Khamis, 5 Ogos 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


TAKUT KERANA SALAH.

Posted: 04 Aug 2010 08:21 PM PDT

KES 1 Laporan dalam Utusan dakwa Anwar 'alat' CIA
Dalam edisi Ahadnya hari ini - Mingguan Malaysia - akhbar harian bahasa Melayu itu memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

Mingguan Malaysia memetik tulisan Elaine yang bertajuk 'CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated (CIA dan Mossad mahu Anwar Ibrahim dibunuh) yang menyebut bahawa Anwar merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara itu di Malaysia.

KES 2.Laporan 'Anwar bayar CNN' palsu

CNN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen berita angtarabangsa itu, awal bulan ini.

"Berita CNN menerima bayaran daripada seseorang supaya Anwar muncul di 'Connect the World' adalah palsu dan direka-reka," kata seorang jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong di mana ibu pejabat Asia stesen itu beroperasi.

KES 3.Kes ditangguh, Anwar mohon batal pertuduhan

Perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan berikutan permohonan ketua pembangkang itu untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya dengan alasan seorang timbalan pendakwa raya dalam pasukan pendakwaan dikatakan mempunyai hubungan dengan saksi utama kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 Ogos depan untuk mendengar permohonan itu.Peguam utama Anwar -- Karpal Singh -- yang sebelum ini cuti sakit selama 15 hari sehingga menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan sementara, hadir hari ini.

KES 4: Kes Anwar: Gore, Wolfowitz mahu US campurtangan.

Dua bekas 'orang kuat' Amerika Syarikat menggesa kerajaan mereka campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut mereka, perbicaraan itu bukan hanya mengancam Anwar tetapi "semua rakyat Malaysia yang bergelut memperjuangkan negara yang lebih bebas" dan menggesa pentadbiran Presiden Barack Obama untuk campur tangan.

"Kami faham berdasarkan pengalaman, isu sensitif seperti ini sebaik-baiknya ditangani secara senyap oleh kerajaan dengan kerajaan.

"Namun, masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir," kata bekas naib presiden Amerika, Al Gore (kiri) dan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama yang disiarkan di Wall Street Journal.

Sumber : Malaysia Kini.

ULASAN:

Cuba kita semua fikirkan dan buat pertimbangan.
e

NASIB ORANG PERAK.

Posted: 04 Aug 2010 08:06 PM PDT

Dua persidangan Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini agak kecoh.Kini drama yang sama berulang kembali. Ketika itu, Ganersan mengesan Nga Kor Ming (Pantai Remis) menggunakan kamera.Beliau kemudiannya mengarahkan bentara untuk merampas kamera berkenaan.Rakan-rakannya dari DAP, Ngeh Koo Ham, Thomas Su dan beberapa yang lain kemudian tampil dan mula bertengkar.Bagaimanapun perkara itu berjaya diselesaikan dengan kamera berkenaan tidak dirampas.

Selang beberapa minit kemudian, perwakilan Pakatan Rakyat mula menganggu jawapan Zambry dan ADUN BN pula membalas - menjadikan sidang kecoh seketika dengan pertikaman lidah kedua-dua pihak.Pertengkaran juga berlaku apabila ADUN Pakatan dengan sengaja merujuk speaker sebagai 'pengerusi' atau 'Datuk Ganesan' kerana tidak mengiktiraf kedudukan kerajaan negeri yang 'dirampas' itu."Saya adalah speaker. Apabila berada di dewan ini, sila gunakan gelaran itu. Jika tidak saya akan ambil tindakan," kata Ganesan.

Sumber : Malaysia Kini.

ULASAN.

Persoalannya sampai bilakah rakyat Perak akan menerima satu persidangan yang teratur bagi membincangkan masalah mereka. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa pembangkang masih belum dapat menerima keputusan bahawa pemerintahan mereka telah pun tamat. Kalau pun nak memerintah tunggulah sehingga PRU 13 nanti. Sikap dan tindakan pembangkang jelas menunjukkan mereka sendiri tidak berlaku adil kepada penyokong mereka sendiri.

Sepatutnya persidangan DUN adalah platfrom yang digunakan untuk menyelesaikan pemasalahan rakyat bukannya untuk menjayakan agenda parti masing-masing dan agenda peribadi. Pilihanraya dah pun dua tahun berlalu kini masanya untuk berkerja untuk rakyat dan pengundi yang memilih mereka. Kepada rakyat Perak rasanya sudah tiba masanya untuk mereka buat pertimbangan dan penilaian secara wajar, adakah ini yang mereka mahukan?

SSDE VS SKS

Posted: 04 Aug 2010 07:47 PM PDT

Umno Selangor akan menganjurkan 19 program ceramah sempena program 'Roadshow' Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) bermula esok sehingga 8 Ogos depan.Program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu yang bermula dengan bahagian Shah Alam.

Roadshow SSDE bertujuan untuk menjelaskan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat di Selangor.Melalui program ini kita akan berceramah dan berkomunikasi secara terus dengan rakyat Selangor bagi menerangkan isu seperti penyelewengan pasir dan isu membabitkan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini giliran Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramah sepanjang kempen tersebut. Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

"Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan. "Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron.

Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan penerangan negeri, pihaknya akan menaikkan edaran akhbar negeri Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan pembangkang negeri. "Daripada 60,000, kita jangkakan meningkat kepada 300,000 naskhah diedarkan selepas hari raya Adilfitri nanti," katanya penceramah terkenal itu yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

sumber : Malaysia kini

PANDANGAN PENULIS.

Nampaknya masyarakat Selongor berpeluang mendengar ceramah,hujah dari kedua-dua pihak mengenai isu-isu yang berbangkit di Selangor sejak PR memerintah. Yang pastinya satu pihak akan mempertahankan hujah masing-masing dalam mempertahankan kebenarannya atau sebaliknya. Sekali lagi penggunaan masjid untuk tujuan politik tidak dapat dielakkan walaupun sudah ada arahan yang melarangnya. Bulan Ramadan kali ini lebih panas dari sebelumnya sedangkan diwaktu inilah umat Islam digalakkan mempertingkatkan ibadat masing-masing. Wajarkah ianya dilakukan dalam bulan yang mulia ini? Dapatkah penceramah menahan perasaan marah, mengata dan sebagainya? Serta wajarkah ketika umat Islam sedang berpuasa perkara-perkara begitu berlaku?


Tiada ulasan:

Pengikut