Khamis, 16 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


16 September, Realiti Dan Mimpi

Posted: 15 Sep 2010 02:47 PM PDT

16 September disambut setiap tahun sejak 1963 sebagai hari memperingati penubuhan Malaysia, hari dimana negara Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957, dinamakan semula sebagai Malaysia dengan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaupun Singapura akhirnya memilih untuk keluar dan membentuk kerajaan sendiri pada 1965, negara Malaysia terus kekal utuh sehingga kini, oleh itu sewajarnyalah hari Malaysia dikenang dan diraikan sebagai antara hari paling bermakna dalam sejarah negara.

Bagaimanapun tarikh 16 Sept tidak sunyi dari mencatat sejarah tersendiri terutama pada 2008. Tiada apa berkaitan sejarah penubuhan Malaysia yang dibincangkan rakyat, cuma dikhabarkan pada hari tersebut Mat Jenin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 setelah Perdana Menteri ke 5, Tun Dol, dikatakan hilang majoriti di Parlimen akibat tindakan beberapa Ahli Parlimen BN yang berpaling tadah menyokong Pakatan Rakyat (masih tidak didaftarkan sehingga hari ini) untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Tsunami politik Mac 2008 memberi Mat Jenin semangat baru dari mengurangkan majoriti BN kepada mengambil alih kerajaan pusat pula. Mana tidaknya, yakin pembangkang tiada harapan untuk mengulangi zaman kegemilangan 1999, Anwar meletakkan isteri dan anaknya bertanding untuk memastikan tempat selepas sekatan bertanding yang dikenakan kepadanya ditarik balik nanti. Mat Jenin tidak sangka keputusan yang begitu memberangsangkan kepada pembangkang sehingga berjaya membentuk kerajaan di 5 negeri sekaligus, buat pertama kalinya.

Sebaik pakatan baru pembangkang diisytiharkan (tidak dirasmikan), Mat Jenin memulakan episod mengambil alih Putrajaya dan melantik diri sendiri sebagai Perdana Menteri. Kononnya pihak Istana merestui pengambil alihan itu dan sokongan Angkatan Tentera Malaysia juga sudah diperolehi. Keyakinan di tanam di kalangan penyokong walaupun yang rasional masih berasa ragu-ragu

Bagi menambah keyakinan kepada yang percaya, 5 orang pemimpin dari parti Mat Jenin dihantar menyusul ke Taiwan pada 13 Sept 2008 untuk kononnya memujuk sejumlah Ahli Parlimen BN yang ketika itu sedang menghadiri satu kursus berkaitan pertanian di sana. Gambar dipampang dan interview di adakan, penuh keyakinan. Tien Chua yang mengetuai rombongan 5 orang pemimpin parti Mat Jenin dipetik The Star sebagai berkata:-

"We have the numbers already. We are just going there to have coffee and spend time with them and also learn about agriculture from Taiwan so that we do not get left behind when Pakatan Rakyat takes over."

Saifuddin Nasution, melayu penipu yang turut menyertai rombongan tersebut, dipetik dalam temuramah yang sama sebagai berkata:-

"Do we have the numbers? Yes. Do we have to reveal the names now? No. Some are in Taiwan and some are here,"

Ayat Yang Diboldkan Dipilih Sebulat Suara Majoriti Pemerhati Politik Maya Sebagai Quote of The Year.

Memang lucu melihatkan betapa seriusnya lakunan yang dirancang bagi menyokong rancangan Mat Jenin untuk mengambil alih kerajaan pada 16 Sept dengan cara yang kini padanya tidak demokrasi (selepas kejatuhan Perak). Penuh keyakinan, penuh semangat dan penuh dramatik. Kita kagum, bukan kagum dengan kejayaan Mat Jenin menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan tetapi kagum dengan keyakinan yang ditunjukkan pemimpin parti Mat Jenin dalam menjayakan penipuan pemimpin Agungnya.

Di pihak penyokong, besar sungguh harapan mereka bahawa Mat Jenin akan benar-benar ke Putrajaya – bandar yang dibangunkan musuh ketat Mat Jenin, Tun Dr Mahathir dan antara yang akan dilelong jika pembangkang membentuk kerajaan pusat pada 1999. Gambar dibawah menggambarkan kegembiraan tersebut.

15 September 2008, dihadapan 10,000 orang penyokongnya, Mat Jenin dilapurkan AFP disini telah mempunyai jumlah kerusi yang cukup untuk mengambil alih kuasa di Putrajaya. Para 3 kenyataan Mat Jenin dalam AFP jelas menyatakan keyakinannya ""Tomorrow is D-Day, we are ready to form the government."

Tetapi akhirnya 16 Sept berlalu tanpa ada sebarang istiadat perlantikan Perdana Menteri baru seperti yang diwar-warkan pada asalnya. Sudah 2 tahun sejak 2008, 16 Sept berlalu sebagai Hari Malaysia seperti mana biasa sejak 47 tahun yang lalu, tiada sebarang istimewa yang lain daripadanya. Malah tampuk kepimpinan juga sudah berubah sejak 2008 cuma bukan seperti mana yang diimpikan penyokong pembangkang. Dengan Mat Jenin masih bergelut mencari alasan bagi menangguhkan kes liwatnya, Mohd Najib Tun Razak pula yang benar-benar menjadi Perdana Menteri dan menguasai Putrajaya.

Para skeptikal bagaimanapun mengesahkan upacara angkat sumpah jawatan perlantikan Mat Jenin sebagai Perdana Menteri benar-benar berlaku pada 16 Sept 2008 cuma yang berbeza ia diadakan di rumah, dihadapan gambar ke bawah Duli Yang Dipertuan Agung!!!

Sinikal, cukup-cukup sinikal.

(Oleh: Adamyan)

Tiada ulasan:

Pengikut