahli UMNO diajak sertai Pas dalam usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu sepatutnya berada di dalam Pas memandangkan parti itu mewakili semua yang beragama Islam dan sebagai orang Melayu yang beragama Islam tidak ada sebab parti itu ditolak.
"Tak perlu bertanding... saya sokong sangat la. Kalau boleh untuk berterusan. Melayu hanya satu, kenapa parti ada dua. Jadi kalau boleh bukan setakat pilihan raya kecil ini sahaja UMNO tak payah bertanding.
"Semua Melayu duduk dalam Pas. Islam ini bukan untuk Melayu sahaja untuk umat manusia semua. Maka Melayu tak Melayu pun semua duduk di dalam Pas. Senang tak ada apa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan yang mencadangkan supaya UMNO tidak bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi. |
|
DUN GALAS : BN MASIH ADA SINAR..... Posted: 29 Sep 2010 06:14 PM PDT Dato' Razali Ibrahim mengingatkan kepada jentera pilihanraya Barisan Nasional khususnya pemuda UMNO supaya tidak mengambil mudah cabaran PAS dalam PRK Galas.
Jentera Pemuda hendaklah memberi fokus dan tumpuan serta bersiap sedia apabila di arah untuk bekerja keras untuk memastikan calon BN menang.
Majoriti kemenangan yang kecil di DUN Galas memberi indikator PRK, mana-mana parti yang kerja kuat dan sistematik akan memperolehi kemenangan.
|
|
Posted: 29 Sep 2010 06:01 PM PDT Kamu juga 'racist' bila… Disclaimer: Semua yang ditulis di dalam entri ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak, baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat sebarang persamaan, ia hanya satu kebetulan sahaja. Selamat membaca. Kebelakangan ini isu racist masih lagi tidak lekang diutarakan di negara ini. Setelah satu isu selesai, kini timbul pula isu yang lain. Seolah isu ini tiada penghujungnya, malah telah menjadi topik bualan utama di pejabat, kedai kopi, termasuklah di sekolah. Adakah anda sedar, sebenarnya sikap 'racist' ini telah ditanam dalam diri tanpa kita sedari. Bagaimana itu berlaku? Perhatikan beberapa perkara berikut: Politik
- Politik adalah punca utama kepada masalah racist! Dengan adanya parti politik yang memperjuangkan kepentingan setiap kaum, secara automatiknya sikap 'racist' itu ditanam oleh pihak yang memperjuangkan dan yang menyokong.
Psstt:// Bagaimana rakyat akan bersatu dalam politik? Sedangkan semua pihak mementingkan diri sendiri? Ibubapa
- Ibubapa juga 'racist'? Jawapannya, YA! Ada ibubapa yang menghalang anaknya daripada bergaul dengan anak-anak yang tidak sama agama atau keturunan.
Psstt:// Hal ini sudah lama terjadi, malah sampai ke hari ini kejadian ini masih lagi berlaku. Jika dari kecil anak sudah dididik begitu, maka sikap 'racist' turut serta dipupuk! Bahasa Kebangsaan
- Jika ditanya mana-mana rakyat negara ini, APAKAH BAHASA KEBANGSAAN KITA? Pastinya setiap jawapan mereka akan berbeza.
Psstt:// Apa bahasa kebangsaan kita yang sebenarnya? Sekejap Bahasa Melayu, sekejap Bahasa Malaysia. Jadi, apa kata anda? Kaitkan sendiri bila isu bahasa kebangsaan turut menyebabkan timbulnya masalah 'racist'. Pergaulan
- Ini pun boleh menyebabkan 'racist'? YA! Sikap berpuak-puak atau bersama dengan kumpulan yang sama "kaum" atau "keturunan" turut menyumbang kepada sikap 'racist' itu sendiri.
Psstt:// Terdapat segelintir pihak yang tidak selesa bergaul bersama dengan pihak yang lain atas alasan 'tidak sama'. Fahamkan sendiri maksud itu. Pekerjaan
- Jika anda lepasan sekolah, kolej atau universiti, pastinya anda akan memohon pekerjaan, adakah anda pernah diminta untuk mengisi borang? Adakah anda diminta untuk menyertakan sekali GAMBAR BERUKURAN PASSPORT, menyatakan mengenai AGAMA, dan BANGSA anda? Jika YA, maka anda fahamlah apa yang dimaksudkan.
Psst:// Meminta Gambar sudah cukup jelas menunjukkan bahawa pihak tersebut bersifat diskriminasi, adakah pihak yang berwajah cantik sahaja layak mendapat kerja? Adakah agama yang dianuti akan memberi peluang lebih dalam pekerjaan? Pertanyaan mengenai BANGSA, kenapa itu penting? Bukankah kita semua bangsa Malaysia? Selagi perkara-perkara di atas masih lagi berlanjutan, maka sehingga itulah masalah 'racist' ini tidak akan dapat diatasi. Jadi kamu atau saya atau sesiapa juga adalah seseorang yang 'racist' bila….perkara di atas berlaku! Apa pula kata anda
sumber :ruai borneo |
|
81 laman web lucah disekat Posted: 29 Sep 2010 05:57 PM PDT Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan sejak Januari hingga Mac lalu berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Daripada jumlah itu, sebanyak 90 aduan merujuk kepada kandungan berunsur lucah, 72 aduan bersifat mengancam atau jelik manakala tiga kes didakwa memaparkan maklumat atau bahan palsu.
Antara tindakan yang telah dilakukan ialah menutup 81 laman web yang didapati mengandungi unsur lucah seperti menawarkan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.
|
|
Laman web lucah mudah dilayari (HOT) Posted: 29 Sep 2010 05:54 PM PDT
SEORANG pembaca Berita Minggu terkejut menerima jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa daripada 25 laman web lucah yang sangat popular terutama di kalangan remaja hanya dua yang boleh disekat.
Selebihnya tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyekat atau menutup laman web berkenaan.
Khairul Amir yang bimbang dengan perkembangan laman web lucah di negara ini membuat aduan itu kepada SKMM dan menerima jawapan yang mengejutkannya kerana laman web lucah itu bukan saja bebas beroperasi di negara malah mengaut keuntungan besar.
Pengendali laman web pula dikatakan mampu mengelak undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang longgar dan pemeriksaan pengawasan pula hanya dijalankan secara rambang serta berdasarkan aduan.
Katanya, mengikut jawapan SKMM atas aduannya itu, dua lagi laman web disifatkan tidak mempunyai kandungan bercanggah dengan peruntukkan AKM 1998 dan tiada tindakan akan diambil.
Tinjauan mendapati, laman web itu jelas memaparkan gambar ghairah gadis kebanyakan rakyat tempatan serta cerita seks. Sembilan daripada 25 laman web itu pula didapati berpangkalan di luar negara dan tiada sebarang tindakan boleh dikenakan.
Tujuh lagi laman web tidak melanggar kehendak seksyen 211, AKM 1998 selepas didapati pengunjung perlu mendaftar secara sukarela dan menerima pelawaan daripada pengendali web manakala tiga laman web lain meletakkan syarat tertentu kepada pengunjung sebelum dibenarkan melayari kandungannya.
Pengendali laman web mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehari. Mereka menyediakan bahan lucah yang membolehkan pengunjung memuat turun dan menonton selain membaca cerita seks.
Bayaran 15 sen yang dikenakan oleh sebuah laman web itu bagi pengunjung mendapatkan akses menonton semua kandungan web. Berita Minggu mendapati, satu daripada web itu mempunyai 4,565 ahli berdaftar tidak termasuk pelawat biasa.
Jika angka itu diambil purata sehari, pengendali web mampu meraih keuntungan lebih RM20,000 sebulan dengan pendapatan RM675 sehari. Kepada pengunjung baru, mereka tetap diberikan akses percuma untuk beberapa klip video sebelum diminta membayar yuran untuk peringkat seterusnya.
Terdapat laman web yang cuma memerlukan pengunjung mendaftar alamat emel sebagai syarat pendaftaran ahli baru. Ada juga yang meminta ahli mengekalkan keahlian dengan syarat mesti menjadi penyumbang bahan lucah termasuk ada yang menggadai 'koleksi peribadi' untuk mengelakkan keahlian.
Mengulas situasi itu, jurucakap SKMM berkata, disebabkan terlalu banyak laman web yang boleh dilayari, sukar bagi mereka memantau secara terperinci dan hanya bertindak berdasarkan aduan dan pemantauan rambang.
"Walaupun AKM 1998 tidak membenarkan penapisan internet, kita masih boleh bertindak mengikut Seksyen 211 atau 233 ke atas web mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu.
"Tetapi disebabkan kita tidak dibenarkan menapis internet, maka penggunaan perisian penapisan di laluan masuk (gateway) oleh pihak pemberi perkhidmatan internet (ISP) tidak boleh dijalankan seperti di Arab Saudi dan China," katanya.
Berhubung 25 aduan berkenaan, katanya satu daripadanya sudah diarah tutup sementara manakala satu lagi dikategorikan tidak aktif termasuk kemungkinan ditutup pemiliknya.
Katanya, penilaian kandungan laman web sama ada berbentuk sumbang, lucah, palsu atau jelik adalah sangat subjektif. Mengikut Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia, tafsiran lucah ialah sekiranya boleh menimbulkan rasa jijik kerana gambarannya memberahikan dan menyinggung tanggapan adab berhubung kesopanan dan kehormatan.
Ujian kelucahan juga dinilai dengan melihat kepada kandungan itu mempunyai kecenderungan merosakkan pemikiran sesiapa yang terdedah kepada komunikasi berkenaan dengan memberi perhatian kepada adegan seks terlampau atau pornografi, pornografi kanak-kanak dan penghinaan seksual.
Mengenai caj bayaran dikenakan untuk melayari web, katanya, ia jelas melanggar peraturan mengikut Seksyen 233 (2) (a) kerana memberikan komunikasi lucah bagi tujuan komersial. Bagaimanapun, bayaran itu tidak dikawal selia dan ia juga tidak boleh dikaitkan sama ada web itu sah atau tidak.
ssumber : Sarawak Kien |
|
Singapura terus haramkan 100 web. Posted: 29 Sep 2010 05:50 PM PDT
2010/09/30Sekatan internet dilihat simbol nilai masyarakat
SINGAPURA: Singapura berkata ia akan terus mengharamkan 100 laman web dan menolak saranan sebuah panel dilantik kerajaan supaya memansuhkan sekatan internet.
Kerajaan akan terus menyekat laman web berkenaan yang mengandungi bahan pornografi, hasutan kaum dan agama atau menggalakkan keganasan dan ekstremisme sebagai simbol yang mencerminkan nilai Singapura, kata Kementerian Penerangannya. Kami akan mengekalkan sekatan, sebagai satu simbol nilai masyarakat. Ia sentiasa menyedarkan kita bahawa ada bahan tertentu di internet yang tidak baik, kata pemangku menteri, Lui Tuck Yew.
Namun, kementerian berkenaan berkata, ia akan melonggarkan penapisan bagi pertunjukan teater, yang sudah pun dilonggarkan bagi membangunkan sektor kesenian di Singapura bagi membantu menjadikan pulau dengan 5.1 juta penduduk ini sebagai tempat lebih menarik untuk pelaburan asing dan pekerja.
Kumpulan kesenian yang diundang akan mempunyai lebih banyak kelonggaran dan mereka tidak lagi diperlukan mengemukakan skrip untuk dibaca, kata Lui.
Singapura menguatkuasakan peraturan ketat ke atas ucapan di tempat awam atas alasan mengekalkan kestabilan politik di negara itu yang mempunyai penduduk pelbagai etnik dan agama.
Pengkritik pula berkata, undang-undang itu bertujuan menyekat suara bantahan. Kerajaan yang diperintah oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) sejak merdeka pada 1965, mengawal kehidupan rakyatnya seperti mengharamkan penjualan gula-gula getah, mendesak rakyatnya bertutur bahasa Inggeris dengan betul dan cuba menghalang penduduknya daripada hidup secara sekelompok dengan mengawal perhiasan yang berunsur etnik di bangunan apartmen awam.
Kita perlu beredar daripada keadaan terlalu bergantung kepada kerajaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kajian Semula Penapisan, Goh Yew Lin, awal bulan ini. Kementerian berkenaan berkata, hasil kaji selidik menunjukkan kebanyakan rakyat Singapura menyokong pengharaman ke atas laman web itu. AP
|
|
BANGSA MALAYSIA : BERSEDIA ATAU BELUM? Posted: 29 Sep 2010 05:29 PM PDT
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata, tidak kira bumiputera atau bukan bumiputera, semuanya suka memainkan isu perkauman. Kita tidak dapat menafikannya kerana ia adalah kenyataan. Editor eksekutif Sin Chew Jit Poh, Lin Ming Hua. Artikel itu tersiar di ruangan pendapat akhbar tersebut terbitan 28 September lalu. Tulis Ming Hua, isu perkauman telah menyakitkan dan menyusahkan pemikiran orang ramai. Hantu-hantu perkauman sebaliknya menganggap ia sesuatu yang hebat kerana berjaya mencipta pelbagai isu. Semuanya akan terpisah melalui rasis dengan fakta-fakta yang tiada penghujungnya. Seorang penyelidik dari Southern College Johor, Dr. Tan Chong Ho yang berkata, hari ini kumpulan kaum di Malaysia masih terasa diancam dan masih berasa syak wasangka antara kaum dalam fikiran mereka. Perasaan diancam itu adalah racun daripada politik 'pecah dan perintah'," SEBABNYA: Disebabkan kurangnya keyakinan dan kefahaman, kaum-kaum tertentu akan berdepan dengan kaum lain secara menunjukkan ego mereka. Ini disebabkan mereka berasa tersisih dan rendah diri. Sikap seperti ini boleh menjurus kepada perbuatan fanatik. TINDAKAN: Walaupun hari ini kita berusaha untuk meningkatkan perpaduan dan saling menerima dan memahami antara satu sama lain, halangan dalam masyarakat tetap timbul. Jika ini memang caranya untuk kita meneruskan hidup, maka kita mesti mempertahankannya secara berterusan dan jangan sesekali mengabaikannya. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia hanya akan tercapai sekiranya kerajaan berjaya memakmurkan negara ini. 'Soal untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia adalah isu yang rumit kerana semua pihak sekarang lebih berminat untuk berdebat tentang isu kaum masing-masing secara emosional. ''Berdasarkan hakikat ini saya berpendapat kita akan mengambil masa lebih lama sebelum sasaran mewujudkan satu bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020 dapat dicapai," katanya. APA PULA KATA RAKYAT MALAYSIA ? BERSEDIA ATAU BELUM? |
|
ANTARA HALAL DAN HARAM Posted: 29 Sep 2010 04:54 PM PDT Kami rasa cukup terhina' KEPALA BATAS 29 Sept. - ''Kami rasa cukup terhina. Kalau tahu,satu sen pun kami tak nak."Itu antara luahan sekumpulan warga emasdan fakir miskin yang bertindak memulangkan semula wang hasil pemberian kerajaan negeri kerana ragu-ragu ia bersumberkan dana perjudian. Rata-rata mereka yang ditemui menyatakan rasa marah dan kesal berikutan pengakuan kerajaan negeri menerima dana sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan di negeri ini.
RUMUSAN : Agaknya tidak dapat nasihat yang betul ! |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan