Khamis, 8 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Baguslah KJ dibidas lagi!

Posted: 07 Jul 2010 06:47 AM PDT

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemudi UMNO dikritik lagi. Kali ini oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula.

"Siapa Khairy ni? Dia ni baru jadi Ketua Pemuda tiga empat hari, jangan terlalu lantang mengkritik Ibrahim Ali kerana saya lebih mengenali Ibrahim Ali, kami sama-sama ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana memperjuangkan bangsa Melayu."

"Ibrahim Ali ada caranya tersendiri untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan dia (Khairy) seharusnya menyokong usaha-usaha yang dilakukan Perkasa dalam memperjuangkan bangsa," katanya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di sebuah hotel di Georgetown semalam.

"Kita seharusnya berganding bahu bersama Perkasa dalam memperjuangkan hak-hak Melayu bukannya menunjukkan kehebatan masing-masing".
Tidak ada hebatnya pun Ketua Pemudi UMNO yang naik secara cepat kerana bapak mentuanya yang menjadi Perdana Menteri suka tidur itu digunakan olehnya menjadi batu loncatan untuk naik secara cepat tu. Apa punya anak menantu hantu muka tak malu yang sanggup tipu orang tua suka tidur?

Kalau naik secara cepat, turun pun lebih cepat lagilah. Tengok sajalah nanti sebab dalam KJ jadi Ketua Pemudi pun apa yang dilakukannya untuk menarik sokongan orang muda dalam menyokong UMNO?

"Semua mesti bergabung bagi memantapkan Melayu di negeri ini dan untuk memantapkan lagi Melayu, kita perlu mengukuhkan ekonomi barulah bangsa kita dihormati," tambah Datuk Tajuddin.

Datuk Tajuddin juga berkata tindakan Khairy itu seolah-olah dia tidak menghormati kaum Melayu kerana tindakan yang dilakukan oleh Ibrahim adalah untuk mempertahankan hak-hak dan kepentingan orang Melayu.

MCA pula menangguk di air keruh atas sokongan Khairy Jamaluddin ke atas Wee Ka Siong dengan mendesak Datuk Ibrahim Ali agar disiasat mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa bersifat perkauman.

Mana adil kalau macam tu? Kalau mahu pastikan keadilan, Khairy Jamaluddin, Wee Ka Siong, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Nik Aziz, Anwar Ibrahim barua Yahudi pun perlu disiasat bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga.

Tapi mereka yang mengancam keselamatan dalam negeri macam Anwar Ibrahim ni patut di siasat dengan tuduhan mengkhianati negara kerana sanggup menjadi barua Yahudi dan sanggup mengkhianati agama, bangsa dan negara sendiri demi memenuhi cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi boneka Yahudi itu.

Sama seperti cita-cita seorang lagi yang nak jadi Perdana Menteri pada umur 40 tahun. Boleh pi masuk PKRlah. Jangan jadi duri dalam daging yang menjahanamkan UMNO dari dalam. Semua orang dah sedar siapa kau sebenarnya wahai si kitol.

Orang yang menang jawatan sebab bagi rasuah macam engkau tu tidak ada maruah diri langsung. Dan orang yang mengundi engkau sebab terima duit dari kau pun dua kali lima saja, lebih pentingkan wang dari pentingkan parti dan maruah diri.

(Oleh: Mohd_Aimel)


Kenapa Anwar Ibrahim begitu memuja Azmin Ali?

Posted: 06 Jul 2010 08:33 PM PDT

Nallakaruppan yang pernah menjadi bekas rakan tenis Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana tindakan Anwar Ibrahim yang melantik Azmin Ali, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim sebagai bukti kedudukan istimewa Azmin kepada Penasihat parti itu.

''Daripada Pengerusi PKR Sabah jadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan sekarang Pengerusi PKR Selangor. Langkah seterusnya pasti Anwar akan jadikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

''Hari ini mangsanya Abdul Khalid, lepas ini kita tunggu siapa pula. Jadi moralnya, siapa yang pasang angan-angan nak ganti Anwar sebagai peneraju PKR elok lupakan saja,'' katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini.
''Pusing sana pusing sini, semua hanya pelakon sahaja, yang jadi pengarah tetap 3A (Anwar, Azmin dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail).

''Khalid mangsa terbaru 3A. Sebelum ini ramai yang sudah kena. Selepas ini tak tahu siapa pula.

''Yang pastinya, jalan untuk Azmin ke puncak menggantikan Anwar semakin terbuka luas. Dia (Anwar) sudah tanda (Azmin) dalam peta. Ternyata tiada siapa boleh gugat 3A,'' jelasnya.

''Siapa-siapa boleh cakap apa pun, tapi hakikatnya ia sesuatu yang pedih nak diterima. Macam mana Menteri Besar tak ada kuasa politik.

''Tapi apa boleh buat. Kita boleh kasihan sahajalah. Ramai pun yang sengsara sebelum ini kerana 3A ini terutama Azmin.

''Jadi kita tunggulah apa Abdul Khalid nak buat, mungkin ikut jejak mereka (tinggalkan PKR) yang sudah jadi mangsa 3A sebelum ini,'' ujar Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) sinis.

Mungkin inilah yang menjadi tanda cinta sejati Anwar Ibrahim kepada Azmin Ali yang selama ini sudah setia disampingnya sehinggakan sanggup juga berkongsi isteri dengan Anwar Ibrahim sehinggakan melahirkan Afifa yang sehingga kini kita meraguinya sebagai anak Azmin kerana bukti DNA sewaktu Anwar Ibrahim masih menjadi Timbalan Perdana Menteri mungkin boleh dimanipulasikan olehnya.

(Oleh: Kamal_Azlan)


Tiada ulasan:

Pengikut