Isnin, 12 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Si penyebar ajaran sesat yang sudah tergigit cili

Posted: 12 Jul 2010 05:18 AM PDT

"Kita sudah buat banyak 'round' dengan DAP melibatkan orang Cina dan India, mereka boleh terima, cuma Karpal sahaja yang tidak hadir majlis kita. Jadi, penjelasan secara rasmi tidak perlu," kata Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib kepada Sinar Harian: ketika dihubungi, semalam.

Aah. Betullah tu. Ni cakap orang yang syok sendiri macam jugak Ketua Pemudi Khairy Jamaluddin yang perasan dirinya tu bagus sangat.

Karpal Singh bercakap di atas lunas undang-undang dan perlembagaan berbanding dengan cakap kosong Nik Aziz yang berkata beliau kesal dengan sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan enggan menerima konsep Islam walaupun ia sudah dibincangkan semasa penubuhan gabungan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

"Sebelum masuk Pakatan Rakyat (PR) kami sudah bincang, dasar kami Islam, oleh yang demikian kami hormat DAP dan dia kena hormat Pas pada mula-mula nak buat Pakatan Rakyat dulu, kenapa timbul balik perkara ini," katanya.

Woi PAS. Sedarlah diri tu sikit. Kau tu dah la jumlah kerusi pun paling sedikit dalam Pakatan Rakyat. Sekarang ni pun DAP mendahului dalam Pakatan Rakyat. Kalau dah sikit tu, diamlah dan jadi barua DAP sajalah woi.

Dalam kemelentingan MurSHITul Am Nik Aziz yang menjadi pope agama PAS pula, dia celupar dengan menyamakan Al-Arqam dan UMNO sebagai sesat dalam membawa fahaman Islam di negara ini.

Amboi sedapnya mulut longkang si tua kutuk ni. Cermin diri la dulu. Pernahkah UMNO menggunakan agama untuk kepentingan parti dan diri seperti mengeluarkan kenyataan-kenyataan sesat seperti boleh bersahabat dengan syaitan, undi PAS masuk syurga, menghasut rakyat yang menjadi ahli PAS agar bermusuhan dengan ahli UMNO sehingga berlakunya kejadian dua imam sewaktu bersembahyang di masjid, sembelihan orang UMNO haram untuk dimakan oleh orang PAS dan sebagainya yang begitu bodoh dan bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Hadis nabi?

Oh! Dan jangan lupa kesesatan Amanat Haji Hadi yang menghalalkan pertumpahan darah sesama Islam sama seperti Wahabi dan Syiah sesat. Sampaikan ada fanatik dungu yang menjadikannya panduan sehingga berlaku Tragedi Memali dan juga rampasan senjata dari pusat tentera oleh Al-Maunah.

Nik Aziz ni jenis manusia tak tahu apa-apa tentang undang-undang. Karpal Singh pula bercakap di atas lunas undang-undang kerana dia sudah lama menjadi peguam. Jadi siapa yang bercakap ikut sedap mulut tanpa tahu apa-apa fakta pun tentang apa yang dicakapkannya.

Hanya orang yang lebih tak tahu apa-apa dan lebih bodoh dari Nik Aziz saja yang akan sanggup mengidolakan si bodoh itu. Berkali-kali ganda lagi bodohnya dari Nik Aziz tu.

(Oleh: Kamal_Azlan)


Tiada ulasan:

Pengikut