Isnin, 12 Julai 2010

DunSemarang

DunSemarang


Jangan Sakiti Hati Orang Melayu di Parlimen Ayer Hitam....

Posted: 11 Jul 2010 06:50 AM PDT

Jangan Sakiti Hati Orang Melayu di Parlimen Ayer Hitam....
Jangan Sakiti Hati Orang Melayu di Parlimen Ayer Hitam....
Jangan Sakiti Hati Orang Melayu di Parlimen Ayer Hitam....
Jangan Sakiti Hati Orang Melayu di Parlimen Ayer Hitam....
Jangan Sakiti Hati Orang Melayu di Parlimen Ayer Hitam....
30 orang Perwakilan yang di temui...100% setuju apa yang diungkapkan.
ByM69.

DENGAR..DENGAR...DENGAR wahai semua AKU ULANGI LAGI apa yang telah aku terbitkan pada 8 Julai 2010..untuk tatapan Hari ini..Esok dan Selamanya..

Ahli parlimen Mu...Ahli Parlimen KU
Menteri Apa..
Pandir berkata...
satu Malaysia...
usah di ungkit Biasiswa Bumiputera..
membuat Melayu rasa terhina...
Terguris luka tersalah pangkah..
Rasa kecewa dan terus luka..
Umno juga pembela Bangsa..
Tiada yang lain datang membela..

ByM69.

Persidangan Perwakilan UMNO Bhg Ayer Hitam JOHOR DT..

Posted: 11 Jul 2010 05:18 AM PDT

Ayer Hitam.11.07.2010 Persidangan Perwakilan UMNO Bhg Ayer Hitam telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Haji Abdul Latif Bin Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Seramai 440 orang perwakilan dari setiap cawangan UMNO BHG Ayer Hitam, telah hadir untuk memnuhi tanggungjawab sebagai seorang perwakilan yang berwibawa.
Dalam ucapannya Datuk Samsolbari Bin Jamali,Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam, mengucapakan Terima kasih di atas kesudian YB Datuk Dr Haji Abdul Latif Bin Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, kerana kesudiannya hadir dan merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bhg Ayer Hitam.
Belaiu menyeru agar setiap ahli UMNO bersatu dengan penuh tanggungjawab dan kemufakatan yang kukuh, demi servival UMNO. Menyarankan agar AJK Bhg lebih pro-aktif menambah ahli dan daftar pengundi baru. Belaiu memberi tahu, ada dikalangan Parti Pembangkang yang berjaya mendaftar Pengundi baru melebihi 30.000 orang merujuk pada bulan Jun sahaja. Tetapi UMNO hanya berjaya mendaftarkan setakat 8.000 pengundi baru Oleh itu menjadi tanggungjawab kita semua untuk menambah Pendaftaran pengundi Baru, terutama dikalangan orang melayu dan UMNO. Parlimen Ayer Hitam pada waktu ini mempunyai 56.8% pengundi Melayu dan akan dipertingkatkan ke 60.21% untuk menghadapi PRU13. Kekuatan UMNO adalah TUNJANG BN di DUN Yong Peng dan DUN Semarang.
Beliau juga menyeru agar
"JANGAN SAKITI HATI ORANG MELAYU DI PARLIMEN AYER HITAM",
ORANG Melayu di Parlimen Ayer Hutam, telah banyak berkorban, hargailah jasa mereka.
Beliau seterusnya menyeru setiap Ahli UMNO terus bersatu supaya UMNO akan terus subur dan katanya
"SEMAKIN PENDEK UMUR UMNO...
SEMANGKIN PANJANG LAH SANGSARANYA ORANG MELAYU"

YB Datuk Dr Haji Abdul Latif Bin Ahmad,dalam ucapanya...jadikanlah PALESTIN sebagi iktibar kepada kita semua. Jangan sesiapa mempertikai hak Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Kesamarataan yang selalu di uar-uarkan oleh sesetengah pihak adalah, tidak selaras dengan fitrah sosial manusia,Kesamarataan akan membawa kehancuran ianya berlawanan dengan sunah dan fitrah manusia. Satu Malaysia telah sedia ujud dalam perlembagaan UMNO dengan berlandaskan keadilan dan ihsan (Adil dan Ihsan). Ketahuilah, hanya dalam Perlembagaan UMNO sahaja yang terdapat "mempertahankan Kemerdekaan". Oleh itu pertahankanlah UMNO agar Kemerdekaan terus kekal.
Beliau juga bersetuju agar dipertingkatkan jumlah pendaftar Pengundi Baru khasnya orang melayu dan UMNO ketahap melebihi 60.00%.

Tiada ulasan:

Pengikut