Rabu, 15 September 2010

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Posted: 15 Sep 2010 08:33 AM PDT

Pada 12 September 2010 lalu saya telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Bukit Nabila, Tuaran, kehadiran para pengunjung pada majlis itu seawal jam 8.30 pagi tidak henti-henti, seperti biasa saya dan isteri menunggu para pengunjung di hadapan pintu pagar menyambut dan bersalaman serta bermaaf-maafan.

Kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman ke majlis rumah terbuka jam 10.00 pagi turut menambahkan kemeriahan majlis tersebut, para tetamu yang hadir pada majlis itu tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pemimpin kesayangan negeri ini.

Kepada para pengunjung yang sudi berkunjung ke rumah terbuka pada hari itu, saya serta isteri sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga, kepada para pengunjung yang tidak sempat bersalaman pada majlis itu saya menyusun sepuluh jari mohon kemaafaan, yang baik itu datangnya dari Allah Swt dan yang buruk itu datang dari kelemahan yang tidak disengajakan.
Selain Ketua Menteri Sabah yang menjadi tetamu kehormat majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah antaranya ialah Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr. Yee Moh Chai,Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Japlin Akim, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Herbert Timbun Lagadan.
Turut hadir Timbalan Ketua Perhubungan Umno Negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said, Ketua Bahagian Umno Spanggar, Idris Jumat, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Awadnir Matanggal, Timbalan Ketua Bahagian Umno Tuaran, Aliasgar Basri , Ketua Pemuda Umno Kota Belud, Bahrol Sawi serta para pemimpin yang lain.


Tiada ulasan:

Pengikut