Khamis, 30 September 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Anwar Membakar Rumah Sendiri

Posted: 30 Sep 2010 01:09 AM PDT





1. Kak Midah tidak banyak kesempatan berkunjung ke luar negara, tetapi beberapa kali apabila memperkenalkan diri dari Malaysia pastinya warga asing terutama dari Timur Tengah mengkagumi bumi yang dinamakan Malaysia ini.

2. Malaysia digambarkan sebagai negara Islam contoh serta menjadi tarikan ekonomi kepada mereka, malah sejak penghujung tahun 2000 Malaysia dijadikan destinasi pelancong bagi warga Timur Tengah.

3. Sebagai warga Malaysia kita senantisa menceritakan 'kisah dan pengalaman terbaik' kita selama menjadi warga Malaysia.

4. Tindakan segelintir pihak yang memburukkan negara sendiri di luar negara dilihat sangat tidak beretika dan bermaruah.

5.Tindakan seperti itu tidak ubah seperti cubaan 'membakar rumah sendiri'.

6.Ketika kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk meredakan isu bantahan anggota kumpulan Benteng Demokratik Rakyat (BENDERA) Indonesia terhadap Malaysia, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan memburukkan negara sendiri.

7. Barangkali kecaman seperti itu dibuat kerana memikirkan rakyat kedua-dua negara begitu mudah diumpan dengan hujah politik basi. Beliau lupa rakyat kedua-dua negara tahu menilai sandiwara politik yang boleh merenggangkan hubungan baik Malaysia-Indonesia.

8. Apalah gunanya memburuk-burukkan negara, kerajaan dan rakyat negara ini pada pentas luar negara semata-mata untuk meraih simpati atau mencari sokongan.

9. Kerajaan terpaksa membazirkan masa dan wang, kepakaran serta mengorbankan keutamaan untuk rakyat bagi membetulkan fakta dan hakikat sebenar yang diputarbelitkan.

10. Halangan seperti ini menjadikan kerajaan terpaksa membuang masa menjawab segala tohmahan dan fitnah memburukkan negara daripada memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat di negara sendiri.

11. Kak Midah berpendapat, orang yang menceritakakn keburukan 'rumahtangganya sendiri' sebenarnya sedang menceritakan 'keburukkan' dirinya sendiri.

Kak Midah
Batu Gajah

Tiada ulasan:

Pengikut