Sabtu, 26 Jun 2010

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Selangor Oh Selangor..

Posted: 25 Jun 2010 07:18 PM PDT


Kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor sehingga wujud apa yang didakwa komplot untuk menggulingkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan kelemahan ketara pentadbiran Abdul Khalid di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata senario politik di negeri itu yang dilihat "semakin menarik" memberi mesej kepada Abdul Khalid bahawa kepimpinannya sudah ditolak bukan sahaja di kalangan pemimpin PKR tetapi rakyat negeri itu.

"Ia sebagai satu mesej jelas kepimpinan Abdul Khalid sebenarnya telah ditolak dan Menteri Besar itu perlu mengakui hakikatnya.

"Banyak perkara yang diabaikan Khalid dalam memerintah Selangor yang sibuk mencampuri urusan orang lain seperti isu Kampung Baru daripada bertindak membela rakyat di negeri itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Kota Baharu di sini, Jumaat.

Akhbar hari ini melaporkan wujud pakatan 15 Anggota Parlimen PKR untuk menggulingkan Abdul Khalid kerana kecewa dan tidak berpuas hati terhadap corak pentadbiran Menteri Besar itu yang dilihat seperti mengurus sebuah syarikat korporat.

Mengulas perkara itu lagi, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Selangor sebenarnya diperintah oleh parti yang lemah dan sukar untuk terus bergabung bagi memerintah negeri itu.

Sementara itu, Noh meminta Pemuda Umno terus menggiatkan mendaftar pengundi baru yang dilihat kurang agresif berbanding parti pembangkang.

"Kita perlu agresif dan mencontohi mereka yang tidak kira tempat untuk mendaftar pengundi baru dan mendapatkan anggota baru dan saya rasa apa yang dilakukan Pemuda agak perlahan," katanya.


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/26/mstar_berita/20100625221450&sec=mstar_berita

Tiada ulasan:

Pengikut