Khamis, 8 Julai 2010

DunSemarang

DunSemarang


Selamat Datang Ke UMNO Ayer Hitam

Posted: 07 Jul 2010 06:23 AM PDT

Selamat Datng ke UMNO Bahagian Ayer Hitam, sempena lawatan Datuk Seri Mohd Ali Rustam ke Pejabat UMNO Ayer Hitam. Semua warga UMNO dan masyarakat sekitar Ayer Hitam di jemput sama meraikan. Pada 8 July 2010. Jam 2.00 petang Hari Khamis.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam ialah Ketua Menteri Melaka. Beliau juga merupakan Naib Presiden UMNO Malaysia, Presiden Perhimpunan Belia Dunia (WAY), Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka dan Pengerusi Yayasan Belia Dunia. Banyak kejayaan dan perubahan baru telah berlaku di bawah kepimpinan beliau di Melaka.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Melaka membangun dengan pesat di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau telah mengalihkan pusat pentadbiran negeri ke Ayer Keroh, membangunkan Kompleks Perdagangan Antarabangsa MITC, Pusat ICT MSC@MITC Melaka, Pusat Bioteknologi, Pusat Pengembangan Islam Negeri Melaka, mendirikan banyak institusi pendidikan bagi menjana modal insan, menarik pelaburan asing dalam pembangunan perindustrian, memajukan sektor pelancongan, memajukan infrastruktur, moden, menjadikan Melaka pusat perubatan, merancang pembangunan daerah yang lebih seimbang seperti Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Melaka Tengah.
Perancangan Pelan Tindakan Pembangunan Negeri Melaka ini akan memacu perubahan negeri Melaka yang lebih dinamik ke tahun 2020.ByM69.

Tiada ulasan:

Pengikut