Isnin, 12 Julai 2010

Puteri UMNO Bahagian Subang

Puteri UMNO Bahagian Subang


Lagi tuduhan x BERASAS!

Posted: 12 Jul 2010 02:24 AM PDT

KUALA LUMPUR : Srikandi Keadilan, sebuah sayap dibawah naungan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertekad mahu mengubah persepsi segelintir wanita muda yang masih tidak berminat untuk menceburi bidang politik.

Berbeza acuan seperti Puteri Umno yang lebih bersifat glamour, Srikandi mahu mendekati golongan muda dengan menerangkan konsep politik baru gagasan PKR.

Ketua Srikandi Siti Aishah Shaik Ismail berkata, walaupun baru setahun jagung penubuhannya peranan Srikandi kini sudah terserlah melalui penganjuran pelbagai program terutamanya membabitkan proses perjalanan kempen pilihan raya kecil.

"Persepsi generasi muda sekarang masih lagi berfikir politik itu sesuatu yang kotor. Namun persepsi itu boleh diubah apabila Srikandi akan berusaha menggerakkan ahlinya dengan terus memberi penerangan kepada wanita muda.

"Kita turun di setiap kawasan memberi pemahaman kepada mereka bahawa politik itu bukan sesuatu yang kotor. Kita kena jelaskan PKR membawa politik baru yang mana kita tidak mahu lagi golongan muda terpinggir daripada arena politik. Kita buat penerangan, majlis hi-tea, edar risalah penerangan.

"Dari situ kita dapat menarik minat mereka untuk bersama dengan kita," katanya selepas sidang media persidangan Kongres Wanita di sini hari ini.

Siti Aishah menegaskan Srikandi berbeza dengan Puteri Umno yang sentiasa dilimpahi dengan kesenangan dan hanya bersifat glamour semata-mata.

"Berbeza dengan Srikandi yang dilahirkan dalam keadaan yang cukup daif. Ketika itu kami hanya diberi kepercayaan dan tanggungjawab.
Tapi kami buktikan bahawa wang ringgit, jawatan bukan sesuatu yang perlu untuk menegakkan dan memperjuangkan nasib rakyat," katanya.

Malah menurut Siti Aishah beliau tidak mahu Srikandi hanya berperanan pada musim pilihan raya sahaja tetapi terus memberi perkhidmatan dan komitmennya kepada PKR sepanjang masa.

Srikandi ditubuhkan pada 23 Februari tahun lalu sebagai medan untuk melahirkan pemimpin pelapis kepada Wanita PKR.

-tak habis-habis dgn kenyataan FITNAH terhadap Pu3 UMNO, parti Pembangkang telah melihat Keaggresifan dan kemampuan Pu3 Umno utk menarik minat golongan wanita muda ke Parti UMNO.. dan Parti Pembangkang merasakan tergugat dan cuba copy cat Pu3 Umno.

Mungkin siti Aishah ni x pernah join pU3 Umno, hanya dengar ckp org je kot..walaupun penampilan pu3 umno glamour tp pegangan PERJUANGAN, AGENDA PARTI sentiasa dilaungkan. Pu3 UMNO ada cara tersendiri daaaa......

Perjuangan Kami bukannya kotor dan Pu3 x pandai berpolitiking! Ada berbagai peringkat golongan muda yang bersama Pu3. dari lower class. middle n upper class.Kami amat mengalu-alukan semua jenis golongan

Wahai Srikandi PKR apa yang u all kata ada acuan sendiri, setahu u all ni copy cat aje pandai....

-GENERASI WANITA PRIHATIN

Mesyuarat Persidangan PU3 UMNO SUBANG

Posted: 11 Jul 2010 11:10 PM PDT

Pendaftaran perwakilan pu3 bermula
Senyuman pu3 subang
Bersama Ketua Bahagian, Ketua Pu3 Selangor dan wakil bahagian
Sebahagian dr pengerakan pu3 umno subang

Menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Umno dgn penuh semangat
Ucapan Aluan dr Ketua Pu3 Umno bhgn Subang

Gelombang pink
Ketua Pu3 bersama Ket Pu3 Caw Gajah Perdana- ahli caw pu3 yang terbanyak
TAHNIAH ZURA!
Cenderahati utk Timb Ketua Umno Bahagian, Datok Megat
MAKAN TIME!

Akhirnya tanggal 3 Julai 2010 bertempat di SEGi University College, Kota Damansara Persidangan Puteri UMNO Bahagian Subang telah berlangsung dengan jayanya. Setiap tahun amanah utk melaksanakan mesyuarat Persidangan akan dilaksanakan dgn penuh rasa tanggungjawab dan hormat.Dengan dirasmikan oleh Ybhg Puan Suhaila M Zin, Ketua Puteri UMNO Selangor. Terima kasih kak sue and the team kerna sudi dtg ke persidangan kami yg serba sederhana ini.

Persidangan tersebut telah selamat dirasmikan pada jam 4.00 ptg oleh kak sue dan turut hadir bersama adalah Naib Ketua Wanita Subang, Pn Che Yah Sulong, Timb Ketua Bahagian Ybhg Datuk Megat Firdouz dan Naib Ketua Bahagian, En Abd Raof Dato' Abdullah..

Menurut kata Pn Herni Azura, Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang 'perjuangan kita belum selesai, banyak kerja dan tingkatkan usaha demi memenangi hati pengundi muda agar menyokong BN' malah menurut kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang bagi menyemarakkan lagi wadah perjuangan puteri mengalakkan semua ketua2 pu3 cawangan dan ahli2 pu3 subang agar menambah keahlian dengan 1Puteri 1Ahli..

Ini merupakan perjuangan agenda bangsa,agama dan tanahair yang perlu diambil serius bagi semua golongan muda yang masih kabur dan tidak jelas tentang kepentingan mendaftar pengundi. Sesuatu perjuangan perlukan sedikit pengorbanan bagi menentukan kemenangan penting bagi Parti dan rakyat khususnya, ujar beliau lagi.

Syukur alhamdullilah Persidangan Pu3 Umno Bahagian Subang berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan dan kekecohan. Persidangan berakhir pada jam 6.30 ptg..


-Mcm Ketua pu3 selangor cakap, persidangan umno mcm Hari Raya...memang betul meriah, dpt kumpulkan pu3 subang dan yang penting gelombang pink kelassss. Apa2 pun yg utama pengisian dan intipati persidangan kali ini.....HIDUP PU3 SUBANG!

GENERASI WANITA PRIHATIN

Tiada ulasan:

Pengikut