Khamis, 8 Julai 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Zulklifi akui pernah menipu untuk tumbangkan BN.

Posted: 07 Jul 2010 11:34 AM PDT

Malaysia Kini.
Jul 7, 10 10:15pm

Ahli parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini mengakui bahawa beliau pernah melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat," kata MP Kulim-Bandar Baharu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.

"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.

"Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya," tambahnya.

Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998.

"Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik," katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Awnar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu.

Menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bangun mencelah bahawa Zulkifli sendiri pernah memaki hamun hakim dalam ceramahnya sebelum ini, katanya, beliau telah mengambil inisiatif memohon maaf dengan mereka yang terbabit.

"Memang kita dulu diajar maki hamun, caci orang, tuduh orang, semua orang tak betul, hina orang dengan label macam-macam," katanya.

Zulkifli selanjutnya berkata, contoh strategi pembangkang yang dapat dilihat ialah dalam isu yang mengaitkan APCO di negara ini dengan Yahudi.

"Tengok bagaimana putar belit isu APCO ini. Saya tak pernah nak cakap isu APCO ini, (tapi) orang dah tanya pendirian saya tentang isu APCO. Dia katakan APCO masuk ke Malaysia, masuk ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, menguasai sistem komunikasi, APCO telah begini, APCO begitu."

"Yang dia tak beritahu dengan rakyat, APCO yang pergi ke PDRM ini dengan APCO Worldwide adalah dua perkara berbeza. Kalau tengok APCO ini yang dikatakan masuk dalam sistem komunikasi PDRM dikaitkan dengan APCO Worldwide, APCO Worldwide bukan APCO," katanya.
 
ULASAN.
Kepada yang telah melakukannya kembalilah kepangkal jalan agar kita tidak terus tertipu dengan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang selama ini. Perbuatan terkutuk ini tidak membawa perubahan kepada negara sebaliknya menyebabkan kestabilan negara tergugat,

MEMUSATKAN TUMPUAN MENGALAS CABARAN

Posted: 07 Jul 2010 06:32 AM PDT

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t


mukadimah dan kata aluan,


Pertamanya bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana pada hari ini kita dapat  berhimpun dalam suasana aman dan harmoni dengan tujuan untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli parti. Persoalannya adakah perhimpunan ini di laksanakan sekadar hanya menunaikan ritual dalam perlembagaan parti tanpa meninggalkan kesan kepada kita yang merupakan di antara saf pertama di dalam parti.


Tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan yang di hormati sekelian


Pada hari ini Jasin yang seluas 62 km persegi telah banyak berubah setelah di tadbir selama 54 tahun oleh kerajaan Barisan Nasional. Walaupun 10% daripada keluasan Jasin ini di rezabkan sebagai kawasan tadahan air. Pembangunan prasarana yang baik dengan kemudahan jalanraya, kawasan perindustrian dan institutsi-institutsi pendidikan seperti yang terbaru UITM dan akedemi penjara yang sedang di bangunkan masing-masing di semujuk dan lipat kajang adalah hasil daripada desakan pejuang umno yang lalu.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan yang di rahmati Allah

Pertambahan kepada pembangunan prasarana ini akan menyebabkan perubahan populasi dan struktur penduduk di parlimen Jasin. ini juga akan mengubah budaya, daya fikir dan trend pengundi pada pilihanraya  akan datang. Jasin pada PRU12 mencatatkan seramai 56121 pengundi berdaftar dan pada hari ini jumlah angka terakhir pengundi parlimen Jasin berjumlah 56724. Maknanya kita hanya dapat mendaftarkan lebih kurang 600 pengundi sepanjang tempohselepas pilhanraya sedangkan terdapat kira-kira 92000 pengundi yang masih belum mendaftar di seluruh negeri Melaka. Ini tugas hakiki kita untuk menjejaki semua pengundi ini, bukan sahaja tugas pemuda tetapi menjadi tanggungjawab wanita,puteri bahkan UMNO pada keseluruhannya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian

Suka saya mengingatkan kata-kata YB Datuk Gan Tian Loo bahawa DAP di mana-mana ceramah di kalangan masyarakat cina berhajat mencipta sejarah untuk meletakan YB Goh Leong San sebagai ketua menteri pertama bagi DAP. Ini bukanlah angan-angan kosong bagi mereka kerana pada waktu ini mereka telah berjaya mendaftarkan seramai 2500 pengundi sedangkan Barisan Nasional hanya sekitar 1500 tapi kita perlu ingat PAS dan PKR juga sedang berusaha secara gigih mendaftarkan pengundi mereka. Sudah pasti PRU13 adalah satu pilihanraya yang akan menentukan untung nasib orang melayu, kalau kita tidak mahu berubah.

Ledakan teknologi maklumat juga menyebabkan trend pengundi muda berubah, mereka tidak hanya bercakap soal pembangunan  tetapi telah  memberikan perhatian tentang dasar dan polisi kerajaan. Ini menunjukan trend pengundi akan datang telah pun berubah sepertimana yang berlaku di negara maju.Ini di buktikan dengan hits blog pemuda Jasin telah pun mencecah melebihi 17000 dalam tempoh setahun dan setengah daripada pelayar tersebut adalah datang daripada masyarakat Jasin. Insyallah di Jasin kita telah pun selesai melatih seramai 200 orang jentera cyber dari kalangan pemuda dan puteri untuk PRU13.

Tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati sekelian

Perubahan struktur penduduk, budaya, minda dan daya fikir serta ekonomi adalah amat berkait rapat dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang di perkenalkan kira-kira 40 tahun yang lalu. Kejayaan nya sehingga dapat meningkatkan pegangan ekuiti orang melayu dari 2% pada 1970 hingga mencecah lebih kurang 20 % pada ketika ini. Kini cabaran baru di letakan kepada orang melayu melalui Model Baru Ekonomi (MEB)
Sebagai peng hampiran mudah sewaktu DEB di perkenalkan kenderaan yang di gunakan adalah motor lumbreta atau vespa yang berkelajuan 80 km sejam di bawa berjalan selama 30 tahun dan hasilnya 20% ekuiti dapat di capai tetapi pada hari ini kita sedang di sediakan dengan motor goldwind dengan kelajuan 200km sejam di gunakan untuk tempoh 10 tahun.

Kesimpulannya sudah pasti cabarannya akan jadi lebih besar samaada kita berjaya mengekalkan 20% ekuiti atau akan berlaku peningkatan tergantung kepada kita sebagai pemandunya. Justeru itu dengan cabaran yang sebegini hebat maka buangkanlah polimik dalaman diantara kita yang akan menjurus kearah perpecahan dan fokuslah cabaran kita untuk memastikan kuasa orang melayu ini akan kekal selamanya. Bentuklah generasi akan datang dengan daya saing yang tinggi supaya melayu tidak mengemis di negara sendiri.

Tuan-tuan dan puan -puan yang di hormati sekelian

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato Razali Ibrahim yang sudu hadir bagi merasmikan persidangan kita pada hari ini dan tahniah dan syabas saya juga kepada  semua sidang perwakilan yang hadir bagi menunaikan tugas kita serta hadirin sekelian yang memberikan sokongan dan bantuan bagi menjayakan persidangan ini.

sekian saya sudahi dengan assalamualaikum w.b.t

Zaidi Attan
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jasin
4.7,2010 Dewan Alamanda Jasin




Tiada ulasan:

Pengikut