Khamis, 30 September 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali kesal rakan komponen BN sokong DAP serang BTN

Posted: 30 Sep 2010 01:52 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee kesal sikap pemimpin MIC dan MCA yang turut senada dengan DAP menyerang Bito Tata Negara (BTN) yang didakwa mereka sebagai rasis.

"Mereka menyerang Timbalan Pengarah BTN, Hamim Hussin yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan berhubung hak Melayu untuk menerajui negara ini," tegasnya.

Katanya, pendidrian parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dilihat seperti bersetuju dengan Penasihat DAP, Lim Kit Sing yang mengecam BTN.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwanya mempertahankan peranan dan modul BTN turut menjadi sasaran Kit Siang.

Syed Ali menyifatkan MIC dan MCA sengaja mengkhianati konsep permuafakatan dalam Barisan Nasional (BN) dengan memperjuangkan kepentingan kaum tertentu.

Malah beliau turut menyelar sikap bekas pengarah BTN, Datuk Johari Abdul yang dikatakan mengkritik peranan yang telah dmainkan oleh BTN.

Sepatutnya jelas beliau, bekas pengarah itu mempertahankan kedudukan Hamim dan kewibawaan serta prinsip BTN yang merupakan agensi penting kepada kerajaan.

"Mengapa Hamim dijadikan mangsa, sedangkan beliau melahirkan pandangannya berasaskan dirinya sebagai pegawai Melayu yang bertanggungjawab kepada bangsanya," tegas beliau.

Syed Ali kecewa kerana MIC dan MCA sengaja mempolitikkan isu tersebut untuk kepentingan kaum mereka.

"Mengapa MIC dan MCA tidak ikhlas apabila ada pihak bukan Melayu memburukan kerajaan dan mencerca beberapa perkara yang sudah ternmaktub dalam Perlembagaan Negara?" soal beliau lagi.

Katanya, jika MIC dan MCA benar-benar berpegang kepada konsep 1Malaysia, mereka sepatutnya menyerang DAP kerana mengamalkan politik perkauman.

"Ini bermakna mereka (MIC dan MCA) telah mebelakangkan idea yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak," tegasnya.

"Apa yang diluahkan oleh Hamim itu bukannya sentimen perkauman, tetapi realiti politik berasaskan kepada perkembangan masa kini,".

Katanya, pemimpin UMNO juga selalu mengingatkan orang Melayu mengenai hak dan masa depan orang Melayu menerajui negara ini dan ianya tidak boleh dikatakan rasis.

Hamim dalam satu majlis tertutup dengan Puteri UMNO baru-baru ini dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Berikutan itu, belau menjadi sasaran kecaman pelbagai pihak yang anti-Melayu terutama DAP.

Kata Syed Ali lagi, pemimpin UMNO juga terkejut apabila Menteri Sumber Manasia, Datuk Dr. S. Subramaniam dilihat seperti ingin menjadi jaguh dalam isu tersebut.

"Mengapa beliau seperti 'lebih sudu daripada kuah'. Ini soal orang Melayu dan pemimpin MIC itu tidak ada hak untuk berbuat demikian," tegasnya.

Nik Aziz sebenarnya ‘sakit’ apabila ajak ahli UMNO sertai PAS – Syed Ali

Posted: 29 Sep 2010 09:29 PM PDT


















DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihatkan terlebih dahulu memperbetulkan kesilapan PAS yang selama ini bertanggungjawab memecahbelahkan penyatuan orang Melayu sebelum mengajak ahli UMNO menyertai parti itu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Mursyidul Am PAS itu merupakan orang yang bertanggungjawab membawa kerosakan penyatuan umat Melayu menerusi pelbagai fatwa bertopengkan agama untuk kepentingan politik.

"NIk Aziz sebenarnya sakit, eloklah dia betulkan dulu keburukan dan keaiban PAS yang selama ini menentang apa sahaja usaha kearah penyatuan umat Islam di negara ini," tegasnya.

Katanya, sebelum ini Nik Aziz telah menolak penyatuan umat Islam yang dirintis oleh UMNO walaupun turut mendapat sokongan beberapa pemimpin muda dalam parti itu.

"UMNO sudah beberapa kali menyatakan kesediaan bekerjasama dengan PAS demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam, tetapi Nik Aziz dengan sikap angkuh dan takburnya menentang keras usaha tersebut," tegasnya.

Sehubungan itu katanya, cadangan terbaru Nik Aziz supaya ahli-ahli UMNO menyertai PAS bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan menyarankan UMNO tidak perlu bertanding pada pilihan raya Kecil DUN Galas, Kelantan sebagai kenyataan 'nyanyuk' dan gimik politik.

Katanya, Nik Aziz terpaksa membuat kenyataan itu bertujuan meredakan pelbagai isu dan masalah yang sedang berlaku dalam PAS sejak akhir-akhir ini yang menyerlahkan kelemahan kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata, Nik Aziz sebenarnya pemimpin Islam yang tidak jujur apabila mengulas isu perpaduan Melayu kerana beliau masih tetap bersubahat dan bersekongkol dengan DAP, parti perkauman yang menentang agenda Melayu.

"Nik Aziz yang kononnya dianggap sebagai ulamak masih tetap menghalalkan apa sahaja dilakukan DAP yang jelas menentang agenda dan kepentingan orang Melayu serta umat Islam di negara ini," tegasnya.

Nik Aziz dan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini telah mencadangkan supaya UMNO tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan alasan demi mengukuhkan perpaduan bangsa Melayu.

Sebaliknya jelas Syed Ali, PAS sebenarnya sudah 'tawar hati' untuk mempertahankan kerusi DUN Galas yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 berikutan sokongan rakyat Kelantan kepada parti itu semakin merosot.

Daripada maklumat awal yang diperolehi katanya, PAS Kelantan mula dilanda masalah perebutan untuk menjadi calon yang membabitkan golongan muda dengan kumpulan yang pro- Nik Aziz.

Mengulas perlantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi DUN Galas, Syed Ali berkata pilihan yang dibuat oleh presiden parti adalah tepat dan menepati kehendak rakyat Kelantan.

Katanya, keputusan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak melantik Tengku Razaleigh bertepatan dengan perkembangan politik masa kini disamping mendahulukan kehendak rakyat.

"Saya gembira dengan perlantikan Tengku Razaleigh yang dibantu oleh Datuk Seri Mustapa Mohamad sebagai timbalannya, ini membuka ruang yang lebih besar untuk UMNO merampas kerusi DUN berkenaan," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut