Sabtu, 26 Jun 2010

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BANGGA ULAMA SERTAI UMNO

Posted: 26 Jun 2010 04:48 AM PDT

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.


Terdapat satu perkembangan positif mengenai UMNO. Sudah tentu apa yang saya maksudkan ialah kemasukan 40 ulama muda ke dalam UMNO semalam. Mereka ini yang terdiri dari kalangan ulama yang berpengalaman telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden paerti, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Walaupun peristiwa itu akan dilihat dengan penglihatan sinis oleh pihak tertentu, terutamanya mereka yang tidak pernah senang dengan perjuangan UMNO, namun bagi saya ia tetap menjadi detik penting kepada UMJNO. Saya berpandangan, ia sebenarnya mengambalikan peranan UMNO itu sendiri yang menjadi tunjang kepada kekuatan umat Islam dan Melayu di negara ini.


Hakikatnya, sejarah UMNO itu sendiri amat akrab atau sinonim dengan ulama. Malah, tidak keterlaluan jika saya katakana bahawa UMNO adalah kilang ulama sejak ia ditubuhkan lagi. Mungkin, bagi generasi muda, mereka tidak memahami apa yang saya maksudkan. Namun, bagi mereka yang telah lama dengan UMNO, mereka akan lebih mudah memahaminya.


Hari ini, PAS misalnya telah dilihat begitu ke hadapan dalam menjaja imej ulama kepada masyarakat walaupun sifat, tutur kata dan fatwa yang dikeluarkan oleh mereka yang dianggap ulama di dalam PAS itu jauh tersimpang daripada ajaran Islam. Ia berlaku oleh "ulama-ulama baharu" PAS yang begitu ghairah untuk mendapatkan kuasa, lalu mereka menggunakan kaedah memancing kepercayaan rakyat dengan mengumpan isu-isu yang berkaitan dengan agama.


Mari kita baca sedikit mengenai sejarah politik PAS, yang hendak saya kaitkan dengan kemasukan ulama muda tadi ke dalam UMNO. Mengapa PAS ditubuhkan dan daripada manakah berakarnya pemimpin yang menubuhkan PAS pada tahun 1959.


PAS diwujudkan oleh sekumpulan yang bergelar ulama di dalam UMNO pada waktu itu. Maksudnya, mereka ini datangnya daripada UMNO. UMNOlah yang menjadi parti yang melahirkan mereka. Bagaimanapun, disebabkan sebahagian daripada kecewa dengan UMNO atas sebab-sebab atau kepentingan tertentu, maka mereka meninggalkan UMNO dan menubuhkan PAS.


Di situlah bermulanya penubuhan PAS. Anda lihat teras perjuangannya. Adakah ia benar kerana mahu menubuhkan sebuah negara Islam sebagai yang didakwa pemimpin mereka hari ini, atau bagaimana?. Biarlah. Itu isu lain yang mungkin boleh kita kupas pada waktu yang lain. Apa yang saya mahu kaitkan ialah, UMNO sebenarnya adalah parti yang paling awal dianggotai golongan ulama. UMNO adalah kilang ulama yang dilahirkannya. Justeru, sesiapa yang mendakwa kononnya UMNO meminggirkan ulama atau tidak meletakkan ulama di tempat ang sewajarnya adalah salah.


Oleh kerana itu, penyertaan golongan ulama muda sebagai ahli UMNO telah mengingatkan saya kepada perjuangan awal UMNO itu sendiri. Hal ini tidak boleh sesiapa pun menafikannya. Ia adalah satu hakikat yang tidak mungkin boleh diubah atau berubah.


Saya percaya, rakyat keseluruhannya sedang melihat perkembangan ini. UMNO tidak pernah kisah apa yang hendak dikatakan orang kerana yang lebih penting ialah perjuangan UMNO itu sendiri perlu dan wajar diperkasakan. Saya optimis bahawa kemasukan ulama muda ini, malah beberapa ulama besar lain selepas ini akan memberikan impak politik yang positif terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Mereka yang tidak mahu menerima kenyataan ini adalah golongan yang takut akan terhakisnya sokongan rakyat terhadap mereka. Tidak lebih daripada itu sebenarnya.


Pembangkang, terutamanya PAS pasti tidak akan senang dengan perkembangan ini. Dan, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika PAS berpandangan negatif mengenai perkembangan ini.


Ah!, pedulikan saja mereka. Golongan ulama ini sudah tentu akan dapat memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan bagi membantu UMNO. Mereka ikhlas dan jujur menyertai UMNO. Dan, saya juga yakin mereka berbuat demikian kerana percaya dengan kemampuan dan keupayaan UMNO dalam perjuangannya mengenai Islam yang konsisten sejak dahulu lagi.


Saya berdoa agar usaha dan perkembangan murni ini akan membuahkan hasil yang terbaik kepada UMNO. Insya'Allah.


LESEN JUDI: KEPUTUSAN KERAJAAN BN TEPAT

Posted: 26 Jun 2010 04:34 AM PDT

Assalamualaikum.

Kerajaan kita telah membuat keputusan muktamad bahawa TIDAK ADA lesen judi bola sepak dikeluarkan.

Syukur Alhamdulillah ia adalah satu keputusan terbaik selepas mengambil kira pelbagai pandangan dan reaksi daripada pelbagai pihak. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd najib Tun Razak ketika mengumumkan hal itu semalam berkata, kerajaan amat peka dengan perkara tersebut dan yakin, keputusan yang diambil untuk tidak mengeluarkan lessen berkenaan adalah tepat.

Bagi rakyat kebanyakan, ia merupakan satu berita yang mengembirakan. Sebabnya, hasil daripada pandangan dan reaksi itu, lessen judi bola sepak ini banyak keburukan daripada kebaikan. Maka memang wajarlah keputusan yang diambil kerajaan itu.

Pembangkang misalnya, telah begitu bersungguh-sungguh bermain politik dengan menjadi perkara tersebut sebagai isu untuk membakar perasaan rakyat agar membenci kerajaan. Itulah sifat pembangkang yang sejak dulu hinggalah sekarang, mereka tidak pernah berubah-ubah.

Bagi saya, apa yang dimainkan pembangkang hayalah wayang politik semata-mata, tidak lebih daripada itu. Berbanding kerajaan, kita bertindak dengan fakta dan mengambil kira pelbagai perkara. Hal itu bukan tidak difahami, namun ia sengaja dicetuskan demi kepentingan politik sempit pembangkang.

Saya belum meneliti reaksi pembangkang dalam hal ini. Namun saya percaya, mereka tidak akan pernah positif terhadap setiap keputusan kerajaan walaupun hakikatnya keputusan kerajaan itu betul dan baik. Ini berlaku apabila segala-galanya hendak dijadikan isu politik oleh pembangkang.

Kalau anda tidak percaya apa yang saya katakan, anda akan lihat bagaimana bentuk reaksi mereka. Mereka tidak akan menyokong usaha kerajaan itu kerana modal mereka untuk menghentam kerajaan sudah habis.

Dalam hal ini saya fikir, rakyat perlu celik mata mereka dan melihat apa yang diputuskan kerajaan dengan nilai yang positif. Saya berharap, rakyat tidak lagi terpedaya dengan dakyah pembangkang yang hanya pandai bermain lidah dan berniaga politik dengan bermodalkan air liur sahaja.

Membangunkan sesebuah negara tidak semudah apa yang dicakapkan. Ia perlu kepada kebijaksanaan. Begitu juga dalam isu-isu tertentu. Setiap keputusan tidak boleh diambil secara terburu-buru kerana banyak hal yang harus diteliti dan diambil kira.

Nah, sekarang ini kerajaan telah membuatn keputusan muktamad mereka. Oleh kerana itu, seluruh rakyat perlu menyokong usaha ini. Jangan bermain politik. Apa pun, saya percaya, rakyat bersama Barisan Nasional dan UMNO dalam mendepani isu-isu seperti ini. Pembangkang tidak akan ke mana pun sebenarnya. Anda lihatlah nanti.

Tiada ulasan:

Pengikut